Liang Lahad....

Liang Lahad....


HARGA MINYAK TURUN DI SELURUH NEGARA DALAM TEMPOH 24 JAM!!

Posted: 11 May 2012 12:33 AM PDT

Harga petrol di seluruh negara akan diturunkan di dalam tempoh 24 jam...
ini akan dilakukan kerana Malaysia sememangnya mampu untuk memberikan kadar harga petrol yang lebih murah kepada rakyat...

Penurunan ini akan memberikan kelegaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah yang selama ini terbeban dengan kos hidup yang semakin tinggi..

Rakyat akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM200 sehingga RM400 sebulan,jumlah penjimatan itu adalah mengikut kadar
penggunaan individu apabila harga minyak diturunkan nanti..

Dan ini akan memberikan tambah nilai wang di dalam perbelanjaan sesebuah keluarga..
apabila rakyat mempunyai lebihan wang,ini akan menyumbangkan kepada perbelanjaan bagi keperluan lain dan ini sekaligus merancakkan ekonomi negara..

Apa yang pasti,tiada seorang pun yang akan marah dan sedih dengan penurunan harga Petrol ini..
semuanya suka dan sokong kerana rakyat Malaysia ini masih ramai lagi yang mendapat gaji di bawah RM1,500 sebulan...
tak kira parti apa pun,semuanya akan sokong...

Itulah yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim selama ini..
dan semalam,beliau mengulanginya sekali lagi..

Beliau berkata,apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya...
selepas angkat sumpah sebagai Perdana Menteri...
beliau meminta rakyat memberikan beliau tempoh 24 jam...
di dalam tempoh 24 jam selepas angkat sumpah memegang jawatan dan menubuhkan kerajaan secara rasmi,beliau akan membuat pengumuman harga petrol akan diturunkan...

Ini baru betul Malaysia boleh!!

CERAMAH ANWAR DI SUBANG JAYA - ANWAR YAKIN PR TAWAN PUTRAJAYA!!

Posted: 10 May 2012 01:32 PM PDT

Walaupun dikatakan hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengatakan 49% rakyat menyokong BN dalam PRU13 akan datang,namun hasil tinjauan itu tidak boleh diambil kira sebagai satu keputusan yang menentukan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 nanti..

Ini kerana hasil tinjauan tersebut  hanya melibatkan tinjauan terhadap seramai 2,282 responden sahaja..
tinjauan yang dilakukan oleh Universiti malaysia itu dilakukan diantara 31 March hingga 15 April 2012 lalu..


Anwar didalam ceramah beliau di Komplek Sukan 3K di SS13,Subang Jaya malam tadi..


Seperti sebelum ini,beliau kekal yakin Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti...

Ini berikutan gelombang kebangkitan yang ditunjukkan rakyat termasuklah juga kebangkitan rakyat di Sabah dan Sarawak pada masakini yang selama ini merupakan "kubu" kuat yang menyumbangkan banyak kerusi parlimen kepada BN..

Anwar berkata..
"buatlah pilihanraya bila pun...
bagilah kepada (peneroka) felda RM15,000.. RM500 pada orang kampung.. RM100 (pada) pelajar..
RM200 (pada) Mahasiswa... it's time to say goodbye.."

Di dalam ceramahnya juga,Anwar turut menyentuh isu Bersih 3.0..
beliau menerangkan kenapa rakyat turun beramai-ramai semasa Bersih 3.0..

Menurut Anwar,perhimpunan Bersih diadakan kerana menuntut pilihanraya yang bersih dan adil..
"isunya apa..? Isunya penipuan pilihanraya.. setelah setengah abad merdeka kita  merintih,menjerit minta fair and free elections.." tambah beliau lagi...



Berikut sedikit gambar Ceramah di Komplek 3K Subang Jaya...







semangat!! tetap hadir.... walaupun berkerusi roda

Setelah BN merompak harta rakyat dan kekayaan negara bagi kepentingan dan keuntungan kroni mereka selama 55 tahun ini...
maka sudah sampailah masanya rakyat menghentikan segala penyelewengan ini...

segalanya akan berubah dalam PRU13 nanti...
percayalah...

No comments:

Post a Comment