Liang Lahad.... |
TEKNIK BARU SI PENCURI BERJAYA DIRAKAM!! Posted: 16 Dec 2012 01:16 AM PST Ini satu peringatan buat semua.. terutamanya untuk pemandu wanita yang selalu menggendong beg duit mereka yang besar ke hulu ke hilir tu.. Perlu diingatkan setiap kali masuk ke dalam kereta,pastikan lock pintu kereta terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa aktiviti seperti membetulkan mekap atau tudung... Dan jangan letakkan apa-apa beg terutamanya yang ada duit di tempat duduk sebelah pemandu.. jika ada beg, letakkan di bahagian bawah di tempat letak kaki di bahagian penumpang sebelah pemandu.. agar beg tersebut terlindung dari pandangan orang luar.. Jadikan ini sebagai peringatan.. |
ULAMA' TERSOHOR DUNIA ZAKIR NAIK AKUI TIADANYA PAKSAAN DALAM BERAGAMA Posted: 15 Dec 2012 11:54 PM PST Negara kita tidak beberapa lama dulu pernah dikejutkan apabila para pemimpin UMNO secara tidak segan silu memperlihatkan betapa mereka tidak memahami agama.. Atau lebih tepat lagi, mereka secara jelas memperlihatkan mereka tidak bersetuju sangat dengan ayat-ayat Al Quran mengenai tiadanya paksaan di dalam agama... Apabila ada seorang insan yang mengatakan bahawa hukum ayat Al Quran di dalam Surah Al Baqarah itu hukumnya merangkumi semua bangsa termasuklah melayu,maka berbondong-bondonglah UMNO dan media upahannya mengecam insan tersebut... Mereka cuba mengatakan bahawa dalam konteks negara ini.. ayat itu tidak terpakai ke atas bangsa melayu.. Malah ada yang meminta supaya kenyataan tersebut disiasat dibawah Akta Hasutan.. sedangkan Al Quran sendiri menegaskan bahawa tiadanya paksaan dalam beragama.. "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." ~ Al Baqarah 256. Namun... Ulama' tersohor dunia Islam masa kini,Zakir Abdul Karim Naik, turut memperakui kebenaran ayat Al Quran itu bahawa tiadanya paksaan dalam agama.. malah katanya Islam melarang sebarang paksaan di dalam beragama.. Untuk pengetahuan.. Zakir Naik ini adalah pakar dalam perbandingan antara agama didunia ini.. Berikut adalah kenyataan beliau yang memperakui kebenaran ayat-ayat Allah tersebut.. Pelikkan.. semua ummat Islam di dunia ini memahami apa yang di sampaikan oleh Allah melalui wahyu kepada Nabi Muhammad SAW di dalam surah Al Baqarah ayat 256 itu,adalah ditujukan kepada semua bangsa didunia ini.. hanya UMNO sahaja yang ada masalah dengan ayat tersebut... Jadi,adakah UMNO akan mendakwa Zakir Naik ini hanya kerana beliau bersetuju dengan Surah Al Baqarah ayat 256 itu..? |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment