Liang Lahad....

Liang Lahad....


83 PELAJAR SAKIT PERUT,MUNTAH DAN CIRIT BIRIT LEPAS MINUM SUSU 1 MALAYSIA

Posted: 27 Sep 2012 09:22 AM PDT

Sudah banyak kali pelajar sakit perut,muntah dan cirit birit selepas minum susu 1Malaysia..
yang terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat,Muar..

Seramai 83 murid sekolah tersebut mengalami sakit perut,cirit birit dan muntah-muntah selepas minum susu 1 Malaysia...

Setiap peringkat pelajar yang minum susu 1Malaysia tu mengalami simptom berkenaan,
dari Tahun Satu sehinggalah pelajar Tahun Enam sekolah tersebut.



Sebelum ini,iaitu pada november tahun lepas kejadian yang sama berlaku di Kuala Nerang,Kedah..
Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Padang Terap mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah juga dipercayai keracunan makanan selepas sahaja minum susu 1Malaysia..

Di Temerloh pula,seramai 20 murid sebuah sekolah rendah di daerah tersebut mengalami sakit perut,cirit birit dan muntah-muntah,juga selepas pelajar terbabit minum susu 1Malaysia pada April tahun ini..

Keracunan makanan akibat susu 1 Malaysia ni bukan perkara baru...
dah lama dah...

Tapi bila tanya pada kementerian Kesihatan,jawapan yang diberi adalah susu 1Malaysia selamat diminum..

Ntah ler..
kalau namanya datang dari BN semuanya tak selamat..
semuanya nak menipu rakyat...
biarlah rakyat muntah-muntah pun...
BN tetap BN!!

BATAL AIR SELANGOR - ADNAN YAAKOB KATA AMARAN BELIAU ADALAH SERIUS!!

Posted: 27 Sep 2012 05:50 AM PDT


Kerajaan Pahang melalui Menteri Besarnya yang pernah pernah menunjukkan isyarat lucah seperti gambar diatas mengeluarkan amaran bahawa kerajaan Pahang serius dalam isu pembatalan perjanjian pembekalan air ke Selangor..

Adnan mengeluarkan kenyataan berani tersebut disebabkan Selangor sehingga kini tidak mahu membenarkan projek kroni BN,Langat 2.


Sinarharian

Langat 2 sebenarnya tidak perlu kerana yang penting sekarang adalah pemulihan loji rawatan air yang sedia ada yang hanya memakan belanja RM225 juta.
baca sini [ALASAN SELANGOR].

Usaha Selangor dalam mempertahankan kebajikan rakyat Selangor supaya kadar air yang murah dapat dinikmati oleh rakyat Selangor seringkali berhadapan dengan cabran yang bodoh seperti yang BN lakukan ini..

Kalau ikutkan perjanjian Kerajaan UMNO Selangor dengan Syabas pada 2008 (sebelum pilihanraya) lalu,rakyat Selangor sebenarnya kini telah terbeban dengan kadar kenaikan tarif air sebanyak 37%...

Namun..
sehingga kini kerajaan PR Selangor menolak perjanjian UMNO - Syabas yang membebankan rakyat tersebut dan tidak pernah melaksanakan sebarang kenaikan tarif air sejak 2008...
malahan 20 meter padu air percuma pula yang diberi kepada rakyat..


Ugutan Adnan ini adalah contoh "keegoan" dari kerajaan BN...
mereka tidak fikirkan soal rakyat..
yang mereka mahukan adalah Selangor ikut dan patuh kepada tuntutan serakah mereka dan kroni-kroni mereka..

Dalam ugut-ugut tu...
Adnan mengakui keputusan tersebut perlu mendapat pandangan Kerajaan Pusat terlebih dahulu..
dia pun tahu dia tak boleh nak buat keputusan sendiri..
nak "sembang" je boleh ler..


INILAH AKIBATNYA DARI SLOGAN 1MALAYSIA NAJIB!!!! [gambar]

Posted: 27 Sep 2012 01:07 AM PDT


Inilah akibatnya melaungkan slogan 1Malaysia tapi tak nak jelaskan maksudnya..

tak terangkan apa yang sebenarnya dimaksdukan dengan 1 Malaysia tu..

Rakyat ingat satu Malaysia adalah satu malaysia tak kira bangsa dan agama..
semua berhak dapat apa yang kaum lain dapat..

Tapi Najib tak terangkan bahawa 1malaysia tu hanyalah retorik politik dia semata-mata dalam meraih undi dari kaum Cina dan India yang menyebelahi
Pakatan Rakyat semasa PRU12 lalu..

Terjadilah rakyat yang konfius...
pening kepala dengan slogan 1Malaysia yang bersimbulkan jari telunjuk tu....

Maka berlakulah seperti ini...


TIAN CHUA CABAR KERAJAAN DEDAH MAKLUMAT JET PERIBADI DINAIKI ANWAR!!

Posted: 27 Sep 2012 12:41 AM PDT


Kalau dah sampai tahap berani cabar Kerajaan supaya dedahkan segala maklumat berkenaan jet peribadi yang dinaiki Anwar tu..
aku percaya mesti pendedahan tu nanti secara automatiknya akan menutup segala tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh UMNO sejak isu ini dikeluarkan..

Namun..
seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini..
setiap ahli korporat yang membantu Anwar Ibrahim sebenarnya,mereka telah merisikokan perniagaan mereka sendiri..
risiko tersebut dikira dalam konteks sistem pemerintahan yang ada di Malaysia kini..

memang tak selamat...

Jadi tidak peliklah sekiranya Anwar merahsiakan siapa rakannya itu..
pandangan aku...
jangan letakkan risiko yang membahayakan ke atas bahu rakan sendiri.. 
lantak lah apa orang nak katakan pun...

So,pendedahan siapa rakan Anwar tersebut tidak boleh datang dari mulut Anwar atau pimpinan yang lain...

Kalau kerajaan nak tahu (atau mungkin juga dah tahu) siasat dan umumkan sendirilah..
aku percaya mustahil pihak kerajaan masih tidak tahu lagi siapa rakan Anwar tu..


Isu jet: Tanya pihak berkuasa, kata Tian Chua

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.


Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan."


Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: "Saya  tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.


Teguran itu dibuatoleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu," katanya.


Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: "Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk  nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah."



Kecohkan isu jet ni...
tak macam kes yang ini.. [sewa jugak ni.]

NAJIB KATA KAWAN DIA GEORGE KENT LAYAK MEMANG LAYAK DAPAT TENDER LRT RM1 BILION

Posted: 26 Sep 2012 11:38 PM PDT

Memang kita dah agak dah..
Najib akan "membela" kawannya dalam isu pemberian tender sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV.

Najib kata tiada pembida lain yang berasa tidak puas hati dengan keputusan pemberian tender LRT tersebut kepada Syarikat George Kent-Lion Pacific JV.

Maka Najib,berdasarkan pengalamannya dalam menggunakan kuasa selama ini,merasakan bahawa jika tiada sesiapa merungut di depannya,maka semuanya telah berpuas hati...
dan beliau pun merasakan keputusan beliau mencampuri urusan lantikan
kontraktor bagi tender sambungan LRT Ampang itu adalah tepat...


Memanglah dorang tak merungut depan-depan atau buat rungutan secara rasmi...
kalau dorang mengadu nanti tak merasalah pulak tender akan datang..

Takkan itu pun tak faham Najib ni..?

Gila ke apa kontraktor nak merungut dan bising-bising di depan Perdana Menteri di atas keputusan yang diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri..?



Najib: George Kent layak dianugerah projek LRT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiada pembida yang berasa tidak puas hati apabila kerajaan menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang "membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil".

"Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender tersebut," katanya yang berpendapat bahawa proses berkenaan dilakukan secara telus dan terbuka.

Dalam jawapan bertulisnya kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September di Dewan Rakyat itu, Najib mempertahankan bahawa GKLP JV merupakan gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

NONEPua dalam soalannya meminta Najib menjelaskan sebab syarikat George Kent dipilih sedangkan syarikat berkenan tidak berpengalaman dalam sektor rel dan tender syarikat itu lebih mahal daripada syarikat lain yang berpengalaman luas.

Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan pembida lain.

yang berpengalaman luas.

Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan pembida lain.

Jawapannya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan dari PKR sebelum ini yang mendakwa firma pembinaan George Kent berkenaan "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Pengarah strategi parti PKR Rafizi Ramli pada bulan lalu mengemukakan satu surat daripada pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar yang didakwa menyatakan demikian.

NONERafizi juga mendakwa perdana menteri campur tangan dalam proses bidaan berkenaan sehingga  memihak kepada "sekutu rapatnya".

Dalam jawapannya di Parlimen itu, Najib bagaimanapun berkata GKLP JV lulus penilaian teknikal dan pemilihan firma berkenaan dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh ke atas "kehendak teknikal, kewangan dan perundangan dan juga syarat kontrak".

Gabungan firma berkenaan juga berkepakaran dalam bidang subsistem rel, kata Najib yang menyenaraikan perkara teknikal tersebut.

"Oleh itu andaian bahawa George Kent tidak berpengalaman di dalam sektor rel adalah tidak tepat..." katanya yang berpendapat bahawa proses tender itu dijalankan dengan telus dan terbuka.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil kira aspek penglibatan syarikat tempatan dalam projek seperti itu, kata Najib.

"Aspek pembangunan vendor serta peluang syarikat berwibawa tempata di dalam menguasai bidang pengetahuan berteknologi tinggi melalui penglibatan secara langsung di dalam projek seumpama ini," katanya. Tambahnya, perkara itu terutamanya bagi "memastikan negara mendapat manfaat sepenuhnya dari perbelanjaan besar projek infrastruktut yang dijalankan.



Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment