Liang Lahad....

Liang Lahad....


HADI MINTA AMPUN PADA RAKYAT SABAH ATAS PERANGAI BURUK PEMIMPIN SEMENANJUNG

Posted: 18 Sep 2012 09:52 AM PDT

Presiden PAS,Datuk Seri Hadi Awang meminta ampun pada rakyat Sabah...

Itulah yang berlaku dalam ucapan beliau sempena sambutan ulangtahun Hari Malaysia di Tuaran Sabah pada malam ahad lepas...

Haji Hadi memohon ampun diatas perangai buruk pemimpin-pemimpin dari Semenanjung yang telah menjadikan Sabah negeri termiskin walaupun pada
hakikatnya Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya...

Secara logiknya..
rakyat di Sabah tidak boleh tercorot dalam senarai penduduk yang berpendapatan rendah diantara negeri-negeri di Malaysia ini...
kerana hasil bumi Sabah sangat banyak....

Selama 49 tahun BN memerintah Sabah..
habis kekayaan bumi Sabah dipunggah oleh kroni BN....

Hadi mohon maaf...

TUARAN: Dalam apa yang disifatkan sebagai jujur dan tidak dijangka....
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon ampun dan maaf kepada rakyat Sabah atas segala perangai buruk para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun sehingga rakyat Sabah kini menderita miskin walaupun negeri mereka sangat kaya. 

Pemimpin ulung PAS itu dalam nada suara yang tersekat, berkata demikian ketika berucap pada sambutan memperingati ulangtahun penubuhan Malaysia kali ke-49 di sebuah restoran di Tuaran pada malam Ahad.

"Biarlah (saya) bersendirian, saya pemimpin dari Semenanjung, walaupun ada pemimpin Pakatan Rakyat lain di sini, …saya memohon ampun dan maaf atas perangai para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun ini sehingga Sabah menjadi negeri yang paling di bawah…" 
katanya disambut keheningan termasuk mereka di atas pentas.

Turut mendengar kata-kata beliau itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata adalah zalim dan tidak adil untuk membiarkan rakyat Sabah terus dibelenggu pelbagai masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur sedangkan negeri sangat kaya sumber minyak.

"Walaupun Pakatan sudah berjanji akan menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri yang ada minyak, tetapi dalam Islam diajar kita tidak boleh mengangkut hasil ini keluar dari wilayah itu selagi rakyat di wilayah itu belum selesai masalah mereka," katanya disambut tepukan hadirin.

"Mari kita ubah keadaan ini… 
Jangan biarkan rakyat kita di Sabah terus menderita…" katanya lagi.

Hadirin yang dianggar tidak kurang 3,000 orang itu terpaksa bertahan serangan hujan sekejap-sekejap memaksa mereka mencari perlindungan di bawah puluhan khemah yang ada.

Harap-harap kali ni rakyat Sabah berani buat perubahan..
kalau tak berubah jugak,alamatnya hasil negeri terus dipunggah oleh pemimpin BN dan rakyat dibiarkan hidup dalam kesusahan...
 

CABUTAN BERTUAH "BLACKBERRY CHINA"- DALAM PROGRAM ANJURAN KEMENTERIAN KESIHATAN.

Posted: 18 Sep 2012 05:16 AM PDT

Kesian kat remaja ni...
kena tipu hidup-hidup dia...

Disangka Blackberry...
rupa-rupanya handphone yang tah apa-apa yang "diberry"...
 
Pada 8 & 9 September baru-baru ni...
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan 'Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti Di kemaman' pada 8 - 9 Sept. 2012 bertempat di Padang Astaka, Kemaman.

Dalam program tersebut...
ada cabutan bertuah disediakan bagi menarik minat orang ramai supaya datang bekunjung ke karnival anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia tu...

Lihat poster karnival tersebut...


Ramailah gamaknya yang datang berkunjung pada hari tersebut...
ye lah ada cabutan bertuah tu...
 
Menurut mangsa cabutan bertuah tu...
memang pengurus acara majlis tu ada mengumumkan bahawa handphone tu adalah handphone blackberry...

Bagus jugak dibuat laporan polis...
biar dapat pengajaran sikit....

Lain kali...
kalau nak buat cabutan bertuah pun..
bagilah barangan yang berkualiti...
janganlah nak menipu jer kerjanya..

Sinar
Baca kisah lanjut dibawah ni...

 Pemenang cabutan bertuah kesal

CHUKAI – Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China.

Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.

Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.

"Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.

"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.

Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.

Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.

"Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.

"Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu," katanya.

Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.

"Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai," katanya lagi.

EDISI SEJARAH - ATM BARU HARAMKAN ARAK 14TAHUN YANG LALU

Posted: 18 Sep 2012 01:14 AM PDT

Hari ini dalam sejarah...
18 September tahun 1998, iaitu 14 tahun yang lalu..

Utusan malaysia menyiarkan pengumuman Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Ismail Omar mengenai arahan pengharaman arak di semua kem dan unit-unit ATM di seluruh negara...

Arahan pengharaman arak itu dikeluarkan bersempena dengan sambutan Hari Angkatan Tentera ke-65 pada tahun tersebut.

Bayangkan..
setelah 41 tahun negara merdeka (kiraan tahun 1998)
setelah usia ATM berada pada usia 65 tahun.. (kiraan tahun 1998)
barulah arak diharamkan dari semua kem dan unit-unit ATM di seluruh negara..

Maknanya..
sebelum dari tarikh  tersebut..

arak ada disajikan di kem dan unit-unit ATM di negara kita..?

Sedangkan Allah telah mengharamkan arak ini dalam Al Quran lebih dari 1400 tahun yang lalu...

Pengharaman arak ini ada dirakamkan dalam Surah Al Maidah ayat ke 90.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Utusan
Itulah sejarah negara kita...

HINA NABI MUHAMMAD SAW KETIKA DEMO BANTAH FILEM HINA NABI MUHAMMAD SAW?

Posted: 17 Sep 2012 11:59 PM PDT

Nak bantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW..
tapi nak eja nama Nabi Muhammad SAW pun salah...
Nabi Muhammad SAW, dieja sebagai "Nabi Mummad"

Macam mana lah bangsa kufar nak gerun kalau macam ni...


Kan ke memalukan...








Lepas tu siap buat muka happy lagi...
iye ker betul-betul marah ni..?
ni kalau nampak dek pejuang Palestin ni,mesti dorang marah dengan puak-puak yang digelar oleh Tun M sebagai "syaitan yang dikenali"

Tak serius langsung dalam menunjukkan kebencian terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad SAW..

muka happy jer...
Mungkin puak-puak ni sebenarnya tak marah sangat pada filem yang menghina Nabi tu..

Sebab sewaktu Presiden dorang sendiri menghina junjungan besar ummat Islam,Nabi Muhammad SAW,
tak ada seorang pemimpin UMNO yang melenting pun...
masa tu tak ada sorang pun yang sibuk nak buat demo bantahan terhadap kenyataan Tun M pun..?


Achaner ler tu...?

EDISI MESTI BACA - PERISYTIHARAN KUCING

Posted: 17 Sep 2012 10:01 PM PDT

PERISYTIHARAN KUCHING

JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI BETAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASI SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA.

BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN
DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA.

BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:

PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
 
PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
 
PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.
 
PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
 
DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA.

PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI.

Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya.
Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan.

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. DATO 'SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum
 
Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Ketua Parlimen
 
Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Y.B. DATO' SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden
 
Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Pengerusi PKR Sarawak
 
Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Pengerusi DAP Sarawak
 
Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, Pesuruhjaya Negeri PAS Sarawak

No comments:

Post a Comment