"tukanglawan" |
- Pengarah Konsular Mongolia Kata Pengendalian Kes Altantuya Lembab
- Program Forum Oleh Akademi Pak Sako Malam Ini
- Bakal Besan Najib Ditangkap Polis?, Orang Jahat Rupanya.
Pengarah Konsular Mongolia Kata Pengendalian Kes Altantuya Lembab Posted: 28 Jun 2012 04:44 AM PDT Pengarah Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag berkata, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia, dan versi bahasa Inggeris itu didedahkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sidang medianya di Parlimen semalam. "Sejak pembunuhan Altantuya, pejabat konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan, Kementerian Kehakiman dan Dalam Negeri, badan bukan kerajaan dan keluarga (Altantuya) mengikuti perbicaraan. "Sejumlah dana diperuntukkan oleh kerajaan Mongolia, dan pegawai konsular kita di Thailand datang ke Malaysia kerana kes ini" "Malangnya, kita lihat pihak Malaysia sangat lembap (berhubung kes ini). Mereka tidak memaklumkan perjalanan kes ini (kepada kita)," katanya dipetik. Wawancara asal G Gankhuyag boleh dicapai di sini. Menurut wawancara itu lagi, sekumpulan wakil rasmi Mongolia akan hadir ke Malaysia untuk terus mengendalikan kes ini dan kerajaan Malaysia telah menyatakan kesediaan menerima mereka. Beliau juga menyatakan kerajaan Mongolia menawarkan perjanjian kerjasama antara agensi penguatkuasa undang-undang Mongolia dan Malaysia. Mengulas wawancara itu, Gwo Burne menggesa kerajaan Umno BN bertindak segera dan tidak lagi lembap untuk berkerjasama dengan wakil Mongolia agar hubungan kedua-dua negara bertambah baik. "Kerajaan juga perlu jelaskan bentuk kerjasama yang akan diberikan sistem kehakiman dan polis kepada wakil dari Mongolia nanti. "Kita harap kerjasama yang baik dan kesedaran tinggi rakyat berhubung kes ini akan dapat memberi keadilan kepada semua pihak," kata Gwo Burne lagi. Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak – ketua inspektor Azilah Hadri, dan koperal Sirul Azhar Umar. Mereka dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah pada April 2009. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Program Forum Oleh Akademi Pak Sako Malam Ini Posted: 28 Jun 2012 04:40 AM PDT Malam ini bertempat di Dewan Himpunan Cina, akan diadakan satu forum anjuran Akademi Pak Sako dengan tajuk "Artis Berpolitik, Sekadar Glamor Atau Prinsip" pada jam 8.30 malam. Antara Panelis pada malam ini adalah Saudara Zad Zaidi, iaitu presiden SENIMAN. Saudara Hasmi Hashim yang merupakan Penulis lirik lagu Awan Nano dan Aktivis PAS iaitu Saudara Hairie Othman yang sebelum ini dipertanggungjawabkan memegang watak Utama dalam filem "letfenan Adnan. Forum yang julungkalinya diadalan ini antara lainnya akan merungkai persolan mengapa artis sudah mula berani untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum, apakah hanya kerana mahu menjadi lebih glamor atau sememangnya mahu menyatakan prinsip perjuangan yang mereka fahami. Jadi buat anda yang berkesempatan, sila lah luangkan sedikit masa anda untuk turut serta dalam proogram forum pada Malam ini. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Bakal Besan Najib Ditangkap Polis?, Orang Jahat Rupanya. Posted: 28 Jun 2012 02:30 AM PDT Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian. Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan. "Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya," kata sumber itu kepada FMT. "Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun," kata sumber itu lagi. FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas. Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya. Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu. New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat. ( sila baca disini ) Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment