"tukanglawan"

"tukanglawan"


Balu Pak Sako Meninggal Dunia, Beliau Pejuang Kemerdekaan.

Posted: 27 Sep 2012 08:38 AM PDT

Berita Kematian Balu Pak Sako seorang Nasionalis dan juga Pejuang Sastera "tukanglawan" dapat bila baca Tweet Pak Syed Husin Ali sebentar tadi.

Aishah @ Esah bt Husin Pernah aktif dalam AWAS,
(Angkatan Wanita Sedar)  iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
 
Sedikit Sejarah Aishah Husin dan Penglibatan dalam  AWAS, 

Kita sedikit lupa siapa Aishah bt Husin, beliau sebenarnya seorang pemimpin yang harus kita hormati, Selain dari Aishah Ghani (Bekas menteri Kebajikan Masyarakat) dan Shamsiah Fakeh, Aishah Husin adalah antara pemimpin awal dalam AWAS, jadi selayaknya  beliau kita gelar "pejuang kemerdekaan". tetapi kerana perjuangannya bersifat "kiri" maka jarang dihebahkan peranan besarnya dalam menuntut kemerdekaan negara ini. 
AWAS bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis.

Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948, lebih kurang 10 tahun sebelum merdeka.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, semoga pejuang kemerdekaan ini dicucuri rahmat.




 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pendedahan, Warga Sabah Made In India? Siri 1

Posted: 27 Sep 2012 08:00 AM PDT

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.

Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan.

Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2.

Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India.

Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial.

Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah dan sampai di Lahad Datu sekitar 1994.

Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991.

Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu).

Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu.

Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91.

Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM.

Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah.

Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India.

Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya.

Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan.

Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India?

Kini dengan pendedahan Klip video Kamaruddin untuk masyarakat India diapungkan di Youtube yang bertajuk 'Kuch-Kuch Hota Hai Malaysia'telah menaikkan kemarahan rakyat Sabah.

Namun yang paling merasa kesan dan terancam oleh pendedahan ini ialah Baisul Khan kerana ramai pihak telah menulis surat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, mencadangkan anugerah 'Panglima Gemilang Darjah Kinabalu' (PGDK) yang dianugerahkan kepada Baisul Khan ditarik balik.


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Soalan Berkaitan Bersih Boleh, Soalan Menteri Kewangan Terbaik Taknak Ke?

Posted: 27 Sep 2012 05:06 AM PDT

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan BERSIH 3.0 dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menurut Puad, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.

Ohh tak apa lah kalau Umno berpolitik dengan buruk-burukkan penyokong BERSIH di sekolah.

Di Masjid pun umno boleh guna  untuk promosikan umno dengan tepek stiker pada sejadah...

Umno memang cakap tak serupa bikin, dia aje lah yang bagus, sebab tu soalan yang memburuk-burukkan rakyat yang nak pilihanraya yang adil dan bersih dibolehkan.

Cuba try letak solan kapal selam Al-tantuya, tak pun soalan ekonomi 20 tahun kebelakangan ni siapa menteri kewangan Malaysia terbaik... agak-agak boleh tak?


 
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Apakah Negara ini Benar-benar Bebas?

Posted: 26 Sep 2012 11:51 PM PDT

KEADILAN menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi sepenuh kebebasan hak asasi kepada rakyat.

Ia susulan kenyataan Najib kononnya beliau telah memperkasa hak asasi di negara ini dalam satu Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2012, semalam.

 "Najib berkata kononnya telah memperkasakan hak asasi manusia dan demokrasi dengan membatalkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dengan membenarkan kebebasan bersuara serta berhimpun melalui penggubalan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Himpunan Aman 2011.

"Padahal, penggubalan itu hanya membenarkan Najib mengekalkan cengkaman mereka terhadap kebebasan dan demokrasi di Malaysia," kata Naib Presidennya, N Surendran dalam kenyataan.


ISA menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam sebelum ini dan diganti dengan Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang mengandungi peruntukan lebih keras dan ia turut dikutuk aktivis hak asasi manusia.

"Lebih serius, Najib sengaja tidak memansuhkan artikel zalim 149 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan undang-undang anti-demokratik seperti ISA dan akta baru itu digubal," kata Surendran lagi.

Menurutnya, penggubalan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 juga tidak memberi kesan dalam meningkatkan kebebasan media.

"Di bawah akta itu, kerajaan BN boleh batalkan lesen yang diperoleh media cetak pada bila-bila masa dengan sewenang-wenangnya," jelas beliau.

Surendran yang juga peguam hak asasi berkata, kali pertama dalam sejarah perundangan Malaysia, demonstrasi jalanan dilarang sama sekali di bawah Akta Himpunan Aman.

"Hak untuk menjalankan demonstrasi jalanan adalah ciri utama demokrasi yang bekerja di seluruh dunia, malah Myanmar yang berada di bawah pemerintahan tentera pun membenarkan demonstrasi jalanan.

"Ia tidak masuk akal dan tidak logik untuk Najib mendakwa bahawa dia telah mencipta satu demokrasi terbuka dan dinamik melalui langkah yang tidak jujur dan dangkal," tegasnya.


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

mahathir Disapina, Akan Ke Mahkamah?

Posted: 26 Sep 2012 07:23 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menipu kabinet melibatkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

"Kami akan panggil Dr Mahathir," kata peguam pembelaan Wong Kian Kheong ketika menyoal balas Ling pagi ini.

Wong bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci berhubung langkah itu.

Sumber yang dekat dengan pihak pendakwaan memberitahu pemberitan, sepina sudah dikeluarkan kepada Dr Mahathir untuk tampil ke mahkamah bulan depan.
azlan

Kemungkinan Dr Mahathir akan tampil di mahkamah dalam minggu kedua dalam bulan Oktober, tambah sumber itu lagi.

Dr Ling membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
  
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
  
Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

La, rupanya mahathir dipanggil sebab nak bela menteri sorang nei, kita tengok la Insyallah bila Pakatan menang, makin kerap mahathir naik turun mahkamah..

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment