Nota Kecil

Nota Kecil


Dr Mariah Mahmood saman fitnah 'blogger Umno' esok

Posted: 19 Sep 2012 04:36 AM PDT

SEORANG blogger mesra Umno bakal diheret ke muka pengadilan esok gara-gara memfitnah beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kononnya mempersenda Majlis Istiadat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 11 April lepas.

Sumber Pejabat Agung Pas memberitahu, Dr Rahman Kadir bakal disaman oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dr Mariah akan mengadakan sidang akhbar sekitar jam 10 pagi esok, iaitu sebelum proses fail saman ke atas blogger terbabit dilakukan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Gombak merangkap Timbalan Presiden PKR, Amin Ali dan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR) turut difitnah seperti Dr Mariah.

Berita lanjut menyusul kemudian.

Pembangkang P.Pinang jangan main wayang di Batu Maung

Posted: 19 Sep 2012 01:20 AM PDT

BAJU T puteh yang dipakai oleh pemuda-pemuda yang bertindak ala gangster di Batu Maung jelas terpapar logo dan perkataan Umno yang dikaburkan.
PEMBANGKANG Pulau Pinang yang dibantu kira-kira 30 pemuda ala gangster dinasihat supaya "jangan main wayang" di sebalik insiden sekumpulan penduduk Melayu Batu Maung, Bayan Lepas yang diusir keluar dari kampung halaman mereka semalam.

Abdul Malik kemukakan bukti
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, Datuk Ab. Wahab Ibrahim dinasihat supaya terlebih dahulu menjelaskan mengenai status tanah pusaka berwajib yang kononnya telahpun dibelinya daripada pemilik asal tanah tersebut.

"Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781, Lot 776, GM 497 Mk 12 (dekat) Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai, saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka (penduduk)," ujar beliau di Komtar, George Town.

Ab. Wahab yang juga bekas wakil rakyat Umno dari Kawasan DUN Taman Medan, Selangor turut dinasihat untuk bersemuka secara jujur dengan kesemua penduduk berwajib serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi merungkaikan masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lepas.

Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau terpaksa campur tangan dalam masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan DUN yang diwakakilinya itu demi memastikan mereka tidak dizalimi atau ditipu oleh mana-mana pihak.

Semalam, Abdul Malik dilaporkan berdepan dengan tindakan ala samseng kira-kira 30 pemuda yang dipercayai "orang-orang Datuk Ab. Wahab" semasa cuba mempertahan hak penduduk berwajib di Batu Maung.

Abdul Malik mendakwa, pemuda-pemuda itu lengkap mamakai baju T yang dikaburkan logo serta perkataan Umno.

Tambah beliau, seorang Bailif Mahkamah Seksyen George Town bersama-sama bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan dan Mahadhir Ismail (Ketua Pemuda Umno Batu Maung) dilihat cuba berlagak hero ala samseng bersama-sama pemuda-pemuda berkenaan.

"Suasana agak tegang ketka itu, apabla pihak (pemuda) berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga...sebahagian barang-barang telah dikeluarkan.

"Kekecohan itu terhenti kira-kira jam 1.00 petang apabila penduduk mendapat perintah injunksi Mahkamah sehingga 1 Oktober depan," ujar Abdul Malik.

Dalam perkembangan sama, difahamkan, penduduk asal serta waris-waris tanah pusaka tersebut telahpun membuat beberapa laporan polis mengenai tindak tanduk pihak Ab. Wahab.

Dalam laporan polis, waris serta penduduk terbabit menyatakan bahawa transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar tersebut dibuat tanpa persetujuan serta pengetahuan mereka.

Malah kata mereka, Mahkamah Tinggi Shariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut sendiri pun masih belum memutuskan waris sebenar bagi tanah pusaka itu.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 3 Mac tahun lepas turut membuat laporan polis supaya pihak tertentu yang didakwa melakukan unsur salah laku dan penipuan disiasat segera.

Lanjutan laporan itu, polis membuat "kaveat pendaftar"terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kontroversi ini berlaku semasa dua "broker Umno" - Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzr dan Datuk Omar Fauzar (Ketua Umno Bahagian Jelutong) - didedah berjaya mengaut keuntungan atas angin sebanyak RM5 juta dalam masa tiga bulan hasil menjual tanah milik 31 Melayu Kampung Terang Terang, Balik Pulau baru-baru ini masih belum reda. -END

'Undang-Undang Anti Lompat Parti' daulat integriti politik - Guan Eng

Posted: 18 Sep 2012 09:09 PM PDT


Simbol muafakat mendaulatkan mandat integriti dan demokrasi rakyat.

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang sekali lagi cuba mencipta sejarah dengan mewujudkan Undang-Undang Anti Lompat Parti ke arah merealisasikan polisi integriti di negeri berkenaan.

Cadangan itu selepas semua kepemimpinan Kerajaan Negeri sebelum ini mengisytiharkan harta masing-masing secara telus, integriti dan terbuka untuk disemak oleh rakyat.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, undang-undang pencegahan pada amalan 'rasuah politik' itu akan dikemukakan di Dewan Undangan Neger (DUN) Pulau Pinang selepas menerima kata sepakat daripada kepemimpinan Pakatan Rakyat negeri.

"Pindaan ini bersejarah kerana buat pertama kali dilakukan di Pulau Pinang demi mengharamkan tindakan lompat parti untuk kepentingan peribadi, baik dalam bentuk wang (rasuah) atau bukan wang.

"(Pindaaan) ini juga sebenarnya untuk mendaulatkan integriti dan akauntabiliti politik," ujar beliau di Komtar, George Town.

Berucap pada majlis Jamuan Hari Raya Puasa serta wacana mengenai undang-undang tersebut, beliau berkata, hasrat demokratik Kerajaan Negeri turut disokong oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Malah, katanya lagi, undang-undang baru itu sebenarnya tidaklah mencabuli kebebasan bersuara atau kebebasan berpersatuan sebagaimana yang didalih oleh pembangkang Pulau Pinang.

"Seseorang Ahli Parlimen atau ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dipilih atas tiket parti tertentu.

"Maka, apabila dia lompat parti, dia wajib untuk melepaskan jawatan yang disandang itu lalu mendapatkan semula mandat rakyat melalui pilihan raya, tidak kira lah sama ada keputusan dia lompat parti itu betul atau salah," jelas beliau.

Sebelum pada itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman selaku Pengerusi PKR Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang) dan Datuk Mohd. Salleh Man (ADUN Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) masing-masing menyatakan pendirian bersetuju dengan hasrat Kerajaan Negeri melaksanakan undang-undang pencegahan itu.

Selain Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussein dan Prof.Dr.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), hampir kesemua Exco Kerajaan Negeri turut hadir dalam majlis wacana itu.

Sejak Ogos lalu, Guan Eng menerima kritikan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional ekoran mencadangkan "undang-undang pencegahan" tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Ahli Parlimen Umno dari Padang Rengas) dilaporkan berdalih, semua wakil rakyat sepatutnya diberi kebebasan untuk memilih mana-mana parti.

Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, undang-undang pencegahan itu perlu supaya insiden dakwaan kudeta Kerajaan Negeri Perak pada 5 Februari 2009 yang dikatakan berpunca oleh tiga ADUN Pakatan Rakyat 'lompat parti'  tidak berulang di Pulau Pinang pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Mereka, Jamaluddin Mat Radzi (ADUN PKR dari Behrang, Mohd. Osman Jailu (ADUN PKR dari Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (ADUN DAP dari Jelapang merangkap Timbalan Speaker DUN Perak).

"Takkan kita nak biarkan insiden yang berlaku di Perak berulang di Pulau Pinang (iaitu) sebuah kerajaan yang sepatutnya berdiri atas mandat rakyat (pilihan raya) boleh tumbang hanya kerana tiga orang (wakil rakyat) lompat parti," soal beliau.  -END

No comments:

Post a Comment