"tukanglawan"

"tukanglawan"


Section 114A, Akhirnya Najib Tunduk Pada Tekanan

Posted: 14 Aug 2012 12:54 PM PDT

Jom kita fikir sejenak... kerajaan mana yang meluluskan pindaan akta Keterangan 1950 dan meluluskan pula undang-undang baru yang dikenali sebagai section 114A?

Kerajaan BN yang diketuai umno la yang meluluskan, dan hari ini boss mereka kata dia mintak undang-undang tu dibincangkan balik, kononnya kerana "rakyat perlu didahulukan"

Memang macam ni la jenis kerajaan "flip-flop" buat dulu test... kalau orang tak merunggut teruskan, kalau rakyat bantah.. tunjuk la konon-konon perihatin.

Kenapa sekarang najib buat-buat perihatin, kalau betul la perihatin perkara ni dah disemak lama dulu sebelum diluluskan.

Sendiri buat.. kemudian sendiri berlakon seolah-olah perihatin... senang cakap kerajaan jenis macam ni boleh la kita cakap gagal.. sebab sebelum buat tak kaji, kemudian baru nak "bincang" balik...

Agak-agak untuk "bincang" tu berapa banyak masa akan habis... keluar kos tak?, tak payah la nak bincang.. elok undang-undang sakai nei dihapuskan je... apa yang takut sangat sebenarnya?.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pembohongan UMNO tentang kemerdekaan Sabah. Orang Sabah WAJIB tahu!

Posted: 14 Aug 2012 06:31 AM PDT

Jika diselak kembali buku teks Sejarah zaman sekolah dahulu, memang sah kita lihat Sabah itu dimerdekakan oleh pihak British pada 16 September 1963 ketika hari pengisytiharan Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah dan Sarawak membentuk sebuah koalisi.

Selepas Sejarah terbarai dengan adegan pembongkaran lagu Mamula Moon dan Bendera ciplakan dari Amerika (Jika tidak tahu, sila google). Kini, sejarah ciptaan tali barut Inggeris yang disimpan di kopek United Malays National Organisation kembali terkangkang,

Mungkin ramai tak tahu Sabah sebenarnya sudah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 !
Percaya atau tidak sejarah yang telah disimpan di kopek United Malays National Organization ini telah terbarai. Sebesar mana pun kopek Rafidah Ajis di pangkuan UMNO masih tak mampu nak menutup penipuan mereka. Kemerdekaan telah disambut meriah di dalam negeri ketika itu.

Akhbar The Sunday Times 1 September 1963 mencatatkan peristiwa tersebut. :

"On top of a hillock the new Sabah flag was flying proudly in the morning breeze in front of the District Council building.District Councillors and village elders took up position before the proclamation made in various languages." 




MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.

Sumber : Facebook Pusat Sejarah Rakyat





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Percubaan Mencuri Jasad Nabi Muhamad Saw

Posted: 13 Aug 2012 11:47 PM PDT

Pada tahun 1099 M tentera Salib telah berjaya menakluk Baitul Maqdis dan mereka menguasainya selama 80 tahun. Kejayaan itu masih tidak memuaskan hati mereka lalu merancang satu perbuatan yang paling keji iaitu untuk mencuri jasad Nabi Muhamad saw.

Kisah ini berlaku pada tahun 557H (1164M), diceritakan oleh Ali Hafidz seorang Sejarawan Arab dalam bukunya Fusul Min Tarikhi Al Madinah al Munawwarah.

Pada masa itu kerajaan Bani Abbasiyah diperintah oleh Khalifah al Mustajid Billah (555-566/1160-1170). Kerajaan Islam ketika itu berada dalam keadaan lemah dan berpecah-belah. Maka tentera Salib mengambil kesempatan mahu mencuri serta memindahkan jasad Nabi Muhamad saw.

Untuk menjayakan rancangan tersebut mereka menghantar dua orang lelaki bangsa Moroko yang beragama Kristian ke Madinah dengan berpura-pura mahu menziarahi makam rasulullah saw. Dan mereka menginap disebuah rumah berhampiran dengan masjid Nabawi.

Kedua lelaki itu berlagak seperti orang alim, mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid nabawi setiap waktu dan menziarahi perkuburan baqik setiap pagi. Selain itu kedua lelaki itu juga bersikap dermawan sering memberikan hartanya kepada fakir miskin.

Pada waktu malam mereka menggali sebuah terowong menuju ke kamar Nabi Muhamad saw. Mereka memasukkan tanah galian itu ke dalam beg kulit dan pada keesokan harinya kedua lelaki itu menziarahi perkuburan Baqik padahal tujuan sebenarnya mereka mahu membuang tanah di sana. Setelah beberapa bulan berusaha akhirnya terowong yang digali sudah hampir sampai ke kubur Nabi Muhamad saw.

Pada suatu malam, Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki yang berada di Syam (Syria) bermimpi bertemu Nabi Muhamad SAW dan baginda menunjuk kepada dua lelaki berambut perang, lalu berkata: "Hai Mahmud, selamatkan aku dari kedua orang ini!".

Sultan Mahmud terjaga dari tidur dan hatinya gelisah memikirkan mimpinya itu. Beliau lalu menunaikan solat sunat dan tidur semula. Dan beliau mengalami mimpi yang sama sebanyak 3 kali berturut-turut. Akhirnya Sultan Nuruddin Mahmud Zanki memanggil menterinya, Jamaluddin Al-Muwashshali, seorang yang alim serta luas ilmu pengetahuannya.

Setelah mendengarnya maka Jamaluddin pun berkata kepada Sultan, "Ini petanda telah berlaku suatu kejadian di Madinah Munawarah. Pergilah sekarang ke Madinah dan jangan bicarakan apa yang Tuanku lihat dalam mimpi Tuanku pada sesiapapun."

Keesokan harinya Sultan Nuruddin Mahmud Zanki berangkat ke Madinah bersama para pengiringnya. Apabila sampai di Madinah Sultan Nuruddin Mahmud Zanki membahagikan harta kepada semua penduduk Madinah. Tujuannya supaya dapat bertemu dua lelaki yang dimimpikannya itu.

Sultan Nuruddin Mahmud Zanki bertanya kepada gabenor Madinah apakah semua orang sudah datang mengambil hadiah pemberian baginda. Menurut Gabenor hanya dua orang lelaki yang tidak mahu datang kerana mereka tidak boleh menerima hadiah malah mereka yang sering memberikan hadiah.

Apabila kedua lelaki itu dibawa mengadap, Sultan Nurudin Mahmud Zanki terperanjat kerana keduanya yang dilihatnya dalam mimpi. Apabila disoal kedua lelaki itu tetap mengatakan berasal dari Moroko dan mahu mengerjakan ibadat. Orang ramai juga memberi pengakuan kedua lelaki itu orang yang baik.

Sultan Nuruddin Mahmud Zanki tidak berputus asa. Baginda pergi ke tempat penginapan kedua lelaki itu.Dalam rumah itu hanya ada beberapa naskhah al Quran dan kitab-kitab agama. Dalam sebuah bilik mereka temui harta yang banyak. Menurut kedua lelaki itu untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

Sultan Nuruddin Mahmud Zanki hampir putus asa untuk mengaitkan kesalahan dua lelaki itu. Tiba-tiba beliau melihat ada sebidang tikar terbentang di atas lantai. Sultan mengangkat tikar tersebut dan terdapat sekeping papan lebar di bawahnya. Apabila papan itu diangkat maka terlihat sebuah terowong yang digali menuju ke Kamar Nabi SAW.

Setelah dipaksa akhirnya kedua lelaki itu memgaku beragama Kristian dan mereka diperintahkan untuk memindahkan jasad Nabi Muhamad saw ke Negara mereka. Kedua lelaki itu merayu dibebaskan namun Sultan Nuruddin Mahmud Zanki memerintahkan kedua lelaki itu dibunuh.

Bagi mengelakkan perkara itu berulang maka baginda memerintahkan supaya digali parit mengelilingi makam Nabi SAW kemudian dituangkan timah cair ke dalam parit itu sehingga penuh. Tujuannya supaya jasad Nabi Muhamad saw tidak lagi dapat diceroboh.Sesungguhnya Allah swt memelihara Nabi Muhamad saw semasa hidup dan setelah wafatnya…

Ekoran dari peristiwa ini memberi semangat kepada Salahuddin al Ayubi untuk menyerang tentera Salib dan akhirnya pada tahun 1187 M beliau berjaya menakluk Baitul Maqdis..


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment