Pahang Daily Online |
- Panas: "Rampas Kuasa", Skandal Babitkan Ketua Wanita UMNO Negeri Pahang Bakal Di Dedahkan !
- Eksklusif: Bajet 2013 BN vs Bajet Pakatan Rakyat !
- Panas: PKR Wajar Kekalkan Azan Ismail Di Indera Mahkota Jika Tak Mahu Kerusi Itu Di Rampas BN !
- Sumbang Mahram: 'Suspek Tak Bersalah', Blogger Pro UMNO Wajar Memohon Maaf Daripada Beliau!
Panas: "Rampas Kuasa", Skandal Babitkan Ketua Wanita UMNO Negeri Pahang Bakal Di Dedahkan ! Posted: 28 Sep 2012 01:36 AM PDT Menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang, berbagai info panas yang mula diterima mutakhir ini. Terbaru, berkaitan skandal Ketua Wanita UMNO Pahang, Dato' Rosni Zahari (foto). Beliau dikatakan telah menggunakan kuasanya untuk merampas sebuah syarikat yang ada urusan perniagaan dengan sebuah syarikat minyak terkenal. Menurut sumber, dulunya syarikat terbabit dimiliki oleh pihak lain dan Rosni hanya memasarkan produk yang dihasilkan. Namun selepas melihat perniagaan tersebut maju dan beliau dengan kuasa yanga da cuba untuk memiliki syarikat berkenaan. Namun, pihak yang berkenaan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut hatta memberikan Rosni 50% dari saham pemilikan syarikat terbabit. Namun, entah kenapa secara tiba-tiba kini syarikat berkenaan menjadi milik Rosni melalui penama anak perempuannya. Tindakan tersebut tidak diketahui oleh pemilik asal syarikat berkenaan, malah setiausaha syarikat itu sendiri. Akibatnya kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah pada 3 Oktober ini. Difahamkan, syarikat berkenaan memperolehi keuntungan bernilai jutaan ringgit hasil kerjasamanya dengan syarikat minyak terbabit. Apapun, siasatan dan laporan seterusnya menyusul dan PDO masih menantikan segala dokumen daripada pihak berkenaan. Andainya, benar apa yang dilakukan oleh Rosni ini, maka ia satu tindakan tidak wajar yang boleh dikatakan "rampas kuasa" atau "merompak" hak orang untuk kepentingan peribadi beliau. [Jika itu keadaannya, apakah beliau layak untuk menjadi calon pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Rosni sebelum ini adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul Parlimen Maran, sebelum UMNO meletakkan Shahaniza Shamsuddin menggantikan beliau selepas itu. Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang beribupejabat di Temerloh Pahang kini dikatakan calon popular di salah satu DUN dalam negeri ini. Tindakan drastik Rosni ini dijangka boleh menjatuhkan dan menjejaskan kreadibiliti beliau sebagai pemimpin sebenarnya. Apapun, nantikan "laporan panas" seterusnya kes beliau ini]. |
Eksklusif: Bajet 2013 BN vs Bajet Pakatan Rakyat ! Posted: 27 Sep 2012 12:09 PM PDT |
Panas: PKR Wajar Kekalkan Azan Ismail Di Indera Mahkota Jika Tak Mahu Kerusi Itu Di Rampas BN ! Posted: 28 Sep 2012 01:23 AM PDT KUANTAN, 28 Sept - Orang ramai terutamanya para pengundi di kawasan Parlimen Indera Mahkota mahu pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan Azan Ismail (foto) untuk mempertahan kerusi parlimen itu pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Menurut mereka, parti perlu melihat mana-mana calon yang menang wajar dikekalkan demi kesinambungan perjuangan rakyat di kawasan terbabit. Menurut seorang penyokong kuat pakatan yang ditemui berkata, walau pun Azan banyak dikritik oleh pihak-pihak tertentu namun kami memahami masalah yang beliau hadapi. Sebagai Wakil Rakyat pembangkang, segala peruntukan yang sepatutnya disalurkan tidak dibuat, maka sudah tentu banyak agenda untuk membangunkan kawasan gagal dilaksanakan. "Gagal bukan bermakna beliau (Azan) tidak berkhidmat untuk rakyat... tapi gagal kerana peruntukan di sekat.. maka itu bukan salah beliau walau pun penyokong UMNO BN menjadikan isu tersebut sebagai alasan menolak Azan. Saya melihat Azan telah berjaya memainkan peranan di parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi dan kewangan. Maka, atas alasan apa beliau harus ditukarkan?. Kami sedia bediri teguh untuk menyokong beliau dikekalkan di parlimen ini (Indera Mahkota)... malah saya tidak nampak mana-mana pemimpin lain yang layak menggantikan beliau buat masa ini", katanya. Pada Pilihanraya Umum ke-12 (2008) yang lalu, Azan memenangi kerusi tersebut apabila mengalahkan calon BN, Salamon Ali Rizal Abd Rahman dengan majoriti 1,027 undi. Beliau mendapat 19,823 undi manakala calon BN itu hanya mendapat 18,796 undi. Kemenangan Azan itu berjaya melonjakkan namanya kerana beliau tidak begitu popular seperti calon-calon yang lain sebelum itu. Azan sebelum ini juga telah mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia ada mendapat tawaran jutaan ringgit andai meninggalkan PKR dan menjadi wakil rakyat bebas seperti yang lainnya. Malah, kenyataan Azan itu telah ditempelak oleh Menteri Besar Pahang sendiri yang mengatakan tidak pernah tawarkan ganjaran wang jika Azan meninggalkan pembangkang. Soalnya sekarang, apakah Azan wajar dikekalkan sedangkan beliau kini Pengerusi PKR Negeri Terengganu?. [Ramai pihak yang berharap agar Azan Ismail dikekalkan oleh PKR untuk mempertahankan kerusi parlimen itu. Ia juga mungkin selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat, agar calon yang menang dikekalkan bertanding di kerusi masing-masing. Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah calon yang bakal terpilih mewakili PKR di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU-13 ini. Ramai yang meramalkan jika calon lain termasuk Dato' Fauzi (Pengerusi PKR Pahang) atau Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota) bertanding, harapan untuk pembangkang kekalkan kerusi itu mungkin tidak menjadi kenyataan. Tambahan pula kini, isu orang lama dan calon bukan Melayu sedang hangat diperkatakan dalam kempen-kempen UMNO BN di kawasan itu sekarang. Jalan terbaik ialah PKR mengekalkan Azan bertanding demi mempertahankan kemenangan yang dicapai PRU12 lalu]. |
Sumbang Mahram: 'Suspek Tak Bersalah', Blogger Pro UMNO Wajar Memohon Maaf Daripada Beliau! Posted: 27 Sep 2012 11:13 AM PDT Nama Mohd Nor Jaafar (foto) popular baru-baru ini akibat dikatakan terlibat dengan skandal "sumbang mahram" dengan anak tiri beliau sendiri. Kecoh dibuatnya apabila laporan polis dibuat oleh seorang jururawat ketika mangsa yang baru berumur 15 tahun itu melahirkan anak di sebuah hospital swasta di ibu negara. Akibat laporan itu Mohd Nor bersama anaknya telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Susulan penahanan tersebut banyak pihak terutamanya media arus perdana dan blog-blog yang pro UMNO telah menjatuhkan hukuman kononnya beliau sudah didapati bersalah. Sedangkan ketika itu, beliau hanya disiasat untuk membantu siasatan dan ujian DNA telah dilakukan terhadapnya. Antara blog terawal yang mendedahkan isu tersebut termasuklah dari blogger-blogger UMNO Jerantut sendiri. Kecoh dibuatnya, hingga suspek (Mohd Nor) menjadi begitu panas. Malah kesnya, meletup kerana ada pihak yang mengatakan "pemimpin pembangkang" di Pahang terlibat dengan kes itu. Pihak terbabit sengaja mencari publisiti murahan untuk mengaitkan pembangkang. Tambahan pula, Mohd Nor mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin PAS di negeri ini. Apa yang menarik, ketika krew PDO menghubungi beliau ketika kes ini kecoh dulu Mohd Nor secara seloroh mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mempopularkan dirinya itu. Katanya, dengan cara itu maka mudahlan untuk beliau berkempen jika jadi calon pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Difahamkan, Mohd Nor kemungkinan besar akan sekali lagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Damak di Parlimen Jerantut. Pada PRU12 dulu, dia bertanding disitu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, selepas bersama Datuk Zaid Ibrahim menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) beliau telah bertindak keluar dari PKR. Pada pilihanraya lalu, BN hanya diwakili oleh Dato' Lau Lee hanya menang tipis dalam pertembungan tiga penjuru di DUN terbabit. Kini, mungkin Mohd Nor akan sekali lagi masuk bertanding di kawasan terbabit. Namun, tidak diketahui sama ada dia akan bertanding atas tiket KITA atau pun BEBAS?. Apapun, kes "sumbang mahram" benar-benar mempopularkan beliau dan besar kemungkinan harapannya untuk menang pada kali ini semakin cerah. Susulan pendedahan panas oleh blogger-blogger pro UMNO menyebabkan beliau telah mengambil keputusan untuk menyaman blog berkenaan. Namun, anehnya selepas kenyataan itu dikeluarkan semua blog terbabit telah memadamkan "delete" artikel panas pasal beliau. Masing-masing takut dan tidak berani berhadapan dengan tindakan saman oleh beliau. Namun, mereka juga tidak memohon maaf secara terbuka kepada beliau atas laporan yang negatif itu. Hanya Blogger WZWH Di Lihat Lebih Profesional Kini, Mohd Nor telah dibuktikan secara klinikal menerusi ujian DNA tidak terbabit dengan kes tersebut. Maka, ini bermakna beliau tidak bersalah dalam kes sumbang mahram yang hangat diperkatakan itu. Soalnya, apakah ada blogger-blogger pro UMNO yang telah mengeluarkan kenyataan maaf?. Tinjauan PDO, mendapati hanya ada satu blog pro UMNO yang telah bersikap profesional menyatakan maaf terhadap beliau. Blog yang dikendalikan oleh Blogger Wan Zamzuri Wan Hasenan (foto) itu dilihat lebih berani berpijak di bumi yang nyata dari lainya. Dalam kenyataan maaf tersebut blogger terbabit mengatakan "Jika awal bulan lepas ramai blogger Jerantut terutamanya dan blog WZWH sendiri ghairah memperkatakan saspek kes sumbang mahram ini maka dengan keluarnya keputusan ujian DNA secara sah dan rasmi dari Polis Pahang maka kita blogger Jerantut perlu juga menyatakan yang benar bahawa Mohd Nor Jaafar tidak bersalah dari segi undang-undang. Jika ada posting-posting kita blogger Jerantut termasuk blog WZWH yang menyentuh isu ini melibatkan dan mengaitkan Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang dan Tok Guru Nik Aziz maka itu tidak profesional dari segi etika kewartawanan blogging dan perlu kita blogger Jerantut termasuk WZWH sendiri meminta maaf. Termasuk banyak fakta salah yang diberikan. Dalam menyampaikan berita media baru: yang benar tetap benar yang salah tetap salah. Kita kena tunjuk kita orang Jerantut menjaga aib dan maruah seseorang sesama Islam walaupun berlainan parti dan ideologi. Sebagaimana Allah menutup aib hambanya yang berdosa kerana sifatnya AS SATTAR (Menutup Keaiban Hamba) maka kita juga harus menutup keaiban manusia lain yang berdosa apatah lagi kalau manusia itu tidak berdosa atau tidak bersalah. Itulah akhlak Islam" lapor blognya. [Apa yang dilakukan oleh Blogger WZWH ini wajar dicontohi oleh lain-lain blogger pro UMNO yang begitu ghairah melaporkan kes ini dulu. Mereka harus bertindak profesional dan tidak lari dari kenyataan. Apa yang pasti, kes seperti ini wajar dijadikan tauladan oleh semua pihak. Selagi suspek belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman maka tidak perlulah membuat spekulasi melampau yang boleh mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap suspek terbabit. Inilah yang berlaku kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini agaknya. Beliau belum pun didakwa atas kesalahan berkenaan namun media arus perdana dibantu dengan blog-blog pro UMNO begitu ghairah melaporkan kononnya dia sudah berslah. Malah, sehingga kini masih ada yang tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang membebaskan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu sebenarnya. Inikah akibatnya bila jiwa-jiwa mereka telah dimomokan dengan sesuatu maklumat yang jelas berniat jahat dan mahu merosakkan kreadibiliti pemimpin terbabit. Oleh itu, semua pihak digesa lebih bertanggungjawab di atas segala penulisan panas yang mereka terbitkan selepas ini hendaknya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment