Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Mat Sabu: Suaram Di Asak, Kerana Najib Takut Isu Penyelewengan Kapal Selam Terus Di Bongkarkan!

Posted: 26 Sep 2012 11:56 PM PDT

KUANTAN, 27 Sept - Timbalan Presiden PAS, Tn.Hj Mohamad Sabu (foto) mendakwa tindakan kerajaan UMNO BN cuba mengheret NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) ke mahkamah atas alasan kononnya ia sebuah pertubuhan tidak sah kerana tidak pernah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sepertimana yang disyaratkan kepada mana-mana pertubuhan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) adalah bertujuan untuk mengalih pendangan rakyat berhubung isu kapal selam (Scorpene). Katanya, Najib kini dalam ketakutan apabila mahkamah Perancis bila-bila masa sahaja akan keluarkan sapina terhadap beliau. "Suaram diasak agar NGO itu takut untuk dedahkan maklumat lagi. Mereka cuba alih pandangan rakyat... Seluruh dunia sudah tahu isu penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam .. komisyen ratus juta yang diterima oleh syarikat Razak Baginda.. Malah Najib juga ada meminta wang RM1 billion daripada pihak yang berkenaan atas urusan itu. Malaysia beliau dua kapal selam dengan harga cecah RM7 bilion, negara lain beli hanya RM3 bilion saja... kat sini jelas ada penyelewengan yang berlaku.. ", Kata Mat Sabu dihadapan ketika berceramah di Balok Makmur, dekat sini malam tadi. Dalam pada itu Mat Sabu turut berseloroh dengan mengatakan kerajaan Najib begitu berani menjatuhkan maruah Monggolia dalam kes Altantunya, sedangkan negara China yang besar itu pun dulu takut kepada kerajaan Monggol. Sementara itu, Mat Sabu juga menegaskan rakyat kini sudah bersedia untuk melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Masing-masing sudah tidak sabar menanti detik untuk membuang undi. "Orang Cina tak sabar nak undi... ramai yang jumpa saya cakap mau ajar itu BN ... tap orang Melayu semangat tak berapa kuat macam orang Cina.. cakap pun lembut jer.. ", katanya. Turut sama dalam ceramah malam tadi ialah Hairie Othman, Hero filem "Leftenan Adnan" yang kini telah bersama dengan parti PAS. 

 
[Ceramah Mat Sabu dan Hairie Othman sepatutnya mendapat kehadiran lebih ramai rakyat semalam, namun mungkin dek kerana lokasi dan cuaca yang ridak mengizinkan maka tidak ramai yang dapat hadir. Apapun, orang ramai tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh kedua-dua tokoh terbabit. Sebelum itu, Yang Di Pertua PAS kawasan Indera Mahkota, Ustaz Nasrun Amir turut menyampaikan ceramah beliau. Program dipengerusikan oleh Saudara Andansura Rabu yang diwar-warkan bakal menggantikan calon PAS yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu pada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Orang ramai juga tertanya-tanya kenapa ADUN Beserah, YB Tuan Syed Mohamad Tun Lonik tidak ada dalam program malam tadi. Sama ada beliau mempunyai agenda lain atau sebaliknya tidak dapat dipastikan. Apapun, PDO akan cuba mendapatkan komen YB DUN Beserah itu tentang dakwaan dia tidak  dikekalkan walau pun menang di kerusi DUN itu ada PRU-12 lalu].


No comments:

Post a Comment