PAS Nafi Guna Artis

ALOR SETAR – Kehadiran artis dalam parti politik bagaikan trend apabila seorang demi seorang menyatakan sokongan terhadap sesebuah parti politik. Terbaru, Hairie Othman menjadi ahli Pas dan Abby Abadi sebagai penyokong Pas.
Walaupun agak janggal mengaitkan artis dengan Pas, namun ia bukanlah sesuatu yang baru, ekoran sebelum ini beberapa nama sudah dikaitkan dengan Pas, antaranya, Yassin Brothers, Ringgo Arrow, Bob Lokman, Azmil Mustafa dan Akhil Hayy.
Ketika ditanya trend artis sertai parti politik, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia suatu perkembangan yang baik kerana Pas adalah sebuah parti politik yang terbuka untuk semua.
"Artis sekarang lebih berfikiran terbuka dan tidak takut hilang peminat gara-gara mereka memilih Pas sebagai parti pilihan, malah kita juga ada selebriti politik yang diibaratkan sebagai orang ternama dalam politik yang disenangi ramai iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Menurutnya, kebanyakan artis yang menyatakan sokongan pada Pas menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon mereka dan menyanjung keperibadian beliau.
 
Mahfuz Omar
Bagaimana pun, Mahfuz menafikan Pas mempergunakan golongan artis untuk menarik golongan belia, khususnya pengundi muda untuk mendekati parti itu, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Apa yang berlaku ialah selebriti politik (Nik Abdul Aziz) berjaya tarik golongan artis untuk mendekati Pas. Selain timbul kesedaran politik yang tinggi dalam diri masing-masing, ia bukan paksaan tetapi mereka lakukan secara sukarela," katanya.
Mahfuz berkata, pembabitan beberapa artis sebelum ini dalam parti politik membuktikan kerjaya mereka tidak terjejas, sebaliknya pendekatan mereka berubah kepada lebih Islamik.
 
Pas mendekati semua golongan
"Artis sekarang tak takut umum mereka sokong siapa, mereka tak bimbang peluang dalam industri hiburan terjejas. Memang ramai yang sertai atau sokong Pas dan peminat tetap minat mereka," katanya.
Menurutnya, Pas mendekati semua golongan dalam kempennya, termasuk artis.
Malah diwujudkan lajnah kebudayaan dan keseniaan untuk mendekati golongan itu secara berkesan.
"Kita tidak sekat hiburan dalam Pas. Artis yang cenderung dengan Pas boleh berdakwah dan giat dalam seni secara Islamik. Mereka sering dijemput memeriahkan ceramah untuk berkongsi penghijrahan selain membuat persembahan berlandaskan Islam," katanya.
Mahfuz berkata, industri hiburan dan politik saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain, dengan cara tersendiri berlandaskan pendekatan Islamik

"tukanglawan"

"tukanglawan"


Ceramah Luar Biasa PR, Umno Mampu buat ke?

Posted: 29 Jun 2012 11:48 PM PDT

Ketakutan umno ialah bila rakyat berbilang bangsa bersatu, kerana itulah mereka iaitu rejim pemerintah sering guna sistem pecah dan perintah, supaya kekuatan rakyat itu dapat dikurangi dalam menentang rejim pemerintah yang dilihat semakin hina dan busuk.

Ketakutan umno lagi ialah bila rakyat menjadi semakin cerdik, bila rakyat sudah tahu menilai sesuatu perkara atau isu tanpa bergantung kepada hanya satu sumber sahaja. umno takut bila rakyat menjadi cerdik, rakyat sudah tidak mahu terima penipuan oleh rejim pemerintah.

Ketakutan umno paling hebat ialah bila setiap program ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat mendapat sambutan luar dugaan, di mana pelusuk dan ceruk sekalipun, ceramah Pakatan rakyat pasti disambut hebat, hatta dalam hutan sekali pun.

Terbaru, lihat saja gambar-gambar dibawah ini, ini adalah gambar ceramah Pakatan Rakyat untuk malam tadi sahaja.

Yang pertama di Taman Dahlia, Johor

lihatlah betapa ramai hadirin yang hadir dalam Himpunan Hijau di Johor Bahru malam tadi, YAB TGNA, Yb Dato Husam dan Dato Tamrin Tun Ghafar turut serta dalam program malam tadi, dimana pelakon Hairei Othman yang terkenal dengan watak 'Leftenan Adnan' secara rasminya menyerahkan borang menyertai PAS kpd TGNA!








Sementara itu, di utara tanah air tak kurang hebatnya, Kedatangan  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yb Saifuddin Nasotion dan ramai lagi di Kulim, kedah malam tadi menarik lebih kurang 15 ribu orang hadirin.

Rialitinya kalau umno nak buat ceramah seperti ini, mungkin mereka hanya bermimpi, panggil la siapa sekali pun, jika dibayar, diberi makan dan  elaun juga dipanggil artis untuk berjoget dan berdansa nescaya mereka juga tidak mungkin dapat menarik walau setengah dari jumlah hadirin yang hadir dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat.







Di timur semenanjung, Juga Ribuan Ribu Rakyat Hadir Ceramah Perdana Di Pasir Putih Bersama Rafizi Ramli, Abby Abadi & Ramai Lagi pemimpin Pakata Rakyat.






Masih tak sedarkan umno,  rakyat yang semakin cerdik , mereka kini lebih mahu tahu berkenaan hal semasa dari terus ditipu hidup- hidup oleh umno, kerana itu orang tidak hadir ke ceramah umno, terlalu banyak fitnah dan pembohingan didalam ceramah mereka.

Oleh itu juga orang tidak lagi bergantung kepada apa yang dilaporkan oleh TV dan Akhbar,  bagaimana orang mahu percaya, jika semua yang baik itu untuk najib dan rosmah, namun jika pemimpin pembangkang ia pasti berita tidak elok.

Sebenarnya TV3 suku dan utusan la yang mempromosikan Pakatan Rakyat, benarlah umno mempergunakan media untuk menipu rakyat, tapi sebenarnya taktik itu memakan diri sendiri, fitnah dan penipuan berterusan terhadap pemimpin pakatan , membuatkan rakyat mahu tahu lanjut, dan oleh sebab itulah mereka kini menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Cuma, persoalnnya, mampukah Umno lakukan perkara yang sama, umno mulai sekarang harus belajar berceramah, kerana mereka perlukan pentas ceramah bila menjadi pembangkang nanti, dan pastikan juga penceramah mereka punya otak, bukan bodoh dan bebal seperti yang ada sekarang.











Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


Umno Johor dah terdesak sangat dah ka?

Posted: 30 Jun 2012 11:36 AM PDT

Sedikit terkejut jugak aku bita terbaca laporan berita pasai Adun dari Umno cadangkan dalam Sidang DUN Johor supaya Johor laksanakan hukum hudud, nak jadi negeri pertama yang jalankan hukum hudud di Malaysia. Benda yang pertama yang mai dalam kepala aku, takkan kut Umno Johor dah tertekan sangat dengan pengaruh PAS di Johor sampai macam tu sekali. Takkan kut tindakan Salahuddin Ayub buat

Rupa sambutan rakyat negeri 'fix deposit'' di program PAS

Posted: 30 Jun 2012 05:36 AM PDT

Kemarin aku berkesempatan tengok sendiri suasana program PAS di Johor, negeri kelahiran Umno yang pemimpin Umno sendiri kata depa masih yakin akan tetap jadi 'fix deposit' untuk Umno pada PRU13 nanti. Ada 3 program semalam, yang pertama program TG Nik Aziz bersama anak-anak Johor di perantauan yang diadakan di padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas. Yang kedua program TG Nik Aziz dengan

Memang nampak sangat Najib tak berani nak bubar parlimen

Posted: 29 Jun 2012 08:46 PM PDT

Najib boleh kata apa saja tapi dia silap besar kalau dia ingat orang nak percaya setiap apa yang dia cakap. Kalau penyokong dan ahli Umno yang bangang mungkin kut akan percaya apa saja yang Najib kata tapinya tak nanti ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, ahli dan penyokong Umno BN yang celik politik pun payah nak percaya apa yang Najib cakap. Realitinya, orang yang cerdik politik tentu dapat

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


FGVH: Peneroka Tertipu, Syarikat Yahudi Untung Besar Bersama Isa Samad Serta Proksi-Proksinya !

Posted: 29 Jun 2012 10:10 PM PDT

Beberapa hari yang lalu (Khamis) kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) melonjak ketika ianya mula didagangkan. Antara yang dilaporkan pihak mereka ialah "Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini" dan "Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran". Dengan kenaikan yang cukup mengejutkan itu, maka ramailah yang berkata kenaikan itu membuktikan apa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad adalah benar belaka. Mereka menempelak omongan kosong yang dibuat oleh pembangkang terutamanya Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bahawa peneroka akan mengalami kerugian akibat penyenaraian FGVH ini nanti. Persoalannya, siapakah yang mendapat untung besar akibat kenaikan saham ini?. Kenyataan kerajaan kononnya para peneroka mendapat manfaat amatlah memusykilkan sama sekali. Ini kerana mereka hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja, sebaliknya pihak lain yang tidak ada aset dengan Felda menikmati ganjaran yang lebih besar sebenarnya. Di sini kami huraikan satu persatu pihak yang memiliki saham terbesar dalam FGVH malah lebih besar dari apa yang dimiliki oleh peneroka, iaitu Louis Dreyfus (Yahudi) diberi saham 2.5% saham (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan keseluruhan peneroka Felda. Kedua, Tan Sri Isa Samad, selaku Pengerusi Felda beliau memiliki 180,000 unit saham. Begitu juga orang kanannya seperti Datuk Sabri Ahmad (180,000 unit saham), Dr Omar Salim (150,00 unit saham) dan Dr.Emir (150,000 unit saham). Persoalannya, kenapa saham yang dimiliki mereka lebih besar dari jumlah yang diperuntukkan kepada para peneroka sendiri?.

Kita kaya, mungkin itu agaknya yang diperkatakan oleh mereka semua ini

Bukti, Isa Samad yang tak ada seinci pun tanah di Felda dapat saham lebih
besar dari apa yang diperuntukkan kepada para peneroka itu sendiri

[Ini adalah bukti yang terdapat diatas kertas sahaja, bagaimana pun dengan bukti-bukti lain. Malah apa yang memusykilkan kita ialah kenapa syarikat Yahudi (Louis Dreyfus) terbabit diberikan jumlah saham terbesar?. Malah lebih mengejutkan Tan Sri Isa Sama selaku Pengerusi Felda mendapat 180,000 unit saham walau pun beliau tidak memiliki walau seinci pun tanah Felda terbabit. Dalam hal ini, kenapa peneroka menjadi mangsa. Siapa yang mahu diberi kemewahan oleh Felda sebenarnya?. Peneroka atau pun individu yang berkenaan?. Dengan bukti ini, nampak benar peneroka sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh Isa Samad dan juga PM Najib Razak. Mereka sebenarnya berhasrat untuk merompak kekayaan Felda untuk diagih-agihkan sesama kroni mereka. Lantara itulah mereka beriya-iya benar menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia. Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku kepada para peneroka dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang. Jika mereka untung, maka kita turut gembira. Namun jika saham terbabit merudum maka siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang, sekarang majoritinya merasa tidak ditipu tetapi hakikat sebenarnya mana mungkin saham terbesar diberikan kepada syarikat Yahudi?. Sudah jelas membuktikan bahawa memang ada agenda tersembunyi antara mereka itu sebenarnya].


Taklimat Kewangan: "Pelaburan Emas" Kelantan Gold Di Kuantan Hari Ini, Semua Di Jemput Hadir

Posted: 29 Jun 2012 10:14 PM PDT

KUANTAN, 30 Jun - Orang ramai yang berminat untuk mengetahui selok belok pengurusan kewangan berasaskan pelaburan emas, dijemput hadir beramai-ramai ke Hotel Seri Malaysia jam 2.00 petang ini (Sabtu, 30 Jun 2012). Satu taklimat berkaitan akan diadakan oleh Kelantan Gold (foto) iaitu sebuah syarikat emas yang beribu pejabat di Kota Bharu Kelantan. Kebelakangan ini pelaburan EMAS telah menarik ramai pihak untuk menceburinya. Akan tetapi tentulah amat sukar untuk mengadili cara yang mana yang dapat memberikan pulangan yang paling tinggi dan risiko yang lebih rendah. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang mendahului dalam sistem kewangan Islam (perbankan, insurans, pelaburan, pajak gadai dan lain-lain). Jadi, seharusnyalah kita memanfaatkannya. Kenapa hanya menjadi pemerhati? Kejatuhan nilai Fiat Money (wang kertas) adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh semua orang termasuk pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhain. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri sahaja dan menghitung hari? Marilah kita sama-sama berjihad untuk menyelamatkan aset dan juga harta kawan- kawan yang rapat dengan kita. Rata-rata pelanggan yang ditemui memang telah lama menyimpan impian untuk melabur dalam emas, akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan dimana ingin mendapatkannya. Ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membeli emas sebanyak mungkin dari kedai-kedai emas berdekatan. Itu adalah satu tindakan yang baik akan tetapi kurang bijak kerana sphread harga yang tinggi jika beli atau pun jual di kedai-kedai emas konvensional.

Ketahuilah Rahsia Dan Selok Belok Berniaga Emas


Dengan Kelantan Gold ingin menawarkan kepada anda platform pelaburan EMAS fizikal yang terbaik dan menguntungkan. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Stok barang emas kami terdiri daripada Dinar, Jongkong & rantai EMAS 999. Bertindaklah segera sebelum nilai wang kertas (Fiat Money) anda menyusut kerana inflasi yang melanda dunia. Persoalannya disini adakah anda ingin mengetahu berapa banyakkah jumlah EMAS yang mampu anda beli dengan aset (wang tunai, saham, saham amanah etc.) yang anda miliki; Berapakah jangkaan KEUNTUNGAN yang mampu anda perolehi setelah ditolak segala kos dan juga beza harga jual taubeli; Bagaimana caranya memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan EMAS; Bagaimana caranya untuk membebaskan diri anda dari belenggu HUTANG Ar-Rahnu; Bagaimana caranya untuk simpan sambil mendapat untung dari kenaikan harga EMAS.


Emas dijangkan mencecah RM503 segram, satu berita baik untuk anda

[Kepada anda yang berminat boleh SMS Nama ke 019-2845511 untuk daftar kehadiran anda ke Hotel Seri Malaysia, Kuantan jam 2.00 petang ini. Tempat adalah terhad. Peluang dibuka kepada semua yang berminat terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta. Berbagai teknik akan diajar termasuk "Rahsia Jutawan Emas Terbongkar" khas untuk kakitangan kerajaan. Justeru kepada anda yang tinggal di sekitar Kuantan dan sekitarnya adalah dipelawa hadir. Masuk adalah percuma. Taklimat akan dibuat oleh mereka yang pakar tentang pelaburan emas. Anda juga boleh mengetahui tentang "Dinar Emas" Kelantan yang juga boleh dijadikan aset untuk masa depan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sila sebarkan].


Sensasi: Akhirnya Hero Filem "Leftenan Adnan", Hairie Othman Umumkan Secara Rasmi Sertai PAS

Posted: 29 Jun 2012 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman (foto) malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini. Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS. "Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!! "Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor. Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini. "Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya. Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat. "Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya. Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap. "Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegasnya.


Sah, akhirnya "Leftenan Adnan" Hairi Osman secara rasmi menyertai PAS
apabila menyerahkan borang kepada Tok Guru Nik Aziz di Johor semalam
Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi. Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip. Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon. "Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie. Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti. "Saya rela benarkan rakyat gunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik.


Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


Harapkan yang terbaik, bersedia untuk yang terburuk

Posted: 29 Jun 2012 10:45 AM PDT

[Siri 1] Ketika Siew Sew Lan dibebaskan dari tahanan ISA, Parti Buruh yang dicurah titisan peluhnya telah dikuburkan dalam sejarah. Kepong yang didiaminya untuk puluhan tahun juga mengalami perubahan yang mendadak. Namun beliau tidak pernah kesal, mahupun berdendam kerana apa yang menimpa ke atas dirinya. Tidak juga Siew merasakan masyarakat ini terhutang budi kepada dirinya. Dengan

"tukanglawan"

"tukanglawan"


Osman Kering Meninggal ?, Kini Sah

Posted: 29 Jun 2012 03:17 AM PDT

Maaflah, "tukanglawan" agak kurang ikut cerita pasal artis-artis tempatan ni, kadang kala berita dah lama, baru la "tukanglawan" tahu, sehinggakan siapa itu "neolofa" pun "tukanglawan" tak berapa tahu.

Bukan anti hiburan, cuma tak punya masa pun nak ikuti gosip-gosip dan berita panas artis malaysia.

Dapat pulak berita tadi yang Osman Kering telah pun meninggal dunia, Benarkah Beliau telah meninggal dunia?, nak tulis berita ini pun kene hati-hati, sebab sebelum ini pun ade berita berkenaan kematian beliau, takut tersalah sampai pula nanti.

Tetapi di laman facebook dan tweeter berita kematian beliau telah pun tersebar, antaranya dari laman tweeter presiden persatuan seniman sendiri dan bernamaradio24 juga melaporkan berita yang sama seperti screenshot dibawah










Jadi kali ini sudah pastilah beliau telah pergi menemui penciptanya, kita ucapkan takziah buat keluarga arwahnya dan kita sedekahkan Al-fatihah buat Arwah yang sebelum ini dirawat kerana batuk kering. Al-fatihah

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Nurul Izzah Cabar Zahid Hamidi isu Kapal Selam

Posted: 28 Jun 2012 07:38 PM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menjelaskan urusan pembelian kapal selam Scorpene jika terbukti ianya adalah usaha antara kerajaan Malaysia dan Perancis.

Beliau mempersoalkan apakah rasionalnya menggunakan sebuah syarikat peribadi berbanding badan kerajaan lebih terbukti menjamin rahsia keselamatan negara.

"Adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam Scorpene ini usaha antara kerajaan (Malaysia-Perancis)?

"Jika benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti Perimekar Sdn Bhd untuk perkhidmatan dan koordinasi dan bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan negara akan terjamin?

"Menteri turut wajib menyenarai apakah sebenarnya perkhidmatan-perkhidmatan yang dimaksudkan itu" tegasnya dalam satu kenyataan.

Ia adalah respon terhadap jawapan Zahid semasa ucapan penangguhan Izzah di Dewan Rakyat Selasa lalu berhubung kehilangan dan penjualan dokumen rahsia pertahanan negara berkaitan pembelian Scorpene seperti didakwa Suaram di Bangkok baru-baru ini, yang juga berkait dengan inkuiri kehakiman di Perancis.

Zahid menyatakan pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara, dan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis.

Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN turut mempersoal kenyataan Zahid yang mengakui bahawa satu 'siasatan' isu dakwaan dokumen rahsia pertahanan dikeluarkan dari Malaysia.

"Persoalannya, apakah ruang lingkup siasatan tersebut? Adakah pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara terlibat untuk mengelak konflik kepentingan tatkala dakwaan tersebut melibatkan Kementerian Pertahanan?" soal beliau.

Beliau turut mencabar Zahid membuat bantahan jika dokumen-dokumen yang berada di tangan Mahkamah Perancis tidak benar.

Malah beliau mendesak Menteri Pertahanan itu mengesahkan tahap keselamatan Scorpene dan tidak berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi.

"Adakah Menteri mengakui bahawa dokumen-dokumen 'rasmi' yang dimaksudkan yang kini di tangan Mahkamah Perancis bukan 'rahsia kerajaan'? Sekiranya hal ini benar, adakah pihak kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan dokumen-dokumen palsu tersebut?

"Adakah Menteri akan mengesahkan bahawa kapal selam Scorpene yang dimiliki kerajaan Malaysia sudah melaksanakan ujian tembakan peluru hidup serta torpedo bagi mengesahkan tahap persediaan sistem persenjataan?" soal Izzah lagi.

Katanya, menteri tidak seharusnya berlindung di sebalik akta itu, kerana latihan-latihan sedemikian, seperti latihan pelancaran misil exocet tentera laut, diketahui umum sebagai bukti keupayaan sistem tersebut yang juga menampakkan kebolehan pertahanan negara.

"Mengapa perlu dirahsiakan, walhal berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kapal selam Scorpene ini?" soal beliau lagi.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Penghantar Pizza Langgar Tembok Berlin

Posted: 28 Jun 2012 07:17 PM PDT

Tak lain, dari dulu "tukanglawan" meminati pasukan jerman,dan malam tadi berlangsung perlawanan separa akhir antara jerman dengan Itali, walaupun bukan fanatik bolasepak, mahu tukanglawan kongsikan sedikit informasi perlawanan malam tadi buat rakan-rakan yang tak sempat menonton pertembungan Jerman dan Itali.

Nak ulas tak pandai, jadi "tukanglawan" kongsikan la artikel dari Malaysiakini seperti dibawah

Itali mengejutkan naib juara Euro 2008 Jerman, apabila menewaskan negara yang terkenal dengan tembok Berlin itu, 2-1, dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Warsaw, awal pagi ini.

Kedua-dua gol tunggal Itali dijaringkan oleh pemain penyerang sensasi Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36.

Gol pertama Itali dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran lintang penyerang Antonio Cassano dari arah kanan pintu gol Jerman.

Manakala gol kedua Itali, berpunca dari hantaran jauh oleh Riccardo Montolivo, menyebabkan Mario terlepas daripada perangkap offside, terus membawa bola sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer.

Sementara gol Jerman dijaringkan oleh pemain tengah Mesut Ozil pada masa kecederaan separuh masa kedua (minit ke-92) melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Itali.

Dengan kemenangan tersebut, Itali 'The Azzuri' akan bertemu dengan Sepanyol 'La Roja' dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, kedua-dua pasukan menyajikan serangan balas tanpa henti dengan kawalan bola dan taktikal teratur serta percubaan yang menarik sejak wisel permulaan dibunyikan.

So jerman dah terkeluar, buat penyokong jerman, tak apalah, sekurang-kurangnya dah cuba, dan tahniah buat peminat Pizza, nampaknya Italia akan bertemu Sepanyol, yang dulunya dikenali sebagai Andalusia, kota kegemilangan Islam.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Khir Toyo Sah Tidak Mahu Wakili Umno

Posted: 28 Jun 2012 06:47 PM PDT

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
    
Dr Mohamad Khir, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama semalam: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."
    
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.
    
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
    
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai menteri besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan PKR pada PRU 2008.

Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .