Liang Lahad.... |
- SUDAH LAIN BUNYI - ADNAN YAAKOB KATA POTONG TELINGA DAN TERJUN SUNGAI HANYA "KIASAN",BUKAN BETUL-BETUL.
- FGVH TAHAP KRITIKAL - HARGA SAHAM TURUN KE PARAS HARI PERTAMA IANYA DISENARAIKAN,RM4.55 SESAHAM!!!
- KETUA PEMUDA UMNO SELAYANG PERLI NAJIB HANYA BERANI DENGAN ORANG PARTI SAHAJA!!?
Posted: 30 Nov 2012 11:24 PM PST Semalam Adnan Yaakob mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sanggup telingannya dipotong dan beliau akan terjun ke sungai Pahang sekiranya BN kalah di Parlimen Bentong,Pahang pada PRU 13nanti... Berikut adalah kenyataan beliau.. Namun hari ini MB Pahang tersebut cuba bermain tarik tali berhubung kenyataan beliau semalam dengan mengatakan bahawa potong telinga dan terjun sungai Pahang itu hanyalah sekadar kiasan sahaja.. Ini pula kenyataan Adnan hari ni punya... Bermakna,kalau BN benar-benar kalah di Parlimen Bentong dalam PRU 13 nanti,kita tak boleh lah nak pergi potong telinga MB Pahang ni,dan kita tak boleh ler nak paksa dia terjun ke sungai Pahang.. sebab dia awal-awal lagi dah "tarik balik" kenyataan berapi tu.. Iye lah Adnan.. apa-apa je lah... |
FGVH TAHAP KRITIKAL - HARGA SAHAM TURUN KE PARAS HARI PERTAMA IANYA DISENARAIKAN,RM4.55 SESAHAM!!! Posted: 30 Nov 2012 09:18 PM PST Saham FGVH sudah kembali kepada harga asal pada hari ianya disenaraikan pada 28 June 2012 yang lalu.. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 sesaham,dan hari ni saham FGVH sudah mula merudum pada paras asal hari penyenaraiannya iaitu RM4.55 sesaham.. Segala apa yang dibimbangkan oleh Pakatan Rakyat dan sebahagian peneroka yang celik hati yang tidak setuju penyenaraian ini dilakukan semakin menjadi kenyataan.. Pada tahap ini peneroka Felda tidak perlu bimbang mereka rugi dari segi jualan semula saham.. rugi memang sudah ditahap rugi,tak boleh nak buat apa lagi dah.. tetapi apa yang mereka lebih perlu bimbangkan adalah dengan kemerosotan saham Felda ini memungkinkan Felda dimiliki oleh orang asing.. Jika sampai itu berlaku.. semuanya hanya tinggal satu perjuangan yang sia-sia.. Itulah akibatnya bila kita benarkan pemimpin yang dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya, memimpin kita dan negara ini.. Jangan sampai warisan rakyat marhaen tergadai dek kebodohan pemimpin UMNO dan BN!! Perubahan yang kita perlukan sudah sampai ke tahap mendesak.. kita perlu berubah..!!! |
KETUA PEMUDA UMNO SELAYANG PERLI NAJIB HANYA BERANI DENGAN ORANG PARTI SAHAJA!!? Posted: 30 Nov 2012 05:38 PM PST Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan ni macam perli ke Najib jer bila dia kata "Jangan jadi garang di sini saja, jangan jadi garang dengan orang parti saja, jangan jadi nak tunjuk handal sesama kita... kita nak berperang dengan pembangkang," Sohaimi mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah memerli Presiden UMNO,Najib Razak itu ketika membahaskan usul ekonomi Perhimpunan Agung Umno semalam. Rakyat Malaysia semua tahu mengenai cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib.. tetapi cabaran itu sehingga kini tidak diterima oleh Najib.. Walaupun Anwar mahu memberikan lebih masa kepada Najib di dalam perdebatan itu,dan Anwar juga menawarkan kebebasan kepada Najib sekiranya Najib mahu menyerang isu peribadi beliau,beliau tetap hanya akan bercakap soal ekonomi dan negara tanpa melibatkan isu peribadi Najib.. tawaran sedemikian pun Najib masih tidak berani menyahut cabaran debat Anwar.. Di dalam Perhimpunan Agung UMNO.. Najib sentiasa cuba menampakkan kepada ahli UMNO bahawa dia lah pejuang.. dialah panglima perang.. dialah orang nya yang akan menamatkan riwayat politik Anwar dan Pakatan Rakyat.. Najib menjadi garang di dalam Perhimpunan Agung UMNO.. Tapi hakikatnya.. Najib adalah orang yang pengecut di luar gelanggang.. sehingga kini masih lagi tidak bersedia untuk berdebat dengan Anwar.. Jadi.. kata-kata Ketua Pemuda UMNO Selayang tu sebenarnya elok ditujukan kepada Najib.. Dan aku percaya,bila Ketua Pemuda UMNO Selayang tu berkata.. "Jangan jadi garang di sini saja, jangan jadi garang dengan orang parti saja, jangan jadi nak tunjuk handal sesama kita... kita nak berperang dengan pembangkang," aku percaya,Najib terasa di hati kecilnya tu... Terasa hati kecil Najib... |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment