Pahang Daily Online |
- Panas: Amuk Di Putrajaya, Cubaan Utusan Dakwa Pasangan Mahu Guling Kerajaan Satu Provokasi !!
- Panas: Najib Mahu Ganti Adnan dengan JJ, Andai BN Terus Berkuasa Di Pahang Selepas PRU-13 Ini !
- SUKMA: Ramai Kecewa MPK Menggandakan Pesta Saman "Parking" Semasa Sukan Itu Berlangsung !
- Program Anwar Dan Iwan Di Pahang (9-10 Julai) !
- Panas: 'Janji Tidak Di Tepati', Penduduk Cameron Highlands Mahu Berkhemah Di Pejabat MB Esok !!
Panas: Amuk Di Putrajaya, Cubaan Utusan Dakwa Pasangan Mahu Guling Kerajaan Satu Provokasi !! Posted: 09 Jul 2012 03:50 AM PDT PUTRAJAYA, 9 Julai - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai. Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang. Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam. Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Apa yang memusykilakn kita ialah laporan Utusan Malaysia yang meendakwa kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. Maklumat ini seolah-olah mahu mengaitkan amukan ini adalah melibatkan ahli sebuah parti politik Islam di Malaysia. Soalnya, apakah benar pasangan terbabit adalah ahli parti itu atau ada usaha pihak tertentu mahu menjatuhkan maruah parti terbabit. Apa yang pasti Utusan Malaysia berniat jahat atas kenyataan itu. |
Panas: Najib Mahu Ganti Adnan dengan JJ, Andai BN Terus Berkuasa Di Pahang Selepas PRU-13 Ini ! Posted: 09 Jul 2012 01:04 AM PDT KUALA ROMPIN, 9 Julai - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), dinamakan sebagai calon teratas yang akan menjadi Menteri Besar Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, seandainya Barisan Nasionl masih berkuasa di negeri ini. Rata-rata penduduk yang ditemui di sini membicarakan persoalan itu, walau pun parlimen masih belum dibubarkan lagi. Menurut sumber, Ketua UMNO Bahagian Rompin itu merupakan calon "popular" yang menjadi pilihan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini. Memang ada nama-nama lain seperti Dato' Sharkar Shamsuddin, Dato' Tengku Zulkifli, Dato' Shafik Fauzan, Dato' Ir. Soffi Razak, Dato' Sheikh Fauzi dan lain-lainnya, namun Nama JJ dikatakan terkedepan kerana beliau dilihat yang paling bepotensi dan mendapat kepercayaan penuh Najib. Buktinya, ketika JJ berada di Amerika Syarikat untuk menjadi Duta Besar Malaysia ke sana Najib telah mengarahkan Setiausaha Politik beliau Suffian Awang (Exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Bahagian Kuantan) untuk menjadi "care taker" parlimen itu. Walau pun ada ramai pemimpin UMNO bahagian Rompin yang layak, namun Najib mengarahkan Suffian menjaga kawasan yang ditinggalkan oleh JJ itu. Malah, JJ dilihat telah berjaya memulihkan imej Najib di persada dunia melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tugasnya di Amerika itu. Soalnya, jika JJ diangkat sebagai Menteri Besar Pahang yang baru, bagaimanakah pula nasib Dato' Sri Adnan Yaakob sekarang?. Terdapat desas-desus Adnan akan bertanding di parlimen kali ini, walau pun tidak menjadi pada PRU yang lalu. Najib mahu Adnan berkhidmat di pusat dan JJ mengambil alih jawatan MB di negeri. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada pengaruh Adnan dalam menguasai istana. Jika berjaya maka dia akan kekal sebagai Menteri Besar, tapi jika sebaliknya maka bermakna berakhirlah empayar pemerintahan Dato' Sri Adnan Yaakob di negeri Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Jamaluddin Jarjis (JJ) kini menjadi orang harapan Najib untuk jadi MB Pahang Jika Adnan berjaya maka beliau akan terus kekal di negeri, jika tidak sudah pasti Najib akan meletakkan orangnya. Sementara itu, hangat diperkatakan JJ akan bertanding di kerusi DUN kali ini. Parlimen akan dilepaskan kepada bekas Timbalan Menteri Besar Pahang yang dipinggirkan oleh Adnan iaitu Dato' Hassan Ariffin. Harus diingat, walau pun dipinggirkan Hassan masih berpengaruh dan kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin. JJ akan bertanding di DUN Bukit Ibam menggantikan Dato' Safri Aziz (Exco Kerajaaan Pahang sekarang). Safri mungkin terpelanting kerana beliau naik atas ehsan Tun Abdulah Badawi (Pak Lah). Beliau dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan Pak Lah, lantaran itu nasibnya tidak menentu kali ini. Maznah Mazlan pula akan terus kekal di DUN Muadzam Shah dan bergelar Senator untuk penggal berikutnya. Berita ini sebenarnya sudah tersebar secara meluas ke seluruh Pahang, terutamanya di pihak UMNO BN sendiri. [Soalnya sekarang, apakah rakyat Pahang rela menerima JJ sebagai Menteri Besar yang baru sedangkan umum mengetahui pemimpin itu banyak terlibat dengan berbagai skandal dan masalah moral selama ini. Apakah Najib tergamak memilih pemimpin yang ada masalah seperti itu, sedangkan beliau dengan bangganya mengatakan pemimpin yang tidak bermoral tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia (ditujukan kepada Anwar Ibrahim). Kini segalanya terletak ditangan Sultan Pahang sama ada bersedia menerima perubahan pucuk pimpinan negeri atau mengekalkan yang sedia ada. Hanya kebijsanaan Sultan Pahang sahaja akan dapat meredakan kemelut yang melanda. Apapun, sepkulasi ini masih terlalu awal kerana Pahang juga berkemungkinan besar akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini. Ramalan dan congakan awal mengatakan lebih dari separuh kerusi DUN di bandar akan tumbang. BN hanya boleh bertahan di kerusi DUN yang pengundi majoritinya masyarakat peneroka Felda atau pun orang asli. Semuanya kini terletak ditangan rakyat Pahang]. |
SUKMA: Ramai Kecewa MPK Menggandakan Pesta Saman "Parking" Semasa Sukan Itu Berlangsung ! Posted: 09 Jul 2012 01:05 AM PDT KUANTAN, 9 Julai - Orang ramai mula merungut dan kecewa dengan tindakan drastik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terus mengadakan "Pesta Saman Parking" ketika berlangsungnya temasya Sukan Malaysia (SUKMA XV Pahang 2012) sekarang ini. Penguatkuasa MPK kini bekerja siang malam tanpa mengira hari cuti hujung minggu untuk mengadakan sumber pendapatan pihak terbabit menerusi saman parking. Tindakan ini jelas sekali tidak wajar memandangkan kebanjiran orang luar yang mahu memeriahkan SUKMA XV telah menyebabkan kawasan parkir awam di sekitar bandar ini semakin berkurangan. Makanya, banyak kenderaan terpaksa diletakkan di luar kotak parkir yang disediakan. Namun, penguatkuasa MPK nampaknya melihat itu sebagai peluang untuk mereka mengaut untung. Habis kenderaan awam disaman sesuka hati oleh mereka tanpa mengambil kira sekarang ini hari peristiwa besar (SUKMA XV) sedang berlangsung di sini. Paling mengejutkan, ada kenderaan yang disaman beberapa kali pada hari yang sama di hujung minggu baru-baru ini. Menurut seorang mangsa, dia tidak sangka MPK boleh bertindak sekejam itu. "Tidak pernah saya pergi ke mana-mana bandar di Malaysia, yang mengeluarkan saman berganda pada hari yang sama. Saya datang jauh dari utara untuk memberi sokongan kepada athlet-athlet sukan di sini, tapi setiap hari saya berhadapan dengan resit saman. Saya terpaksa membeli kopun untuk mengelakkan di saman. Namun terkadang, saya terlewat untuk menukar atau menambah kopun baru. Itu pun mereka saman walau pun sudah berkeping-keping kupon tertera pada dashboard kereta saya. Tidak bolehkah MPK bertimbang rasa sikit semasa SUKMA XV ini. Kenapa perlu menyiksa kami orang luar yang datang ke sini", katanya dengan nada marah. Beliau berharap, pihak berkuasa tempatan terbabit tidak mencari peluang untuk mengaut untung besar semasa Sukan Malaysia ini. "Tambah malang, di tepi padang MPK2 depan stadium mereka benarkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan di parkir awam. Akibatnya parkir tak cukup dan kami letak kereta dibahu-bahu jalan. Itu pun disaman oleh MPK. Untung sewa tapak parkir untuk expo mereka sapu, saman parking pun mereka kaut lagi. Memang zalim tindakan nii.", katanya lagi. Bukti, salah sebuah kenderaan yang telah jadi mangsa Pesta Saman MPK Pegawai Peguatkuasa MPK terus buat operasi walau pun pada hari minggu [Apa yang dipertikaikan bukanlah kuasa MPK untuk menyaman apabila pengguna jalanraya melakukan kesalahan di dalam kawasan mereka. Tapi, yang dipertikaikan ialah ketika hari peristiwa besar seperti SUKMA XV ini, maka sudah pastilah akan berlaku kekurangan kawasan parkir awam. Ribuan penyokong dan athlet yang datang dari seluruh negara menyebabkan kesesakan dan kekurangan itu berlaku. Sepatutnya MPK tidak mengambil kesempatan mengaut untung atas senario ini. Mereka yang izinkan penggunaan padang ditengah bandar untuk dijadikan vanue sukan dan expo jualan, kemudian mereka tekan rakyat dengan masalah lain pula. Bukankah MPK sudah mendapat untung besar hasil sewaan tapak berkenaan, maka sepatutnya mereka lebih bertimbangrasa dan berhati perut kepada orang ramai. Jangan gunakan kuasa untuk menekan dan menakutkan rakyat. Tindakan sombong dan angkuh sesetengah pegawai penguatkuasa menyebabkan MPK dibenci oleh rakyat. Maka itu, mereka harus lebih berhemah dalam menjalankan tanggungjawab itu sebenarnya]. |
Program Anwar Dan Iwan Di Pahang (9-10 Julai) ! Posted: 08 Jul 2012 10:32 PM PDT |
Panas: 'Janji Tidak Di Tepati', Penduduk Cameron Highlands Mahu Berkhemah Di Pejabat MB Esok !! Posted: 08 Jul 2012 11:25 PM PDT KUANTAN, 9 Julai - Para penduduk yang terutamanya masyarakat kaum India Cameron Hihglands (Green Cow, Kea Farm) yang kecewa akibat masalah mereka gagal diselesaikan akan berkhemah (Occuppy Mb Pahang's Office) di Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang dekat sini. Sebelum ini penduduk terbabit pernah berhasrat untuk berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Namun, akibat kerelaan Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob yang akhirnya bersedia menemui mereka selepas lebih dua tahun menunggu maka himpunan tersebut dibatalkan. Satu Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highland dengan beliau telah diadakan di Annexe Rest House pada 9 April lalu. Menurut wakil penduduk, Setiausaha PSM Cameron Highlands Suresh Kumar (foto) berkata MB Pahang telah bersetuju untuk bertemu dengan penduduk berkenaan dan berbincang mengenai masalah melibatkan tanah dan pertanian yang mereka hadapi. "Beliau berjanji untuk mengadakan lawatan ke lokasi yang dinyatakan pada 18 April bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan. Janji-janji telah dibuat kepada penduduk terbabit dan dengan bangga MB mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan cuba menyelesaikan isu itu dengan segera, Namun, apa yang berlaku selepas lebih tiga bulan berlalu segala janji hanya tinggal janji dan penduduk kini semakin dihimpit dengan masalah yang bertimpa-timpa. Maka itulah, kami terpaksa berkhemah di hadapan Pejabat MB Pahang bagi menuntut beliau menunaikan segala janji manisnya itu. Malah ia selaras dengan slogan PM sekarang ini agar janji ditepati", kata beliau. Penduduk berkenaan antara lainnya tidak berpuas hati kerana kerajaan negeri telah menolak permohonan lesen menduduki sementara untuk petani yang telah mengerjakan tanah untuk beberapa dekad. Kumpulan penduduk itu juga menuntut penyelesaian lebih baik untuk penempatan semula gerai di kawasan Kea Farm yang perlu dibangunkan semula. Kerajaan Negeri gagal bela penduduk yang teraniaya di Cameron Hihglands Kerja-kerja tanah telah dilakukan pemaju pada lereng bukit tanpa ada sekatan [Amat mengejutkan bila mana Menteri Besar Pahang gagal berbuat apa-apa atas masalah yang dihadapi oleh para penduduk Green Cow, Kea Farm di Cameron Highlands ini. Malah, beliau sepatutnya tidak berjanji untuk membantu jika tidak mampu berbuat demikian. Dalam pertemuan di Anexxe Resorts April lalu, seolah-olah isu ini sudah pun dapat diselesaikan. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Kini rakyat terus menanggung derita dan sengsara. Mereka tiada lagi tempat untuk mengadu maka terpaksalah mereka berkhemah di depan Pejabat MB di Wisma Sri Pahang untuk menyatakan hasrat agar isu mereka diberi perhatian. Nampaknya isu ini pasti dijadikan senjata untuk menghentam BN pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Justeru, MB perlu serius membantu mereka. Jika tidak sokongan pada BN pasti merudum PRU ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment