"tukanglawan"

"tukanglawan"


Apasal ibrahim Ali Takut Sangat Nei?

Posted: 18 Sep 2012 07:42 AM PDT

Ibrahim Ali berkata jelas sudah takut bila bekas naib presiden penajanya, Datuk Yahya Lampong umum untuk bersama PKR dan pakatan rakyat.

"Saya tak tahu pula dengan letak nama PERKASA, beliau kini jadi produk yang penting," katanya ibrahim ali  ketika diminta mengulas mengenai laporan tersebut.

La, perasan pulak ibrahim ali ni, bukan sebab perkasa Datuk Yahya Lampong jadi penting, tapi sebab Datuk Yahya Lampong tu sedar PERKASA dan umno tu bahaya la dia jadi penting, supaya orang sedar kita perlu menjauhkan diri dari pelampau melayu tu.

Punya la sudah takut ibrahim ali nei, hingga menyifatkan Yahya sebagai "barang antik" yang tidak lagi dapat berkhidmat.

kata ketua pelampau yang menyerang masjid itu lagi,  Yahya langsung tidak pernah menyertai sebarang mesyuarat PERKASA nasional mahupun peringkat Sabah.

Kah..kah..kah, memang la takmo sertai apax2 sebab kalau perangai perkasa dah macam ni sapa nak join, orang cerdik tak lempar sliper dalam masjid... yg lempar selipar tu syaitan je... so faham-faham la... takkan la pertubuhan macam perkasa nei nak ikut..

Itu pun ibrahim ali tak paham-paham.. bila dah keluar dari persatuan pelampau macam-macam cakap..  cakap je la sudah takut sebab sokongan dah hilang..kah..kah..kah..


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tulisan Jawi Di Negeri Umno Cuba Dihapuskan.

Posted: 18 Sep 2012 04:01 AM PDT

Nampaknya umno memang tak berminat nak jaga tulisan jawi, satu-satunya perkara yang boleh dibanggakan oleh orang melayu.

Generasi muda sekarang memang dah terlalu ramai tak tahu membaca apa lagi menulis dalam bahasa jawi, percayalah kalau dalam tempoh 5 tahun ni takde sesuatu dibuat, memang takkan ade lagi generasi akan datang boleh membaca tulisan jawi.

Kalau ingat lagi, dulu warga tua melayu, cina dan india boleh membaca tulisan jawi, sekarang pun kalau terjumpa warga tua berbangsa cina boleh menulis dan membaca tulisan jawi tu bukan la pelik, sebab tulisan jawi tu dulu digunakan menyeluruh, cuma lepas tu umno sikit-sikit bunuh tulisan jawi sama macam diorang bunuh sekolah pondok.

Tak banyak negeri yang masih kekalkan tulisan jawi dekat papan tanda, nampaknya negeri johor yang kuat sangat kononnya melayu tu pun dah mula buang tulisan jawi.

Artikel dan gambar nei nak buktikan umno gagal pelihara tulisan jawi, warisan yang dulu dikuasai bukan setakat melayu, tapi cina india dan banggali jugak.







Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Dakwaan Terhadap Suaram Untuk Tutup Kes Kapal Selam

Posted: 18 Sep 2012 12:33 AM PDT

Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran. 

 Adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing.

"Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang. Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.

"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.

Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.

Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia

Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment