"tukanglawan"

"tukanglawan"


lagi Gambar Perkasa Serang Anwar dalam Masjid.

Posted: 02 Sep 2012 07:21 AM PDT

Sebentar tadi Anwar telah diserang didalam masjid, tindakan itu dilakukan oleh perkasa, rupa -rupanya mereka ini terlalu gagah dan perkasa sehingga tidak takut balasan kerana menghina rumah ALLAH....

Sedikit gambar untuk dikongsikan..

Anwar memberi kuliah kepada jemaah masjid.



Kekecohan bermula didalangi oleh golongan perkasa yang hadir ke masjid bukan untuk bersolat atau mengikuti kuliah, tetapi mahu tunjuk samseng.



Kekecohan diluar Masjid oleh "Gerak Khas (unit hina masjid) perkasa



Anwar Ibrahim dibawa ke rumah imam untuk tujuan keselamatan.


Kesimpulannya, Umno kawasan itu akan kalah teruk kerana sikap tidak tahu menghormati masjid, pasti jika anda ahli umno atau budak perkasa di kampung berkenaan anda elok pindah segera, kerana mungkin esok anda akan dipandang hina dan jijik sekali, lebih malang takut anda akan diludah dalam kerongkong bukan dimuka.

Kesimpulan ke 2.. lepas ini eloklah Perkasa jangan lagi bercakap pasal Islam, nak cakap pasal melayu je, tu pun elok tapis-tapis , jadikan contoh ahli perkasa didikan ibrahim ali sebagai contoh melayu yang kurang ajar dan tak pandai hormat Masjid, juga perkasa elok elak bercakap soal agama, mereka tak reti hormat masjid, maka tak layak cerita soal agama.

kesimpulan 3- pak imam ni untung, Anwar datang rumah dia, percaya lah sampai mati dia akan bangga, kerana bakal perdana menteri pernah dibawa kerumahnya  kerana diserang golongan pelampau ...

Sekian terima kasih, malu betul puak perkasa 1 Malaysia... mana mau tutup muka, mat rempit pun tau hormat masjid.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Selepas Bas Dirosakkan, Perkasa Serang Anwar Dalam Masjid

Posted: 02 Sep 2012 06:48 AM PDT

Selepas peristiwa serangan pagi semalam yang menyebabkan bas Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim mengalami kerosakkan, petang tadi sekali lagi cubaan menggagalkan siri Jelajah Anwar Ibrahim dilakukan.

Anwar Ibrahim diserang semasa memberi tazkirah dan kuliah agama di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.

Menurut saksi kejadian, Anwar diserang sekumpulan ahli yang mengaku PERKASA dengan membaling selipar ke arah mimbar masjid tempat Anwar sedang mengadakan kuliahnya yang dihadiri lebih 200 jemaah di  dalam rangka jelajah Merdeka Rakyat yang bermula Jumaat lalu.

Anggota Perkasa tersebut juga turut memutuskan bekalan elektrik ke masjid tersebut untuk menyekat kuliah itu diteruskan,  menyebabkan jemaah bergelap dan kuliah agama diteruskan menggunakan pembesar suara masjid menggunakan bateri.

tanpa memperdulikan kesuciaan rumah ALLAH , mereka tanpa malu telah  mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Anwar dan para jemaah selain membuat bising dengan membunyikan hon kereta dengan tujuan untuk mengganggu Anwar memberi kuliah.

Dato' Yusof Ketua Perkasa juga telah mengugut akan bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta tetapi  jemaah masjid terus mendengar kuliah yang disampaikan setelah Anwar Ibrahim meminta jemaah bertenang dan meneruskan kuliah yang disampaikan.

 Saksi memberitahu melihat kumpulan Perkasa berkenaanmengikuti rombongan jelajah Anwar sejak dari Kuala Perlistetapi mereka tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini sehinggalah kejadian sebentar tadi berlaku selepas solat fardu Maghrib.. 

Anwar kini berlindung sementara di kediaman imam masjid tersebut yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan Anwar dan juga orang kampung, manakala pengawal peribadinya yang difahamkan cedera kini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis yang dimaklumkan kejadian itu telah datang  mententeramkan keadaan termasuk mengusir puak Perkasa dari masjid tersebut tanpa sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus kekacuan.

Jika peristiwa merosakkan bas jelajah dilakukan sebelum ini, kini Anwar diserang secara keterlaluan termasuk ketika memberi kuliah agama di rumah ALLAH, jika mereka tidak mahu menghormati rumah ALLAH, apakah golongan perkasa ini mahu membela Islam?.. fikir.. fikir.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

14 Tahun Reformis Lahir, Koleksi Video

Posted: 02 Sep 2012 02:24 AM PDT

Telah 14 tahun berlalu sejak peristiwa Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan perdana menteri.

Dalam tempoh tersebut, pernah kah kita terfikir berapa banyak negara ini telah terkebelakang kerana kita kehilangan antara tokoh pemimpin paling berpengaruh.

Idea dan Gagasan Anwar bukan setakat dalam negara, malah menjangkau ke segenap Asia, itu pernah diceritakan dalam buku Gelombang kebangkitan Asia.

September 14 tahun lalu juga lahirnya reformis yang kini tidak lagi gentar dan hanya akur kepada penguasa kejam dan korup, rakyat telah bijak dan sedar bahawa bukan lagi mereka itu terpaksa bergantung pada kerajaan, namun seharusnya kerajaan itu sangat bergantung pada rakyat...

Selamat menyambut ulang tahun ke 14 kelahiran reformis....

Sedikit koleksi video untuk anda.


















Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pelajar Terbaik STPM Maut Kemalangan.

Posted: 02 Sep 2012 02:13 AM PDT

Bekas pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2009 negeri Pahang maut dalam kemalangan selepas motosikal jenis Honda yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 156.5 Jalan Kuantan-Johor Bharu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Nur Rusydiah Mohd Zahar, 22, meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan dari Rompin menuju ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

"Mangsa yang bertugas sebagai guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok terlibat dalam kemalangan ketika menuju ke sekolah daripada rumahnya di Jalan Mempisang, Tanjung Gemok menuju ke sekolah, bagaimanapun mangsa secara tiba-tiba membuat pusingan U sebelum sebuah kereta Toyota Corolla dari arah belakang merempuhnya ". kata Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin
 
Mangsa yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak itu menjadi guru ganti di SMK Tanjung Gemok sejak dua bulan lalu kerana menggantikan seorang guru di sekolah itu yang cuti bersalin, 

Nur Rusydiah yang dikejarkan ke HTAA meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, patah kaki kanan dan kedua-dua bahu serta tangan.

Al-Fatihah....

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Johor Belakangkan Najib, Mahu Muhyiddin Ganti Najib?

Posted: 02 Sep 2012 02:12 AM PDT

Tersebar di laman facebook, gambar dibawah.


Gambar diatas tidak menimbulkan kerisauaan di kalangan ahli umno, kerana bagi mereka siapa pun PM tu tak penting, asalkan umno dan BN berkuasa.

Tapi gambar diatas ni membuatkan najib risau, najib yang kelihatan lebih mengikut cakap isteri dilihat agak lemah berbanding muhyiddin yang berasal dari johor, tanah umno.

Berita dan cerita-cerita najib tak sebulu dengan muhyiddin bukan baru kita dengar, dah lama dah, orang umno pun tahu benda tu, bila saja najib turun padang muhyiddin akan menyusul dengan teamnya selepas itu.

Malah sesetengah tempat kehadiran penyokong muhyiddin lebih ramai dari penyokong najib sendiri. kalau muhyiddin naik jadi PM pakatan susah sikit sebab muhyiddin ni lebih clean sikit dari najib... betul ke?



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lagenda Angkasa Lepas Tak Dikebumikan Di Bulan

Posted: 02 Sep 2012 02:02 AM PDT

LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia minggu lalu, selamat dikebumikan di Cincinnati, Ohio,Amerika Syarikat.

Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.

Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan. 

"tukanglawan" rasa lega kerana keluarga Neil Armstrong tidak minta jasad lagenda itu dikebumikan di bulan... :D


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kecoh Pasal Sultan Selangor , Agongnya Mana ?

Posted: 01 Sep 2012 08:17 PM PDT

Kecoh betul puak umno yang konon sangat setia pada sultan tu, kalau di media massa habis la cerita konon kerajaan selangor ni menderhaka sebab tak jemput sultan pada sambutan Ambang kemerdekaan di Shah Alam malam 30 ogos lepas.

Tak pulak diorang ni cerita Sultan Selangor dijemput untuk solat hajat dan bacaan yassin sebelah paginya 31 Ogos tu oleh kerajaan negeri selangor.

Nak tanya najib pulak la.. kenapa tak jemput Agong pada himpunan Hari merdeka dekat stadium bukit jalil tu... membelakangkan Agong ke?.. takde pun gambar Agong dalam majlis tu?


Ini pun kira menderhaka nei.... kalau najib tak mahu jawab.. pencacai umno boleh la jawabkan...



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment