"tukanglawan"

"tukanglawan"


Isu Nurul Izzah Utusan Canang, Mahadey Hina Al-Quran Senyap Pulak.

Posted: 06 Nov 2012 02:00 PM PST

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,
" tegasnya lagi.

Nurul Izzah merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.

Baiklah, soalan "tukanglawan" mudah sangat, akhbar utusan milik siapa?, akhbar utusan kan milik umno, Nurul Izzah bukan orang umno, Nurul Izzah mahu lawan umno, jadi kenapa kita mahu percaya utusan?. dalam isu ini utusan serang Nurul Izzah, seolah-olah utusan itu sangat mahu bela Islam, tapi dalam isu soi lek kenapa utusan diam, dalam isu mahathir hina Al-Quran, Hina nabi dan perlekeh Islam , kenapa utusan jadi bisu?.

Jawapannya mudah, utusan memang sekarang cari dan putar isu supaya Pakatan Rakyat atau Pemimpinnya nampak seolah-olah anti Islam, Kenapa, Kerana Utusan Mahu menipu pembaca yang kebanyakkannya melayu, melayu yang sangat senang tertipu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

AES, Anak Pemimpin umno Jugak Yang Akan Kaya.

Posted: 06 Nov 2012 12:30 AM PST


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).
Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong.
Katanya, ibu pemilik saham syarikat berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

Manakala katanya, pemegang saham kedua terbesar dikatakan pernah mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Apakah ini secara kebetulan? Kedua-dua kementerian ini di bawah menteri MCA. Apakah ada hubungan rahsia antara pemegang saham kedua terbesar dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini," soal beliau dalam sidang media di lobi Parlimen.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Beliau turut menunjukkan salinan maklumat berkenaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana Redzuan adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, ternyata melalui maklumat ini menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ceramah ummi halfida, umno Dah Tak Berani Letak Logo Parti Di Banner

Posted: 05 Nov 2012 10:30 PM PST

Semua orang tahu siapa ummi halfida, darah daging sendiri pun sanggup difitnahnya kerana bertuankan umno, dan semua orang tahu, kalau ceramah ummi halfida, ia takkan sah tanpa caci maki dan fitnah. 

Cuma nampaknya umno dan be end dah tak letak logo parti dekat banner ceramah mereka, kenapa agaknya? 


Agaknya, diorang dah tahu, kalau letak logo umno atau be end orang tak mahu datang ceramah, tapi tak apa lah, muka ummi tu pun dah sama macam logo umno, orang menyampah tengok.kah..kah..kah.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

be end Dan umno Macam Komunis.

Posted: 05 Nov 2012 08:30 PM PST

Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.

Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah.

Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.

Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:-

Ciri pertama: Autokrasi

Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.

Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.

Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum.

Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO.

Ciri kedua : Majoriti Dua Pertiga

BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). UMNO ialah pertubuhan politik bangsa Melayu. Justeru itu, bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO dan mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Apabila bangsa Melayu bersatu mengundi BN, maka BN berupaya membentuk kerajaan majoriti mudah (simple majority). Apabila bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO, maka pribumi dari Sabah dan Sarawak juga bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Bangsa Cina dan India ialah pengundi minoriti. Apabila bangsa Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka bangsa Cina dan India tidak ada pilihan selain daripada menyokong dan mengundi BN dalam pilihan raya umum atau berada dalam pembangkang.

Apabila bangsa Melayu, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak, bangsa Cina dan India bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka kerajaan BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3).

Kerajaan majoriti dua pertiga tidak memberi peluang kepada pembangkang mengganti kerajaan BN. Justeru itu, Kerajaan BN dicipta untuk memerintah selamanya. Kerajaan yang tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change) ialah kerajaan satu-sistem.

Bagi saya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Contoh kerajaan satu-parti ialah kerajaan PAS di negeri Kelantan atau kerajaan Berjaya atau PBS di Sabah satu ketika dahulu. Contoh kerajaan campuran ialah kerajaan PKR-PAS-DAP di negeri Selangor.

Kerajaan satu-sistem bukan kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Kerajaan satu-sistem menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman (Judiciary) tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri. Perlantikan ketua Polis,Tentera atau Ketua Hakim Negara ditentukan oleh Perdana Menteri.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, maka Perdana Menteri menguasai semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian Kewangan. Justeru itu, Perdana Menteri berkuasa mutlak menganugerah projek-projek secara terus (direct award), rundingan (negotiated), terpilih (selected) atau projek-projek penswastaan (privatisition).

Kerajaan BN menguasai media massa, media elektronik atau badan-badan NGO's terletak di bawah kuasa dan budibicara Perdana Menteri.

ISA juga terletak di bawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak mengambil atau tidak tindakan terhadap menteri-menteri atau ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar yang rasuah.

Justeru itu, kerajaan ini tidak tertakluk kepada prinsip pemisahan kuasa antara badan Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

Kerajaan ini juga tidak tertakluk kepada prinsip ketelusan, imbangan dan sekatan, amanah dan pertanggungjawaban (not subject to checks and balances, integrity and accountability).

Kerajaan BN juga mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara (The ends justify the means) untuk mendapat kuasa atau mengekalkan kuasa.

Justeru itu, kerajaan BN berkuasa mutlak. Pepatah Inggeris menyatakan, "Power corrupts. Absolute power, corrupts absolutely". Kuasa mengakibatkan rasuah. Kuasa mutlak mengakibatkan rasuah mutlak. Rasuah mutlak mengakibatkan ketagih hingga ketahap 'kleptomania'.

Ciri Ketiga : Sinonim Dengan Komunis

Adalah terbukti bahawa sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik komunis. Sistem politik komunis berpaksikan ahli-ahli parti kerajaan komunis untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli parti kerajaan komunis itu. Justeru itu, apabila pilihan raya umum diadakan kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change).

Sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Ciri keempat: Pecah dan Perintah

BN memecahbelah bangsa Melayu dan umat Islam kepada ahli dan bukan ahli, bangsa Cina kepada ahli dan bukan ahli, bangsa India kepada ahli dan bukan ahli, Pribumi Sabah dan Sarawak kepada ahli dan bukan ahli. Justeru itu, sistem politik BN memecahbelah rakyat Malaysia kepada ahli dan bukan ahli.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung BN Adnan Mansor, dalam akhbar, The New Straits Times, pada 9 September 2010, jumlah ahli-ahli BN ialah 7 juta orang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi dalam negara ialah 10,922,139 (SPR). Adalah terbukti bahawa majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Justeru itu, sistem politik kerajaan BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan kerana majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Apabila ahli-ahli BN mengundi BN setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka kerajaan BN tidak tertakluk kepada perubahan selamanya (not subject to regime change forever).

Apabila kerajaan tidak tertakluk kepada perubahan, maka nasib rakyat Malaysia ialah sama seperti rakyat negara komunis atau rakyat negara Brunei Darussalam. Kerajaan negara Brunei Darussalam juga tidak tertakluk kepada perubahan selamanya.

Rakyat Malaysia bernasib baik apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan pada 28 Mei 2010, dalam akhbar The New Straits Times, bahawa ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484. Apabila ahli-ahli BN ialah 7 juta, maka ahli-ahli anggota komponen ialah 3,840,516.

Daripada kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung BN, ahli-ahli anggota komponen sudah mengetahui bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis untuk memenangi pilihan raya umum.

Presiden UMNO dan Perdana Menteri juga mengamalkan kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, rasuah mutlak, tidak tertakluk kepada perubahan dan menjadikan rakyat Malaysia seperti hamba, maka ahli-ahli anggota komponen berjumlah 3,840,516 sudah tentu tidak sanggup diperalatkan untuk mengamal sistem politik komunis.

Tambahan pula, ahli-ahli anggota komponen mempunyai pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat bagi menjadi pemerintah baru negara.

Gabungan atau campuran antara PKR, PAS dan DAP tidak berpaksikan sistem politik BN. Setiap parti PKR, PAS dan DAP bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kekuatan politik mereka tersendiri. Tidak ada kuda tunggangan dalam gabungan campuran sebegini.

Gabungan atau campuran tidak berpaksikan undi ahli-ahli untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah rakyat. PKR, PAS dan DAP berpaksikan undi rakyat. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP berpaksikan sistem politik demokrasi.

Sistem politik demokrasi memberi hak dan kebebasan untuk memilih atau menukar kerajaan dalam pilihan raya umum. Justeru itu, kerajaan rakyat tertakluk kepada perubahan (subject to regime change). Tidak ada kerajaan yang maksum (perfect) di dunia.

Justeru itu, menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang, rakyat Malaysia bebas untuk mengundi kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, resuah mutlak, kerajaan komunis, tidak tertakluk kepada perubahan dan untuk menjadi hamba kepada Perdana Menteri iaitu kerajaan BN selamanya atau memilih pihak lain.

Ahli-ahli anggota komponen BN berjumlah 3,840,516 juga boleh untuk tidak diperalatkan oleh UMNO atau jadi kuda tunggangan UMNO untuk mengamal sistem politik komunis atau sebaliknya.

Bagi saya, hanya kroni-kroni Perdana Menteri (Presiden-Presiden anggota komponen) dan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484 akan mengundi BN.

Jika begitu, sistem politik BN sudah tidak releven apabila ahli-ahli anggota komponen menolak sistem politik BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, rakyat Malaysia di Semenanjung sudah membuat keputusan untuk menolak kerajaan BN kerana sudah terlalu lama dan terlalu rasuah.

Tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, BN tentu sudah kehilangan kuasa. Dalam pada itupun, BN hanya berupaya mengekalkan kuasa dengan majoriti mudah saja. Justeru itu, bagi saya, sistem politik BN sudah tidak releven.

Setelah rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui (melalui kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung) bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis, maka lebih banyak rakyat di Semenanjung tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008 lalu.

Saya juga yakin, rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang setelah mengetahui bahawa kerajaan BN ialah sama seperti kerajaan komunis.

Justeru itu, bagi saya dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, BN akan kehilangan kuasa. Majoriti bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak akan menolak sistem politik kerajaan BN kerana sistem politik BN sama seperti sistem politik komunis.

Rumusan

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menyatakan, "Prosperity is no substitute for demokrasi". Kemakmuran negara bukan pengganti demokrasi. Demikian penjelasan beliau apabila diminta memberi komen tentang sistem politik demokrasi berbanding dengan sistem politik komunis dalam lawatan beliau ke negara Myanmar dalam bulan Mac 2012 lalu.

Ekonomi negara China ialah kedua terbesar di dunia dan sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi negara China tetap mengamalkan sistem politik komunis. Negara Russia mengadakan pilihan raya umum, tetapi pilihan raya umum dimanipulasi untuk memihak kepada kerajaan komunis.

Kerajaan diktator Hosni Mubarak mengadakan pilihan raya umum. Setiap kali pilihan raya umum diadakan NDP, iaitu parti Hosni Mubarak memenangi antara 80 peratus atau 90 peratus undi. Sebabnya, pengiraan undi diadakan dalam Kementerian Dalam Negeri. Peti undi yang kalah diganti dengan peti undi yang sudah berisi dan menang.

Rakyat benci kepada kerajaan Hosni Mubarak, tetapi setiap kali pilihan raya umum diadakan, NDP mendapat undi luar biasa. Akhirnya, revolusi Arab Spring dilancarkan untuk mengguling kerajaan Hosni Mubarak.

Adalah diingatkan bahawa kerajaan komunis, diktator atau raja berkuasa mutlak mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Semua cara halal atau tidak digunakan untuk mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa termasuk mengenepikan perintah Allah, menipu, membunuh, berlaku zalim dan ketepikan hak asasi dan kebebasan rakyat.

Akhir sekali, BN berpaksikan undi ahli-ahli BN untuk memenangi pilihan raya umum. Sewajarnya BN dijadikan pertubuhan politik agar individu berhak menjadi ahli. Sebaliknya ahli-ahli BN ialah ahli-ahli anggota komponen. Tetapi dalam pilihan raya umum, ahli-ahli anggota komponen diperintah untuk mengundi BN. Justeru itu, ahli-ahli anggota komponen hanya diperalatkan agar Perdana Menteri BN berkuasa mutlak dan mengamal rasuah mutlak.

Perkara ini sudah lama dipersoalkan oleh anggota BN tetapi tidak diendahkan. Tetapi anggota komponen tidak terdaya membuat tindakan. Pilihan ialah menyokong sistem politik BN atau berada dalam pembangkang.

Tetapi, keadaan sudah berubah. Bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pilihan mengundi gabungan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum untuk memerintah dan biarkan BN jadi pembangkang kerana BN mengamalkan sistem politik komunis, berkuasa mutlak dan mengamalkan rasuah mutlak.

 (NOTA : Datuk Yahya Lampong adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ketika pembentukan DEB dan selepas itu pembentukan SEDC bagi semua negeri, penulis dilantik menjadi Pengurus Besar Sabah SEDC yang pertama. Beliau telah mengiytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.)


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bukti !! Bagi Wang BR1M Jelas Bermotif Politik.

Posted: 05 Nov 2012 06:00 PM PST

Semua dah tahu pemberiaan wang bantuan rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) memang berniat politik, kerajaan umno dan barisan nasional memang tak pernah iklas nak beri, semua yang mereka lakukan pasti ada niat terselindung.

Dalam kes pemberian BR1M kali ke 2 ini, mereka sebenarnya tidak berniat mahu bantu ringankan beban hidup rakyat, apa yang mereka lakukan memang berniat mahu pancing undi.

Jadi tak keterlaluan jika kita panggil ini Rasuah pilihanraya.

Kenapa "tukanglawan" kata pemberian ni memang berniat mahu pancing undi, sila lihat gambar dibawah.



Kalau betul iklas, mengapa mahu tahu kawasan parlimen dan daerah mengundi pemohon, jelaslah ini bukti pemberian ini memang bermotif politik, jadi tak perlulah kata ini pemberian iklas, umno dan Be end akan lalukan sesuatu hanya untuk survival politik mereka.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Untuk Orang Bujang, Sila Baca Ini.

Posted: 05 Nov 2012 04:00 PM PST


BR1M dah nak keluar, kali ini orang bujang pun dapat jugak, KERAjaan nak bagi RM250 untuk orang bujang dan RM500 untuk mereka yang dah bekeluarga.
RM250 tu taklah banyak, dalam zaman sekarang ni dengan jumlah tu, berjimat macam mana pun sekejap je habis, barang makin mahal, kenapa mahal sebab 2 gula naik, sebab minyak naik, paling teruk bila minyak dinaikkan harganya, maka semua benda akan jadi mahal.
Cepat-cepatlah kita pegi tuntut duit kita RM250 tu, kita kena ingat bila terima duit tu nanti, itu bukan duit umno, bukan duit dari poket yb umno, bukan jugak dari poket najib apa lagi rosmah, itu duit Kerajaan, duit kerajaan tu maksudnya duit rakyat.

Dan jangan pulak nanti terima RM250 tu nak cium tangan macam la pemimpin umno pemberi rezeki, diorang ni kalau ALLAH tak beri rezeki pun diorang tak dapat makan jugak, jadi ambil duit tu, itu duit rakyat, duit tu hak kita.

Dah isi borang nanti submit cepat, masa nak terima nanti buat muka manis, senyum je, dan bila dah dapat nanti cakap takyah la cium tangan pemimpin umno yang bagi tu, dan paling penting nanti lepas dapat jangan undi be end pulak. kita kene bijak sebelum diorang tipu kita balik.

Kalau bukan sebab umno dah goyang dan tahu diorang nak kalah, agak-agak diorang nak bagi tak?, jawapannya takkan bagi punya.

Ok la, selamat ambik duit korang, jangan undi be end, sebab kalau diorang terus memerintah diorang akan collect balik duit tu, tak makin banyak kamera AES diorang pasang, harga barang nanti akan naik lagi. so jadi bijak untuk menipu sang penipu .

Klik sini untuk tuntut duit korang


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment