Liang Lahad....

Liang Lahad....


PENEROKA FELDA RUGI JIKA SAHAM FGVH JATUH PADA HARGA RM4.70 SEN

Posted: 06 Sep 2012 09:20 AM PDT


SHAH ALAM 6 SEPT : Peneroka Felda yang memiliki Saham Felda Global Ventures (FGHV) bakal berhadapan kerugian jika saham FGVH itu jatuh pada harga RM4.70 yang terus menyukarkan kehidupan peneroka apabila sebelum ini dibebani hutang pinjaman bank bagi memiliki saham itu.

Merujuk kepada laman Bursa Malaysia setakat 12.30 tengahari hari ini ,saham FGVH diniagakan harga RM4.78 di bawah harga psikologi pada RM5.00.


Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),Mazlan Aliman berkata walaupun saham FGVH disenaraikan pada RM4.55 dan naik kepada RM5.33, tetapi dalam tempoh yang begitu singkat saham ini mula menurun.

Kejatuhan saham FGVH dianggap terlalu cepat berbanding saham-saham lain seperti Amanah Saham Bumiputera dan Saham Negeri-negeri yang hanya jatuh dalam tempoh empat sehingga lima bulan.

"Dan kebimbangan kita ialah apa akan berlaku apabila rugi,sebab bila rugi ia akan ditanggung pemegang saham yang sahamnya dibeli dalam bentuk pinjaman yang perlu membayar termasuk kadar faedahnya lima peratus,apakah peneroka-peneroka Felda itu mampu untuk menampung risiko," kata Mazlan ketika dihubungi.

Jelas Mazlan, pada realitinya masih lagi belum berlaku keadaan setiap peneroka hanya perlu membayar RM50 kepada Felda dalam masa lima tahun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

"Beberapa aduan yang saya terima, di mana peneroka merujuk kepada bank dimaklumkan pihak bank tidak mengetahui hal tersebut.

"Apa yang berlaku di peringkat bawah ia tidak begitu, jadi ini telah menimbulkan kerungsingan.

"Walaupun pakej bayaran RM50 itu dilaksanakan, bagaimana dengan peneroka yang sudah mula membayar kepada pihak bank,adakah peneroka boleh menuntut balik bayaran daripada pihak Felda Global Ventures?" soal Mazlan.

Pihak Anak akan menulis surat kepada pihak Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan maklum balas berkenaan memorandum yang dihantar oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik semasa Himpunan Oren pada 14 Julai lepas.

"Kita mahu mengetahui sejauhmana pendirian Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam hal ini.

"Dan kita yakin pihak Raja-Raja Melayu prihatin dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Felda," katanya.

Lianglahad :- memang dari dulu lagi orang melayu ni bila dah terkena baru kelam kabut nak sedar..
sebab tu ada pepatah "nasi sudah jadi bubur" dan 
"sudah terhantuk baru terngadah"
itulah melayu... 
berubahlah kali ni...

Selangorku

TUNJUK PUNGGUNG SATU KESALAHAN NEGARA!!? EK..??

Posted: 05 Sep 2012 11:32 PM PDT

Pelajar yang tunjuk punggungnya pada gambar Najib...
diulangi "pada gambar najib"
diulangi "hanya pada gambar najib"
dipecat oleh kolejnya iaitu Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics..

Dan yang paling peliknya..
bagaimana pihak kolej tersebut boleh mengklasifikasikan tindakan tunjuk punggung kepada gambar najib tu sebagai menyalahi undang-undang negara..?


Malaysiakini

Hairan aku...
seseorang boleh gelap masa depannya hanya kerana  menunjukkan punggungnya ke arah gambar Najib...?

Hebat sangat ke gambar tu..?

Aku tidaklah kata perbuatan tunjuk punggung itu sesuatu yang patut disokong..
tetapi membuang pelajar dari pengajian..?
biar betul..?

huh..
betapa angkuhnya golongan atasan yang begitu bersungguh-sungguh membodek pemimpin negara..

ANWAR LANGSUNG TIDAK HORMAT BENDERA - NGO BN

Posted: 05 Sep 2012 10:46 PM PDT





Semalam,lebih kurang 30 orang  penyokong BN datang menyerang Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat...


NGO Barisan Bersatu Nambikkai mengetuai serangan ke atas Ibu Pejabat PKR tersebut..

Menurut Presidennya,Kalai Vanar..
pihaknya mahukan penjelasan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung isu bendera dan juga isu Sultan
Selangor yang tidak dijemput ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam..

Untuk makluman..
Sultan dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor ke Masjid Negeri bagi bacaan Yassin dan juga tahlil sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan..

Sultan Selangor dan MB di Masjid Negeri di malam ambang merdeka baru-baru ini
Memang pada kebiasaannya Sultan tidak terlibat di dalam acara melihat bunga api pada malam sambutan ulangtahun kemerdekaan..

Ok, kes Sultan dah selesai..

Tapi bila Kalai Vanar kata,kedatangan kumpulan beliau ke Ibu Pejabat PKR tu kerana Anwar tidak hormatkan bendera..
membuatkan aku tersenyum..
tak sangka orang yang sebodoh ini dijadikan sebagai ketua sebuah NGO BN....

Baca ini..
Tak jelas..?


Bila masa pulak Anwar tidak menghormati bendera..?

Anwar hanya mengeluarkan kenyataan berkenaan pengibaran Sang Saka Malaya tu sebagai begini..

"tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu..."

"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," ~ Anwar Ibrahim.

Itulah sebabnya kenapa aku kata si Kalai ni Bodoh..
dia ni tak ada alasan sebenarnya,maka perbuatan orang lain pun dia jadikan alasan untuk menyalahkan Anwar dan menyerang Ibu Pejabat PKR.. 

Individu yang kibar bendera Sang Saka Malaya mahupun tunjuk punggung pada gambar Najib sudahpun mengakui bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan peribadi mereka sendiri...
tidak melibatkan pengaruh atau arahan sesiapa pun...

Maka kalau orang kata pemimpin dalam BN tu semuanya bodoh..
korang janganlah marah pulak yer..
sebab perbuatan, menunjukkan cara seseorang tu berfikir...

 

No comments:

Post a Comment