Liang Lahad....

Liang Lahad....


GAYA NAJIB MENARI MACAM DUGUNG PUN ADA,MACAM MR BEAN PUN ADA JUGAK.

Posted: 10 Sep 2012 05:59 AM PDT


Aku sebenarnya malas ler nak buat post Najib berjoget ni..
tapi disebabkan lenggok kaki perut dia tu...
memang kelakar...

Jadi tak dapat aku nak elakkan dari buat post pasal tarian dugung ni...

Kalau sesekali tengok macam lelaki terencat akal pun ada cara Najib ni berjoget...

Masing-masing seolah-olah membawa "kantung oksigen" kat depan pusat
dorang...
kah..kah..kah..

Korang enjoy ler dengan video ni....
ini lah tarian akhir PM kita sebelum menjadi rakyat biasa....

Tapi yang pastinya...
Rosmah dilihat sangat berkuasa...

UNISEL - AMK CABAR NOH OMAR DEDAH REKOD PERJANJIAN 30 TAHUN DENGAN JANA NIAGA

Posted: 10 Sep 2012 12:41 AM PDT


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini melihat tindakan Noh Omar mengkritik kerugian yang kononnya dialami oleh Universiti Selangor seperti mendedahkan kelemahan pentadbiran lama Barisan Nasional di Selangor sebelum tahun 2008


Ini adalah kerana Kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM 15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut.  Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel , Kerajaan Negeri terdahulu (Umno-BN) tidak

memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut


Sebagai Menteri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar perlu tahu bahawa Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.

Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama, RM 200 juta.



UNISEL RUGI AKIBAT PERJANJIAN MENGUNTUNGKAN KRONI UMNO


AMK Selangor berpendapat Noh Omar sepatutnya berani memdedahkan rekod Unisel yang membuat perjanjian dengan Jana Niaga selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 iaitu semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional, sehingga mengakibatkan Unisel berhutang RM 15 juta dengan JNSB.


AMK Selangor percaya Noh Omar sendiri tahu kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional telah meluluskan keseluruhan bangunan Universiti Selangor (Unisel) tanpa memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) dan tindakan itu bakal mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan Unisel sendiri.


Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat dari amalan kronisma Umno , Unisel sedang  dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan Menteri Besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing.


Justeru pendedahan Noh Omar adalah umpama percubaan nakal untuk menganggu kelancaran pentadbiran kerajaan Negeri Selangor, sedangkan beliau tahu semua kerugian ini dilakukan semasa pentadbiran Datuk
Seri Dr Khir Toyo.

AMK Selangor mengajak rakyat untuk memandang mudah pendedahan Noh Omar ini kerana beliau sendiri tidak mempunyai kemahiran yang dapat dibanggakan dalam urusan perniagaan dan patut merasa malu kerana Kerajaan Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keuntungan dengan mengambil keputusan untuk tidak memperdagangkan pendidikan seperti mana yang Umno lakukan.

 

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor

Naib Ketua AMK Pusat

No comments:

Post a Comment