Pahang Daily Online |
- Video MKini: Himpunan Hijau Raub 2 September
- Info Dan Foto Terkini Dari Himpunan Hijau Raub
- Panas: "Maksiat Merdeka", JAIP Berjaya Cekup 19 Pasangan Berkhalwat Dalam Operasi Malam Itu !!
- Tahniah, Pahang Menang 3-2 Ke Atas Sarawak !!
Video MKini: Himpunan Hijau Raub 2 September Posted: 02 Sep 2012 03:21 AM PDT |
Info Dan Foto Terkini Dari Himpunan Hijau Raub Posted: 02 Sep 2012 03:24 AM PDT ![]() Kira-kira lima ribu orang sudah pun berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan. Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar mereka sendiri sebelum perhimpunan tersebut bermula jam 2.00 petang tadi. Di fahamkan, pihak UMNO BN sekarang sedang sibuk mengadakan berbagai acara termasuk jamuan hari raya Aidil Fitri di kawasan berhampiran bagi tujuan mengganggu program tersebut. Malah, pada malam tadi banyak kain rentang "Himpunan Hijau Raub" telah dirosakkan oleh pihak yang berkenaan. Ketakutan mereka terhadap bangkitan rakyat dalam isu Cyanide ini semakin terserlah sekarang. Malah, kami dihubungi oleh seorang pegawai kesihatan yang memaklumkan penggunaan Cyanide untuk lombong emas di Raub Australian Gold Mining (RAGM) itu sememangnya merbahayakan kesihatan para penduduk setempat. Bahkan mereka diarahkan berjaga-jaga agar tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap penduduk. Beliau juga mengakui terpaksa mengeluarkan kenyataan yang berbeza kerana mendapat tekanan daripada pihak atasan. Hakikat ini berbeza daripada apa yang rakyat sangka. Sementara itu para pemimpin Pakatan Rakyat mula hadir sekitar jam 1.30 petang dan bersama rakyat ke lokasi himpunan, Padang Milo belakang Taman Tasik Raub. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Setakat jam 3.00 petang tadi, dilaporkan kira-kira 15 ribu peserta himpunan telah hadir memberikan sokongan kepada Himpunan Hijau Raub. Sekitar jam 4.00 petang dianggarkan peserta sudah mencecah hampir 20 ribu orang. Masing-masing dilihat begitu bersemangat untuk memastikan alam sekitar terus terjaga dan membantah mana-mana projek yang boleh memudaratkan kesihatan rakyat. |
Panas: "Maksiat Merdeka", JAIP Berjaya Cekup 19 Pasangan Berkhalwat Dalam Operasi Malam Itu !! Posted: 01 Sep 2012 11:04 PM PDT
[Dalam operasi kira-kira jam 5 pagi yang dilakukan empat pegawai Penguat kuasa JAIP yang menjalankan operasi di hotel di Jalan Wong Ah Jang mendapati pasangan itu berada bersama di dalam bilik ketika pintu dibuka. Graduan sebuah universiti teknikal berkenaan mendakwa, dia bersama teman wanitanya yang juga bakal guru itu bertemu malam itu sebelum dia pulang ke Kelantan untuk bercuti sempena Hari Kemerdekaan. Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan hanya memakai seluar pendek dan baju T manakala teman wanitanya memakai baju tidur. Wanita berusia 24 tahun itu juga mengaku sedang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam di Perak. Selepas disoal siasat kira-kira 20 minit, mereka kemudiannya dibawa ke pejabat JAIP untuk siasatan lanjut. JAIP sebelum ini sudah memberi amaran pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang jadikan cuti kemerdekaan sebagai peluang membuat maksiat]. |
Tahniah, Pahang Menang 3-2 Ke Atas Sarawak !! Posted: 01 Sep 2012 11:03 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment