"tukanglawan"

"tukanglawan"


Guan Eng Malukan umno BN

Posted: 17 Dec 2012 01:01 AM PST


Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

"Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

"Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

"Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

"Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

"Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

"Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini," katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


Dihukum gantung cuma sebab guna perkataan 'kotor dan jahat'

Posted: 17 Dec 2012 09:35 AM PST

Kalau nak kira, 2 perkataan tu pun tak berapa tepat. Mungkin lebih tepat kalau wakil rakyat dari DAP tu guna perkataan busuk dan zalim. BN bukan takat main kotor tapi kotor yang cukup busuk. Bukan takat jahat tapi bertindak zalim. MalaysianInsider melaporkan: SEREMBAN, 17 Dis — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan Anggota Dewan Undangan

Berani sungguh ka puak2 penchachai Umno nak ulang peristiwa 13 Mei tu?

Posted: 17 Dec 2012 04:34 AM PST

Kalau untuk menjatuhkan Umno BN perlu berhadapan dengan keadaan huru-hara, nak buat macamana, terpaksa la dihadapi jugak. Cuma aku ada sikit kemushkilan. Betul ka pihak penchachai Umno BN sanggup nak hadapi kesan dari tercetusnya huruhara tu. Harakahdaily melaporkan: PARIT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila

bm

www.polishop.com.br

www.polishop.com.vc

www.upessencia.com.br

www.lojaperfumesimportados.com.br

www.upessencia.com.br

www.upessencia.com.br

Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


[Video] Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak dari Seri Iskandar

Posted: 16 Dec 2012 09:49 AM PST

 Siaran Langsung dari Seri Iskandar, Perak.   CERAMAH PAKATAN RAKYAT  eval(kod) "Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"    Cenangau Daunkari Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis document.write(iklanbawahposting)

Top100 Ranking Blog PR 16 Disember 2012 - Carta DaunKari

Posted: 16 Dec 2012 05:09 AM PST

Mula-mula aku nak minta maaf kat blogger Idah Salam pasai ada kesilapan sikit dalam carta yang lepas. Sebenarnya blog tu di rangking Malaysia 3942 bukannya 39942 dan patutnya di rangking 35 dalam carta. Untuk carta top50 blog PR pilihan Daunkari kali ni ada sikit naik, 19,441 mata kepada 142,285 mata. Nampaknya ada isu-isu kebelakangan ni yang tarik lebih ramai buka blog PR. Untuk ranking Top50

Liang Lahad....

Liang Lahad....


TEKNIK BARU SI PENCURI BERJAYA DIRAKAM!!

Posted: 16 Dec 2012 01:16 AM PST

Ini satu peringatan buat semua..
terutamanya untuk pemandu wanita yang selalu menggendong beg duit mereka yang besar ke hulu ke hilir tu..

Perlu diingatkan setiap kali masuk ke dalam kereta,pastikan lock pintu kereta terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa aktiviti seperti membetulkan mekap atau tudung...

Dan jangan letakkan apa-apa beg terutamanya yang ada duit di tempat duduk sebelah pemandu..
jika ada beg, letakkan di bahagian bawah di tempat letak kaki di bahagian penumpang sebelah pemandu..
agar beg tersebut terlindung dari pandangan orang luar..

Jadikan ini sebagai peringatan..

ULAMA' TERSOHOR DUNIA ZAKIR NAIK AKUI TIADANYA PAKSAAN DALAM BERAGAMA

Posted: 15 Dec 2012 11:54 PM PST


Negara kita tidak beberapa lama dulu pernah dikejutkan apabila para pemimpin UMNO secara tidak segan silu memperlihatkan betapa mereka tidak memahami agama..

Atau lebih tepat lagi, mereka secara jelas memperlihatkan mereka tidak bersetuju sangat dengan ayat-ayat Al Quran mengenai tiadanya paksaan di dalam agama...


Apabila ada seorang insan yang mengatakan bahawa hukum ayat Al Quran di dalam Surah Al Baqarah itu hukumnya merangkumi semua bangsa termasuklah melayu,maka berbondong-bondonglah UMNO dan media upahannya mengecam insan tersebut...

Mereka cuba mengatakan bahawa dalam konteks negara ini.. ayat itu tidak terpakai ke atas bangsa melayu..

Malah ada yang meminta supaya kenyataan tersebut disiasat dibawah Akta Hasutan..
sedangkan  Al Quran sendiri menegaskan bahawa tiadanya paksaan dalam beragama..

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." ~ Al Baqarah 256.

Namun...
Ulama' tersohor dunia Islam masa kini,Zakir Abdul Karim Naik, turut memperakui kebenaran ayat Al Quran itu bahawa tiadanya paksaan dalam agama..
malah katanya Islam melarang sebarang paksaan di dalam beragama..

Untuk pengetahuan..
Zakir Naik ini adalah pakar dalam perbandingan antara agama didunia ini..

Berikut adalah kenyataan beliau yang memperakui kebenaran ayat-ayat Allah tersebut..


Pelikkan..
semua ummat Islam di dunia ini memahami apa yang di sampaikan oleh Allah melalui wahyu kepada Nabi Muhammad SAW di dalam surah Al Baqarah ayat 256 itu,adalah ditujukan kepada semua bangsa didunia ini..
hanya UMNO sahaja yang ada masalah dengan ayat tersebut...

Jadi,adakah UMNO akan mendakwa Zakir Naik ini hanya kerana beliau bersetuju dengan Surah Al Baqarah ayat 256 itu..?

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Kesemua Calon Melayu Yang Tanding Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Tertewas !!

Posted: 15 Dec 2012 09:02 PM PST

GEORGETOWN, 16 Dis - Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tersingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, semalam. Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Zairil cuma memperolehi 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015. Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28). Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi. "Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya. Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti. "Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," tambahnya.

Rakyat Malaysia Di Syaki Pengganas Di Tembak Mati !

Posted: 15 Dec 2012 08:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis - Seorang rakyat Malaysia, dipercayai pengganas, ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao pada Jumaat. Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (foto) berkata Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikatakan bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya sebelum ditembak. "Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Filipina) (8.40 malam waktu Malaysia), suspek bersama isterinya, Annabel Nieva Lee warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel penginapannya sebelum didatangi anggota polis," katanya. Mohamad Fuzi berkata isteri suspek turut ditahan pihak berkuasa Filipina untuk diambil keterangan. "Pihak Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan polis Filipina untuk mengesan identiti sebenar suspek," katanya. Difahamkan Mohd Noor Fikrie, yang berasal dari Kedah, berada di Filipina sejak beberapa bulan lepas dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI). Suspek dipercayai ke bandar itu bagi meletupkan bom yang diperbuat daripada mortar 60mm.

"tukanglawan"

"tukanglawan"


Live Anwar Ibrahim di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Pulau Pinang

Posted: 15 Dec 2012 07:33 AM PST

LIVE: DS Anwar Ibrahim sedang berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Pulau Pinang

Broadcasting live with Ustream
atau klik link disebelah http://www.ustream.tv/channel/penangtv



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


Majlis Syura' dah luluskan nama Kadir Syeikh Fadzil sebagai calon PAS?

Posted: 15 Dec 2012 09:50 AM PST

Tapi kalau nama pemilik beberapa buah mahligai yang cukup mewah ni Majlis Syura' memang dah luluskan sebagai calon yang akan bertanding atas tiket PAS, aku tak heran kalau lepas ni orang akan belasah Majlis Syura' kaw-kaw punya. Sebelum ni aku dah tulis 2 artikel pasai khabar angin yang Kadir Sheikh Fadzir akan jadi calon PAS dalam PRU13 nanti. Yang pertama "Berita Gempar!!! Kadir Sheikh

Liang Lahad....

Liang Lahad....


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS DI AGROFEST SHAH ALAM MALAM INI!!

Posted: 15 Dec 2012 06:36 AM PST

Pada malam ini bertempat di tapak AgroFest di perkarangan stadium Shah Alam telah diadakan ceramah Ustaz Azhar Idrus...

Dan sepertimana kebiasaan ceramah Ustaz Azhar Idrus,kehadiran amat ramai...

Ramai warga Shah Alam tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar ceramah UAI secara live..
aku pun tidak melepaskan peluang yang ada ini..

Exco Negeri Selangor,YB Yaakob Sapari turut berada dan duduk di sebelah UAI sepanjang ceramah diadakan..

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam tadi...