Liang Lahad....

Liang Lahad....


REALITI - CARA-CARA ORANG UMNO BERFIKIR

Posted: 23 Oct 2012 09:59 AM PDT

Mentaliti orang UMNO terlalu mudah diramal..
mereka hanya pandai bercakap dan mengaku memperjuangkan Islam..
hakikatnya bila Islam dihina oleh Presiden MCA,UMNO diam seribu bahasa..

Demi politik, UMNO terpaksa diam...
untuk terus hidup di dalam persada politik tanahair,UMNO terpaksa mendengar,diam diri dan tundukkan kepala apabila Presiden MCA menghina hukum
Allah..

Mufti-mufti yang pro UMNO selama ini juga senyap belaka..

Gambar kartun ni cukup sesuai menggambarkan cara pemikiran orang UMNO..


Mungkin sesuai kalau kita namakan watak kartun tu sebagai :-
  1. Baju kuning = Encik Tak bethul Bari 
  2. Baju biru = Encik Harus sini,haram sana.
  3. Baju putih = Encik Hassan beras jati



EKORAN PENDEDAHAN "KEPERLUAN POLITIK" WANG OLEH EXCO PEMUDA UMNO,DR ASRI SARANKAN UMNO UNDUR DARI POLITIK NEGARA!!!

Posted: 23 Oct 2012 09:09 AM PDT


SHAH ALAM, 23 OKT: Umno harus berundur dari persada politik negara ekoran pengakuan pemimpinnya bahawa politik wang sudah menjadi budaya di dalam Umno yang perlu diterima oleh masyarakat termasuk agamawan yang ingin menyertai parti itu.

Saranan itu dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana amalan itu menyebabkan negara diterajui pemimpin yang kaya tetapi tidak semestinya mampu mentadbir negara dengan bijak.


Selain itu, menurutnya budaya politik wang itu akhirnya akan melibatkan unsur-unsur rasuah yang akhirnya tidak dapat dikawal.

"Terima kasih kepada Ustaz Syahrin kerana menjawab dengan jujur, tetapi saya rasa kalau Umno begitu parah bererti Umno kena berundur.

"Kita tidak akan dapat keluar dari masalah ini jika Umno terus dengan cara itu sebab tak kira parti mana akan terpaksa ikut amalan itu.

"Kerana orang Melayu dah terbiasa memilih pemimpin bukan kerana ketajaman minda dia, ada idea dan sebagainya tetapi soal dia banyak duit.

"Sebab itulah bila seseorang itu jadi pemimpin Umno dia mesti ada duit, mesti ada projek dan perkara ini semakin hari semakin disuburkan," ujar Dr Mohd Asri dalam program Wacana Sinar bertajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin' di sini hari ini.

Seorang ahli panelis program itu Syahrin Md Jamaluddin mengakui bahawa wang memainkan peranan amat penting dalam mempengaruhi kedudukan seseorang pemimpin dalam Umno.

Syahrin yang merupakan Exco Pemuda Umno berkata pemimpin Umno samada peringkat bahagian ataupun pusat yang tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh tidak akan bertahan melebihi tiga bulan dalam Umno.

Syahrin memberi contoh di mana ahli Umno akan meminta duit untuk menjalankan program seperti permainan bola sepak dan sambutan keagamaan daripada pemimpin bahagian mereka.

Sementara itu, seorang lagi panelis Datuk Siddiq Fadzil pula berkata mekanisma pemilihan pemimpin berdasarkan wang itu merupakan mekanisma 'enjit-enjit semut'.

"Ini yang dipanggil mekanisma 'enjit-enjit semut', siapa sakit naik atas,' jadi mekanismanya begitu, pemimpin yang naik atas itu juga pemimpin sakit.

Lianglahad ~ pemimpin UMNO sekarang ni keluar kenyataan banyak yang menunjukkan kelemahan mereka sendiri...

Selangorku

UMNO SEPATUTNYA SERTAI - PEMUDA PAS AJAK PEMUDA UMNO TURUN DEMO ESOK TUNTUT CHUA SOI LEK MINTA MAAF!!

Posted: 23 Oct 2012 08:57 AM PDT


Rakyat Malaysia kini semakin hairan apabila UMNO senyap membisu seribu bahasa dalam isu Presiden MCA menghina dan memperlekehkan hukum hudud yang mana sekaligus menghina Islam itu sendiri..

Bagi mengejutkan sikap berdiam diri UMNO itu Pemuda PAS hari ini mengajak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma MCA di Jalan Ampang esok bagi menyerahkan memorandum menuntut Chua Soi Lek meminta maaf kepada umat Islam di negara ini..

Kita perlu faham...
apabila Chua Soi Lek menghina negara-negara yang melaksanakan hukum hudud
sebagai negara yang korup,ianya sudah tidak melibatkan PAS lagi.. ianya adalah penghinaan Chua Soi Lek kepada Islam secara langsung.. 

Mahukah Pemuda UMNO turut bersama-sama atas semangat Islam menuntut Chua Soi Lek supaya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini..?

Pemuda PAS ajak KJ, Umno demo esok

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) sama-sama menyertai perhimpunan aman esok di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai hudud.

Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kehadiran Khairy penting bagi menunjukkan solidariti tanpa perbezaan politik bagi membantah kenyataan Chua yang jelas menghina Islam.

"Kita jemput Pemuda Umno bersama membantah kerana isu ni bukan melibatkan parti. Selain Khairy, kita juga sudah menjemput beberapa NGO termasuk Pemuda PKR sama-sama hadir esok.

"Ketua Pemuda DAP Anthony Loke juga dah nyatakan pendiriannya mengenai hudud di Parlimen semalam, maka tidak ada masalah jika PAS ajak mereka turut serta," katanya kepada FMT di bangunan Umno di sini hari ini.

Selain himpunan aman, Khairul Faizi berkata pihaknya juga merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Chua esok mendesak bekas Menteri Kesihatan itu memohon maaf secara terbuka.

Sebelum itu Pemuda PAS menyerah satu memorandum kepada Khairy mendesak beliau menyatakan pendirian tegas mengenai tindakan Chua. Memorandum diserahkan Khairul kepada Khairy melalui Setiausaha Kerja Pemuda Umno Mohd Suamli Reduan di sini hari ini.

"Pemuda Umno sepatutnya mengambil langkah agresif dengan menegur dan memberi amaran keras kepada Presiden MCA supaya menghormati amalam agama serta adab resam bangsa dan kaum yang lain.

"Kami rasa Pergerakan Pemuda Umno perlu memberikan pendirian yang jelas berhubung perkara ini," memorandum itu dipetik.

Sementara itu Khairul menegaskan, kenyataan Chua melepasi batas politik apabila menyentuh mengenai 11 buah negara yang melaksanakan hudud antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
"Sikapnya itu jelas ditujukan bagi menghina undang-undang Islam sendiri yang tidak ada kena mengena dengan PAS," katanya.

Chua turut mendakwa 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Malah beliau menyokong kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.

MCA SERANG ISLAM SUPAYA ORANG CINA TIDAK UNDI DAP - MAHATHIR

Posted: 23 Oct 2012 05:22 AM PDT

Mahathir mempertahankan pendirian MCA dan juga Chua Soi Lek dalam serangan parti perkauman itu terhadap hukum-hukum Allah...(hukum hudud adalah hukum Allah...)..

Mahathir mempertahankan dengan mengatakan bahawa serangan MCA itu hanyalah untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud
dengan harapan pengundi bukan Islam tidak akan mengundi DAP...

Adakah Mahathir ni bodoh atau memang dia sudah nyanyuk.?
apakah penghinaan hukum-hukum Allah ini boleh dilakukan dan dihalakan semata-mata untuk memastikan BN menang..?
 


Patutlah UMNO selama berlakunya serangan Chua Soi Lek terhadap Islam ini ,UMNO diam seribu bahasa..
rupa-rupanya kepentingan politik ada di sebalik serangan terhadap hukum Allah ini..

Dan yang paling mengecewakan sekali adalah kenyataan Mahathir bahawa hudud ini bukan isu agama..
hudud ini isu poitik katanya..
politik atuk luu!!!!
hukum hudud ni ada dalam Al Quran..

Mahathir juga percaya MCA sebenarnya tidak menentang Islam..
beliau memberikan contoh bahawa MCA tidak membantah apabila kerajaan mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam..

Memang le MCA tak membantah.
kalau dah pemimpin-pemimpin di dalam UMNO secara selamba jer rampas hak rakyat.. rasuah..seleweng amanah.. kaki maksiat..
lepas tu korang nak isytiharkan negara ni negara Islam,memanglah sikit habuk pun dia tak heran..

Kalau UMNO nak umumkan yang UMNO tu pejuang Islam pun Chua Soi Lek takkan bantah..
sebab dia pun tahu korang tu macam mana... 

Apa pun kenyataan Mahathir ni dapat memberikan dua pencerahan..

Pertamanya..
Mahathir ni memang orang yang tidak kisahkan agama,samada agama itu dijulang atau dihina apatah lagi Mahathir sendiri pernah menghina Nabi Muhammad SAW dan menghina hukum hudud dengan mengatakan hukum hudud itu ciptaan ahli feqah..


Keduanya..
Mahathir secara jelas mendedahkan tektik MCA yang menghina sekeras-kerasnya hukum Allah semata-mata bagi meraih keuntungan politik dengan mengharapkan orang bukan Islam akan kembali menyokong MCA dan meninggalkan DAP..

Apa yang Mahathir tak tahu adalah,orang bukan Islam kini sudah bermaklumat..
mereka tidak takutkan hudud kerana hukum ini hanya dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja...
tengok sendiri pengakuan Fathul Bari Mat Jahaya ni... [HUDUD KE ATAS ISLAM SAHAJA]







20 TAHUN HIDUP MINUM AIR SUNGAI - INILAH KESAN RAKYAT DIBAHULUKAN!!

Posted: 23 Oct 2012 01:51 AM PDT

Semakin lama UMNO memerintah selama itulah rakyat dipinggirkan..
slogan rakyat didahulukan hanya tinggal slogan...
20 tahun lamanya tinggal dirumah yang usang dan terpaksa minum air sungai jika bekalan air bersih tiada.. 

20 tahun bukan jangka masa yang sekejap..
kalau bayi yang lahir 20 tahun lalu,kini dia dah besar panjang dah...
tahun depan siap boleh mengundi..


Mungkin itulah yang ada dalam fikiran Rohana Ajid 40, berkata, bekalan air bersih
terpaksa diambil daripada paip utama pejabat kilang setelah mendapat keizinan dan ada kalanya mereka memasak air sungai untuk diminum jika bekalan air tiada.



Bekalan elektrik pun dapat dinikmati atas keperihatinan pemilik kilang yag membuat penyambungan beklan ke rumahnya...

3 orang anak beliau terpaksa diberhentikan sekolah selepras tamat sahaja darjah enam ekoran tiadanya kemampunan dari segi kewangan...

Negara kita sudah merdeka selama 55 tahun..
kekayaan negara habis dikaut oleh golongan tertentu...
tapi masih ada rakyat seperti Rohana Ajid ini yang tak dapat merasa kehidupan yang selesa sepertimana orang lain..

Kalaulah Rohana Ajid ni tahu Rosmah,isteri Najib tu beli beg Birkin beratus-ratus ribu,bagaimanalah gamaknya perasaan dia yer...?

Dan kalau lah dia tahu pengembala lembu pun adalah si suami Ketua Wanita UMNO yang mentekedarah wang rakyat RM250 juta,mungkin dia pun akan jadi marah..

SELEPAS HAMPIR 5 TAHUN BARU KITA TAHU INI FITNAH

Posted: 22 Oct 2012 11:13 PM PDT




Selepas hampir 5 tahun kenyataan Khir Toyo terhadap Ronnie Liu ni baru kini kita tahu bahawa semuanya itu adalah fitnah belaka...

Itulah cara pemimpin UMNO...
mereka tabur fitnah dulu untuk memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat,dengan harapan rakyat termakan fitnah mereka..


Sekarang ni dah hampir nak masuk 5 tahun baru tahu semua tu fitnah...
Khir Toyo hari ni kena minta maaf pada Ronnie Liu...

Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah

Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Artikel itu yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.

No comments:

Post a Comment