Liang Lahad....

Liang Lahad....


SUSULAN PEMUDA UMNO MARAHKAN DUTA AMERIKA DI KAMPUNG BARU - "MAAFKANLAH MAKCIK,MAKCIK MERAYU SESANGAT.."

Posted: 21 Sep 2012 10:37 AM PDT

Pemuda UMNO marahkan Amerika di Kampung Baru..

Padahal wakil Amerika di sini adalah dutanya...
dan Duta Amerika pulak tinggal di Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak,Kuala Lumpur..

Yang marah-marah kat Kampung Baru tu buat apa le tu...



LELAKI CINA YANG BARING DEPAN TRAK FRU TURUT BANTAH PENGHINAAN KE ATAS NABI

Posted: 21 Sep 2012 08:44 AM PDT

Penghinaan pihak barat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bukan sahaja di bantah keras oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam sahaja..
tetapi bantahan tersebut turut dikongsi bersama penganut agama dan bangsa yang lain...

Di dalam demontrasi membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW
dihadapan Kedutaan Amerika selepas solat jumaat siang tadi..
pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengiru kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka..
Ataranya adalah...
lelaki yang pernah berbaring di hadapan tayar trak FRU pada zaman reformasi 98 dulu..
saudara Tian Chua,Naib Presiden PKR...


Tian Chua turut bersama-sama umat Islam yang lain dalam bantahan ini..
beliau mengatakan beliau tidak bersetuju penghinaan dilakukan ke atas agama lain...

Malah,beliau juga mengatakan adalah "wajib" bagi seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama untuk bersama-sama menunjukkan semangat setiakawan di dalam perkara penghinaan ke atas agama ini..

Itulah kelebihan yang ada dalam kepimpinan Pakatan Rakyat..
nak harap Chua Soi Lek berucap semacam ini..?
boleh jalan daaarrr....


DR DZUL BAHASAKAN KEDUTAAN AMERIKA!!

Posted: 21 Sep 2012 06:35 AM PDT


Petang tadi..
selepas solat Jumaat,lebih 5,000 orang berarak ke Kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan terhadap penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW lebih 2 minggu lalu...

Dr.Dzul adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap..
sebelum memulakan ucapan beliau berkata...
"saya diminta berucap dalam bahasa yang mereka (duta Amerika) tu faham.."

Semasa Dr Dzul menyatakan bantahan beliau pegawai-pegawai Kedutaan ada bersidai di kaki lima banggunan kedutaan melihat Dr Dzul dan mereka sudah tentunya mendengar bantahan yang dinyatakan..

Lihat video ni..

Nak marahkan Amerika..
marah betul-betul dihadapan Kedutaannya..
bukannya marah dan bising-bising di Kampung Baru macam yang UMNO buat tu.
ada reti..?

SIAPA MB SELANGOR JIKA BN TAWAN SELANGOR?

Posted: 21 Sep 2012 06:16 AM PDT

UMNO kenalah terlebih dahulu umumkan siapa yang bakal dilantik menjadi MB Selangor sebelum PRU 13 ini..

Sebabnya rakyat Selangor lihat UMNO Selangor ni macam dah tak ada pemimpin yang berkaliber langsung untuk dijadikan MB..

Dan lagi satu UMNO Selangor ni nampak macam tidak bersatu...
mereka ada team mereka masing-masing..

Team Noh Omar..

team Khir Toyo..
team  Mohd Zin Mohamed

Kalau mereka benar-benar bersatu dan tiada team masing-masing,kenapa tidak dilantik je salah seorang dari 3 orang tu menjadi pengerusi BN Selangor..?

Apakah Najib yang sebelum ini melantik dirinya sendiri menjadi Pengerusi BN Selangor tu ada calon beliau sendiri selain 3 ornag tu untuk dijadikan MB Selangor sekiranya UMNO dapat tawan Selangor kembali..?

BN Selangor bertambah nampak bercelaru apabila Najib yang memegang jawatan Pengerusi BN Selangor tidak "berbunyi", tetapi Muhyiddin yang nampaknya lebih-lebih dalam isu Selangor ni..

Dulu pun Muhyiddin pernah kata yakin tawan 9 Dun Selangor yang kini dikuasai Pakatan Rakyat..
sedangkan Muhyiddin bukan Pengerusi BN Selangor pun..

Laki Kak Mah dan Kak Mah sendiri pun senyap tak bersuara ni Muhyiddin pulak yang sibuk.. 

Kalau di Perak,orang-orang Muhyiddin dah di"pasang" di setiap peringkat..
perkara ni korang boleh ditanya pada UMNO Perak..
orang-orang Muhyiddin sudah siap sedia..
siap sedia untuk apa aku tak tahu ler..

Dan korang kena baca ni dulu kalau nak tahu perancangan BN jika berjaya tawan Selangor...[BUKTI PERANCANGAN BN]
itupun kalaulah berjaya..

PKR gesa Umno umum calon MB sebelum bercita-cita tawan Selangor

 PETALING JAYA,  21 Sept — Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak untuk menamakan nama calon bakal Menteri Besar sebelum bercita-cita mahu menawan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor disamping juga menggesa mengumumkan tarikh pilihanraya umum ke-13.

Cabaran tersebut dilontar oleh Zuraida (gambar) bagi menjawab kenyataan Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya Umno dan BN memiliki resipi untuk menawan Selangor dalam PRU yang bakal menjelang dalam akhbar Sinar Harian pada 16 September lalu.

"Mereka mahu tawan Selangor tapi siapa bakal MB yang mereka mahu? Calon pun tiada, tapi masih mahu bercita-cita tawan kerajaan PR disini?," kata Zuraida dalam satu majlis pelancaran Jelajah Selangor di pejabat PKR di Subang pagi tadi.

"Jika Umno mempunyai resipi untuk menang, kami mencabar Muhyiddin mendesak PM untuk mengumumkan segera PRU ke-13. Kemudiaan barulah bercakap tentang mahu menawan Selangor."

Umno serius untuk menawan semula Selangor dan khabar angin antara dua calon mereka ialah Dato' Sri Mohd Zin Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar tetapi hingga kini PM selaku pengerusi BN Selangor belum mengeluarkan kenyataan tentang siapa bakal MB mereka.

Zuraida juga mengingatkan Umno supaya menghentikan sandiwara gerak saraf politik dengan menyerang kerajaan PR di Selangor kerana usaha tersebut tidak akan berhasil kerana rakyat sudah matang dan dapat berfikir sendiri.

Malahan ahli parlimen Ampang turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang seperti mendahului PM kerana bertindak mengumumkan resepi tersebut tersebut dan bukannya Najib sendiri.
"Kenapa dia seperti mengambilalih Selangor daripada Najib?," soalnya.

Pada Ahad lalu, Muhyiddin berkata "suasana" ketika ini tampak menyebelahi BN untuk mendapatkan semula Selangor tetapi kejayaan tersebut bergantung kepada ahli Umno yang perlu mengelak daripada tindakan mensabotaj parti dan bekerjasama.

Timbalan presiden Umno tersebut juga berkata sepanjang empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, terdapat banyak isu dan masalah yang melanda dalam negeri tersebut yang gagal diselesaikan.

Dia juga menambah semua tempat yang dilawatinya di Selangor, orang ramai dan peniaga tempatan akan membuat keluhan terhadap pemerintahan kerajaan negeri sekarang.

TMI

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BANTAHAN TERHADAP PENGHINAAN NABI MUHAMMAD SAW DI KEDUTAAN AMERIKA

Posted: 21 Sep 2012 04:23 AM PDT

Gambar-gambar sekitar bantahan penghinaan terhadap Nabi Muhammad di Kedutaan Amerika..

Walaupun agak mengecewakan apabila wakil kedutaan enggan turun menerima memorandum bantahan..
tetapi jumlah kehadiran rakyat umat Islam berbilang bangsa termasuk pemimpin dari pakatan Rakyat tidak menghampakan....
































Nurul Izzah turut hadir menyatakan bantahan
Dr. Dzulkefli Ahmad memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris bagi orang kedutaan faham sikit.


Sallehuddin Ayub memberikan ucapan di hadapan kedutaan Amerika
Wakil Pakatan Rakyat dipintu masuk kedutaan,tetapi wakil kedutaan enggan turun terima memorandum

Polis berkawal di hadapan kedutaan.

Sentiasa berdedikasi - Unit Amal mengawal keadaan

No comments:

Post a Comment