Liang Lahad.... |
- 8548.83 HEKTAR HUTAN SIMPAN HILANG AKIBAT KERAKUSAN KERAJAAN BN PERAK!!!
- NAJIB TIRU ANWAR LAGI !!! TAK BEST LE MACAM NI..
- ISU NURUL IZZAH - RAKYAT TERKEJUT SULTAN SELANGOR TERKEJUT!!
- TERKINI!! HARI INI SAHAM FELDA JATUH PALING RENDAH SEJAK DISENARAIKAN!!!
8548.83 HEKTAR HUTAN SIMPAN HILANG AKIBAT KERAKUSAN KERAJAAN BN PERAK!!! Posted: 07 Nov 2012 07:50 AM PST Hutan Simpan Kekal di Perak kini semakin terhapus dan ini sekaligus menyebabkan berkurangnya kawasan tadahan hujan.. Kerakusan kerajaan BN Perak dibawah pimpinan Zambry sejak memegang jawatan MB dalam February 2009 sehingga kini telah menyebabkan seluas 8548.83 hektar hutan simpan kekal telah pun dimansuhkan.. Kita perlu ingat.. Zambry angkat sumpah jadi MB dalam bulan February 2009.. jumlah hutan simpan yang hilang ni adalah mengikut pewartaan bermula dari May 2009,iaitu 3 bulan selepas Zambry diangkat jadi MB.. Jadi memang sah kerajaan Zambry ni yang bertanggungjawab sepenuhnya kehilangan hutan simpan yang menjadi tempat tadahan hujan di Negeri Perak... Pegawai Penyelidik Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, sejak 21 Mei 2009 hingga 2 Mac 2012, seluas 8548.83 hektar kawasan HSK telah dimansuhkan. "Jumlah yang saya nyatakan itu berdasarkan pewartaan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan jumlah itu belum lagi diganti. "Pemansuhan HSK seharusnya dikaji dari segi kesan kerana setiap kawasan HSK itu mempunyai fungsi yang tersendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Meor Razak berkata, sebagai contoh pemansuhan HSK Pondok Tanjung sebelum ini memberikan impak kepada kawasan Kerian apabila daerah itu kerap dilanda banjir. Katanya, HSK Pondok Tanjung berkenaan pada asalnya kawasan tadahan hujan dan selepas ia dimansuhkan tasik Bukit Merah menjadi cetek dan tidak mampu menampung jumlah air jika hujan lebat. Menurutnya, tindakan pemansuhan HSK yang dibuat memberikan impak kepada alam sekitar dan penduduk setempat. "Ini merupakan salah satu contoh jika HSK dimansuhkan tanpa ada sebarang kajian dan penggantian dibuat. "Kita faham dan tidak menolak pembangunan yang dilaksanakan kerajaan. Tetapi sebaik-baiknya ia dikaji dengan teliti sebelum dilaksanakan," katanya. Beliau berkata, pemansuhan HSK juga hanya memberikan keuntungan sementara kepada Kerajaan Negeri sebaliknya jika ia dipelihara, hasil hutan itu boleh dinikmati untuk kepentingan generasi akan datang. Katanya, isu pemansuhan HSK ini lebih besar daripada isu pencerobohan haram HSK kerana pemansuhan akan memusnahkan keseluruhan hutan sebaliknya pencerobohan boleh dikawal dengan penguatkuasaan. "Kita harap Kerajaan Negeri bertindak segera menggantikan HSK yang telah dimansuhkan itu mengikut Seksyen 12, Akta Perhutanan 1984, " katanya. Nak selamatkan Perak,BN perlu ditumbangkan..!! | ||
NAJIB TIRU ANWAR LAGI !!! TAK BEST LE MACAM NI.. Posted: 07 Nov 2012 04:52 AM PST
seolah-olah Najib ni dah kehabisan idea dah.. Boleh diibaratkan Najib hanya menanti sajer apa yang akan Anwar buat.. kalau dia tengok Anwar lakukan sesuatu,Najib akan masukkan dalam jadual dia dan akan lakukan yang sama seperti yang Anwar dah buat tu.. Kita tengok sahaja lah tentang Google Hangout.. Anwar berinteraksi di Google Hangout pada 17 August 2012.. Tak lama selepas tu Najib pulak tiru dengan mengadakan sesi Google Hangout pada 29 September 2012.. Cuma malangnya ketika Google Hangout Najib,beliau diajukan soalan-soalan panas dari rakyat yang tak sukakan Najib yang membuatkan Najib merah padam mukanya,malahan beliau mendapat "dislike" yang begitu banyak berbanding Anwar yang mendapat beribu-ribu "like". Tu belum lagi cerita bab Najib meniru buku jingga tu.. Dan buat sekian kalinya.. Najib meniru lagi.. Kali ni Najib mahu berjumpa dengan Hindraf selepas seminggu Anwar berjumpa dengan Hindraf.. Anwar bertemu dengan Hindraf pada 2 November 2012 baru-baru ni di Parlimen Lepas ni tak tahu apa lagi yang Najib akan tiru dari Anwar.. cuma perbezaannya adalah.. Pertemuan antara Hindraf dan Anwar adalah di atas permintaan Hindraf.. pertemuan Najib dan Hindraf (kalau jadi) adalah atas permintaan Najib sendiri.. Jadi kita boleh nilai siapa yang nampak sangat terdesak untuk mengambil hati masyarakat India.... Kalau dah semua benda nak ditiru.. baik tak payah jadi PM... baik suruh je Anwar tu jadi PM... Tak best lah macam ni kalau asyik nak meniru jer.. | ||
ISU NURUL IZZAH - RAKYAT TERKEJUT SULTAN SELANGOR TERKEJUT!! Posted: 07 Nov 2012 12:20 AM PST Utusan melaporkan bahawa Sultan Selangor terkejut dengan isu Nurul Izzah yang mengambil ayat Al Quran,di dalam surah Al Baqarah ayat 256 yang berbunyi :- "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.." Dalam kenyataan Nurul Izzah yang disensasikan oleh UMNO tanpa usul periksa tu.. Nurul Izzah mengatakan tiada paksaan dalam menganuti agama Islam tetapi selepas menganutinya ada paksaan di dalam mentaati perintah Allah dan Nurul Izzah juga menjelaskan ini termasuk larangan untuk murtad (keluar dari Islam).. Kenyataan Nurul Izzah itu memang selari dengan ayat Al Quran.. Jadi aku tak tahulah dengan tajuk Utusan ni samada Sultan Selangor tu terkejut dengan kepandaain Nurul Izzah di dalam pemahaman Al Quran.. atau pun Sultan Selangor terkejut melihat betapa bodohnya pemahaman UMNO dan MAIS di dalam mentafsir ayat Al Quran.. Sebab yang beri komen "terkejut" tu hanyalah dari Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa.. dia je yang disahkan terkejut,Sultan belum tentu terkejut lagi.. Dalam akhbar sinar harian pun yang menyatakan terkejut tu adalah Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa tu jugak.. jadi aku tak pasti samada Sultan memang ada memberi respon terkejut dalam isu ini.. Tetapi jika benarlah Sultan Selangor terkejut kerana Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang mungkin beliau anggap tidak patut.. Aku rasa dengan kebijaksanaan Sultan Selangor ni,mungkin beliau 10 kali terkejut dengan kenyataan Tun M dahulu yang menyatakan hukum hudud tu zalim.. Juga Sultan Selangor mungkin terkejut sama dengan kenyataan Tun M yang manusia di dunia ini tak perlu mengkagumi Nabi Muhammad sangat,kerana jika Allah tak turunkan Muhammad,Allah akan turunkan lelaki lain sebagi Rasul,kata Tun M secara selamba tanpa rasa bersalah.. Mungkin juga Sultan Selangor akan rasa terkejut dengan kenyataan Presiden MCA,Chua Soi Lek yang secara terang-terangan menghina hudud dan Islam,apabila beliau mengatakan 1.2 juta rakyat akan terjejas jika hudud dilaksanakan dan negara-negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang korup. Mesti Sultan rasa terkejut punyalah dengan kenyataan Tun M dan Chua Soi Lek tu.. lebih-lebih lagi MCA adalah komponen BN.. Sultan adalah seorang yang bijak.. mana mungkin Sultan hanya terkejut dengan isu Nurul Izzah ni sahaja.. Cuma untuk bersangka baik,kita anggap sahaja terkejutnya Sultan pada ketika berlakunya penghinaan Islam oleh Tun M dan Chua Soi Lek tu wartawan tak sempat melaporkan.. jadi kita tak tahu Sultan sebenarnya mungkin terkejut juga pada waktu tu... kah..kah..kah.. | ||
TERKINI!! HARI INI SAHAM FELDA JATUH PALING RENDAH SEJAK DISENARAIKAN!!! Posted: 06 Nov 2012 11:26 PM PST Saham Felda jatuh lagi merudum hari ini apabila ditutup pada harga Rm4.62 sesaham.. jumlah penurunan yang paling teruk paling rendah sejak diniagakan pada 28 June 2012 yang lalu.. Pada 28 June yang lalu saham Felda diniagakan pada harga RM4.55 sesaham.. kemudian naik pada harga RM5.33 dan pada waktu itu orang UMNO ada yang menunjukkan graf kenaikan saham pada peneroka sambil mengatakan segala kebimbangan yang dibangkitkan Pembangkang adalah tidaj berasas.. Sekarang ni aku cabar UMNO Cawangan.. UMNO Bahagian.. pergilah bawa peneroka semua tu ke cyber cafe tunjukkan dorang graf ni... Walaupun KWSP cuba membantu menaikkan saham Felda ni tapi nampaknya tetap tak menjadi.. Memang kalau kita bagi orang yang tak pandai berniaga menguruskan perniagaan,memang alamat melingkuplah perniagaan tu.. Kesian peneroka Felda.. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment