"tukanglawan" |
- Minyak Naik Lagi, Orang Umno Kata tak Apa....
- Video Presiden Persatuan Barisan Tembikai Mengamuk Depan Pejabat PKR
- Lelaki Bawa Kerambit Cuba Dekati Anwar?
- Perkasa Yang Serang Masjid Tak Solat Sebab Tak Reti
- Sekat Jalan Ke Putrajaya Yang Disyor Najib Sudah Bermula
- Saiful Bukhari Pelik Dan Ajaib.
Minyak Naik Lagi, Orang Umno Kata tak Apa.... Posted: 05 Sep 2012 03:39 PM PDT Minyak naik lagi, orang umno tentu akan kata, tak apalah, sebab kita pakai RON95 je, yang naik RON97. Kah..kah..kah, bodoh betul rupanya, memang yang naik itu RON97, tapi jangan lupa alasan minyak naik akan digunakan untuk naikkan semua harga barang, dari roti canai sampai ke kuih muih, semua akan naik sebab pakai alasan "minyak naik" Dan bila sayur -sayur jadi mahal, dan bila ikan ayam pun mahal, sebutlah pada makcik kampung "minyak naik" bukan makcik kampung tau pun apa RON95 apa RON97 yang dia tahu minyak naik.. harga barang pun naik... So camne nak bagi turun.. kita pakat-pakat tarik umno tu bagi turun... lagi tak paham-paham ke? Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Video Presiden Persatuan Barisan Tembikai Mengamuk Depan Pejabat PKR Posted: 05 Sep 2012 11:19 AM PDT Siang tadi Presiden Persatuan Bersatu Nambikkai (Sebut tembikai) Kalai Vanar telah menunjukkan bukti taat setia terhadap BN. Presiden Persatuan Bersatu Tembikai itu telah juga membawa beberapa orang pemuda yang dikhuatiri melayu tak berwawasan walaupun mereka memakai baju bertulis melayu berwawasan untuk menyerang dan menimbulkan huru hara di hadapan pejabat PKR di Tropicana Damansara. Dijangkakan tindakan presiden persatuan bersatu Tembikai itu yang memulakan provokasi dengan dibentengi beberapa pemuda-pemuda melayu yang kelihatan malu-malu akan mengakibatkan beliau dianugerahkan gelaran datuk kerana begitu berjaya menunjukkan keberanian terpekik pekik di bawah hujan renyai. Dikatakan juga pemuda-pemuda melayu yang diupah dengan bayaran lumayan RM30 beserta makan tengah hari itu akan mengalami demam-demam kerana jarang sekali dibasahi hujan. Ini adalah siri "roadblock to putrajaya" yang diadakan oleh penyokong tegar BN selepasbeberapa siri serangan lalu termasuk serangan puak jahiliah perkasa yang tidak pandai menghormati masjid seperti yang mereka tunjukkan baru-baru ini. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Lelaki Bawa Kerambit Cuba Dekati Anwar? Posted: 05 Sep 2012 03:04 AM PDT Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa). Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu. Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu. Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus. "Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya. "Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya," kata beliau. Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar. Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat. AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Perkasa Yang Serang Masjid Tak Solat Sebab Tak Reti Posted: 05 Sep 2012 02:26 AM PDT Sekumpulan 50 ahli Perkasa didapati tidak solat maghrib semata-mata mahu mengganggu majlis ilmu yang sedang berlangsung, walaupun Imam masjid menasihatkan supaya tindakan itu dihenti dan segera menunaikan solat berjemaah. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim menceritakan kembali kejadian memalukan di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar itu pada Ahad lalu. Insiden tersebut menyebabkan Ahli Parlimen, Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hampir terkena balingan kasut ketika khusyuk mendengar tazkirah daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sekumpulan ahli Perkasa berkumpul sejak pukul 3 hingga 5 petang berdekatan Rumah Terbuka KEADILAN Kedah yang diadakan di pejabat KEADILAN Negeri. Tapi pada jam 7 petang, mereka mula memenuhi kawasan depan masjid pula. "Masa masuk waktu Maghrib dan selepas melaungkan azan, Imam turut memanggil kumpulan tersebut supaya masuk ke dalam masjid mendengar tazkirah serta sama-sama menunaikan solat dan meminta mereka pulang jika enggan memberi kerjasama. "Tapi mereka masih tidak berganjak, terus berkumpul di luar masjid sehingga kami semua selesai solat. Suasana bising sangat dan mereka mengganggu jemaah lain tunai solat," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Untuk mengesahkan perkara tersebut, beliau sendiri ke belakang saf dan mendapati tiada langsung ahli Perkasa yang turut berjemaah. "Kumpulan Perkasa senang nak kenal kerana mereka pakai baju Skuad Perkasa, kuning hitam. "Selesai solat, makin kuat pula maki hamun dan kata-kata kesat oleh mereka. Suara perempuan pun ada, tak tahu masa bila mereka solat," ujarnya yang juga Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa). Kah..kah..kah, dah macam apa entah lagi, sudah la pegi masjid kacau majlis orang, tak tahu malu pulak tak solat, kemudian terjerit-jerit macam mawas tak cukup dengan tu cuba rempuh masjid, ni orang islam ke... sebab "tukanglawan" tengok kawanx2 yang bukan Islam leboh pandai hormat masjid berbanding puak perkasa yang perkosa masjid nei... malu.. malu..... Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Sekat Jalan Ke Putrajaya Yang Disyor Najib Sudah Bermula Posted: 05 Sep 2012 01:30 AM PDT Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi. Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional. "Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau. "Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan," katanya. Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat. Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini. Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Saiful Bukhari Pelik Dan Ajaib. Posted: 04 Sep 2012 06:31 PM PDT Seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa". Peguam yang menulis sebuah buku bertajuk 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', itu berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain . Maka kerana Saiful amat suka jadi popular maka eloklah dia membeli buku ini, kerana saiful boleh mengabadikan ia sebagai kenang-kenangan untuk tatapan anak dan cucu nanti. Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari. "Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat." Kah..kah..kah, Tengok la, Orang bukan islam pun mengkaji, cuma saiful kadang-kadang terlupa dan main sebut saja. Tambah peguam itu lagi, "Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik. "Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku. "Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel. Nak tau lagi banyak perkara pelik yang dilakukan oleh Saiful yang dianggap gila glamer tu? beli la buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas. Dan Saiful pun jangan lupa beli tau, buat tunjuk dekat anak cucu nanti.. kah..kah..kah Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment