"tukanglawan"

"tukanglawan"


Pendedahan !!! Taib Mahmud Lelaki Paling Kaya Di Malaysia.

Posted: 19 Sep 2012 03:16 PM PDT

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Apa nak hairan, Sarawak tu dari hujung ke hujung sudah seperti negara milik taib mahmud, dan taib mahmud seperti sultan negara tu, kalau tak percaya tanya pada orang sarawak sendiri...


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ketua Serikandi PKR Cabar Najib

Posted: 19 Sep 2012 06:30 AM PDT

Slogan BN 'Janji Ditepati' merupakan platform Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyerang pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara dan memanipulasi rakyat bagi menyelamatkan BN.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, slogan itu hanya layak dikritik, bukannya ditakuti.

"Slogan tersebut direka untuk memanipulasi rakyat dan bagi menutup penyelewengan Umno selama 50 tahun memerintah, jadi tidak timbul istilah gerun terhadap slogan itu," kata Aishah.

"Malah, terbukti slogan itu menjadi kritikan setiap golongan tak kira muda dan tua, soalnya janji apa yang ditepati? Janji mana?" soal Aishah ketika dihubungi.

Najib pada sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Ahad lalu mengatakan kononnya Pakatan Rakyat gerun dengan slogan ciptaan BN itu.

"Najib yang sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri, mengesahkan bahawa slogan itu hanya retorik politik semata-mata.

"Berbeza dengan Pakatan, apa yang kami laungkan bukan hanya untuk pilihan raya saja, tapi sememangnya menitik beratkan soal kebajikan rakyat," jelasnya.

Najib dalam ucapannya turut berkata, Pakatan selalu meniru semua dasar yang dirancang kerajaan.

"Sudah berapa banyak isu yang kita bangkitkan, akhirnya digunapakai dan diubah oleh kerajaan? Ini terbukti apabila pemimpin kerajaan jarang bercakap soal dasar dan hanya perkara remeh temeh, akhirnya mereka akan meniru dasar kita dan ubah kepada ayat lebih baik saja," jelas Aishah lagi.

"Kepada Perdana Menteri, kalau betul anda rasa dasar kerajaan adalah yang terbaik, apa kata buat saja pilihan raya!," cabarnya.

"Kenapa terus takut? Kemudian tabur janji di Kelantan sebelum ini, mungkin Najib sedar ini adalah kali terakhir Umno memerintah di Malaysia," katanya.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar, Video Vateran umno Dan Bapok Dalam Majlis BN

Posted: 19 Sep 2012 01:37 AM PDT

Selain suka berhibur, menari dan meronggeng, puak umno ni suka memfitnah, namun kebanyakkan perkara yang mereka fitnahkan itu dilakukan sendiri oleh mereka.

Kalau sebelum ni bukan main lagi puak umno memfitnah Anwar Ibrahim dan menuduh tanpa mereka sendiri ada bukti, semuanya demi survival politik pembesar-pembesar umno dan periuk nasi pencacai- pencacai umno.

Tapi hakikatnya mereka ini lebih teruk. dari presiden palong besar sampai pencacai paling lekeh hidup mereka semata-mata berhibur, kadang-kala hiburan itu melebihi batasan.

Video dibawah diambil dan diupload ke laman youtube, memp[amerkan vateran umno yang entah bila akan mati sibuk ber "dansa", malah seorang "pondan" dibawa ke majlis tersebut untuk jadi penyeri majlis, jadi "pondan" kaberet...

Mereka menari sakan dan ada adengan ciuman antara vateran umno yang entah esok lusa akan mati dengan pondan tersebut....

Amaran dari "tukanglawan" sila jangan muntah tonton video dibawah.






Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kalau Pilihanraya Kampus Pun Nak Tipu, Apa Lagi PRU 13 Nanti

Posted: 18 Sep 2012 11:32 PM PDT

Sekeping surat panas dah tersebar pun, ramai dah yang main, masing-masing ada pandangan sendiri, "tukanglawan" pun nak bagi pandangan jugak.

UIA ni milik siapa sebenarnya sehingga najib boleh suka-suka hati letak orang dia dekat UIA,ni baru betul salah guna kuasa demi kepentingan umno, nak kata demi kepentingan sendiri tak boleh, sebab najib tak boleh menang sorang, suku sakat dia yang lain pun kene menang juga.

Dah sah lagi jelas kan najib dan majlis tertinggi umno guna kuasa untuk atur dan letak orang dia dalam universiti kat negara ni, kalau boleh dia nak "umnokan" semua student, tapi najib tau takkan boleh sebab ramai studen menyampak dekat najib nei.

Jadi letak la orang umno dalam jawatan penting, boleh lah nanti test try tengok nak pusing keputusan pilihanraya kampus camne..


Ni baru pilihanraya kampus, najib dah bubuh orang-orang dia,bayangkan pulak pilihanraya umum, yang kalau bn kalah 1 undi selamanya Bn takkan jadi kerajaan lagi... agak-agak apa pulak rancangan najib. pilihanraya kampus jadi cermin.. kalau najib guna kuasa untuk menangkan calon pembodek kerajaan.. bayangkan pulak PRU nanti. pengundi hantu kompirm la ada.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

SPR Mahu Jaga Kepentingan BN Atau Kehendak Dan Hak Rakyat?

Posted: 18 Sep 2012 10:03 PM PDT

Pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar didakwa menipu rakyat Malaysia di negara asing, itu yang disampaikan kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) yang tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan urusan bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos.

MOV selain mendakwa Pengerusi SPR dan timbalanya itu menipu juga mendesak 2 orang kuat (pusing) SPR itu meletakkan jawatan.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Nampaknya rakyat sudah hilang kayakinan pada SPR, bagaimana proses pilihanraya yang bersih dan adil boleh dijalankan jika suruhanjaya itu sudah tidak lagi diyakini, ini pelik kerana pengadil dalam sesebuah perlawanan sudah tidak lagi dilihat mampu mengadili perlawanan secara adil.

Seeloknya jika masih rasa ada maruah diri, lebih baik undur saja, apakah mahu terus jaga kepentingan BN lebih dari menjaga kepentingan dan hak rakyat sehingga sanggup dicaci maki oleh rakyat kerana gagal menjaga kepercayaan rakyat terhadap amanah yang diberi.

Jika beginilah caranya, tidak terkejut Bn masih mampu berkuasa dalam keadaan rakyat sudah jelas menolak dan sepakat mahu membenamkan BN kedalam lubang najis, kerana masih ada halangan besar dalam usaha menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.

Halangan itu ialah orang yang tak tahu malu dan masih mahu duduk dikerusi empuk walaupun rata-rata rakyat mahu dia bangun dari kerusi tersebut kerana gagal meyakinkan rakyat bahawa pilihanraya yang adil dapat mereka laksanakan..

Ingat hak kita, jangan terus duduk dan diam, jadi bisu dan bodoh, kerana itu yang dimahukan umno untuk mereka terus menang dan terus menjarah harta negara, kita ini rakyat dilayan seperti hamba. diperbodohkan tiap masa.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

(harus baca) Rupanya, Najib PM Yang Sangat "Paling" Kaya

Posted: 18 Sep 2012 10:06 PM PDT

Semua orang harus tahu, najib bolehlah disifatkan sebagai perdana menteri paling kaya abad ini, mana tidaknya, tengok saja apa yang najib lakukan dalam tempoh beberapa tahun dia menjadi Perdana menteri.

Sebab itulah jangan pelik kalau najib nei disanjung (oleh cai umno dan pencinta lembu ), kita dapat lihat pembodek-pembodek tegar tidak lupa cium dan jilat tangan najib bila bersalaman, lagi pun najib tak kisah sangat tangannya basah dicium pembodek tegar.. itu satu penghormatan buat najib.

Cerita pasal najib kaya, memanglah najib itu kaya, najib bukan anak orang miskin macam kita semua walaupun najib pernah menari dengan diiringi bait -bait lirik "aku anak orang miskin", najib itu kan anak seorang perdana menteri.




Jadi janganlah marah najib kalau dia tak paham kesusahan orang kampung, tak dapat menjiwai apa yang rakyat macam kita rasa, najib takkan paham dia bukan "anak orang miskin".

Jadi tidak lah hairan bila najib belanja lebih RM80,000,00 untuk sambutan hari jadinya, belanja ratus ribu untuk majlis tunang anak perempuannya dengan seorang lelaki "luar negara" ( lelaki dalam negara low class agaknya ). kah..kah..kah.

lihat saja bini najib, memang layak la berbaju cantik bergaya dengan beg berkin, walaupun kita tak tahu sangat asal usul rosmah, tapi sebagai isteri anak bekas perdana menteri takkan nak berpakaiaan macam orang biasa-biasa, nanti kalau pergi majlis orang tak kenal pulak. ( nak kenal cari je yg rendahx2 rambut kembang ) kah..kah..kah.

Dengan pelbagai durian runtuh ( sebut rasuah ) yang diumumkan sebelum pilihanraya nei, dengan banyak program hiburan khas untuk remaja dan orang tua rasa lambat lagi mati, tarian K-pop dan pertandingan lumba kereta langgar orang terbukti najib punya banyak duit untuk bayar semua program tu.

Apa lagi dengan kebanjiran gambar najib di banyak tempat seperti stesyen komuter, stesyen bas dan beberapa bangunan tinggi di Kuala lumpur menunjukkan najib ini kaya, setakat bayar wang "promosi diri" tak jadi masalah, kad raya pun dihantar hampir kepada semua orang.. banyak nya duit najib.

Bayangkan dengan semua BR1M yang ditabur-tabur tempoh hari berapa sudah wang habis dibelanjakan, najib kali ini nampaknya memang mahu sangat-sangat menang, berapa duit pun tak apa, najib sanggup bayar,

Jadi tak hairan la bila jawapan bertulis sidang parlimen kat bawah nei mendedahkan lagi berapa "duit" habis dibayar najib semata-mata mahu tinggal di rumah mewah perdana menteri yang besar itu,


Bayangkan dengan jumlah atas ni atau mungkin lebih lagi sebenarnya apa manafaat yang rakyat boleh dapat kalau najib "baik" hati untuk bersederhana, tak perlu pecah tombol pintu, lastik lampu, conteng dinding untuk kurangkan kos baik pulih kediaman.

Sebenarnya kalau dengan jumlah lebih RM 3 juta itu jika diberi kepada 'tukanglawan" sudah banyak rumah tukanglawan buat dan sewakan, berbanding dengan kos baik pulih saja , "tukanglawan" boleh memulihkan ekonomi jika tidak semua mungkin hampir setengah orang kampung tempat "tukanglawan" tinggal.

Ye kita tahu najib ini kaya raya, mana dapat duit tak perlu la kita tanya, anggap saja tiap kali najib bangun duit tersedia bawah bantal. tapi kos elektrik sampai 10 juta ringgit sebenarnya boleh dikurangkan lagi kalau tak perlu pasang lampu siang pagi malam dan petang, lebih baik lampu tu ditutup pada siang hari, maka kos akan kurang dari 10 juta kepada 5 juta, dengan lebihan 5 juta tu pun macam-macam "tukanglawan" boleh buat.. mana orang kampung yang tua-tua  dan tak mampu tu. "tukanglawan" hantar pegi haji.

Ish... malas nak cerita pasal ekonomi dan kewangan ni, kalau "tukanglawan" nak tunjuk pandai, nanti najib kata negara boleh bangkrap pulak, jadi kita sebagai rakyat ( sebut hamba ) ni jangan cerita banyak, najib tu PM... negara ni dia punya, dia ada power nak buat apa pun,  kerja kita senang je, pegi McD bayar cukai, beli prepaid bayar cukai, beli cili sos bayar cukai, berak cukai 30 sen,  cakap lebih jangan sebab dari cukai tu la najib nak bayar semua kos dekat atas nei, dia PM kita kuli ( sebut hamba Abdi)

 Nanti bila najib keluar dekat TV, jangan lupa peluk dan cium TV tu, anggap najib ni la yang bagi kita makan tau, kalau najib ni takde, abis semua orang kerja kerajaan takde kerja nanti, polis, bomba, FRU, SB semua kalau najib takde abis hidup diorang, anak bini tak makan... jadi kering cengkung lepas tu mati.. Ohhhh tidak.... takut tak.. takut kan... so kalau najib keluar TV.. cium TV tu.. kalau dengar najib dekat radio.. dengan penuh perasaan macam dilamun cinta ok....

Percayalah , kalau bukan sebab najib dan Bn ni,, mampus kita semua, diorang bagi kita makan, kita beli kereta pun Bn la yang bagi duit, dapat rumah selesa pun sebab Bn jugak...diorang bagi kita duit tiap-tiap bulan.

lagi.. anak kita belajar kat U, jadi doktor... semua sebab najib dan BN.. cuba tengok negara lain, mana ada yang adi doktor... mana ada yang jadi lawyer.. sebab takde BN..

kah..kah..kah... kita fikir balik ye, najib tu sapa... dia tu anak PM... sekarang dia PM.. kira negara ni dia la punya... lagi pun dia kaya.. sebab tu la tak pelik pencacai ciumx2 tangan dia takmo lepas, siap gesel idung lagi tepek cikit hingus.. dengan buat camtu la nanti diorang hidup senang lenang, najib bagi diorang duit...

Bila najib tengok je tangan dia ingan, ohh ni hingus papa gomo.. dekat sini hingus tun faisal, elauan dah bagi blom, projek dah luluskan blom.. kalau blom kena luluskan cepat..kah..kah..kah..

Kita rakyat ( sebut hamba ) ni cukuplah peluk TV keluar gambar najib, jangan tunjuk punggung pulak, mahkamah nanti..... mana tau dengan "berkat " peluk TV tu nanti rezeki bertambah-tambah... kan najib kaya ..

Cuma malangnya najib kaya sebab kita si hamba abdi nei.... kita je yang bodoh dan tak tau... sebab kita senang sangat kene tipu... kah..kah..kah.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment