Liang Lahad.... |
- GULA NAIK HARGA SEBAB DIABETIS - TENGOK SINI INI FAKTA KENAIKAN PERATUSAN DIABETIS
- PAIP BOCOR RAKYAT DIBAHULUKAN - 500 PENDUDUK JERANTUT MARAHKAN PAIP!!
- KELAKAR TAPI BENAR - PENGERUSI NGO ANTI PENYELEWENGAN MELAKUKAN PENYELEWENGAN
- 100,000 RUMAH MAMPU MILIK DALAM BANDAR JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA.
GULA NAIK HARGA SEBAB DIABETIS - TENGOK SINI INI FAKTA KENAIKAN PERATUSAN DIABETIS Posted: 28 Sep 2012 09:03 AM PDT Gula pasir kasar akan dinaikkan harga sebanyak RM0.20sen untuk sekilogram.. menjadikan harga terkini di pasaran adalah RM2.50 / KG... Cumanya kerajaan menggunakan ayat "kurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen" supaya rakyat dapat dikelirukan selama 2 minit dengan pelbagai kata ganti... Penyelarasan, rasionalisasi atau kurangkan subsidi adalah sama maksudnya dengan kenaikan harga.. Tahun lepas (2011) untuk menghalalkan kenaikan harga gula dari RM2.10/kg kepada RM2.30/KG kerajaan menggunakan alasan terlalu banyaknya penyeludupan gula ke Negara Thailand,dan dengan menaikkan harga gula, dapat kurangkan penyeludupan gula ke negara jiran tersebut... Namun.. dalam kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kali ini seperti yang diumumkan di dalam pembentangan bajet 2013 pada petang jumaat.. Najib menggunakan alasan seramai 2.6 juta rakyat negara ini menghidap penyakit diabetis... Oleh kerana 2.6 juta orang menghidap penyakit diabetis,maka kita kena tanggung kenaikan harga gula sebanyak 20 sen... Tetapi betul ke kenaikan harga gula yang semakin lama semakin naik ni dapat mengurangkan kadar diabetis negara ini..? Pakar Perubatan Kanan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Feisul Idzwan Mustapha pernah mengeluarkan fakta pada pertengahan tahun ini bahawa: Sejak 11 tahun lalu, pesakit diabetes sentiasa meningkat dengan kadar sebanyak :
Jadi apa rasionalnya Najib membabitkan angka 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis tu..? kenaikan harga gula tak ada kena mengena langsung dengan peratusan diabetis. Selamatlah kita semua kena tipu hari ni.. | ||
PAIP BOCOR RAKYAT DIBAHULUKAN - 500 PENDUDUK JERANTUT MARAHKAN PAIP!! Posted: 28 Sep 2012 12:44 AM PDT
Semua rakyat Malaysia tahu bahawa slogan kerajaan pimpinan Najib adalah "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".. Namun,dari apa yang dapat kita lihat,sebenarnya prestasi kerajaan BN masih ditakuk lama.. slogan berkenaan hanyalah sekadar slogan tanpa perlaksanaan yang berkesan bagi melaksanakannya. Begitulah yang mungkin dirasakan oleh 500 penduduk Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan,Jerantut,Pahang apabila menghadapi kesulitan mendapatkan air bersih sejak lima hari lalu akibat paip besar yang menyalurkan air ke kawasan perumahan pecah. Yang membangkitkan kemarahan penduduk adalah Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) mengambil sikap sambil lewa di atas kesusahan penduduk dengan tidak bersungguh-sungguh membaiki paip yang percah. Kontraktor yang dilantik oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip),boleh pulak menghentikan kerja-kerja pembaikan paip yang bocor dengan alasan tiada alat ganti.. Sudah lah begitu, kesengsaraan penduduk dibiarkan berlanjutan selama 5 hari tanpa air.. Aduan ke pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dijawab dengan pelbagai alasan dan akhirnya panggilan telefon dari penduduk pun tidak dijawab.. Akhirnya,penduduk mengambil inisiatif sendiri dengan bergotong royong membaiki paip yang pecah dan kerja-kerja dapat diselesaikan dalam hanya satu hari sahaja. Jadi,inikah yang dikatakan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"? Rakyat sebenarnya sedang dibahulukan.. Mungkin inilah yang digembar gemburkan Najib sebagai BN bijak mengatasi masalah air.. paip bocor pun tak dapat nak baiki,ada hati nak jaga hal air Selangor..? | ||
KELAKAR TAPI BENAR - PENGERUSI NGO ANTI PENYELEWENGAN MELAKUKAN PENYELEWENGAN Posted: 27 Sep 2012 09:30 PM PDT Nama sahaja Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).. tapi rupa-rupanya pengerusinya sendiri yang ada sikap suka menyeleweng.. GAPS ditubuhkan konon-kononnya untuk membenteras penyelewengan di Selangor,tetapi sehingga kini tiada satu pun penyelewengan kerajaan Selangor yang dapat dijadikan asas pertuduhan yang kukuh.. Yang ada hanyalah bukti penyelewengan Pengerusi NGO anti penyelewengan ini.. bunyi memang kelakar, orang yang anti penyelewengan sendiri yang menyeleweng... tapi itulah hakikatnya.. Buktinya disini.. Jadi Hamidzun ni tidak layak untuk bercakap soal penyelewengan.. Itulah sebabnya kita katakan UMNO tak layak bercakap :
saban tahun semakin teruk dan bertambah teruk.. Sumber Sungaiderhaka | ||
100,000 RUMAH MAMPU MILIK DALAM BANDAR JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA. Posted: 27 Sep 2012 11:36 AM PDT SHAH ALAM, 27 SEPT : Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dalam penggal pertama pentadbirannya sebagai Kerajaan Persekutuan. Menurut belanjawan alternatif Pakatan 2013 yang diterbitkan semalam, gagasan itu akan melaksanakan perancangan tersebut dengan suntikan dana RM5 bilion kepada Lembaga Perumahan Negara (LPN). Suntikan tambahan RM 2 bilion akan diberi setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima bagi menyediakan dana kewangan untuk pelaksanaan projek perumahan awam berkenaan. Ia adalah salah satu penekanan yang akan diambil Pakatan menerusi belanjawan berjumlah RM 234 bilion yang diterbitkan semalam oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menyediakan rumah mampu milik merupakan penekanan khusus yang diberikan demi membela nasib rakyat yang selama ini terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran ketika ini. Bagi menangani masalah harga perumahan ini Pakatan merancangan untuk melaksanakan pelbagai projek perumahan mampu milik di seluruh negara yang berharga antara RM 130,000 hingga RM 300,000. Inisiatif rumah mampu milik akan diuruskan dengan menubuhkan LPN yang akan menggantikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilihat tidak memaikan peranan. Pakatan juga akan mengamalkan konsep bina-dan-jual bagi mengatasi risiko perumahan terbengkalai yang telah merugikan kira-kira 79,000 pembeli. Dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk semua projek perumahan kos sederhana rendah berharga RM 300,000 dan ke bawah. Pakatan juga akan memperkenalkan konsep "social renting" atau penyewaan untuk tujuan sosial bagi memenuhi keperluan perumahan untuk golongan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan. Di samping itu, konsep perkongsian pemilikan juga akan diperkenalkan untuk mereka yang kurang kemampuan kewangan untuk membeli rumah. Di bawah konsep ini, pembeli akan memiliki 25 peratus daripada harga rumah, manakala nilai yang selebihnya, iaitu 75 peratus, akan dimiliki oleh agensi kerajaan. Selangorku. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment