Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


FGVH: Peneroka Tertipu, Syarikat Yahudi Untung Besar Bersama Isa Samad Serta Proksi-Proksinya !

Posted: 29 Jun 2012 10:10 PM PDT

Beberapa hari yang lalu (Khamis) kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) melonjak ketika ianya mula didagangkan. Antara yang dilaporkan pihak mereka ialah "Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini" dan "Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran". Dengan kenaikan yang cukup mengejutkan itu, maka ramailah yang berkata kenaikan itu membuktikan apa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad adalah benar belaka. Mereka menempelak omongan kosong yang dibuat oleh pembangkang terutamanya Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bahawa peneroka akan mengalami kerugian akibat penyenaraian FGVH ini nanti. Persoalannya, siapakah yang mendapat untung besar akibat kenaikan saham ini?. Kenyataan kerajaan kononnya para peneroka mendapat manfaat amatlah memusykilkan sama sekali. Ini kerana mereka hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja, sebaliknya pihak lain yang tidak ada aset dengan Felda menikmati ganjaran yang lebih besar sebenarnya. Di sini kami huraikan satu persatu pihak yang memiliki saham terbesar dalam FGVH malah lebih besar dari apa yang dimiliki oleh peneroka, iaitu Louis Dreyfus (Yahudi) diberi saham 2.5% saham (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan keseluruhan peneroka Felda. Kedua, Tan Sri Isa Samad, selaku Pengerusi Felda beliau memiliki 180,000 unit saham. Begitu juga orang kanannya seperti Datuk Sabri Ahmad (180,000 unit saham), Dr Omar Salim (150,00 unit saham) dan Dr.Emir (150,000 unit saham). Persoalannya, kenapa saham yang dimiliki mereka lebih besar dari jumlah yang diperuntukkan kepada para peneroka sendiri?.

Kita kaya, mungkin itu agaknya yang diperkatakan oleh mereka semua ini

Bukti, Isa Samad yang tak ada seinci pun tanah di Felda dapat saham lebih
besar dari apa yang diperuntukkan kepada para peneroka itu sendiri

[Ini adalah bukti yang terdapat diatas kertas sahaja, bagaimana pun dengan bukti-bukti lain. Malah apa yang memusykilkan kita ialah kenapa syarikat Yahudi (Louis Dreyfus) terbabit diberikan jumlah saham terbesar?. Malah lebih mengejutkan Tan Sri Isa Sama selaku Pengerusi Felda mendapat 180,000 unit saham walau pun beliau tidak memiliki walau seinci pun tanah Felda terbabit. Dalam hal ini, kenapa peneroka menjadi mangsa. Siapa yang mahu diberi kemewahan oleh Felda sebenarnya?. Peneroka atau pun individu yang berkenaan?. Dengan bukti ini, nampak benar peneroka sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh Isa Samad dan juga PM Najib Razak. Mereka sebenarnya berhasrat untuk merompak kekayaan Felda untuk diagih-agihkan sesama kroni mereka. Lantara itulah mereka beriya-iya benar menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia. Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku kepada para peneroka dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang. Jika mereka untung, maka kita turut gembira. Namun jika saham terbabit merudum maka siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang, sekarang majoritinya merasa tidak ditipu tetapi hakikat sebenarnya mana mungkin saham terbesar diberikan kepada syarikat Yahudi?. Sudah jelas membuktikan bahawa memang ada agenda tersembunyi antara mereka itu sebenarnya].


Taklimat Kewangan: "Pelaburan Emas" Kelantan Gold Di Kuantan Hari Ini, Semua Di Jemput Hadir

Posted: 29 Jun 2012 10:14 PM PDT

KUANTAN, 30 Jun - Orang ramai yang berminat untuk mengetahui selok belok pengurusan kewangan berasaskan pelaburan emas, dijemput hadir beramai-ramai ke Hotel Seri Malaysia jam 2.00 petang ini (Sabtu, 30 Jun 2012). Satu taklimat berkaitan akan diadakan oleh Kelantan Gold (foto) iaitu sebuah syarikat emas yang beribu pejabat di Kota Bharu Kelantan. Kebelakangan ini pelaburan EMAS telah menarik ramai pihak untuk menceburinya. Akan tetapi tentulah amat sukar untuk mengadili cara yang mana yang dapat memberikan pulangan yang paling tinggi dan risiko yang lebih rendah. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang mendahului dalam sistem kewangan Islam (perbankan, insurans, pelaburan, pajak gadai dan lain-lain). Jadi, seharusnyalah kita memanfaatkannya. Kenapa hanya menjadi pemerhati? Kejatuhan nilai Fiat Money (wang kertas) adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh semua orang termasuk pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhain. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri sahaja dan menghitung hari? Marilah kita sama-sama berjihad untuk menyelamatkan aset dan juga harta kawan- kawan yang rapat dengan kita. Rata-rata pelanggan yang ditemui memang telah lama menyimpan impian untuk melabur dalam emas, akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan dimana ingin mendapatkannya. Ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membeli emas sebanyak mungkin dari kedai-kedai emas berdekatan. Itu adalah satu tindakan yang baik akan tetapi kurang bijak kerana sphread harga yang tinggi jika beli atau pun jual di kedai-kedai emas konvensional.

Ketahuilah Rahsia Dan Selok Belok Berniaga Emas


Dengan Kelantan Gold ingin menawarkan kepada anda platform pelaburan EMAS fizikal yang terbaik dan menguntungkan. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Stok barang emas kami terdiri daripada Dinar, Jongkong & rantai EMAS 999. Bertindaklah segera sebelum nilai wang kertas (Fiat Money) anda menyusut kerana inflasi yang melanda dunia. Persoalannya disini adakah anda ingin mengetahu berapa banyakkah jumlah EMAS yang mampu anda beli dengan aset (wang tunai, saham, saham amanah etc.) yang anda miliki; Berapakah jangkaan KEUNTUNGAN yang mampu anda perolehi setelah ditolak segala kos dan juga beza harga jual taubeli; Bagaimana caranya memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan EMAS; Bagaimana caranya untuk membebaskan diri anda dari belenggu HUTANG Ar-Rahnu; Bagaimana caranya untuk simpan sambil mendapat untung dari kenaikan harga EMAS.


Emas dijangkan mencecah RM503 segram, satu berita baik untuk anda

[Kepada anda yang berminat boleh SMS Nama ke 019-2845511 untuk daftar kehadiran anda ke Hotel Seri Malaysia, Kuantan jam 2.00 petang ini. Tempat adalah terhad. Peluang dibuka kepada semua yang berminat terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta. Berbagai teknik akan diajar termasuk "Rahsia Jutawan Emas Terbongkar" khas untuk kakitangan kerajaan. Justeru kepada anda yang tinggal di sekitar Kuantan dan sekitarnya adalah dipelawa hadir. Masuk adalah percuma. Taklimat akan dibuat oleh mereka yang pakar tentang pelaburan emas. Anda juga boleh mengetahui tentang "Dinar Emas" Kelantan yang juga boleh dijadikan aset untuk masa depan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sila sebarkan].


Sensasi: Akhirnya Hero Filem "Leftenan Adnan", Hairie Othman Umumkan Secara Rasmi Sertai PAS

Posted: 29 Jun 2012 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman (foto) malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini. Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS. "Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!! "Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor. Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini. "Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya. Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat. "Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya. Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap. "Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegasnya.


Sah, akhirnya "Leftenan Adnan" Hairi Osman secara rasmi menyertai PAS
apabila menyerahkan borang kepada Tok Guru Nik Aziz di Johor semalam
Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi. Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip. Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon. "Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie. Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti. "Saya rela benarkan rakyat gunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik.


No comments:

Post a Comment