Pahang Daily Online |
- Ir.Zaidee Laidin, Pemberian TOL Oleh AELB Bukti Keselamatan Operasi Lynas Itu Di Yakini Selamat !
- Hilang Peluang, Mahkamah Persekutuan Menolak Rayuan Penduduk Bukit Koman Mencabar RAGM!
- Bayi Lelaki Di Temui Mati Dalam Mangkuk Tandas Di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan HTAA
- Jemputan Rumah Terbuka PAS Indera Mahkota
- Panas: Himpunan Hijau Bakal Membuat Sekatan Di Pelabuhan Kuantan Untuk Halang Rare Earth
- Panas: Lynas Corporation Mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom AELB Mengeluarkan TOL!
- Tuan Ibrahim, Kerjasama Pakatan Rakyat Pahang Kondusif Dan Padu Hadapi Pilihanraya Umum Ini
Ir.Zaidee Laidin, Pemberian TOL Oleh AELB Bukti Keselamatan Operasi Lynas Itu Di Yakini Selamat ! Posted: 06 Sep 2012 08:36 AM PDT
|
Hilang Peluang, Mahkamah Persekutuan Menolak Rayuan Penduduk Bukit Koman Mencabar RAGM! Posted: 06 Sep 2012 06:18 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 6 Sept - Penduduk Bukit Koman hilang peluang terakhir mereka untuk mencabar melalui semakan kehakiman supaya Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar yang terperinci. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk mendapat kebenaran untuk didengar berdasarkan meritnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Panel lima hakim itu, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif. Hakim Raus, yang merupakan hakim kedua paling kanan di negara ini berkata, mereka telah menelitinya dan keputusan itu dibuat sebulat suara. Katanya, tidak ada sebab untuk mereka mengubah keputusan mahkamah rendah dan oleh itu menolak rayuan itu. Di samping itu, Hakim Raus arahkan penduduk membayar kos sebanyak RM15,000. Empat lagi anggota panel hakim itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Ma'arop, Datuk Hasan Lah dan juga Datin Paduka Zaleha Zahari. |
Bayi Lelaki Di Temui Mati Dalam Mangkuk Tandas Di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan HTAA Posted: 06 Sep 2012 05:55 AM PDT
|
Jemputan Rumah Terbuka PAS Indera Mahkota Posted: 05 Sep 2012 09:27 PM PDT |
Panas: Himpunan Hijau Bakal Membuat Sekatan Di Pelabuhan Kuantan Untuk Halang Rare Earth Posted: 05 Sep 2012 01:58 PM PDT ![]() KUANTAN, 6 Sept - Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau berikrar untuk membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan sekiranya syarikat pelombong nadir bumi Lynas mula menghantar bahan berkenaan untuk diproses di lojinya di Gebeng. Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack (foto) memberi jaminan bahawa penghantaran itu tidak akan melepasi sekatan mereka. "Kami akan adakan keingkaran awam terbesar di negara ini dan mengumpulkan semua golongan. "Pelabuhan Kuantan tidak akan beroperasi selagi bijih berkenaan berada di situ," katanya. Kenyataannya itu timbul susulan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk meluluskan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) secara bersyarat semalam. Kenyataan AELB menyebut, mesyuarat lembaga itu pada hari Isnin lalu berbuat hati bahawa Lyna mematuhi semua aspek teknikal untuk lesen tersebut. Ia termasuk kaedah kawalan debu serta imobilisasi bahan radioaktif dalam residu, dan keperluan perundangan yang ditetapkan. "Lembaga juga ambil maklum bahawa Lynas telah buat komitmen untuk bawa residu Water Leach Purification (WLP) yang terhasil dalam projek LAMP keluar daripada Malaysia dalam bentuk produk komersial," kenyataan itu dipetik. Sementara itu, kumpulan yang menentang operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas, Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas (SMSL) berkata mereka akan memfailkan injunksi di mahkamah untuk menghalang Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada loji di Gebeng, Kuantan itu daripada dikuatkuasakan. Seorang jurucakap SMSL memberitahu badan tersebut telah mengarahkan Peguam mereka supaya memfailkan injunksi berkenaan. Katanya, injuksi itu sekurang-kurangnya bagi membolehkan dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. Permohonan semakan kehakiman pertama adalah ke atas penganugerahan TOL kepada loji Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan satu lagi ke atas keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Ongkili yang menolak rayuan mereka. TOL berkenaan, bagaimanapun dikeluar oleh AELB kepada syarikat Australia itu. sumber [Nampaknya, jika sekatan ini dilakukan maka sudah pastilah satu pertembungan yang maha dasyat antara NGO anti Lynas dengan pihak polis akan berlaku di Pelabuhan Kuantan nanti. Ini berdasarkan kepada kemarahan rakyat yang begitu kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) itu. Paling mengejutkan keputusan dibuat secara drastik ketika NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) baru memaklumkan bahawa lesen TOL akan ditangguhkan terlebih dahulu ketika perbicaraan terhadap dua permohonan semakan kehakiman yang mereka buat dibicarakan terlebih dahulu. Malah, lebih memusykilkan ialah persoalan tentang sisa buangan yang dikatakan akan dibawa keluar dari negara ini dengan dijadikan produk komersial. Sedangkan Lynas sudah membina beberapa buah kolam yang akan digunakan untuk kegunaan sisa buangan tersebut. Maknanya, ada sesuatu yang perlu diberi perhatian sebelum kelulusan diberikan. Rakyat kini semakin marah dan pasti akan terus perjuangkan isu ini terutamanya bagi masyarakat kaum Tionghua. Apapun, kita harap agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini semasa bantahan dan sekatan rakyat pada hari tersebut itu nanti]. |
Panas: Lynas Corporation Mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom AELB Mengeluarkan TOL! Posted: 05 Sep 2012 02:12 PM PDT PETALING JAYA, 5 Jun - Lynas Corporation pada Rabu mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk Lynas Advanced Materials Plant (LAMP). Kilang menapis nadir bumi yang terletak di Gebeng, Kuantan dijangka memulakan operasi pada Oktober ini. "Menerima lesen daripada AELB merupakan satu kejayaan signifikan untuk Lynas," kata Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis (foto). "TOL tersebut menyediakan pengesahan tambahan untuk keselamatan dalam operasi Lynas di Malaysia dan menyokong penilaian awal sebelum ini oleh pihak berkuasa untuk keselamatan radiasi, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bahawa LAMP adalah selamat dan mematuhi standard antarabangsa sepenuhnya", dakwanya. Curtis berkata, pengesahan kelulusan itu menunjukkan komitmen Lynas secara kuat terhadap keselamatan, kesihatan, persekitaran dan nilai kemasyarakatan. "Seperti semua pihak di Lynas, saya akhirnya dapat menjangkakan tentang keselamatan operasi di LAMP dan boleh untuk membekalkan produk kepada pelanggan kami", kata beliau lagi. Lynas Di Beri TOL Andai Patuhi Syarat Tambahan ![]() Ramai Pihak Persoal Tindakan AELB Lulus Lesen [Keputusan yang pasti mengecewakan majoriti besar rakyat Kuantan yang membantah projek ini sebenarnya. Namun, sudah pasti AELB punyai alasan tersendiri untuk mengatakan loji tersebut selamat. Persoalannya, apakah rakyat boleh terima masa depan anak cucu mereka berada dalam risiko akibat kilang tersebut?. Selamat bukan bererti tiada risiko yang akan berlaku. Banyak projek-projek kerajaan termasuk bangunan, jambatan, jalanraya dan sebagainya mengalami masalah selepas beberapa tahun ia disiapkan atau pun digunakan. Pada awalnya memang benar keselamatan telah dikaji oleh pakar-pakar yang berkaitan. Namun, akhirnya risiko tetap akan berlaku. Itu kepada projek yang jelas tiada risiko dipermulaannya. Namun, projek Lynas diketahui akan membawa masuk bahan mentah rare earth yang sudah termaktub dalam sejarah dan diakui oleh masyarakat antarabangsa sebagai bahan berbahaya untuk kesihatan manusia. Sisa buangan bahan tersebut sukar untuk dihapus dalam tempoh yang lama dan sudah pasti ada risiko akan ditanggung oleh anak cucu kita. Oleh itulah rakyat bangkit menghalang projek berkenaan. Namun, kini TOL sudah diluluskan dan apakah rakyat akan berdiam diri melihat risiko yang berada dihadapan mereka?. Sanggupkan sebuah kerajaan yang dahulukan rakyat biarkan mereka itu hidup dalam risiko?. Inilah yang dipertikaikan rakyat!]. |
Tuan Ibrahim, Kerjasama Pakatan Rakyat Pahang Kondusif Dan Padu Hadapi Pilihanraya Umum Ini Posted: 05 Sep 2012 02:46 PM PDT TEMERLOH, 5 Sept - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang (MPPRN) menegaskan bahawa kerjasama di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang berada dalam suasana sangat kondusif dan padu. Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, penegasan tersebut dibuat ekoran cubaan beberapa media yang cuba memesongkan persepsi awam bahawa kononnya hubungan di antara parti komponen PR Pahang berantakan ekoran beberapa isu dalaman khasnya berkaitan pembahagian kerusi di peringkat negeri. "Sehubungan dengan itu MPPRN Pahang menyeru dan menasihatkan semua kepimpinan mahupun ahli-ahli daripada PAS, DAP dan PKR tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara berbangkit khususnya mengenai proses pembahagian kerusi. "Sebagai petugas parti kita akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat pimpinan tertinggi," katanya semasa sidang media khas melibatkan pemimpin tertinggi PR Pahang di bangunan PAS Pahang di sini. Berikutan itu Tuan Ibrahim menyeru semua ahli memberikan mandat dan keyakinan penuh kepada kepimpinan PR untuk menyelesaikan perundingan kerusi dengan semangat muafakat yang telah terjalin baik. Berkenaan pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, beliau menyeru kepimpinan dan ahli-ahli PR di semua peringkat berusaha bersungguh-sungguh di semua kawasan bagi tingkatkan sokongan dan keyakinan daripada semua lapisan masyarakat. [Turut hadir Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha DAP negeri Choong Siew Onn serta anggota harian Badan Perhubungan PAS Pahang. Sidang media khas diadakan berikutan laporan negatif beberapa media yang cuba melaga-lagakan kenyataan pemimpin PKR dan DAP negeri ini berkaitan tuntutan bertindih beberapa kerusi negeri ini yang diserahkan keputusannya kepada Majlis Presiden PR. Negeri Pahang sebelum ini dianggap penganalisis politik antara tiga negeri kubu kuat BN dan kekal kepada parti itu selain Johor dan Melaka, namun berdasarkan senario terbaru keputusan tersebut boleh berubah pada PRU akan datang]. sumber |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment