Liang Lahad.... |
SIAK MASJID ANTI BERSIH KOYAKKAN BAJU BERSIH MILIK JEMAAH DI DALAM MASJID Posted: 21 May 2012 01:58 AM PDT Inilah padahnya apabila kita kerap menonton media fitnah pro UMNO iaitu TV3 dan RTM dan juga membaca media cetak mereka iaitu Utusan... Sehinggakan kita terpengaruh dengan apa yang dilaporkan.. perkara yang halal,mereka haramkan... perkara haram yang mereka lakukan,mereka halalkan pulak... Nasib yang menimpa seorang jemaah lelaki ketika selesai solat Maghrib di Masjid Saidina Abu Bakar di Nilai,Negeri Sembilan tidak patut berlaku...Baju beliau disentap oleh tok siak ketika beliau sedang bersalaman dengan para jemaah lain sebaik sahaja selesai solat Maghrib... Mengikut sumber email dari harakahdaily "Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak... Ini adalah contoh dimana lelaki (tok siak) yang menganggap Bersih 3.0 sebagai ganas tetapi dia tidak sedar bahawa dialah yang melakukan perbuatan ganas dan kasar terhadap hamba Allah yang lain... lebih-lebih pula di dalam Masjid... Tok siak tersebut kena tahu bahawa syarat-syarat sah solat... dan memakai baju bersih tidaklah membatalkan solat kita.... Syarat sah solat: 1. mengetahui telah masuk waktu. 2. mengetahui arah kiblat. 3. Suci pada tempat dan pakaian. 4. Suci dari hadas besar atau kecil. 5. Menutup aurat. Kesian aku pada Tok Siak tu... kononnya menegakkan kebenaran.. tetapi dia yang sebenarnya "bengkok"... |
SHAFIE APDAL DAN ZAHIDA RAFIK DIDESAK HENTI LAKONAN DAN KEMUKAKAN PENYATA ASAL AKAUN - JINGGA 13. Posted: 20 May 2012 10:06 PM PDT Zahida Rafik sebelum ini menafikan dakwaan yang mengatakan beliau pernah menerima wang yang mencecah ke angka juta dari Menteri UMNO,Shafie Apdal... Bukan sekadar menafikan penerimaan wang tersebut malahan Zahida Rafik membuat kenyataan yang kurang bijak apabila menafikan beliau mengenali Shafie Apdal... Penafian yang agak bodoh itu adalah sama seperti Najib menafikan yang beliau mengenali Altantuya sedangkan bapa Altantuya mendakwa beliau pernah ditunjukkan sekeping gambar Najib Razak bersama Altantuya sebelum Altantuya datang ke Malaysia dan dibunuh kemudiannya diletupkan dengan bom tentera "C4".Sedangkan Shafie Apdal lah yang membayar gaji seorang pemandu peribadi (Noor Azman Azemi) supaya menjadi pemandu peribadi Zahida Rafik... BACA SINI Sebenarnya... pendedahan ini dilakukan kerana PKR ada bukti kukuh... termasuklah penyata kemasukan wang ke akaun Zahida Rafik... jadi,memandangkan penafian demi penafian terus dilakukan oleh kedua-dua individu ini... maka eloklah kiranya mereka mendedahkan penyata akaun bank Zahida Rafik sebagai bukti kepada penafian mereka.... Dan perkara ini juga turut di desak oleh NGO Jingga 13... SKANDAL SHAFIE APDAL DAN ZAHIDA RAFIK : JINGGA 13 CABAR ZAHIDA KEMUKAKAN BUKTI PENYATA AKAUN BANK JINGGA 13 MENYELAR penafian Zahida yang terus menerus menafikan tuduhan yang melibatkan Naib Presiden UMNO , Datuk Seri Shafie Apdal tanpa disertakan sebarang bukti yang kukuh. Penafian demi penafian dari kedua dua belah pihak tidak konsisten dan masih tiada fakta. Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik telah tampil di media dan telah mengaku bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. Malah Noor Azman juga telah mengatakan bahawa sepanjang tiga tahun bekerja beliau kerap membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank. Sehingga hari ini, diberitakan Dato Seri Shafie Apdal masih mendiam diri terhadap segala kenyataan yang didedahkan oleh bekas pemandu Zahida yang pernah dituduh membawa lari duit sebanyak RM200,000 milik Zahida. JINGGA 13 MENCABAR aktres Zahida Rafik untuk mengemukakan salinan sah penyata akaun bank yang didakwa dimasukkan wang yang datang dari Dato Seri shafie Apdal. Jika benar itu adalah hasil dari lakonan dan majlis peragaan fesyen dan bukan dari pemberian Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Naib Presiden UMNO , Zahida wajib mengemukakan resit pembayaran untuk setiap transaksi yang berkaitan. JINGGA 13 mendesak agar Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal supaya menghentikan segala lakonan dan membohongi rakyat yang mahukan kebenarannya. PENAFIAN bahawa Zahida Rafik tidak mengenali Dato Seri Shafie Apdal sangat melucukan banyak pihak. Sebagai seorang pelakon, Zahida tidak perlu melengkapkan 'skrip' yang dilihat menampilkan kebodohan diri sendiri. Justeru, penting disini untuk Zahida Rafik dan Dato Seri Shafie Apdal menjelaskan perkara sebenar , rakyat miskin pasti teruja dengan sikap pimpinan UMNO yang sanggup berbelanja mewah untuk artis melibatkan jutaan ringgit tanpa rasa bersalah dan menimbulkan persoalan daripada manakah wang sebanyak itu diperolehi sama ada oleh Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal. MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI Afy Adriamie Timbalan Setiausaha JINGGA 13 Malaysia. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment