"tukanglawan" |
- Gempar !!! , Video BuKTI BN Beli Undi Di Sabah.
- Najib, Bila Nak Debat Ni, Takut Cakap Takut.
- Barangan Peribadi Dilelong Kutip Dana Tawan Putrajaya.
- Jom Jawab Kertas Soalan Ni. Tapi soalannya Salah pulak.
- Sila Baca Ini, Adun DI Sabah Rakyat Songsang?
- Panglima Buntal Insaf, Jumpa Hassan Ali Mintak Nasihat.
- Pro -A, Anak Didikan Umno Yang Ganas.
- Koleksi Gambar Kemalangan Ngeri Di MITC Melaka
- Kenapa BN Perlu Ditumbangkan Sekarang?
Gempar !!! , Video BuKTI BN Beli Undi Di Sabah. Posted: 26 Sep 2012 10:20 AM PDT Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat membuang undi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran RM200 telah tersebar luas. Bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) beberapa hari yang lalu dikatakan telah menawarkan imbuhan kepada sesiapa sahaja (kecuali kaum Tiong Hua) yang menukar tempat mengundi ke kawasan Dun Api-Api. Kegiatan yang mencurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawa pengurusan kroni seorang Timbalan menteri kabinet negeri. Video pendedahan dibawah... sila sebarkan. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Najib, Bila Nak Debat Ni, Takut Cakap Takut. Posted: 26 Sep 2012 01:24 AM PDT Hasrat mahasiswa untuk menyaksikan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak wajar dihormati dan dipenuhi, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Katanya, debat adalah sebaik-baik tradisi dalam negara demokrasi kerana pemimpin boleh bertukar pandangan dalam usaha menyuburkan sistem itu. "Mahasiswa merupakan golongan yang telah dididik dengan pelbagai kemahiran dan cara berfikir yang lebih tinggi, justeru mereka memilih medan intelektual untuk berlawan, bukan dengan politik ganas," jelas Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi. Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu debat antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan, Manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti. Selain itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012. Hasil kajian turut menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding kajian yang dibuat pada awal tahun ini. Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat. Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas. Namun, hingga kini, Najib terus mengelak. "Golongan muda mahu pemimpin mereka berdebat, tetapi pemimpin pula menolak dengan pelbagai alasan dangkal dan remeh, malulah…," kata Muhammad Nur sinis. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Barangan Peribadi Dilelong Kutip Dana Tawan Putrajaya. Posted: 25 Sep 2012 11:38 PM PDT Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium Melawati Shah Alam, Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Beberapa pemimpin Pakatan akan melelong barang-barang eksklusif mereka untuk disumbangkan bagi penyelidikan, material kempen, video projek dan beberapa bengkel untuk PRU-13," katanya. Hatta yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata, sebanyak 255 meja disediakan dan satu meja dikhaskan untuk 10 orang tetamu. Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan Rakyat menganjurkan majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana sebagai persediaan menghadapi pilihan raya. Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen pada majlis yang bermula jam 8.00 malam itu nanti. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Jom Jawab Kertas Soalan Ni. Tapi soalannya Salah pulak. Posted: 25 Sep 2012 11:34 PM PDT Zaman "tukanglawan" belajar dulu, tak ada pulak soalan macam nei, kalau ada pun dalam buku sejarah bodek-bodek umno tu biasa lah, Tapi ni bukan bodek biasa-biasa nei, ni bodek luar biasa.. kah..kah..kah, Burukkan kerajaan tak boleh, tapi burukkan pembangkang, kalau boleh budak tadika pun diorang nak ajar. Mintak sesiapa yang buat kertas soalan nei semak balik, sebab kertas soalan nei salah, perhimpunan 28 April haritu tidak haram... Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Sila Baca Ini, Adun DI Sabah Rakyat Songsang? Posted: 25 Sep 2012 11:37 PM PDT BAK kata pepatah, diberikan betis, hendakkan peha. Tetapi Warga Asing Indonesia yang mendapat peluang keluar-masuk dari Nunukan ke Tawau setiap hari, bukan sahaja mahukan peha; tetapi yang berada 'dicelah peha'. Kerakyatan songsang yang dimiliki oleh ADUN Sebatik, Abdul Muis Picho bukan rahsia lagi kepada rakyat perbatasan; terutama Anak Jati Sabah seperti Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Hamid Hassan yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pemimpin Sabah. Jika daripada seorang Warga Asing Indonesia yang pernah mendapat Taraf Penduduk Tetap, Abdul Muis kembali menjadi PATI setelah mengembalikan PR semata-mata untuk mengeluarkan wang KWSP; datang lagi sebagai PATI, mendapat IC Projek dan boleh terlepas tapisan keselamatan dan kini boleh menjadi Wakil Rakyat di Sabah; apakah ada halangan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah kerana beliau juga memiliki MyKad Malaysia? Oleh itu tidak hairan jika ramai Warga Indonesia yang selama ini menggunakan Pas Lintas Batas (PALIBA) kini sudah menjadi Warga Mi Segera; ehsan Kerajaan Berjaya dan UMNO; berbangga dengan 'Nyawa' (IC Projek) mereka yang dikurniakan 'Kerajaan Persekutuan' sehingga terlupa bahawa perbuatan mereka adalah subversif dan boleh dihukum pancung 'Tanpa Bicara!' Salah satu daripada lebih 800,000 contoh orang yang menggunakan PALIBA sebelum ini telah menjadi 'Warga Dua Negara' kerana bebas keluar masuk untuk menghirup udara segar Malaysia dan membuang najis di sempadan negara melalui kegiatan haram termasuk penyeludupan, pelacuran dan kesalahan imigresen ialah Syarifah Laila Bt. S.Alwi. Majoriti penduduk Kampung Pasir Putih, Tawau kenal siapa dan dari mana Syaripa Laila @ Syarifah Bt S Alwi ini berasal. Memang agak ganjil kerana lazimnya nama Syarifah ialah Kaum Suluk segangkan Syaripa berketurunan Bugis. Sama ada beliau mendapat kad pengenalan biru 'Ready Made' atau memang miliknya, sukar untuk dipastikan tetapi memang sah beliau adalah PATI Bugis yang sebelum ini menggunakan PALIBA. Saripah Laila mendapat Pas Lintas Batas bernombor W029905 pada 6 Januari 1978 bagi tempoh setahun sehingga 6 Januari 1979 dan direkodkan dibuku Daftar NNK/1C/118/78. Mengikut maklumat Pas Lintas Batas yang dikeluarkan Kerajaan Indonesia, Saripah dilahirkan di Nunukan pada 1956 menggunakan Kartu Penduduk Indonesia 3510/KND/76. Pas Lintas Batas adalah Pas Melawat iaitu kebenaran masuk ke Malaysia di Tawau untuk melawat daerah Tawau Sahaja dalam negeri Sabah dalam jangka masa tidak lebih dari satu bulan berdasarkan Perjanjian Sempadan Dengan Indonesia. Tidak sah bagi memohon pekerjaan dan tidak boleh disambung. Saripah telah mendapat kad pengenalan biru di era Kerajaan Berjaya tetapi semuanya palsu sehinggalah pada 1991 memperoleh Kad Pengenalan Biru bernombor H0498485 melalui Projek Gembleng; X-Files merekrut Warga Asing sebagai Warga Negara, Ahli UMNO dan Pemilih Berdaftar. Ramai rakan Saripah turut sama mendapat kad pengenalan projek berkenaan tetapi mereka tidak berjaya disebabkan Jabatan Pendaftaran menarik balik kad pengenalan lama bersiri H0492001 hingga H0494500; tidak termasuk yang dimiliki Saripah. Dengan kad pengenalan projek H0498485, Saripah telah menukar namanya kepada Syarifah Laila Binti S Alwi setelah mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar bagi DUN Apas (Tinagat) dan akhirnya mendapat MyKad 550403-12-5446. Saripah Laila yang dilahirkan pada 1956 di Nunukan telah wujud semula sebagai Syarifah Binti S Alwi di Tawau pada 03 April 1955 di Batu 8, Jalan Apas, Tawau. Sebagai Warganegara Indonesia yang hidup mewah setelah mendapat Warganegara Segera Malaysia, Saripah kini duduk dan berdiri lebih tinggi daripada Anak Jati Sabah yang tembuninya ditanam di hadapan rumah Datuk Abu Bakar Titingan. Jika Jawatankuasa RCI Sabah ingin mendapatkan bukti nyata, jejak bertapak tersedia di Jabatan Imigresen Tawau dan Pejabat Konsulat Indonesia Tawau dan mungkin jika diperlukan mengesan mereka, seramai 500,000 orang lagi yang menggunakan modus operandi yang sama masih boleh dikesan dengan mudah. Jangan terkejut jika dilontarkan sebiji kacang kepada 10 orang Warganegara Malaysia di Tawau, sudah pasti terkena 30 batang hidung Warga Indonesia yang mendapat MyKad projek. Wallahualam! Artikel diatas adalah tulisan MUTALIB M.D AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Panglima Buntal Insaf, Jumpa Hassan Ali Mintak Nasihat. Posted: 25 Sep 2012 11:35 PM PDT Mari kita bersangka baik, jom tengok dulu gambar dekat bawah nei. Khabarnya panglima buntal dah insaf sekarang, ye la, dengar khabar dah kawin dah pun, atas kesedaran mahu berubah dia jumpa hassan ali, untuk perkukuhkan akidahnya. betul ke.. kah..kah..kah. Ye, la, dah jadi suami orang nei jangan la buat ganas, pukul sana sini, takut nanti pulak sebab terbiasa habis isteri kene sepak terajang pulak, elok jugak la tu jumpa hasan ali nei, mintak cikit nasihat. Tapi sebagai panglima buntal itu semua kurang penting, yang penting pegi rumah hassan ali sebab boleh makan. kah..kah..kah Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Pro -A, Anak Didikan Umno Yang Ganas. Posted: 25 Sep 2012 07:42 PM PDT Banyak pihak meramalkan kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) akan memenangi Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini menjadi punca ketakutan pihak lawan menyebabkan pengerusinya diserang sekumpulan samseng. Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulikifli berkata, Pro-Aspirasi (Pro-A) yang ditaja Umno jelas berasa takut dan terdesak sehingga terpaksa bertindak di luar batas. "Pro-A adalah bukti kumpulan Umno yang ada dalam kampus. Mereka amalkan politik ganas bila rasa tergugat, itu semua hasil didikan Umno," katanya ketika dihubungi. "Pro-A yang cenderung kepada Umno bukan saja ditaja dari segi wang ringgit, malah sistem pentadbiran universiti turut disabotaj. Jadi bayangkan, jika PRK pun mereka nak tipu apatah lagi pilihan raya umum?" kata Saifullah lagi. Timbalannya, Mohd Affandi Abdul Malik mewakili biro mahasiswa mengutuk serangan tersebut dan menolak sebarang bentuk budaya samseng. "PRK sepatutnya menjadi medan intelektual untuk mahasiswa mempraktikkan amalan demokrasi, bukan amalkan pendekatan budaya ganas," kata Affandi. "Kita juga mendesak agar polis siasat segera sama ada serangan ini didalangi orang luar kerana kita percaya politik samseng bukan amalan biasa politik mahasiswa di kampus," katanya. Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Edikoup Lakip Sediyanto diserang pagi tadi oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali berhampiran kediaman sewa beliau di Petaling Jaya. Menurut Edikoup, motosikal yang dipandunya pada jam 4 pagi tadi di Seksyen 17 itu dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang. Beliau mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Insiden ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pilihan raya kampus yang sedang berlangsung hari ini. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Koleksi Gambar Kemalangan Ngeri Di MITC Melaka Posted: 25 Sep 2012 06:18 PM PDT Dalam kejadian jam 3.20 petang yang melibatkan lori, kereta dan motosikal. Seorang pemandu lori dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), di Ayer Keroh. Pemandu lori membawa muatan dedak, R Chandran, 46, dan penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukudan, 62, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. Mayat Chandran tersepit dalam lori dipandunya yang remuk dan dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat tiga jam selepas kejadian manakala mayat Mukeudan tertimbus pasir di bawah sebuah lori lain. Difahamkan, lori membawa muatan dedak dipandu Chandran dari arah Jasin ke Alor Gajah terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain membabitkan empat motosikal, tiga kereta iaitu masing-masing Perodua Kancil, Honda City, Proton Iswara dan lori muatan pasir serta lori tanpa muatan. Selain dua mangsa yang maut, tiga lagi mangsa masing-masing dua penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta cedera. Sedikit gambar Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kenapa BN Perlu Ditumbangkan Sekarang? Posted: 25 Sep 2012 04:59 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak 1988 hingga 2011, belanjawan negara mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 2.89 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Anwar dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai menyatakan, rekod positif dicatat hanya pada tahun 1997, iaitu pada kadar 2.4 peratus. "Gambaran ini membimbangkan. Profil kredit meningkat. Amaran ini harus diambil secara serius. Kalau kita lihat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), unjuran tahun demi tahun tidak sampai sasaran," katanya. Anwar turut merujuk amaran perunding kewangan antarabangsa, Standard & Poor agar Malaysia menurunkan kadar kredit. "Kewangan awam negara rendah secara relatif kepada persekitaran yang pelbagai. Malaysia kini setanding atau lebih tinggi kadar hutang seperti krisis yang melanda Itali," kata Anwar memetik Fitch Ratings. Credit Suisse pula menyatakan sasaran Malaysia tidak tercapai. World Economic Forum menyatakan imbangan belanja kerajaan jatuh ke tangga 96 dari 110 (negara). Sebagai perbandingan, semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998. "Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun". Jadi, apakah kita masih mahu beri BN satu lagi peluang, kerana dalam keadaan ekonomi dalam negara yang semakin teruk sekarang, kita perlukan seseorang yang mampu mengawal dan mentadbir kewangan dengan bijak, bukan seorang yang bijak menghabiskan duit negara. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment