"tukanglawan"

"tukanglawan"


Panggung Wayang Terbelah 2 Ketika Tayang Filem Hina Nabi?

Posted: 21 Sep 2012 07:11 AM PDT

Dipetik dari Twitter, menyatakan sebuah panggung wayang telah terbelah 2 akibat gempa bumi semasa menayangkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. 

Jika ia benar berlaku ia adalah pembalasan terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad SAW. 

Walaubagaimana pun, informasi dari seorang teman menyatakan gambar ini sebenarnya dari kejadian gempa bumi di Chile yang pada tahun 2010. wallualam. lagi pun, "tukanglawan" tidak dapat apa-apa berita tentang kejadian gempa bumi baru -baru ini.

Tak apalah, cukup gambar ini sebagai renungan, betapa manusia ini kerdil sekali untuk melawan kehendak Tuhan, 
Sesungguhnya tiada yang mustahil berlaku dengan kehendak ALLAH, tidak mustahil pembalasan ALLAH akan tiba terhadap orang yang menghina kekasihnya....

Jadikan renungan...



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pendedahan !! Ketua Bahagian Umno "Penyangak" Ahli Umno Sudah Tak Tahan.

Posted: 21 Sep 2012 05:50 AM PDT

SAYA, Sharif Osman Sharif Ahmad bagi pihak ahli UMNO Bahagian Sandakan meminta kerjasama Sabahkini.Net untuk menyiarkan surat terbuka ini mengenai penyelewengan projek rakyat oleh para 'Penyangak' iaitu Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Tan Sri Ampong Puyun; Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Datuk Hj Alipuddin Puyun dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura, Mohamed Hj Untung @ Abdul Hamid. 

Ketiga mereka ini sewajarnya segera disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana laporan rasmi telah dibuat sejak sekian lama berhubung dengan Skandal 19 buah projek yang diali-babahkan kepada kontraktor bukan bumiputera (Cina). 

Saya merujuk apa yang diperkatakan oleh seorang perwakilan iaitu Zamri Hj Othman semasa usul ekonomi dibahasnya ketika di Persidangan UMNO Bahagian Sandakan pada 9 September 2012 yang lalu; termasuk pengedaran beberapa salinan dokumen penting yang telah sampai ke tangan saya. 

Saya dan Ketua-Ketua Cawangan yang menjadi mangsa kerana nama kami telah digunakan untuk memohon projek kecil ini memohon SPRM tidak memilih bulu dalam menjalankan siasatan mereka. 

Menurut apa yang ditimbulkan Zamri berserta beberapa salinan dokumen yang turut diedarkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan 44 permohonan projek kecil di Daerah Sandakan yang kononnya dipohon Ketua-Ketua Cawangan UMNO Bahagian Sandakan dengan nilai keseluruhan RM4.4 Juta. 

Surat bertarikh 08 Mei 2012, memaklumkan bahawa KKLW Cawangan Negeri Sabah telahpun menjalankan Sebutharga Terbuka bagi 19 projek tersebut; manakala 25 projek berikutnya telahpun diagehkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan untuk dilaksanakan. 

Terdapat 17 buah projek di kawasan DUN Elopura iaitu membina jambatan kayu dan selebihnya di DUN Tg. Papat. 

Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon yang turut disenaraikan sebagai pemohon bagi Bina Baru Jambatan Kayu Kg. Cahaya Baru Batu 3, Jalan Bomba Sandakan dengan nilai RM250,000 telah memainkan peranan agar 13 projek di DUN Elopura tersebut diambil alihnya.

Apa yang menyedihkan kami, dengan bantuan CDO Elopura, Mohamad Bin Untong dan anak Ketua Bahagian, 8 buah projek tersebut yang menggunakan lesen-lesen 'F' Kontraktor Bumiputera dengan sewa lesen 5% telah pun dialibabakan kepada seorang kontraktor Cina 

Sebahagian pemilik lesen tersebut telahpun memperolehi pinjaman sebanyak RM75,000 dari MARA Cawangan Sandakan untuk melaksanakan sendiri projek tersebut kerana yakin dapat melaksakan projek dengan untung kasar RM25,000 kerana kos siling projek tersebut RM100,000. 

Mereka berpandangan kontraktor Melayu/Bumiputera tidak mampu melaksanakan projek tersebut dan tidak dapat mengadakan apa yang diinginkan dengan segera. Bagi baki 5 buah projek seterusnya sedang dalam proses pengagehan/melantik kontraktor yang hanya digunapakai/disewa lesennya.

Mereka juga mencantas projek Bina Baru Jambatan Kayu Kg. Cahaya Baru bernilai RM100,000 yang dipohon oleh Ketua Cawangan, Amirbangsa Bin Ambang. 

Di samping itu, turut dibangkitkan tentang projek Membina Pejalan Kaki Konkrit Di Hadapan SK. Tg. Papat 2, Jalan Sim-Sim yang kini tergendala. Menurut maklumat yang diperolehi bahawa terdapat bantahan dari JKR kerana ketidak sesuaian projek dilaksanakan di kawasan tersebut. 

Saya difahamkan juga bahawa terdapat arahan agar projek tersebut diberikan kepada dan dilaksanakan oleh Haji Awang Kadin Tang atas kapasitinya selaku Ketua Pemuda UMNO Sandakan yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah. 

Turut dipersoalkan ialah projek Membina Baru Jambatan Separa Konkrit (500 kaki panjang X 5 kaki lebar) di Kg. Pulau Berhala Laut Sandakan yang dibuat permohonan atas nama Ketua Kampung Pulau Berhala yang juga Ketua Cawangan UMNO telah siap dilaksanakan; tetapi Ketua Kampung selaku pemohon projek tersebut langsung tidak dimaklumkan. 

SPRM diharap menyiasat perkara ini dengan penuh ketulusan. Jika KKLW Cawangan Negeri Sabah boleh melaksanakan proses sebut harga secara terbuka dan iklan terbuka turut dipaparkan; mengapa pula Majlis Perbandaran Sandakan hanya menurut telunjuk pihak tertentu dan memberikan anugerah projek tersebut secara terus? 

Semua projek tersebut yang bernilai RM100,000 bertepatan dengan harga siling yang diberi kepada kontraktor pelaksana. Secara lazimnya apabila seseorang kontraktor ingin turut serta tender/sebutharga terbuka, harga yang kontraktor ajukan adalah kurang dari harga siling. 

Diharap pendakwaan dilakukan kepada pihak yang terbabit jika pengagehan projek ini tidak mematuhi sistem Tender/Sebutharga yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. SPRM juga diharap dapat meninjau kualiti kerja-kerja yang dilaksanakan. 

Terdapat kerja yang tidak mematuhi skop kerja yang ditetapkan. Kerja yang tidak berkualiti mengakibatkan jambatan-jambatan tersebut tidak kukuh/bergoyang sedangkan baru disiapkan. 

Saya dan Ketua-ketua Cawangan UMNO berterima kasih dan amat bersyukur kerana kerajaan telah menyalurkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah setempat. Namun kami amat kesal di atas kesemua tidak wajaran ini termasuk salahgunakuasa dan mengambil jalan mudah dengan mengalibabakan projek tersebut kepada kontraktor Cina. 

Saya bagi pihak 90 peratus ahli-ahli UMNO mendesak agar SPRM menjalankan siasatan memanggil tiga orang yang telah disebutkan agar segala nista dan amalan rasuah yang mereka lakukan ini tidak terpalit kepada UMNO dan kami tidak buta-buta menangggung dosa mereka. 

Jika siasatan SPRM hanya sekadar amalan rutin terhadap 'Makhluk Perosak' seperti Tan Sri Ampong, Hj Alipuddin dan Mohamed Untung terus bersarang di dalam UMNO, maka kemungkinan besar 44 Cawangan UMNO Sandakan akan berpaling tadah bagi memberi pengajaran kepada pemimpin yang tidak amanah. 

Sekian, Salam Hormat, 
SHARIFF OSMAN SHARIFF AHMAD
Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Sandakan

Maka benarlah kata-kata bekas pemimpin besar Sabah yang kini menyatakan sokongan kepada Pakatan rakyat, Rasuah dan salahguna kuasa di kalangan pemimpin besar umno sabah sudah jadi barah.

Surat terbuka ahli umno ini membuktikan perkara tersebut, dan yang peliknya mengapa masih ada ahli umno yang mahu terus mempertahankan umno sedangkan dia sendiri tahu kepincangan pemimpin atasan mereka.

Apa lagi mahu tunggu, apakah umno masih boleh diharapkan, bagi sesetengah orang umno itu periuk nasi mereka, mereka akan lakukan apa saja untuk mengaut "emas" dalam lubuk umno walaupun menjadi seorang penyangak.


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tok Guru Pijak Gambar Bendera US dan Yahudi

Posted: 21 Sep 2012 02:06 AM PDT

Amerika dan Israel memang  diketahu sangat memusuhi islam, Terbaru filem yang menghina Rasullullah diterbitkan dan meninbulkan kegemparan.

Desakan demi desakan dibuat supaya video tersebut dikeluarkan dari laman youtube, tetapi sehingga saat ini tiada langkah diambil.

Memang Amerika dan sekutu mereka israel harus dikecam kerana menyebabkan banyak huru -hara.

Gambar dibawah "tukanglawan" jumpa di laman facebook, setakat mana kebenaran gambar ini masih belum dapat disahkan.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

25 Gambar Himpunan Bantah Penghinaan Terhadap Rasullullah

Posted: 21 Sep 2012 12:55 AM PDT

Tukanglawan kongsikan beberapa keping gambar himpunan membantah penghinaan seorang penerbit filem terhadap sanjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Himpunan kali ini sangat hebat, ribuaan rakyat telah turut serta dalam himpunan tersebut bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Selain Pemimpin -pemimpin Islam dari PAS dan PKR beberapa orang pemimpin bukan Islam juga hadir bagi menyatakan bantahan serta menunjukkan solidariti mereka., antaranya N. Surendran dan Tian Chua, sementara itu wakil Mahasiswa juga turut hadir dalam himpunan ini walaupun dalam kesibukan menghadapi pilihanraya kampus.


Sedikit gambar untuk tatapan.

Klik sini untuk tonton rakaman himpunan.



























 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Siaran Ulangan Himpunan Sejuta Umat Bantah Penghinaan Terhadap Rasullulah

Posted: 21 Sep 2012 12:49 AM PDT

Siaran Langsung Himpunan Sejuta Umat membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW



Live video by Ustream  
Sila klik sini jika video tidak ditayangkan

atau disini


. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rupanya Duit Tabung Rosmah Belum Habis lagi.

Posted: 20 Sep 2012 11:32 PM PDT

Belum habis-habis lagi rupanya duit dari tabung rosmah nei, "tukanglawan" pun tak pasti besar mana tabung tu agaknya, mungkin besar loji air dan dalam nya pulak penuh dengan note RM100.

Kalau fikir-fikir rosmah yang menabung dari kecik tu mesti dah abis belanjakan semua duitnya, bayangkan lah berapa harga cincin berlian, berapa pulak harga baju dan beg tangan "berkin" yang bukan calang-calang harganya tu.

Majlis tunang anaknya aritu pun dah habis ratus-ratus ribu, belum lagi majlis sambutan hari jadi suami tersayang yang bernilai puluhan ribu tu.

Kalau selak cerita lama, mestilah duit tu dah habis sebab rosmah pernah shooping sakan hari tu di australia, ingat tak pendedahan wartawan australia hari tu.

Ni sekarang dengar pakai pulak jam jenama termahal di dunia, entahlah "tukanglawan" pun tak mampu beli jam harga ratus-ratus nei, jadi berapa nilai sebenar tak tau la.


Entah-entah rosmah nei sebenarnya anak hartawan, punya harta bertimbun-timbun, punya banyak lubuk emas, timah dan gangsa, simpanan minyak lebih banyak dari raja brunei..

Agaknya la..

Bayangkan ni pun rosmah dah ikut cakap laki dia si najib tu.. amalkan wasatiah, keserderhanaa, kalau dia tak ikut cakap laki dia.. bayangkan lah... 5 jam tangan pakai sekali.. apa ada hal.. duit tabung tak habis lagi. kah..kah..kah..


 
 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

14 Tahun ,Teriak Reformasi Tak Pernah Mati

Posted: 20 Sep 2012 10:24 PM PDT

Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar

Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.
 

Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.

Sebelum penangkapan berlaku, Anwar telah membuat jelajah ke serata Semenanjung diselangi solat hajat di seluruh negara.

Kemuncak adalah pada 20 September, hampir 100,000 rakyat Malaysia yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.

Akibat takut melihat kebangkitan rakyat, malam itu juga Anwar ditangkap skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis, di rumahnya, lalu bermula episod penahanan di Bukit Aman seterusnya diheret ke penjara.

Di luar penjara, ratusan ribu rakyat bangkit membantah Mahathir – pendokong reformasi, seniman, pemandu teksi, peniaga kecil, pekerja kilang turun ke jalan dengan teriakan reformasi sehingga bergema sepanjang 14 tahun kemudian.

"Jelas, perjuangan Anwar itu di landasan yang benar, sekaligus menolak sangkaan Mahathir yang kononnya semangat reformasi hanya akan bertahan enam bulan. Selepas 14 tahun, laungan itu masih berkumandang, malah makin mendapat sokongan rakyat serta anak muda," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Anwar sememangnya seorang pemimpin berjiwa kental, walau dilempar pelbagai fitnah, perjuangan demi rakyat tetap dipertahan sehingga hari ini.

"Rakyat tahu menilai siapa benar siapa salah. Buktinya, kita dapat menawan lima buah negeri pada pilihan raya lalu. Sebab itu tidak mustahil kita akan tawan seluruh Malaysia dalam pilihan raya akan datang," kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh yakin.

"Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati perjuangan ini sehingga berjaya menumpaskan regim sekaligus mengembalikan hak rakyat seperti yang diperjuangkan Anwar selama ini," kata Johari.

Enam tahun kemudian, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan selepas pertuduhan fitnah terhadapnya digugurkan, lantas beliau bangkit semula ke persada politik tanah air.

Tahun 2008, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar berjaya merampas lima negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Kelibat pemimpin berjiwa rakyat ini sentiasa menjadi ketakutan kepada pemimpin Umno, tidak cukup dengan Mahathir, kini Datuk Seri Najib Razak juga sering mengatur ancaman dan provokasi terhadap Anwar.

Namun pada Julai 2008, selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat yang diterajui memenangi lima negeri dari Barisan Nasional – Anwar dituduh lagi dengan fitnah jahat.

Skrip yang sama pada 1998 diputar kembali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengulangi apa yang pernah dilakukan Mahathir.

Perbicaraan di mahkamah menjadi jenaka di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kepincangan terbongkar satu demi satu, dan akhirnya mahkamah melepaskan Anwar dari tuduhan itu.

Semuanya kerana agenda reformasi yang dibawa Anwar sejak 14 tahun lalu, dengan dokongan dan doa jutaan rakyat Malaysia yang berada di belakangnya, teriakan reformasi, sejak 14 tahun lalu, sebenarnya tidak pernah mati.

Reformasi!

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lagu Rasmi Pro Mahasiswa Universiti Malaya

Posted: 20 Sep 2012 08:03 PM PDT

Korang pernah dengar tak lagu rasmi PRO-mahasiswa Universiti Malaya... sedap lagu ni. jom layan.





 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video Profesor Tadika Hasut Pelajar Dibuang Dari Youtube.

Posted: 20 Sep 2012 06:53 PM PDT

Tadi malam "tukanglawan"tengok ada lagi video hasutan profesor yang macam budak sekolah tu pada pelajar-pelajar universiti, tapi pagi ni dah tak ada pulak, kenapa padamkan. 

 Sepatutnya bukti jelas macam ni perlu dibiarkan saja, supaya semua orang tahu bahawa umno dan bn "cakap tak serupa bikin" Bermati-matian tak mahu pelajar berpolitik, sebab apa? sebab umno takut, 

Kalau betul tak mahu pelajar berpolitik kenapa ada pilihanraya kampus?, kalau di Universiti Malaya Anwar Ibrahim dihalang masuk walaupun dulu dia belajar disana, tapi jentera umno boleh pulak masuk dan menghasut. 

Kalau nak berpolitik sangat, bukak je sapa-sapa boleh masuk berpolitik, kita tengok umno rebah ke tak.. dan lagi siapa yang cakap pelajar tak perlu berpolitik tu jumut, politik tu sebahagian dari hidup manusia.

Dan kebanyakkan orang yang tak peduli pasal politik ni tak tahu apa-apa, senang sangat kene kelentong dengan berita Tv dan paper.. 

Berbalik pada cerita utama... siapa yang padam video nei, kenapa gusar? dapat ugutan ka? ada pihak takut rakyat tahu kerja jahat umno hasut pelajar ke?.. kah..kah..kah. 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Orang Yang Bawa Umno Pun Keluar Umno

Posted: 20 Sep 2012 05:19 PM PDT

Mengapa Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN sedangkan dia antara orang yang bawa umno ke Sabah.

Kalau fikir-fikir dah tentulah dia akan terus bersama umno, ye la, dia antara yang bawa umno masuk Sabah, sudah mestilah dia akan jaga umno tu sepeti anak sendiri.

Tapi macam juga seorang bapa, kalau anak dah terlalu degil dan dah teruk sangat perangainya, silap-silap "bapak pun tak mengaku anak" ( ingat tak kisah seorang penceramah umno yang dibuang bapa tu). jadi sama lah macam Tan Sri Ibrahim Menudin yang punya alasan sendiri untuk tinggalkan umno, padahal umno itu lubuh duit, lubuk kekayaan dan jawatan.

"Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan."Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,"

Jadi kalau orang yang bawa umno ke Sabah pun tinggalkan umno, takkan la pencacai umno yang baru habis sekolah nak mati-mati selamatkan umno... cuba fikir-fikir.


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment