"tukanglawan"

"tukanglawan"


Abang Bob Lokman Tunggang Vespa, Filem baru ke?

Posted: 10 May 2012 08:31 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Hah, jarang sangat dapat tengok abang Bob Lokman berkonvoi naik motor, tapi kali ni, yang bestnya abang Bob lokman sama-sama konvoi menaiki motosikal dengan pemuda-pemuda PAS, nampak sangat meriah sangat.

Cuma sekali pandang dah macam shooting filem pulak tengok gambar ni, hebat, Abang Bob Lokman nampak hebat dengan motor vespa tu.

Ini adalah koleksi gambar konvoi Dewan pemuda PAS Padang Terap Sempena Muktamar Dewan pemuda PAS negeri kedah pada 5 mei Lalu, Bob Lokman turut disertai Tamrin Tun Ghafar Baba
















Amcam, Cool tak abang Bob Lokman?



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Video Najib Panggil Peneroka Haram Jadah, Dan Asik Tersasul je

Posted: 09 May 2012 08:42 PM PDT

hah, korang pernah tengok najib "sangat" marah tak?, sampai haram jadah,opsss.. sampai sebut haram jadah, pada peneroka yang tak mahu gadaikan tanah mereka pada tindakan FGVH mahu senarai felda di bursa saham.

Najib juga tebal muka, opssss, maksud "tukanglawan" najib asyik tersasul saja lepas sebut "haram jadah" tu, kah..kah..kah.

Marah betul najib pada peneroka yang tak mahu felda terus disenaraikan, sampai cabar jangan terima "durian Runtuh yang hanya RM15 ribu tu (baca sini)

Najib kata lagi, Dia tak rela,
...
ehh dia tak "redha" kalau peneroka yang terima "durian runtuh" tu ambil. la, ini duit bukan dari keuntungan felda ke?, kenapa pulak najib tak "redha" , ke duit yang najib bagi tu dari rosmah.

Agaknya duit rosmah kot, sebab tu najib tak rela..... "ehh redha" . hahahah

Jom tengok video najib tersasul lepas sebut haram jadah... kah..kah..kah




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kerajaan Gagal Pulih Imej negara, Irene fernandez Yang dipersalahkan

Posted: 09 May 2012 08:14 PM PDT

Pengarah eksekutif Tenaganita Irene Fernandez menyelar kerajaan kerana menyifatkan beliau "memalukan negara" ekoran tindakannya membangkitkan isu pekerja asing di Malaysia kepada media Indonesia.

Katanya, perbuatan mencemar imej negara itu dilakukan kerajaan kerana Malaysia masih berada dalam senarai pemerhatian Amerika Syarikat berhubung kegiatan penyeludupan manusia sejak dua dekad lalu.

"Siapa yang mencemar imej negara jika tidak kerajaan ini?," katanya sinis dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan timbalan menteri sumber manusia Datuk Maznah Mazlan yang menyerang beliau atas kenyataannya kepada akhbar Jakarta Post sebelum ini.

Maznah berkata, kenyataan itu tidak beretikan, tidak tepat dan tidak patriotik kerana tidak menggalakkan Indonesia daripada menghantar tenaga kerja ke negara ini.

Tetapi kegagalan KERAjaan memulikan Imej negara yang tercalar dimata negara luar tidak pula diambil kisah, Malaysia rosak sebab umno, tak paham lagi ke.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Mana Hassan Ali, PERKASA, dan puak Penentang LGBT Dalam Isu Penulis Lesbian

Posted: 09 May 2012 07:38 PM PDT

Rupanya puak-puak ini cuma berani melalak cari perhatian je rupanya, tak pun mereka melalak-lalak tanpa tahu apa yang mereka lalakkan.

Puak-puak ni melalak sebab nak serang Pakatan rakyat, ye la, manakan tidak , makin mereka sedar akan kecundang, makin kuat la lalakan mereka, ibarat seorang tua yang hampir ajal, maka racaunya makin hebat .

Itulah PERKASA, dan Puak yang sebelum ini terpekik pekik kononnya berkata jika Pakatan menang akan dibenarkan LGBT dikembangkan di negara ini. orang yang kononnya hebat memperjuangkan dan ingin menyelamatkan Akidah pun mana pergi?

Kenapa dalam isu penulis pro-lesbian, Irshad Manji yang dikatakan akan mengadakan program bertemu peminat di ibu negara pada hujung minggu ini. puak-puak pro KERAjaan itu berdiam diri?, apakah mereka melalak selama ini kerana permainan politik saja, bagi memperdaya dan menipu ramai orang?

Dewan Pemuda PAS lebih dulu sedar dan menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara, mana PERKASA, dan puak Anti LGBT tu?, bisu? atau tidur

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin yang merupakan Ketua Pemuda PAS.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini,
" kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan .

Hah, nampaknya, kalau biar terus kerajaan umnoapco memerintah, ramai la budak-budak jadi lesbian, sebab apa, sebab KERAjaan sekarang tak mampu bendung perkara macam nei. KDN tak pantau ke benda ni, kan tanggungjawab KDN pantau bahan bercetak.

Hai, buku promot LESBIAN KERAjaan Umnoapco nak biarkan je ke? Hassan ALi mana, rosak akidah budak nanti, PERKASA tidur ye?, yang dok demo pasal LGBT mana.. takkan tunggu bayar dulu baru turun demo kotttttttttttttttttttttt



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Bila Si Prejudis Dilantik Siasat Kekasaran Pada Bersih

Posted: 09 May 2012 07:11 PM PDT

PAS menolak penubuhan panel bebas untuk menyiasat dakwaan insiden keganasan polis ketika menangani perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Parti itu juga menolak perlantikan bekas ketua polis negara Tan Sri Haniff Omar mengetuai panel siasatan itu kerana didakwanya akan "bersifat prejudis" terhadap peserta BERSIH berhubung insiden tersebut.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata asas penolakan penubuhan panel itu dibuat kerana mendakwa kerajaan "menolak peranan" Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mampu berbuat demikian.

"Kita nampak secara jelas kerajaan menolak peranan Suhakam. Sedangkan Suhakam (mampu) membuat penyiasatan berasaskan kepada proses demokrasi dan hak asasi manusia," katanya lagi

Mahfuz mengulas keputusan kerajaan melantik enam orang panel diketuai Hanif bagi menyiasat insiden kekasaran polis dalam perhimpunan tersebut yang menyaksikan penggunaan gas pemedih mata dan air kimia untuk menyurai peserta.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena turut mendakwa penolakan peranan suruhanjaya dibuat kononnya badan itu "memberi pandangan yang tidak berpihak" kepada kerajaan.

Sebelum ini, suruhanjaya itu mengeluarkan laporan bahawa polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu.
NONE
Mengulas pelantikan Haniff itu, Mahfuz berkata PAS menolaknya kerana mendakwa kerajaan "memilih orang yang memihak kepada kerajaan dan prejudis terhadap peserta BERSIH 3.0".

Menurut Mahfuz, ia berikutan dakwaan Haniff yang menyatakan wujudnya pihak yang bersimpati kepada komunis dalam perhimpunan itu dan wujudnya dakwaan ada asas untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

"Ini cukup jelas, pelantikan Haniff menunjukkan bahawa panel ini menjadi alat dan kepentingan untuk menghalalkan tindak tanduk polis dan kerajaan terhadap peserta BERSIH," tegas Mahfuz.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan jawatankuasa pemandu BERSIH dan peserta yang didakwa dikasari polis supaya mengemukakan bukti berhubung kekasaran tersebut untuk siasatan Suhakam.

"...walaupun (Suhakam) tidak diminta oleh kerajaan (untuk berbuat penyiasatan) kerana itulah peranan mereka (selama ini)," katanya.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment