"tukanglawan"

"tukanglawan"


Video Panas Kapal Selam Altantuya oleh Suaram.

Posted: 09 Jul 2012 03:32 PM PDT

Kita masih samar sebenarnya berkenaan isu kapal selam yang dibangkitkan oleh pakatan rakyat, rata-rata kita tidak pernah pun melihat kapal selam. apakah oleh kerana kita tidak pernah melihat kapal selam, perkara yang sebenarnya penting mahu kita abaikan begitu saja?

Jika sebelum ini, isu lembu menjadi perhatian masyarakat, sebenarnya isu berkaitan dengan kapal selam ini melibatkan penyalahguaan wang rakyat yang lebih besar dari wang dana yang disalurkan kepada NFC.

Kini mahkamah Perancis sedang membicarakan satu kes yang melibatkan beberapa individu dari negara ini yang antara lainnya ialah Najib Razak, Zahid Hamidi dan Razak Baginda dan sebuah syarikat dari negara itu sendiri berhubung pemberiaan dan penerimaan komisyen haram antara kedua-dua yang dituduh.

Selain itu, walupun kes yang dibicarakan bukanlah bertujuan mencari siapa yang membunuh altantuya, tetapi misteri pembunuhan altantuya akan terjawab bila selesainya perbicaraan ini nanti.

Seperti mana yang diberitahu oleh bapa Altantuya kedatanganya kemalaysia adalah bagi menuntut komisyen bernilai RM500,000.00 (lima ratus ribu ringgit) sehingga RM1,000,000.00 (sejuta ringgit) yang telah dijanjikan kepadanya dalam urusniaga pembelian kapal selam scorpean.

Selain itu, bapa Altantuya juga mengakui Altantuya pernah memberitahu kepada ayahnya dia ialah kekasih kepada Razak Baginda, seorang individu yang pernah dibicarakan atas tuduhan membunuh sebelum ini dan juga antara individu yang akan dikeluarkan sapina untuk dipanggil ke mahkamah perancis nanti.

Sila tonton video dibawah.








Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Video Ceramah Penuh Anwar Ibrahim Di Selayang 06072012

Posted: 09 Jul 2012 07:05 AM PDT


Buat rakan-rakan yang tidak berkesempatan mengikuti Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat pada 3 hari lepas, "tukanglawan" kongsikan untuk anda rakaman penuh Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari tersebut.



Anwar Ibrahim dalam Ceramah itu mengulas isu-isu semasa, mengulas apa yang dimahukan oleh rakyat dan sebagainya.

Sila ikuti Ceramah Perdana tersebut dibawah.

Anwar Ibrahim



Mat Sabu


Chegu Bard


YB William



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Siapa Menteri Yang Biadap tu?

Posted: 08 Jul 2012 10:25 PM PDT

Apa nak jadi dengan suku sakat umno ni, jelas la mereka ini hanya memijak-mijak rakyat jelata, apakah kita ni rakyat dianggap lekeh oleh sang pak menteri yang kaya raya dari hasil duit rakyat?

Sudahlah beberapa hari lalu Mashita menunjukkan kepada kita bahawa transformasi umno memang hebat, dari seorang ustazah biasa, mashitah kini sudah pandai melaram seperti artis hebat, ( baca artikel itu disini )

Kali ini seorang menteri yang dulu heboh bila dikaitkan dengan seorang artis lelaki ( cerita itu pertama kalinya keluar di blog umno), membuktikan betapa umno itu penuh retorik dan tidak mahu tunai apa yang dikatakan.

Seperti yang telah kita ketahui, najib sebelum ini berjanji mahu memansuhkan ISA, namun kita juga tahu sehingga hari ini seramai 45 orang tahanan masih belum dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, apa lagi dibebaskan, oleh itu bagi menuntut janji perdana menteri yang penakut itu, 45 orang tahanan ISA di kem Kemunting mengadakan mogok lapar.

Tindakan Hishammuddin ketika memberi reaksi terhadap seorang pengguna lain mengenai mogok lapar tahanan ISA, menteri dalam negeri itu memberi komen berikut

 'Pilihan mereka, lamb chops pilihan aku. "

Jelas membuktikan menteri ini tidak ada hati perut, sedikit tidak ada perasaan belas kasihan terhadap tahanan ISA dan menunjukkan pemimpin Umno itu tidak sentitif terhadap penderitaan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tahulah kita bahawa umno, perdana menteri yang penakut itu dan hishamuddin sendiri tidak bersungguh dalam menghapuskan akta ISA.

Mengecam perbuatan itu, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, berkata Menteri Dalam Negeri itu sebenarnya mengejek tahanan berkenaan.

"Kenyataan itu langsung tidak berperikemanusian dan tidak sensitif terhadap situasi tahanan dan ahli keluarga mereka, Inikah sikap menteri hingga tergamak membuat kenyataan yang tidak menunjukkan sikap keprihatinan seorang pemimpin," katanya pada satu kenyataan media.


"Jika kerajaan malaysia ada bukti kukuh mengenai kesalahan mereka, maka kerajaan seharusnya mendakwa mengikut undang-undang sedia ada.


"Jangan ulangi sikap biadap terhadap rakyat dan Srikandi KEADILAN mendesak agar semua tahanan ISA 45 dibebaskan segera," katanya lagi

Jadi, slogan "Rakyat didahulukan,pencapaiaan diutamakan" itu hanya retorik busuk umno, janji -janji tidak pernah ditepati berlawanan dengan slogan baru yang mereka sedang jaja menjelang PRU ini.

Umno dan sloganya "janji ditepati" nyata pembohongan bersiri.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Al-Fatihah, Seorang lagi Blogger PR Meninggal Dunia

Posted: 08 Jul 2012 08:33 PM PDT


Jika sebelum ini kita dikhabarkan berita duka kehilangan seorang blogger hebat iaitu Amir Diperbatasan yang meninggal dunia kerana sakit jantung yang ditanggungnya, ( baca sini ) hari ini sekali lagi kita kehilangan seorang blogger hebat PR.

Beliau ialah Blogger Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim atau lebih dikenali sebagai Blogger/ facebooker Tinta hijau di kaki bukit ( lawat blog beliau disini )


Beliau yang sedang mengerjakan umrah , dikhabarkan Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.



Nik Hazman Nik Hashim merupakan Blogger yang sangat hebat, menjadi idola "tukanglawan" dalam dijadikan inspirasi menulis blog,  malah blog beliau lah seingat "tukanglawan" antara blog paling diingati oleh tukanglawan, malah menjadi rujukan ketika belum lagi menulis blog.

Pemergian Arwahyarham merupakan satu kehilangan amat besar, secara peribadinya "tukanglawan" sudah hilang seorang penulis yang boleh dianggap "guru"Allah lebih menyayangi Beliau, Arwah meninggalkan kita semua ketika beliau sedang berada di bumi Ambia.
Al-fatihah buat sahabatku, buat guruku, Semoga tenang disana, perjuangan kamu akan kami teruskan.







Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

No comments:

Post a Comment