"tukanglawan"

"tukanglawan"


Terkini, Pengganas umno Tikam Orang Datang Dengar Cermah?

Posted: 04 Dec 2012 06:42 AM PST

Dikhabarkan pengganas-pengganas umno sudah memulakan provokasi melampau di gombak, seorang pengunjung ceramah dikhabarkan telah ditikam dengan objek tajam, mereka juga melakukan provokasi dengan membaling objek keras terhadap para hadirin.


Berita yang baru diterima juga menyatakan pengganas-pengganas umno ini cuba memasuki ruangan pentas, buat masa ini keadaan dilaporkan dikawal oleh orang awam yang hadir ke ceramah itu.



Inilah keamanan yang dilaungkan umno.

Sila klik disini untuk menonton siaran langsung.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Live Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Dari Gombak.

Posted: 04 Dec 2012 06:23 AM PST




Sila klik link dibawah.


atau sila klik link dibawah ini untuk ke laman video tersebut 


http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1714942


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bukti Jelas umno Tidak Ganas.. Kah..kah..kah..

Posted: 04 Dec 2012 05:43 AM PST


Punyalah dasyat umno nei, mereka mengaku hanya umno boleh jaga keamanan, mereka juga mendabit dada kononnya merekalah yang boleh menjamin supaya orang melayu tidak berpecah.

Kah..kah..kah, hanya orang yang bodoh sahaja boleh percaya, bukankah umno dari sulu suka mengganas, bukankah mereka dan penyokong-penyokong mereka yang sering timbulkan huru hara, ganggu majlis orang, malah baling batu dari tingkat atas rumah flat sehingga mencederakan seorang tua?.

Perpaduaan itulah yang dibawa umno, keamanan rupa itulah yang digambarkan umno.

Ingat lagi tak kisah samseng jalan kebun yang buat porak peranda di jalan kebun kelang tak lama dulu, orang yang sama berlagak gangster berlesen merobohkan malah menimbulkan kekacauan terhhadap mahasiswa di dataran merdeka tak lama dulu.

Orang-orang berotak lembu beginilah yang digunakan oleh umno untuk menakut-nakutkan rakyat, sekalung tahniah kepada pemimpin umno yang begitu bodoh, tindakkan itu hanya menimbulkan kebencian, ingatlah rakyat ini bijak, mereka tidak takut pada ugutan dan provokasi umno.

Nah sekali lagi, dari siang tadi "tukanglawan" diingatkan bahawa sekumpulan penyangak RM30 akan membuat onar, dan nampaknya kekacauaan dan ganggu telah mereka mulakan.

umno sedang nazak, mereka sanggup lakukan apa saja untuk terus hidup.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kalau Benar Najib Bukan Wanita, Sila Jawab Soalan ini

Posted: 03 Dec 2012 11:24 PM PST


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon mendesak Datuk Seri Najib Razak segera menjawab 10 soalan penting sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ia berikutan Perdana Menteri (PM) terpalit skandal yang paling banyak dalam sejarah negara dan ekoran itu beliau perlu tampil bersihkan namanya.

AMK berpendapat, Perhimpunan Agung Umno gagal mengemukakan pandangan dan halatuju negara dalam  mencapai  perubahan kepada  rakyat.

"Najib langsung tidak sentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam Umno, tetapi  memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat.

"Perbuatan Najib menunjukkan Umno telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU 13," katanya.

Khai Loon berkata, jika PM ikhlas untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh Umno BN, beliau perlu jawab semua soalan berikut agar rakyat dapat menilai.

Soalan 1: Sekiranya PM menyatakan Malaysia sebuah negara paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?

Soalan 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah PM menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh Umno BN dalam  PRU 13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?

Soalan 3: Jikalau PM ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama merangkap Menteri Wanita? Adakah Umno BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredibel?


Soalan 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan Umno BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang  perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah Perancis?


Soalan 5: Apakah pandangan PM terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan Umno BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan?

Soalan 6: Kenapa PM masih membisu terhadap pelbagai dakwaan serius oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan berjumlah RM100 juta pada  tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan Umno BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?

Soalan 7: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein campur tangan dalam pentadbiran PDRM. Bagaimanakah PM menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh Umno BN?

Soalan 8: Kenapa kerajaan Umno BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung?

Soalan 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah PM lebih suka membuat 'public relation exercise' tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang?

Soalan 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat di bawah kuasa PM, adakah Najib akan mencontohi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada Mac 2013? Kenapa Najib masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh lebih awal?

Justeru, AMK desak Najib menjawab semua 10 soalan tersebut dengan ikhlas.

"Jangan lari daripada permintaan rakyat serta jalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta laksanakan urus tadbir secara telus dan baik sebelum PRU 13," kata Khai Loon.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bakal Calon BN Mati Mengejut.

Posted: 03 Dec 2012 05:52 PM PST



Ketua MCA Bahagian Tampin ditemui mati dalam bilik rumahnya di Taman Gemencheh Baru, dekat sini, semalam.

Gan Choong Bee, 58, ditemui mati terbaring oleh anaknya, Gan Eng Heng, 30, kira-kira 12 tengah hari.

Choong Bee  antara lima calon yang disebut-sebut bakal bertanding di Dun Repah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Naib Presiden MCA Bahagian, Peter Yoong Mok, kebiasaanya ketuanya itu akan sampai ke Pejabat MCA di Kampung Baru Tampin sekitar 9 pagi dan menguruskan pelbagai kerja berkaitan parti serta duan masyarakat.

"Bagaimanapun pagi ini (semalam), dia tidak datang ke pejabat dan menyebabkan kami termasuk anaknya (Eng Heng) yang juga ahli jawatankuasa MCA gusar apabila beliau tidak dapat dihubungi.

"Anaknya pulang ke rumah di Pekan Gemencheh dan terperanjat apabila melihat ayahnya sudah terbaring sejuk atas katil dalam bilik," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Choong Bee memegang jawatan sebagai Ketua MCA Bahagian Tampin sejak tiga tahun lalu selepas mengambil alih jawatan bapa saudaranya, Datuk Gan Chin Yap yang juga  Ketua MCA Bahagian sebelum ini.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Dihalang Perbaharui kad Pemandu, SPAD Ancam Periuk Nasi Pemandu Teksi

Posted: 03 Dec 2012 04:54 PM PST


Langkah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadikan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik sebagai alasan menghalang pembaharuan kad pemandu teksi dibantah Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan.

"Tidak termaktub dalam mana-mana Akta Pengangkutan Jalan bahawa SPAD berhak menghalang pembaharuan kad pemandu.

"Ada 79,500 pemandu teksi di seluruh Malaysia. Sebahagiannya mempunyai kesalahan trafik. Namun SPAD tak boleh jadikan saman agensi lain untuk nafikan hak pemandu perbaharui kad pemandu. Ini menafikan hak mereka.

"Lebih baik kuasa perbaharui kad pemandu teksi diberi kepada JPJ dan trafik. Bubarkan sahaja SPAD," katanya kepada Keadilan Daily.

Dalam pada itu, jelas Amran, terdapat sesetengah saman ke atas  pemandu yang tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan. Beliau memberi contoh pemandu tertidur di tepi jalan ketika menunggu penumpang juga disaman.

Amran turut mempersoal adakah SPAD yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan agensi lain menghalang pembaharuan kad pemandu.

Kegagalan memperbaharui kad itu, katanya, menyebabkan pemandu beroperasi seolah-olah secara haram dan tidak boleh mendapat sebarang manfaat, misalnya skim Tayar Rakyat 1Malaysia.

Amran hari ini bersama beberapa aktivis BBPTB bertemu wakil SPAD di UTC, Pudu Sentral, bagi mengajukan isu berkenaan.

Ketua Wilayah Tengah SPAD, Norhaslinda Mohd Ishak ketika ditemui memaklumkan, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang maklum balas kerana perkara itu perlu dirujuk kepada pihak atasan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment