Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Gara-Gara Tertipu, Pemimpin PKR Yang "Lompat Parti" Sertai UMNO Ingin "Kembali" Ke Parti Itu !

Posted: 10 May 2012 10:14 PM PDT

KUANTAN, 11 Mei - UMNO Pahang bakal menerima tamparan hebat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi apabila terdapat dakwaan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah "melompat" sertai parti itu tiba-tiba akan berpaling tadah untuk kembali semula bersama PKR dalam masa terdekat ini. "Bukan soal wang atau soal janji-janji manis, tapi saya melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat terutamanya di perhimpunan Bersih 3.0 terlalu melampau-lampau dan diluar batasan kemanusiaan. Malah, tindakan media UMNO (Utusan Malaysia) yang masih lagi menjadi alat "seks lucah" untuk menjatuhkan maruah pemimpin politik pembangkang tidak dapat saya terima. Cukuplah dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim ... Kenapa perlu lagi cerita-cerita lucah dan seks. Tidak malukah kita sebagai sebuah negara Islam bermain politik murahan seperti ini. Maka itu, saya rasa hati dan jiwa saya tidak sesuai untuk berada dalam UMNO. Saya ingin mereka jujur dan ikhlas berjuang untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara... Namun semuanya meleset.. pemimpin UMNO masih amalkan politik sampah, kotor dan menjijikkkan..dan tidak selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.. Saya sedia untuk kembali kepada parti yang sekian lama saya perjuangkan jika pucuk pimpinan tertinggi menerima keputusan saya ini", kata pemimpin terbabit. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin ini seharusnya dipandang berat oleh lain-lain "katak lompat" selama ini. Justeru PKR perlu membuka ruang kepada mana-mana ahlinya untuk kembali jika mahu imej mereka terus meningkat menjelang Pilihanraya Umum akan datang.

[Wartawan Pahang Daily Onlline (PDO), Blogger Cucumatkilau dijangka akan mengadakan "pertemuan sulit" dengan pemimpin terbabit di sebuah restoran dekat Kuantan petang ini. Persoalannya, siapakah pemimpin berkenaan dan kenapakah beliau mahu berbuat demikian?. Segalanya masih menjadi tanda tanya. Khabarnya beliau juga telah menghubungi beberapa orang pemimpin kanan PKR Pahang untuk menyatakan hasratnya itu. Kini, apakah PKR pusat akan menerima semula kemasukan pemimpin terbabit agaknya. Sama-samalah kita nantikan siapakah pemimpin itu. Apa yang pasti berita ini pasti akan menyebabkan kem UMNO BN kepanasan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Info seterusnya menyusul].


Sensasi: Aishah 'Serah Borang Masuk PAS' Kepada Tuan Guru Nik Aziz Di Taman Melewar Malam Ini !

Posted: 10 May 2012 09:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (foto) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam. Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online. Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood. Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau. Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 yang dijangka Jun ini. Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.


Salah satu lagu patriotak yang melekat dihati rakyat nyanyian Asihah dulu

[Nampaknya semakin parti PAS diserang oleh UMNO dan Kerajaan Malaysia, maka semakin ramai golongan artis yang dulunya hidup dalam dunia "jahiliah" kini terpanggil untuk bersama-sama memperjuangkan Islam bersama PAS. Ini membuktikan mereka lebih percaya Islam yang dibawa oleh PAS daripada UMNO itu sendiri. Walhal, jika masing-masing sertai UMNO mungkin berbagai tawaran dan ganjaran lumayan akan diperolehi oleh mereka sebenarnya. Zaman kini sudah berubah, mereka yang dulunya hidup dalam dunia penuh "fitnah" kini akhirnya kembali kepada perjuangan Islam. Jika situasi ini berterusan maka sudah pastilah PAS akan terus mendapat sokongan daripada rakyat terutamanya bagi golongan muda. Kini, sudah pasti ramai penyokong Aishah akan bersama-sama beliau untuk kembali kepada landasan perjuangan Islam sebenar].


Panas: Ulasan Rafizi Ramli Terhadap Isu Felda !!

Posted: 10 May 2012 09:23 PM PDT



[Isu Felda kini banyak menghantui diri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apatah lagi selepas beliau umumkan "durian runtuh 3 musim" di Felda Jengka 8 baru-baru ini. Ramai peneroka yang kecewa dengan senario itu dan kini bertindak menfailkan injuksi bagi menghalang bank-bank yang telah menguruskan borang pinjaman mereka agar membekukan proses tersebut. Tambahan pula "borang kosong" yang mereka tandatangani itu penuh dengan kontroversi dan boleh menjurus ke arah tergadainya tanah rumah dan ladang mereka kepada bank jika gagal membayar pinjaman kiranya saham FGVH yang dibeli mengalami masalah kelak. Felda akan lepas tangan dan peneroka yang akan menanggung segala bebanan tersebut. Mana mungkin bank beri pinjaman tanpa cagaran?. Maka itu, para peneroka mula sedar diri mereka telah tertipu dengan kenyataan Najib baru-baru ini sebenarnya. Peneroka perlu berubah sekarang].


No comments:

Post a Comment