Liang Lahad.... |
- USTAZ NASHA MINTA PAS KELUAR PAKATAN [VIDEO]
- SEMINGGU SELEPAS FATWAKAN HARAM UNDI DAP,USTAZ TERIMA RM 2JUTA!
- NASHARUDIN MAT ISA NI BODEK NAJIB KE APA ? [VIDEO]
USTAZ NASHA MINTA PAS KELUAR PAKATAN [VIDEO] Posted: 14 Aug 2012 10:31 PM PDT Ustaz nasharuddin Mat Isa mencadangkan supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat... alasan beliau adalah kerana DAP dilihat menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud... Samada beliau ni buta.. (cuma yang aku tahu keadaan gigi dia tak berapa bagus..) Tapi apa yang pasti,dia ni lah parasit sebenar dalam usaha menggagalkan perjuangan PAS dalam politik tanahair.. Apakah beliau tidak tahu tahap bagaimana MCA membantah hukum hudud dan bagaimana selama 55 tahun UMNO menolak hukum hudud dari dilaksanakan..? Tidakkah Nasharudin ni merasakan bahawaUMNO juga patut keluar dari BN..? Bila Nasharudin meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat,konon-kononnya supaya PAS tetap kekal dengan pendirian menegakkan hukum Allah... waktu itulah jelas menunjukkan dia ini adalah "parasit".. Nasharudin tahu.. sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat,sudah pastilah Pakatan Rakyat tidak akan berpeluang memenangi pilihanraya UMUM ke 13.. Dan Nasharudin juga tahu.. sekiranya PAS keluar dari pakatan Rakyat... kemudian tidak pula bergabung dengan mana-mana pakatan politik.. Sudah tentulah perjuangan PAS untuk membawa satu perubahan yang lebih baik di dalam negara ini tidak akan berada ditahap yang sepatutnya.. Ini telah terbukti selama berpuluh tahun sebelum "impak 1998" apabila parti-parti pembangkang bertanding secara solo dan menentang 14 parti yang bersatu dibawah Barisan Nasional.. Hasilnya BN dengan mudah dapat menewaskan parti-parti pembangkang... Dan PAS juga.. sudah tentu tidak akan bersama-sama dengan UMNO di dalam Barisan Nasional,kerana Barisan Nasional sendiri pun membantah perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah negara Islam mengikut erti kata sebenar.. Jadi apa tujuan gesaan Nasharudin ni..? Nampaknya.. bila dah boleh lepak santai dengan Najib di Mekah.. kenyataan Nasharudin sekarang ni dah macam kenyataan ahli UMNO lah pulak aku rasa.. Nak tengok macam mana bersungguh-sungguhnya Nasharudin ni ambil hati Najib.. tengok sini.. jadi,nak le tanya... Nasharudin dapat jugak ker bila keluarkan kenyataan macam ni..? | ||
SEMINGGU SELEPAS FATWAKAN HARAM UNDI DAP,USTAZ TERIMA RM 2JUTA! Posted: 14 Aug 2012 09:26 PM PDT Abdullah Sa'amah,individu yang mengeluarkan fatwa sendiri dengan menggelarkan DAP sebagai kafir harbi dan mengharamkan umat Islam mengundi DAP, kini boleh tersenyum puas apabila mendapat sumbangan sebanyak RM2 juta.. Jadi... kekeliruan kita dalam soal mengapa dia mengeluarkan fatwa sedemikian,sedangkan MCA adalah parti yang lebih hebat bantahannya dalam soal hudud manakala UMNO pula selama 55 tahun tidak pernah mahukan hudud,telah pun terjawab... Kalau tak... pening jugak kepala kita memikirkannya.. Iyalah... kita mesti tertanya-tanya bagaimana Abdullah Sa'amah ni boleh sokong UMNO...? sedangkan UMNO sendiri tak pernah mahukan hudud... Betullah kata Najib.. "kini masanya balas budi" Dan budi ustaz ni dibalas hanya dalam tempoh seminggu selepas keluarkan fatwa...
Patut le dia sanggup kata "parti Najib tu parti Islam.." tak percaya tengok video ni... Kalau ada 10 orang ustaz yang macam ni perangainya.. naya kita.. | ||
NASHARUDIN MAT ISA NI BODEK NAJIB KE APA ? [VIDEO] Posted: 14 Aug 2012 01:53 PM PDT Nasharuddin Mat Isa ni adalah merupakan bekas Timbalan Presiden PAS.. dan kalau mengikut kata beliau,beliau masih lagi ahli PAS..
Tapi yang agak peliknya.. kenapa dia ikut Najib ke Mekah dan bersama-sama dengan Najib "dalam keadaan yang nampak mesra" pulak tu..Atau aku boleh tukarkan ayat kepada "dalam keadaan kelihatan macam mengampu lah pulak.." tengok video di bawah.. Tahun lepas.. Najib bawa Zul Kulim melawat makan Raja Sekular Dunia,Mustafa Kamal Artartuk.. dan Zul Kulim kemudiannya dapat gelaran Dato'... Tahun ni Najib bawa Nasharudin ke Mekah pula sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Samada Nasharudin ni akan dapat gelaran Dato' ke tidak lepas ni, tidak lah aku tahu... dan untuk tujuan apa pulak Nasharudin ni begitu baik sekali dengan Najib pun tak dapat dipastikan... Tapi apa yang pasti adalah.. lepas semua tindakan ko ni.. lepas semua kenyataan yang ko keluarkan yang nampaknya semakin menghentam PAS, maka janganlah marah bila ada orang kata, "memang betullah dia ni parasit dalam PAS.." Bila orangkata kau macam tu.. janganlah kau marah pulak ok.. Tengok video ni... Nasharudin begitu berusaha ambil hati Najib.. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment