Nota Kecil |
- Ayah Pin, Nik Aziz sama - Che Det
- Debat: Muhyiddin Yassin ganti Najib Razak
- Bayan Baru pun tak dirampas, logikkah DAP nak tanding 90 kerusi?
- Bukti BN dalang projek lereng bukit P.Pinang
- Kebajikan pelajar OKU UPSR perlu perhatian Muhyiddin
- Guan Eng minta Umno tak ambil 39 ekar tanah Melayu, 59 ekar tanah Cina untuk bina universiti
- UPM anjur debat macam lomoq taik atas kepala Najib Razak
- Anwar Ibrahim calon PM tak bermoral jika terus cabar Najib berdebat
- Abby Abadi bantah ISA, bakar gambar Najib Razak, Hishammudin?
Ayah Pin, Nik Aziz sama - Che Det Posted: 09 Jul 2012 05:29 AM PDT "Kenapa Nik Aziz niii orang Kelantan hormat sangat," mungkin itu yang berbenak dalam jiwa orang nombot kosong dalam Umno. Maka, Nik Aziz cuba disamakan dengan Ayah Pin secara tidak langsung dalam blog bekas perdana menteri itu. [Anak Sungai Derhaka] Ada orang kata, Dr Mahathir sudah tidak dihormati dalam Umno lagi. Orang Umno kata, Rosmah Mansor lebih dihormati. Rosmah sangat dihormati sampai Najib terpaksa pujuk dalam isu close tender MRT Ampang. Nak bagi pada Cina tempatan ka atau Cina Korea yang Rosmah nak? Dulu, semua close tender 'dedi kasi'. Sekarang lain... Nantikan pendedahannya... | ||
Debat: Muhyiddin Yassin ganti Najib Razak Posted: 09 Jul 2012 04:51 AM PDT
Patutlah nampak lain macam aja kicauan dan contengan di alam maya sejak berakhirnya Debat 2.0: Debat 2.0 DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Memberi Manfaat Kepada Negara? semalam. Geng Farid Ridhwan kata, Najib Razak bukan takut debat. Dr Mahathir yang tak bagi debat dengan Anwar Ibrahim. Maka, Anwar Ibrahim calon PM tak bermoral jika terus cabar Najib berdebat. Kalau Najib Razak malu nak berdebat, tak salah Muhyidin nak ganti boss dia. Lambat laung Muhyiddin pun akan jadi PM. Faqar: Jom kita #MuhyiddinGantiNajibDebat di Twitter. | ||
Bayan Baru pun tak dirampas, logikkah DAP nak tanding 90 kerusi? Posted: 09 Jul 2012 04:24 AM PDT DAP sampai sekarang tak mintak-mintak kerusi Parlimen Bayan Baru sebab menghormati kerusi tradisi PKR itu. Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) acap kali minta calon DAP Melayu tanding dikerusi yang masih disandang oleh Zahrain Mohamed Hashim (Bebas) itu. "Atas dasar semangat setiakawan maka semasa pilihan raya yang lepas, tsunami tahun 2008 lalu PKR telah diberikan laluan.Umumnya, DAP sasar menang di semua kerusi yang ditandingi, iaitu 45 kerusi pada PRU13. (tak termasuk kerusi di Borneo) DAP bersama PAS dan PKR secara umum bersetuju bahawa status quo semua kerusi yang ditandingi pada PRU12 lepas dikekalkan. Kalau kerusi Bayan Baru pun tak mampu nak rampas dari PKR, logikkah DAP nak tanding lengkapkan bilangan 90 kerusi yang sudah pasti membabitkan kerusi tradisi PAS dan PKR? Faqar: Umno kalau nak laga DAP dengan PAS dan PKR pun, biaq logik? Contoh "DAP nak rebut kerusi Bayan Baru dari PKR." | ||
Bukti BN dalang projek lereng bukit P.Pinang Posted: 09 Jul 2012 03:36 AM PDT Kolumnis Joceline Tan pernah melaporkan "dying hills" di Pulau Pinang melalui The Star. Utusan kata, Guan Eng tak ikhlas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan terlalu mementingkan keuntungan dan tak kisah amarah rakyat. Pentadbiran Guan Eng digambarkan sanggup meluluskan semua projek pembangunan di lereng bukit berketinggian atas 250 kaki yang berbahaya serta mencemarkan keindahan alam. Sebenarnya, Guan Eng jemput Datuk Seri Wong Chun Wai untuk pergi menyaksikan sendiri Bukit Bendera sama ada "dying hills" tetapi Ketua Kumpulan Pengarang The Star itu elak dan tak berani sertai ekspedisi itu. "Saya ingin menjemput Datuk Seri Wong Chun Wai untuk bersama-sama mendaki Penang Hill atau merentasi laluan bukit bagi menyaksikan sendiri kawasan tanah tinggi yang didakwa 'bukit menangis' melalui The Star," ujar Guan Eng selepas melawat kawasan berkenaan, iaitu Stesen 3, Penang Hill. Rekod Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendedahkan, kesemua 37 projek yang dipertikai itu diluluskan oleh Barisan Nasional semasa menjadi Kerajaan Negeri, iaitu sebelum Mac 2008. Yang DiPertua MPPP, Ar. Patahiyah Ismail kata, 19 kelulusan yang diberikan selepas Mac 2008 pun sebenarnya adalah projek khas lama yang diluluskan oleh Barisan Nasional semasa menjadi Kerajaan Negeri. Jika mahu menghentikan semua projek ini secara drastik, Kerajaan Negeri "memerlukan pampasan beratus juta hatta berbilion ringgit yang akan memufliskan negeri ini" untuk menghadapi risiko saman daripada pemaju berwajib, kata Guan Eng. Faqar: "BN nak cover line lah tuh..." | ||
Kebajikan pelajar OKU UPSR perlu perhatian Muhyiddin Posted: 08 Jul 2012 11:34 PM PDT Mereka mendakwa, masalah kebajikan anak-anak mereka telah pun beberapa kali dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ini, namun tidak mendapat reaksi positif. Kapsyen: Ernest Teoh antara pelajar OKU yang menerima cek sumbangan RM600 daripada Ketua Menteri. "Apa yang pelajar lain boleh buat, mereka ini pun boleh buat cuma mereka ini seakan dipinggirkan kalau tiada keprihatian daripada kita. "Biasanya kementerian akan tujukan semua masalah ini kepada kita tetapi tujuan ini adalah tidak adil," kata Alvin Teoh, 41, waris kepada Ernest Teoh, 11 di Kompleks Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini baru-baru ini. Kira-kira 10 pelajar OKU, tidak termasuk waris mereka masing-masing hadir pada majlis interaksi dengan Guan Eng. Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Ir. Rozali Mohamud (Setiausaha MPSP). Difahamkan, 50 minit diberikan kepada pelajar normal bagi menjawab kertas peperiksaan Matematik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakala, pelajar OKU pula diberi masa tambahan 30 minit lagi, menjadi satu jam 20 minit bagi kertas peperiksaan yang sama. Pun begitu, Alvin berkata, masa tambahan itu tidak cukup untuk pelajar OKU memahami rajah pada kertas peperiksaan yang menggunakan tulisan Braille. Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, kementerian yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya peka pada masalah pelajar OKU sungguhpun populasi golongan istimewa ini sangat minoriti di tanah air ini. "Kita harap mereka (kementerian) boleh faham. Saya rasa tidak ada orang yang menentang jika tambah 30 minit lagi. "Saya rasa permintaan ini adalah wajar atas peri kemanusian," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan. Dalam perkembangan yang sama, Guan Eng turut mengumumkan sumbangan RM600 demi menyemarak semangat belajar di kalangan pelajar OKU berkenaan.-END | ||
Guan Eng minta Umno tak ambil 39 ekar tanah Melayu, 59 ekar tanah Cina untuk bina universiti Posted: 08 Jul 2012 10:43 PM PDT P.Pinang rayu pusat bina AWLU selain di Kg. Genting Balik Pulau KETUA Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini meminta kerajaan pusat menimbang semula tapak seluas 100 ekar yang lain dari tapak Asian Women Leadership Universiti (AWLU) sekarang di Kampung Genting demi kepentingan rakyat. Permintaan itu sekaligus menolak taktik kotor Umno khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dengan meniupkan api perkauman demi menggagalkan inisiatif pendidikan kerajaan pusat yang disokong oleh Kerajaan Negeri. "Macam mana boleh gunakan isu perkauman (apa)bila 59 ekar tanah dimiliki oleh bukan Melayu berbanding dengan 39 ekar tanah dimiliki oleh orang Melayu," soal beliau di Komtar, George Town. Tambah beliau, kerajaan pusat berhasrat mengambil tanah tersebut bukan atas tujuan swasta seperti meraih keuntungan besar, tetapi untuk tujuan awam, iaitu membina universiti yang dijangka akan lebih terkenal berbanding Universiti Sains Malaysia (USM) kelak. 5 Julai lepas, Guan Eng mendedahkan surat hitam putih daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Seri Idris Jala yang menjelaskan hasrat pusat untuk membina AWLU. Pendedahan itu selepas Mohamad Farid serta sekumpulan ahli Umno melancarkan demontrasi di Balik Pulau sebagai membantah pentadbiran Guan Eng yang kononnya merampas tanah-tanah Melayu di Kampung Genting. Walhal, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, dilaporkan, telahpun meluluskan projek AWLU itu ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan. Melalui Projek Permulaan (EPP) itu, kerajaan pusat menjangkakan pelaburan sebanyak RM492 juta dengan menambah impak keluaran negara kasar sebanyak RM74.42 juta menjelang tahun 2020. Justeru, Muhamad Farid dicabar meninggalkan arena politik sekiranya beliau benar-benar ikhlas mempertahankan kepentingan Melayu di tanah berkenaan. "Saya sangat kesal, semasa Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, Mohamad Farid sedia menggadaikan masa depan anak-anak warga Balik Pulau dan Pulau Pinang demi servival politiknya. "Adakah Muhamad Farid Saad berani letak jawatan daripada Umno dan BN untuk membuktikan beliau benar-benar ikhlas menentang projek AWLU yang diluluskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin," soal Guan Eng lagi. -END | ||
UPM anjur debat macam lomoq taik atas kepala Najib Razak Posted: 08 Jul 2012 01:59 PM PDT Tak patut UPM anjur debat perpaduan. [MiloSuam] Anjuran itu macam meludah atau lomoq taik atas muka kepala Najib Razak sebab perdana menteri kita kata, "debat bukan budaya kita". [Malaysiakini] Anwar pun satu, buat apa cabar berkali-kali Najib Razak untuk berdebat. [SinarHarian] Cabarlah pemimpin Umno yang lebih berani seperti Muhyiddin Yassin sebab Najib Razak khabarnya menerima arahan Dr Mahathir supaya tidak berdebat dengan Anwar Ibrahim. Barisan Nasional bertuah kerana ada pemimpin berani seperti Muhyiddin Yassin. Chua Soi Lek lagi berani sebab dua kali dah berdebat dengan Guan Eng. Najib Razak? Kena tanya penganjur debat perpaduan anjuran UPM. | ||
Anwar Ibrahim calon PM tak bermoral jika terus cabar Najib berdebat Posted: 08 Jul 2012 01:40 PM PDT Najib Razak kata, Anwar Ibrahim kalau nak jadi perdana menteri, mesti bermoral. Anwar Ibrahim dinasihat sedemikian untuk menutup kelemahan kelemahan moral Najib sendiri, iaitu tidak berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Semalam, Lim Guan Eng buat kali kedua bersemuka dengan Chua Soi Lek di pentas debat mengenai Debat 2.0 DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Memberi Manfaat Kepada Negara? Guan Eng sekali lagi mengulangi bahawa rakyat Malaysia sebenarnya menantikan debat terbuka antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim, bukan dirinya dan Soi Lek. Justeru beliau memuji Soi Lek kerana lebih berani berbanding Najib Razak dalam mempertahankan kezaliman serta rasuah Barisan Nasional dari terus ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Sebenarnya Najib Razak bukan tidak berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Tetapi, Dr Mahathir Mohamed sebenarnya tidak mengizinkan perdana menteri itu untuk berdebat dengan ketua pembangkang. Tentu ada sebab Najib Razak yang merupakan orang no.1 Umno diarahkan sedemikian oleh orang no. kosong dalam Umno. | ||
Abby Abadi bantah ISA, bakar gambar Najib Razak, Hishammudin? Posted: 08 Jul 2012 01:09 PM PDT LiHAT gambar di atas. Kem Kemunting menyaksikan gambar Najib Razak & Hishammudin Tun Hussein dibakar gara-gara sikap acuh tidak acuh dua pemimpin Umno itu terhadap mogok lapar 45 tahanan ISA. Kejadian itu berlaku di pintu masuk kem semasa protes Gerakan Mansukan ISA dilancarkan, lapor Anak Sungai Derhaka. Najib Razak sebelum ini kata ISA dimansuhkan. Tapi, 45 tahanan tanpa bicara masih dibelenggu di kem ala Zionis itu lagi. Di mana Janji Ditepati yang diselokakan oleh Najib Razak? Hishamuddin? Twitternya baru-baru ini cukup membuktikan bahawa anak bekas perdana menteri ketiga itu bangsat. Janji Ditepati diselokakan demi menutup wajah kezaliman sebenar Umno sempena PRU13 nanti. Selute kepada selebriti drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi sebab sertai perhimpunan aman itu! |
You are subscribed to email updates from faqar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment