Pahang Daily Online |
- Panas: Ghairah Anwar, Membuatkan Orang Kuat PKR Di Pahang Mungkin Meninggalkan Parti Itu !!
- Adnan Yaakob, 'Kerajaan Negeri Pahang' Dengan Kerjasama UKM Komited Memulihara Tasik Chini
- Panas: Foto 'Kemesraan' YB Fuziah Salleh Dengan MB Pahang Tersebar Meluas Di Laman Facebook !!
- Kumpulan Anti Lynas (SMSL) Mohon Agar Saman Fitnah Di Pindah Ke Mahkamah Tinggi Kuantan !!
- Kontroversi: "Kebebasan Media", PM Najib Razak Arah Kabinet Kaji Pindaan Akta Keterangan 1950
Panas: Ghairah Anwar, Membuatkan Orang Kuat PKR Di Pahang Mungkin Meninggalkan Parti Itu !! Posted: 15 Aug 2012 02:49 AM PDT KUANTAN, 15 Ogos - Dalam keghairahan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya semakin ramai pemimpin UMNO BN Sabah bakal tinggalkan parti itu bagi menyertai Pakatan Rakyat berhadapan Pilihanraya Umum akan datang, pihak kami mendapat "maklumat panas" dimana beberapa orang pemimpin dan "orang kuat" PKR di Pahang akan tinggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Walau pun ia belum dapat disahkan lagi, namun kini desas desus itu kemungkinan boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Malah, difahamkan pihak berkenaan meninggalkan PKR kerana beberapa alasan yang tidak diketahui. Sama ada mereka kecewa dengan Anwar atau sebaliknya, siasatan masih dilakukan. Namun. perkara ini bukanlah dogengan kerana "jika tiada angin masakan pokok bergoyang!". Soalnya, siapakah pemimpin terbabit dan apakah mereka akan kembali bersama UMNO agaknya. Malah, terdapat sumber mengatakan antara mereka yang akan berbuat demikian termasuk bekas calon dan bakal calon PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Senario ini pasti panas untuk diperkatakan apatah lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Apapun, ia bukanlah sesuatu yang dilyar dugaan kerana keghairahan pemimpin atasan menyebabkan ramai dikalangan mereka gusar dengan fenomena yang berlaku. Walau pun mereka sebenarnya berharap Pakatan Rakyat akan menakluki Putrajaya pada PRU kali ini, namun mereka juga merasakan ia diluar jangkauan sebenarnya. Tambahan pula dengan beberapa tindakan kerajaan pusat pimpinan Najib Razak yang kini dilihat begitu prihatin kepada rakyat dengan berbagai sumbangan dan peruntukan yang diberikan. Justeru, hasrat tersebut pasti tidak kesampaian jika apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang diambilkira. Apapun, keputusan tersebut terletak ditangan masing-masing sama ada mahu teruskan perjuangan atau kembali bersama UMNO untuk mantapkan perjuangan itu sendiri. Laporan seterusnya menyusul dan difahamkan sidang media panas akan dibuat selepas perayaan Hari Raya Aidil Fitri ini. [Anwar tidak wajar melakukan kesilapan lagi jika dia benar-benar mahu megajak rakyat melakukan perubahan pad Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang ini. Umum masih ingat tragedi "16 September 2008" gagal kerana kesilapan Anwar yang mewar-warkan isu ini hingga menakutkan musuh-musuh politik beliau. Akhirnya mereka mengatur strategi bagaimana mahu menggagalkan usaha Anwar itu termasuklah dengan menggunakan isu Saiful Bukhari dan membawa kesemua yang dijangka sertai Anwar ke Taiwan untuk satu program berasingan. Akibatnya, usaha Anwar itu gagal akhirnya. Kini, sekali lagi dicanang ingin menakluki Putrajaya. Apakah ia akan membuatkan pemimpin UMNO termasuk Najib dan Rosmah berdiam diri begitu sahaja?. Inilah yang membahayakan keadaan, elok-elok mereka boleh rampas Putrajaya akhirnya hasrat itu dinafikan dengan berbagai strategi oleh pihak kerajaan itu sendiri. Apakah rakyat rela semua ini berlaku, maka itulah tidak hairan ada sesetengah pemimpin yang sudah bosan dengan permainan ini bertindak keluar parti]. |
Adnan Yaakob, 'Kerajaan Negeri Pahang' Dengan Kerjasama UKM Komited Memulihara Tasik Chini Posted: 15 Aug 2012 01:13 AM PDT KUANTAN, 15 Ogos - Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertanggungjawab memastikan Tasik Chini yang diwartakan sebagai Taman Pelancongan pada 1989, dipulihara sebaik mungkin. Beliau turut menafikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di kawasan sekitar tasik berkenaan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kemerosotan kualiti hidup. "Berdasarkan laporan Pejabat Tanah dan Galian Pahang, pencemaran air di tasik itu tidak berlaku, pihak PTG melakukan kajian air setiap bulan," katanya kepada pemberita di sini. Katanya, ketika ini terdapat lima syarikat yang melakukan aktiviti perlombongan dan pembalakan di kawasan itu. "Perlombongan dan pembalakan itu bukan di dalam kawasan yang diwartakan. Syarikat lombong biji besi itu beroperasi sejak sebelum kawasan itu diwartakan sebagai Taman Pelancongan lagi," katanya. Mengenai laporan bahawa tasik itu akan lenyap pada 2030, Adnan berkata ia merupakan laporan awal sebelum pelbagai usaha dan kajian pemuliharaan dilakukan. "Pelbagai usaha pemuliharaan telah dibuat dan kerajaan negeri komited bagi memastikan tasik berkenaan yang diwartakan sebagai Taman Pelancongan itu terus dipulihara," katanya. Mengenai kualiti hidup masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan, beliau berkata pelbagai program dirancang bagi meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan kaum minoriti itu. Katanya, satu kenyataan lengkap mengenai tasik itu akan dibuat berdasarkan laporan komprehensif UKM, dalam tempoh terdekat. Keindahan flora dan fauna Tasik Chini wajar terus dipulihara oleh kerajaan [Berita Harian baru-baru ini melaporkan Transparency International Malaysia (TI) dan penduduk perkampungan Orang Asli di 11 kampung di Tasik Chini merayu PM supaya campur tangan bagi menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar dan kemerosotan kualiti hidup, di sekitar tasik itu. Berikutan itu, lebih 10 wakil masyarakat Orang Asli dan TI diketuai Setiausaha Agungnya, Josie M Fernandez, menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri bagi meminta Najib selaku Anggota Parlimen Pekan, agar segera campur tangan menyelesaikan masalah terbabit. Josie berkata, memorandum itu antara lain menyentuh pelbagai isu, termasuk pencemaran air dan kemerosotan kualiti hidup yang melanda masyarakat Orang Asli di Tasik Chini berikutan laporan kegiatan pembalakan dan perlombongan tidak terancang berlaku di sana]. |
Panas: Foto 'Kemesraan' YB Fuziah Salleh Dengan MB Pahang Tersebar Meluas Di Laman Facebook !! Posted: 14 Aug 2012 08:42 PM PDT KUANTAN, 15 Ogos - Orang ramai yang lalu lalang di hadapan bangunan SUK Pahang dekat sini Selasa lalu terkejut apabila melihat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob begitu ramah mesra menyantuni Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) ketika Naib Presiden PKR bersama anak buahnya mengedarkan bubur lambuk di pintu masuk ke pejabat MB di Jalan Gambut dekat sini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Fuziah di laman sembang sosial facebooknya. "Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya, kpd Dato Seri MB" Di luar SUK tadi sewaktu team kami edar bubur lambuk waktu balik kerja", kata Fuziah. Walau pun aksi ini secara spontan dan tidak dirancang, namun bagi rakyat Pahang sudah pasti akan tergaman melihat adengan ini. Fuziah dilihat memberikan bubur lambuk kepada Adnan sambil bercakap sesuatu dan MB Pahang itu juga dengan wajah tersenyum mendengar kenyataan Fuziah. Umum mengetahui bahawa Adnan dan Fuziah sememangnya seteru politik yang tidak lari dari kontroversi terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan dengan bantahan Lynas. Fuziah menjuarai acara tersebut sedangkan Adnan selaku ketua kerajaan negeri bertindak mempertahankan kilang tersebut. Apapun, mungkin dengan keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini akhirnya kedua-dua pemimpin terbabit dilihat cukup mesra sekali ketika rakaman gambar itu diambil. Secara tidak langsung, aksi ini berjaya menepis dakwaan kononnya Adnan adalah "MB Samseng" seperti yang diperkatakan oleh penyokong pembangkang. Bukti, inilah dia adengan betapa mesranya MB Pahang menyantuni Fuziah ketika pemimpin terbabit menjalankan aktiviti edaran bubur lambuknya [Dari paparan gambar ini jelas menunjukkan Adnan sebenarnya seorang pemimpin yang bersikap terbuka dan mesra. Semoga adengan sebegini dapat memberi persepsi yang baik kepada rakyat Pahang hendaknya. Politik matang perlu diamalkan demi masa depan generasi akan datang. Difahamkan sebelum ini, Fuziah juga dilihat mesra ketika berdepan dengan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat (foto) ketika mereka bertemu dalam satu program edaran bubur lambuk anjuran partinya di Padang MPK1 berhadapan Masjid Negeri beberapa hari sebelum itu. Semoga amalan politik begini dapat terus dikekalkan kerana rakyat seronok melihat pemimpin yang berbeza fahaman politik kelihatan mesra dan damai apabila berjumpa dalam situasi yang berbeza dari acara rasmi mereka. Syabas MB Pahang dan tahniah Ahli Parlimen Kuantan kerana berani berhadapan dengan MB walau pun beliau tahu Adnan tidak setuju dalam banyak perkara yang dibangkitkan termasuklah isu Lynas]. |
Kumpulan Anti Lynas (SMSL) Mohon Agar Saman Fitnah Di Pindah Ke Mahkamah Tinggi Kuantan !! Posted: 14 Aug 2012 11:50 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Kumpulan anti Lynas, "Save Malaysia, Stop Lynas" (SMSL) memohon agar saman fitnah Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd terhadapnya, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan. Peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, yang mewakili SMSL, memberitahu pemberita permohonan itu difailkan awal bulan ini. "Mahkamah menetapkan 26 Sept ini bagi mendengar permohonan itu," katanya selepas bertemu Hakim Datuk John Louis O'Hara dalam kamar ketika kes itu disebut untuk pengurusan semalam. Pada 19 April lepas, Lynas Corporation of Sydney, Australia dan Lynas Malaysia menyaman SMSL Sdn Bhd, dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow serta tiga sukarelawan iaitu Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu Bakar, berhubung satu artikel memfitnah yang disiarkan blog kumpulan itu pada 22 Mac lepas. Antara lain, Lynas memohon mahkamah memerintahkan defendan mengeluarkan artikel bertajuk 'Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMSL Malaysian NGO statement Against Lynas' daripada blognya sehingga kes saman itu selesai. Selain itu, Lynas memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan artikel tersebut. Pada 26 Julai lepas, Hakim O'Hara menolak permohonan Lynas untuk mendapatkan perintah injunksi dan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh merumuskan sama ada artikel itu bersifat memfitnah atau sebaliknya, sehingga mendengar keterangan pada perbicaraan penuh kes. |
Kontroversi: "Kebebasan Media", PM Najib Razak Arah Kabinet Kaji Pindaan Akta Keterangan 1950 Posted: 14 Aug 2012 11:38 AM PDT PETALING JAYA, 15 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) melalui Twitter berkata beliau telah meminta Kabinet membincangkan kontroversi terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan 'Hari Tanpa Internet' pada Selasa. "Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang pertama," katanya dalam satu mesej Twitter semalam. Sementara itu, beberapa laman web popular menyatakan pandangan secara berbeza terhadap kempen menentang pindaan yang mencetuskan kontroversi itu. Pop-up 'hitam' menyambut pelawat laman-laman web yang memberitahu Seksyen 114(a) Akta tersebut yang diwartakan baru-baru ini mengancam hak-hak mereka sebagai pengguna Internet. Blogger seperti kolumnis The Star Marina Mahathir dan Niki Cheong juga mengambil bahagian dalam 'Hari Tanpa Internet', dengan tulisan "Stop 114A". Portal berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today serta Majlis Peguam juga meletakkan 'pop-up' ini di laman web mereka. Beberapa perniagaan termasuk mobile88.my juga menggelapkan keseluruhan laman web mereka manakala terdapat pengguna internet mengubah gambar profil mereka di Twitter dan Facebook dengan butang "Stop 114A". Sesetengah pihak, termasuk ahli politik Lim Kit Siang daripada DAP dan peguam Edmund Bon, membuat pendirian mereka dengan sepenuhnya tidak guna talian internet. Kempen turut dapat sokongan daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu yang mahu agar pindaan tersebut dikaji semula. Gan berkata, undang-undang baru itu memberikan kesukaran kepada ejen-ejen yang tidak bersalah yang terperangkap dalam kes penyalahgunaan internet, seperti pencerobohan, kecurian identiti atau bahkan usikan di Twitter, serta penyedia perkhidmatan internet seperti kafe siber. "Sebagai contoh, jika seorang individu yang tidak bertanggungjawab datang ke halaman Facebook saya dan memberikan mesej fitnah atau kata-kata benci, adakah saya akan bertanggungjawab walaupun komen-komen itu bukan berasal daripada saya?" kata Naib Presiden MCA. Hari Tanpa Internet diselaraskan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Pegawai Eksekutif CIJ Masjaliza Hamzah berkata sambutan itu adalah lebih baik daripada yang telah dijangkakan. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment