"tukanglawan" |
- Osman Kering Meninggal ?, Kini Sah
- Nurul Izzah Cabar Zahid Hamidi isu Kapal Selam
- Penghantar Pizza Langgar Tembok Berlin
- Khir Toyo Sah Tidak Mahu Wakili Umno
Osman Kering Meninggal ?, Kini Sah Posted: 29 Jun 2012 03:17 AM PDT Maaflah, "tukanglawan" agak kurang ikut cerita pasal artis-artis tempatan ni, kadang kala berita dah lama, baru la "tukanglawan" tahu, sehinggakan siapa itu "neolofa" pun "tukanglawan" tak berapa tahu. Bukan anti hiburan, cuma tak punya masa pun nak ikuti gosip-gosip dan berita panas artis malaysia. Dapat pulak berita tadi yang Osman Kering telah pun meninggal dunia, Benarkah Beliau telah meninggal dunia?, nak tulis berita ini pun kene hati-hati, sebab sebelum ini pun ade berita berkenaan kematian beliau, takut tersalah sampai pula nanti. Tetapi di laman facebook dan tweeter berita kematian beliau telah pun tersebar, antaranya dari laman tweeter presiden persatuan seniman sendiri dan bernamaradio24 juga melaporkan berita yang sama seperti screenshot dibawah Jadi kali ini sudah pastilah beliau telah pergi menemui penciptanya, kita ucapkan takziah buat keluarga arwahnya dan kita sedekahkan Al-fatihah buat Arwah yang sebelum ini dirawat kerana batuk kering. Al-fatihah Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Nurul Izzah Cabar Zahid Hamidi isu Kapal Selam Posted: 28 Jun 2012 07:38 PM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menjelaskan urusan pembelian kapal selam Scorpene jika terbukti ianya adalah usaha antara kerajaan Malaysia dan Perancis. Beliau mempersoalkan apakah rasionalnya menggunakan sebuah syarikat peribadi berbanding badan kerajaan lebih terbukti menjamin rahsia keselamatan negara. "Adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam Scorpene ini usaha antara kerajaan (Malaysia-Perancis)? "Jika benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti Perimekar Sdn Bhd untuk perkhidmatan dan koordinasi dan bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan negara akan terjamin? "Menteri turut wajib menyenarai apakah sebenarnya perkhidmatan-perkhidmatan yang dimaksudkan itu" tegasnya dalam satu kenyataan. Ia adalah respon terhadap jawapan Zahid semasa ucapan penangguhan Izzah di Dewan Rakyat Selasa lalu berhubung kehilangan dan penjualan dokumen rahsia pertahanan negara berkaitan pembelian Scorpene seperti didakwa Suaram di Bangkok baru-baru ini, yang juga berkait dengan inkuiri kehakiman di Perancis. Zahid menyatakan pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara, dan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis. Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN turut mempersoal kenyataan Zahid yang mengakui bahawa satu 'siasatan' isu dakwaan dokumen rahsia pertahanan dikeluarkan dari Malaysia. "Persoalannya, apakah ruang lingkup siasatan tersebut? Adakah pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara terlibat untuk mengelak konflik kepentingan tatkala dakwaan tersebut melibatkan Kementerian Pertahanan?" soal beliau. Beliau turut mencabar Zahid membuat bantahan jika dokumen-dokumen yang berada di tangan Mahkamah Perancis tidak benar. Malah beliau mendesak Menteri Pertahanan itu mengesahkan tahap keselamatan Scorpene dan tidak berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi. "Adakah Menteri mengakui bahawa dokumen-dokumen 'rasmi' yang dimaksudkan yang kini di tangan Mahkamah Perancis bukan 'rahsia kerajaan'? Sekiranya hal ini benar, adakah pihak kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan dokumen-dokumen palsu tersebut? "Adakah Menteri akan mengesahkan bahawa kapal selam Scorpene yang dimiliki kerajaan Malaysia sudah melaksanakan ujian tembakan peluru hidup serta torpedo bagi mengesahkan tahap persediaan sistem persenjataan?" soal Izzah lagi. Katanya, menteri tidak seharusnya berlindung di sebalik akta itu, kerana latihan-latihan sedemikian, seperti latihan pelancaran misil exocet tentera laut, diketahui umum sebagai bukti keupayaan sistem tersebut yang juga menampakkan kebolehan pertahanan negara. "Mengapa perlu dirahsiakan, walhal berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kapal selam Scorpene ini?" soal beliau lagi. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Penghantar Pizza Langgar Tembok Berlin Posted: 28 Jun 2012 07:17 PM PDT Tak lain, dari dulu "tukanglawan" meminati pasukan jerman,dan malam tadi berlangsung perlawanan separa akhir antara jerman dengan Itali, walaupun bukan fanatik bolasepak, mahu tukanglawan kongsikan sedikit informasi perlawanan malam tadi buat rakan-rakan yang tak sempat menonton pertembungan Jerman dan Itali. Nak ulas tak pandai, jadi "tukanglawan" kongsikan la artikel dari Malaysiakini seperti dibawah Itali mengejutkan naib juara Euro 2008 Jerman, apabila menewaskan negara yang terkenal dengan tembok Berlin itu, 2-1, dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Warsaw, awal pagi ini. Kedua-dua gol tunggal Itali dijaringkan oleh pemain penyerang sensasi Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36. Gol pertama Itali dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran lintang penyerang Antonio Cassano dari arah kanan pintu gol Jerman. Manakala gol kedua Itali, berpunca dari hantaran jauh oleh Riccardo Montolivo, menyebabkan Mario terlepas daripada perangkap offside, terus membawa bola sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer. Sementara gol Jerman dijaringkan oleh pemain tengah Mesut Ozil pada masa kecederaan separuh masa kedua (minit ke-92) melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Itali. Dengan kemenangan tersebut, Itali 'The Azzuri' akan bertemu dengan Sepanyol 'La Roja' dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti. Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, kedua-dua pasukan menyajikan serangan balas tanpa henti dengan kawalan bola dan taktikal teratur serta percubaan yang menarik sejak wisel permulaan dibunyikan. So jerman dah terkeluar, buat penyokong jerman, tak apalah, sekurang-kurangnya dah cuba, dan tahniah buat peminat Pizza, nampaknya Italia akan bertemu Sepanyol, yang dulunya dikenali sebagai Andalusia, kota kegemilangan Islam. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Khir Toyo Sah Tidak Mahu Wakili Umno Posted: 28 Jun 2012 06:47 PM PDT Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Dr Mohamad Khir, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama semalam: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain." Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta. Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan. Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai menteri besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan PKR pada PRU 2008. Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar. Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan. "Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment