Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Posted: 29 Jun 2012 09:01 AM PDT



Al-Fatihah: Pelawak "Osman Kering" Meninggal Dunia Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Posted: 29 Jun 2012 09:20 AM PDT

PETALING JAYA, 29 Jun - Pelakon dan pelawak Osman Kering (foto),58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat. Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu. Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun. Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia."Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua," katanya. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini. Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama. Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu.


Kemalangan Akibat 'Jalan Berlubang' Dekat Felda Tembangau, Penduduk Tuntut Janji Wakil Rakyat

Posted: 29 Jun 2012 08:56 AM PDT

BERA, 30 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadil Osman (foto) digesa menunaikan segala janji-janji pilihanraya yang ditaburkan kepada warga Felda Tembangau pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Demikian ditegaskan oleh beberapa orang penduduk yang ditemui di lokasi kejadian kemalangan dekat sini petang semalam. "Saya masih ingat, YB terbabit pernah berjanji untuk memperbaiki stuktur jalan ke Felda Tembangau yang agak kurang memuaskan sejak sekian lama. Janji pada PRU-12 tahun 2008 lalu, tapi hingga sekarang masih tidak diselesaikan", kata peneroka Felda Tembangau Dua itu. Sebuah kenderaan dipercayai terlibat dalam kemalangan akibat cuba mengelak lubang di jalan ke Felda Tembangau. Mujurlah tiada kemalangan maut berlaku walau pun kenderaan tersebut dipercayai berpusing-pusing beberapa kali sebelum tersadai di tepi bahu jalan terbabit. Sememangnya sejak sekian lama jalan ke Felda Tembangau yang juga terletak dalam kawasan DUN Kemayan, Parlimen Bera yang diwakili oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob ini begitu daif sekali. Segala janji-janji manis untuk membaik pulih perhubungan dari Bandar Kerayong ke Felda Tembangau hingga kini masih belum diperbaiki. Akhirnya para penduduk di sekitar Tembangau terpaksa melalui jalan Sg.Lui di Negeri Sembilan sejauh lebih 50 kilometer untuk sampai ke kawasan mereka. Akibatnya, penduduk setempat menjadi Bahau sebagai destinasi membeli belah dan pusat kegiatan harian mereka. Lebih malang lagi, apabila anak-anak mereka juga ramai yang didaftarkan di Negeri Sembilan sedangkan mereka dilahirkan di Pahang. Akibatnya berlaku kesukaran bagi anak-anak mereka mendapatkan berbagai kemudahan sebagai rakyat Pahang termasuk biasiswa Yayasan Pahang bagi melanjutkan pelajaran. Masalah yang mereka hadapi sejak bertahun-tahun lamanya gagal diberi perhatian oleh wakil rakyat BN termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan itu. Janji sekadar tinggal janji dan hingga kini masih gagal untuk ditepati sebenarnya.


Sebuah kenderaan kemalangan akibat jalan berlubang di Felda Tembangau


Nik Amar: PAS Tolak Khabar Angin Konon Nik Aziz Tanding Parlimen, Beliau Kekal Di DUN Chempaka

Posted: 29 Jun 2012 01:39 AM PDT

KOTA BHARU 29 Jun - PAS menolak khabar angin bahawa Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi Parlimen seterusnya mewariskan kerusi Menteri Besar kepada muka baru. Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai karut, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (foto) berkata, ia juga hanyalah spekulasi liar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, kepimpinan parti peringkat negeri dan Pusat sepakat putuskan Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka seterusnya mengepalai pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. "Cerita-cerita itu tidak ada asas langsung, kita sudah buat keputusan Tuan Guru (Nik Aziz) akan kekal bertanding, memimpin parti dan kerajaan negeri, itu keputusan parti peringkat negeri dan Pusat, sangat-sangat jelas," katanya. Beliau berkata demikian selepas kuliah pagi di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri, di sini hari ini.


Panas: "Ambiga" Di Temui Mati Rentung Akibat Di Bakar Depan Rumahnya Di "Ampang" Malam Tadi!

Posted: 29 Jun 2012 01:24 AM PDT

Belum pun reda isu anggota Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz membuat kenyataan supaya pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga digantung kerana menderhaka kerana menjadi penganjur himpunan tersebut, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita "Ambiga" dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang malam tadi. Apapun, Ambiga yang dimaksudkan itu bukanlah Datuk S.Ambiga tetapi orang lain yang mempunyai persamaan nama dengan Ambiga sebenarnya. Beliau yang merupakan seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi dalam pada itu berkata ketika kejadian mangsa baru pulang dari kerja di sebuah bank di Medan Pasar pada pukul 10.15 malam. Info


Ambiga digeruni, apabila berjaya himpun ratusan ribu rakyat di Bersih 3.0
[Pasti ramai yang terkejut dengan berita panas ini. Sememangnya ketika ia disiarkan dalam berita TV sebelum itu, begitu ramai yang menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian. Apapun, rupanya yang menjadi mangsa jenayah itu bukanlah Datuk S.Ambiga tetapi orang lain. Sementara itu Datuk Mohamad Aziz semalam juga telah menarik balik kenyataannya terhadap Penegrusi Bersih 3.0 itu. Beliau berbuat demikian selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memohonnya menarik balik kenyataan itu walaupun memutuskan kenyataan Mohamad itu bukan suatu kesalahan kerana ia hanya suatu persoalan dan tidak bersifat perkauman mahupun ugutan. Semoga Datuk S.Ambiga selamat serta tiada sebarang "insiden tidak diingini" hendaknya].


Ustazah Asni, Sham Kamikaze & Ustaz Don Daniyal Dalam Bual Bicara "Ombak Rindu" TNB Malam Ini

Posted: 29 Jun 2012 01:24 AM PDT



Pakatan TNB Kuala Lumpur dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Kuantan bakal menganjurkan satu program forum "Ombak Rindu" di Dataran Wisma TNB, Jalan Gambut, Kuantan, jam 8.45 malam ini. Program bual bicara itu akan menampilkan Ustazah Asni Abu Mansor, artis Sham Kamikaze dan pendakwah Ustaz Don Daniyal bersama moderator Ustaz Badlishah Alaudin. Semua di jemput hadir.


Lapan Hari Mogok Lapar, Apa Jaminan Menteri !!

Posted: 29 Jun 2012 12:17 AM PDT


No comments:

Post a Comment