"tukanglawan" |
- Kantoi, 2 Polis Menyamar Peserta Bersih Dikesan.
- MB Selangor buat Najib Makin Berpeluh
- MENGAPA POLITIKAN FATWA ?
- 4 Muka Polis Dikendaki Rakyat Diedar Di Facebook
- Bersih 3.0 Pra-Revolusi
- Azmin Bukan Anak Derhaka, Ini Politik Kotor Menjelang Pilihanraya.
Kantoi, 2 Polis Menyamar Peserta Bersih Dikesan. Posted: 07 May 2012 12:56 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. "tukanglawan dapat satu email dari sahabat kita, beliau mengucapkan syabas kepada rakyat malaysia yang turun menuntut pemulihan sistem pilihanraya, supaya pilihanraya di negara ini dapat dijalankan dengan Bersih dan adil, disamping itu juga beliau mengirimkan satu gambar yang meragukan. Didalam gambar tersebut dikatakan ada 2 orang anggota polis yang menyamar sebagai peserta bersih, mari lihat gambar di bawah. Baiklah, dalam gambar ini, kita lihat beberapa peserta bersih yang ditahan oleh polis, mereka duduk dalam kumpulan dan dikelilingi oleh ramai anggota polis, tetapi 2 lelaki yang memakai baju kuning itu berada di belakang anggota polis beruniform. Siapa mereka?, fikir-fikirkan lah. Secara tiba-tiba masih ingat "tukanglawan" kata-kata seorang teman dari negara jiran yang mahir dalam strategi risikan, katanya "tiada apa yang pemerintah dapat lakukan sekarang, mereka tidak mampu menggguna kekerasan pada rakyat, kelak rakyat akan bangkit, namun apa yang bijak dan boleh mereka itu lakukan adalah masuk ke dalam kelompok demostran, dan melaku kerosakan dari dalam, itu nanti akan dilihat oleh ramai orang sebagai ketidakstabilan, dan walaupun tidak dapat sokongan, namun gerak kemaraan rakyat itu akan nanti berjaya dinutralkan." Itulah yang terfikir oleh tukanglawan, mereka menggunakan taktik itu, seorang teman dari negara jiran, beberapa hari sebelum bersih sudah menganalisis dan menjangkakannya,. Dan benar, ada ramai anggota polis masuk dan melakukan itu. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
MB Selangor buat Najib Makin Berpeluh Posted: 07 May 2012 12:32 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Kerajaan Negeri Selangor terkejut dengan penemuan bukti oleh pendakwa awam Perancis yang mengaitkan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasuah sejumlah AS $ 1 billion. Kerajaan Negeri berpendapat bahan bukti yang menyatakan Datuk Seri Najib telah meminta AS $ 1 bilion (RM 3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN - amat serius. Perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa Malaysia terutama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memandangkan orang yang tertuduh sekarang memegang jawatan tertinggi di Kerajaan Malaysia serta Pengerusi Barisan Nasional Selangor. Sebagai Menteri Besar, saya mewakili rakyat Selangor, menyeru kepada SPRM untuk memulakan penyiasatan dalam isu ini kerana ianya melibatkan rasuah berbillion ringgit dan salah guna kuasa untuk pembelian dua kapal selam Scorpene. Jika pihak SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, Kerajaan Negeri bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa. Jika perlu, dana anti-rasuah dari Geran Selangorku juga boleh dibelanjakan untuk menjayakan usaha ini. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor komited dalam memerangi rasuah disemua peringkat dan tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu yang sebegini serius. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO MENTERI BESAR SELANGOR Sprm, apa lagi, tu kerajaan negeri dan nak bantu tu, takkan tak mahu kot, ke takut dekat najib nei, pelik la, apasal korang semua nei takut sangat dekat najib tu? Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
Posted: 07 May 2012 12:16 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Parti Keadilan Rakyat berpendapat bahawa perkara yang berkaitan dengan hukum hakam agama hendaklah dibahaskan di kalangan mereka yang berkeahlian dalam bidang berkaitan untuk mengelakkan salah faham kepada masyarakat umum. Oleh sebab itu ulama yang jujur kepada hukum agama dan yang memelihara kemurnian hukum Islam serta menjaga martabat dan maruah umat akan memberikan pendapat tanpa takut ancaman pada diri atau mengambil kira kepentingan mana-mana kelompok. Bagi menentukan sesuatu hukum atau fatwa terdapat beberapa kaedah dan caranya. Mungkin pendapat atau pandangan itu berbeza, mengikut keadaan semasa dan persekitaran. Hukum boleh berubah dengan peredaran zaman. Biasanya sesuatu fatwa yang diberikan mesti mendapat pandangan dari pelbagai pihak, pakar dalam sesuatu perkara serta membuat rujukan dari pelbagai sumber yang sahih lagi tidak dipertikaikan. Sebagai contohnya , untuk mengeluarkan fatwa dalam bidang perubatan, pakar perubatan dalam bidang berkaitan mesti tampil memberikan keterangan dan pandangan dalam mesyuarat J/kuasa Fatwa tersebut, walaupun dia adalah bukan muslim. Dalam konteks masyarakat Islam sekarang ini, fatwa sangat diperlukan dan penting bagi mengetahui satu-satu hukum syarak dengan tepat dan benar. Hukum fatwa mengikut pandangan kebanyakan ulama adalah fardhu kifayah. Hal ini kerana fatwa termasuk sebahagian daripada keperluan agama yang sepatutnya dan semestinya wujud demi maslahah dan manfaat umum. Dengan adanya fatwa, masyarakat dapat menyelesaikan banyak masalah dan kemusykilan hidup yang berkaitan dengan agama. Apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Fatwa ini telah menimbulkan pelbagai reaksi serta komentar dari pelbagai lapisan masyarakat.:- i) Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil pandangan dari pelbagai pihak yang terlibat dalam himpunan aman Duduk & Bantah pada 28 April lalu. Antara yang perlu memberikan keterangan dalam mesyuarat J/Kuasa Fatwa ini adalah:- Sesuatu fatwa yang dikeluarkan boleh di batal dengan fatwa yang terbaharu setelah mendapat pandangan atau maklumat yang terkini, bukannya mahkamah yang membatalkan pandangan fatwa tersebut, seperti yang dibentangkan dalam enakmen bagi menghalang mahkamah daripada merubah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri yang telah diwartakan dalam DUN Kedah baru-baru ini. Hanya Majlis Fatwa yang boleh merubah fatwa yang telah dikeluarkan. Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi 'Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah. Memandangkan pentingnya kedudukan fatwa dalam Islam, maka para ulama membincangkan persiapan yang perlu ada pada orang yang ingin berijtihad dan memberi fatwa. Daripada huraian yang dibuat oleh imam-imam mujtahid seperti Syafiei, Malik, Ahmad dan lain-lain, Prof. Dr Yusof Qaradawi merumuskan seperti berikut: Tidak harus memberi fatwa bagi mereka yang tidak mahir dalam ilmu Usul Fiqh; tentang qias dan illatnya, dan bila qias boleh digunakan. Begitu juga tidak harus memberi fatwa mereka yang tidak mengkaji pendapat-pendapat ulama dalam kitab-kitab mereka, dalil-dalil yang digunakan serta masalah-masalah yang terhadap persepakatan dan perbezaan pandangan mereka (Dr Yusof al-Qaradawi, al-Fatwa). Inilah diantara beberapa persoalan yang masih berligar dalam isu pengharaman Himpunan aman BERSIH 3.0 yang lalu. Oleh itu, fatwa yang diberikan biarlah bebas dari pengaruh mana-mana pihak , supaya mempunyai nilai dan integriti serta kekuatan yang tersendiri, maka saya mencadangkan supaya Majlis fatwa kebangsaan bersidang semula dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat dalam himpunan aman BERSIH 3.0 memberikan pandangan mereka secara lebih jujur dan telus. YB Hj Ahmad bin Kasim, (Ahli parlimen Kuala Kedah) Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
4 Muka Polis Dikendaki Rakyat Diedar Di Facebook Posted: 07 May 2012 04:46 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Kecewa dengan tanggapan bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didakwa menggunakan kekerasan berlebihan semasa perhimpunan BERSIH 3.0, warga siber memulakan inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang dikatakan telah menyerang seorang jurugambar akhbar. Satu imej empat anggota polis yang dikatakan telah menyerang Huang An Jian - jurugambar akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily - telah dimuatkan dalam halaman peminat Facebook berbahasa Cina. Postingnya bermaksud 'Masa untuk balas dendam! Kongsi ini! Empat anggota polis yang menyerang wartawan Guang Ming Daily!". Dalam masa 24 jam, imej tersebut telah menarik lebih 3,000 'likes' dan lebih 200 komen. Ia telah dikongsi oleh lebih 6,000 pengguna Facebook. Perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah dicemari oleh keganasan yang membabitkan kedua-dua pihak - anggota polis dan para peserta. Polis telah menerbitkan gambar 91 peserta, meminta mereka tampil membantu siasatan dakwaan berlaku keganasan. Gambar-gambar lain menunjukkan peserta 'merempuh benteng polis'. Sekurang-kurangnya 13 wartawan, jurugambar dan juruvideo telah diserang semasa perhimpunan tersebut. Kebanyakan mereka mendakwa telah dikasari polis walaupun mereka menunjukkan kad media dan memperkenalkan diri mereka sebagai petugas media. Banyak gambar atau klip video yang menunjukkan dakwaan kekejaman polis, telah dimuatnaik di Internet oleh para saksi. Polis, bagaimanapun, hanya menerbit gambar satu sahaja insiden tersebut dan meminta saksi dan mangsanya menghubungi mereka. Ini menyebabkan warga siber mengkritik pihak polis kerana didakwa menjalankan siasatan berat sebelah dan cuba melindungi anggotanya yang terbabit. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
Posted: 07 May 2012 12:57 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Tanggal 28 April 2012 telah mencatat satu sejarah yang besar bagi negara kita apabila lebih 500 ribu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta pandangan sisi politik telah berkumpul di seluruh dunia terutamanya Dataran Merdeka untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. Seperti demontrasi Bersih, Bersih 2.0, tunjuk perasaan kali ketiga ini sama tuntutannya seperti siri yang terdahulu iaitu berkenaan isu demokrasi yang pincang, dengan siri penipuan yang yang menjolok mata seperti penipuan senarai daftar pemilih. Perkara ini telah mencapai kemuncaknya. Bersih 3.0 telah menjadi jawapan terbaik yang diberi oleh rakyat, sekurang-kurangnya telah membuka mata pemimpin angkuh bahawa rakyat telah protes secara terang-terangan supaya PRU ke 13 wajib dijalankan secara telus dan adil. Seperti yang apa yang dijangka, Kedatangan rakyat di Dataran Merdeka disambut dengan meriah oleh pihak polis dengan semburan water cannon dan gas pemedih mata serta pukulan yang begitu rakus kepada rakyat. Terima Kasih BN kerana lakukan rakyat sebegini rupa. Terima Kasih atas pemberian semburan yang menyakitkan dan gas pemedih mata. Kami akan simpan kenangan ini dan bawa kepada pilihanraya yang akan datang. Tentunya bukan BN lagi pilihan kami. Jika anda ingat, kita telah memerah peluh untuk membayar pelbagai cukai kepada kerajaan. Tetapi kerajaan bongkak ini telah menggunakan duit itu untuk membeli gas pemedih mata, membayar gaji polis , membeli air berasid lalu menyuruh kuda tunggangan mereka menyerang rakyat semula. Ini yang dikatakan kerajaan yang tidak kenang budi dan kurang ajar kepada rakyat. Disini saya mengajak para pembaca untuk bersedia menyertai Revolusi Menjatuhkan Kerajaan jika pilihanraya kali ini kotor seperti yang terdahulu. Kita sudah turun ke jalanraya sebelum pilihanraya. JIka mereka tidak mendengarnya, ayuh kita turun ke jalan semula bukan lagi menuntut pilihanraya yang bersih tetapi untuk jatuhkan rejim kuno ini. Syabas yang telah berjaya turun 428. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
Azmin Bukan Anak Derhaka, Ini Politik Kotor Menjelang Pilihanraya. Posted: 06 May 2012 09:54 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Dah Habis usaha jahat menfitnah serta memburuk-burukkan Anwar Ibrahim, Kini Beruk-beruk Makyeh takde otak menyerang pula Azmin Ali, Dulu sibuk mereka serang Azmin, Kononnya punya saham juta-juta, tapi perkara itu dinafikan sendiri oleh bekas pengarah SPRM Dato Shafee Yahaya dalam sebuah buku bertajuk "The Shafee Yahya Story". Ummi Halfida kononnya punya banyak bukti berkaitan Anwar Ibrahim, sampai hari ini masih tak tunjuk-tunjuk buktinya, tapi secara terbuka terus menyerang saudara kandungnya Azmin Ali, lebih dari itu, Ibu Azmin Ali juga diusung dalam politik kotor ini, bukan sahaja oleh ummi, tapi oleh Umno Khasnya. Kononnya Azmin Ali ini Anak Derhaka, Benarkah, kalau kita buka kembali sejarah, Ummi ini sendiri pernah dibuang oleh ayahnya, kerana apa?, cari sendiri jawapannya... cerita itu, surat itu sudah banyak kali diulang siar, Apakah Azmin ini anak derhaka?, baca ulasan beliau dibawah dan nilai sendiri.
Taktik jahat umno tidak menjadi, ia terus membakar semangat Azmin ali untuk terus berjuang. Pernahkah umno melawan dengan fakta dan kebajikan rakyat, mengapa umno selalu bertarung dengan mengusung budaya jijik yang kotor lagi jahat. apakah itu budaya politik yang kita mahu?. Negara akan hancur jika selamanya umno berkuasa. Pilihan ditangan anda, bermain dengan politik kotor dan jijak, atau bertarung demi kesejahteraan rakyat. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment