Liang Lahad.... |
- SELANGOR ADAKAN PILIHANRAYA BERSAMA JIKA PARLIMEN BUBAR MARCH 2013!!
- MEMANG BERANI!! NAJIB AKAN JAWAB DAKWAAN DEEPAK ESOK!!!
- HARI NI SAHAM FELDA MERUDUM KE PARAS TERENDAH,AHMAD MASLAN SALAHKAN PR!!
- VIDEO CERAMAH USTAZ UMNO YANG MENYURUH RAKYAT PALESTIN KELUAR DARI BUMI PALESTIN!!!
- KERAJAAN BN LARANG JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI KERJASAMA DENGAN SELANGOR!!!
SELANGOR ADAKAN PILIHANRAYA BERSAMA JIKA PARLIMEN BUBAR MARCH 2013!! Posted: 30 Nov 2012 08:19 AM PST Kerajaan Selangor akan mengadakan pilihanraya DUN bersama dengan Parlimen sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan untuk membubarkan Parlimen Malaysia pada bulan March 2013.. Kerajaan Selangor sebelum ini membuat pendirian akan mengadakan pilihanraya DUN berasingan sekiranya Kerajaan Pusat memilih mengadakan pilihanraya pada tahun ini.. Ini kerana mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor adalah mandat selama 5 tahun,jadi sememangnya Kerajaan Negeri Selangor patut menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di Negeri Selangor. "Saya tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini, jadi kalau dibubarkan pada Mac depan, Selangor tiada pilihan lain,". Dalam tempoh pentadbiran hampir 5 tahun ini,kerajaan Pakatan Rakyat banyak melakukan kebajikan kepada rakyat Selangor di samping pentadbiran yang cekap dan telus.. Banyak kebajikan yang kita dapati sebaik sahaja pentadbiran negeri bertukar tangan.. Antara yang paling popular adalah pemberian 20 meter padu air percuma (bersamaan RM11 setiap bulan) di mana banyak keluarga menikmati bil semasa berjumlah RM0.00.. ini sebagai contohnya.. [BIL AIR SEMASA RAKYAT SELANGOR] Tidak dilupakan juga.. atas jasa dan keperihatinan Kerajaan Negeri,gaji guru-guru KAFA di Selangor telah dinaikkan sebanyak RM600.. gaji guru KAFA semasa di zaman UMNO hanyalah sebanyak RM700 sebulan.. berpuluh-puluh tahun mereka dapat gaji yang sedikit,sedangkan harga barang dan kos sara hidup meningkat setiap tahun.. Kini dalam hanya kurang 5 tahun,gaji guru KAFA di Selangor telah menjadi RM1,300 sebulan.. lihat sini "pay slip" gaji guru KAFA selepas Pakatan Rakyat tadbir Selangor.. [GAJI GURU KAFA SELEPAS PAKATAN PERINTAH SELANGOR] Kalau kita bercakap soal kecekapan dan telus pula.. hasil pasir adalah satu contoh yang terbaik untuk kita bandingkan.. mari kita fikirkan bagaimana di zaman UMNO,hasil jualan pasir hanya sekadar RM2.9 juta setahun,sedangkan apabila Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,hasil pasir boleh meningkat menjadi RM16 juta setahun.. Adakah pemimpin UMNO sorokkan jumlah perbezaan jualan hasil pasir tu..? RM2.9 juta vs RM16 juta ,satu perbezaan jumlah yang sangat besar.. untuk lihat perbandingan hasil pasir Selangor antara zaman UMNO dan Pakatan Rakyat.. lihat sini.. [HASIL PASIR SELANGOR - ZAMAN BN VS ZAMAN PR] Dalam tempoh kurang 5 tahun,PR berjaya mengalahkan prestasi BN selama 55 tahun.. itulah sebabnya aku sangat menyokong pendirian Kerajaan Selangor untuk menggunakan mandat yang di beri dengan sebaik-baiknya.. Bayangkan sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir lebih lama lagi di Selangor ini.. dan bayangkan pula sekiranya pentadbiran yang berkebajikan seperti ini mentadbir di peringkat pusat..? Untuk mengetahui maklumat kebajikan yang telah disediakan oleh Kerajaan Selangor selama 4 tahun lebih ini,sila ke sini.. [PORTAL MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR] | ||
MEMANG BERANI!! NAJIB AKAN JAWAB DAKWAAN DEEPAK ESOK!!! Posted: 30 Nov 2012 05:00 AM PST Panas.. memang panas.. panas punggung Najib bila Deepak,seorang ahli perniagaan karpet mendedahkan beliau telah banyak melakukan "sumbangan wang" kepada keluarga Najib bagi mendapatkan pengaruh Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan dalam satu isu pindah milik tanah.. Deepak juga memanaskan punggung Najib apabila mendedahkan pengakuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P.Balasubramaniam sengaja dilakukan bagi menggagalkan akuan sumpah pertama P.Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dengan wanita Monggolia yang mati di bunuh.. Panas.. memang panas... Deepak buat dakwaan ke atas Najib.. rakyat mahu Najib menjawab dakwaan tersebut.. Najib akan menjawabnya..!!! perrrggghhh!!! memang berani Najib ni.. err..maaf yer... Zahid Hamidilah yang akan menjawabnya esok..,bukannya Najib.. seperti kebiasaan, Roti Canai Najib adalah bersamaan dengan Roti Canai Kosong Tanpa Telur.. Zahid Hamidi keluar kenyataan hari ini bahawa beliau akan menjawab dakwaan Deepak itu esok.. Yang dituduh terlibat dengan rasuah adalah Najib.. yang dituduh terlibat dengan perancangan menggagalkan akuan bersumpah P.Balasubramaniam pun adalah Najib.. nama yang Deepak sebut adalah nama Najib dan Rosmah.. tapi kenapa Zahid Hamidi ni pulak yang sibuk-sibuk nak menjawab..? Kenapa dengan Najib..? dah demam ke dia..? Zahid jawab dakwaan Deepak esok Menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan menjawab isu berhubung dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penangguhan di perhimpunan agung Umno esok. "Esok saya akan jawab dalam ucapan penangguhan," jawab Ahmad Zahid ringkas ketika ditanya Malaysiakini mengenai perkara itu. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian pertahanan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat Deepak sebelum ini. Deepak sebelum ini mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. Selain itu, beliau juga mendakwa akuan berkanun (SD) kedua oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik tuduhan awalnya – yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu – adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu. Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Deepak mendakwa penglibatannya dalam SD kedua Balasubramaniam adalah atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan bersumpah pertama itu tidak digugurkan. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pula diberitahu bahawa Najib ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada syarikat penama milik Deepak. (MK) | ||
HARI NI SAHAM FELDA MERUDUM KE PARAS TERENDAH,AHMAD MASLAN SALAHKAN PR!! Posted: 30 Nov 2012 01:13 AM PST Hari ini saham FGVH berada di paras terendah sejak penyeneraiannya beberapa bulan dulu iaitu RM4.56 sesaham.. Perkara ini sudah dijangkakan oleh Pakatan Rakyat yang menegaskan FGVH tdak sepatutnya di senaraikan di Bursa Saham kerana tindakan itu akan meletakkan Felda di dalam risiko tergadinya Felda... Ini adalah kedudukan saham Felda terkini hari ini.. Namun.. semua bantahan itu tidak diendahkan dan penyeneraian tetap diteruskan.. dan apabila saham Felda merudum.. Pakatan Rakyat juga yang dipersalahkan... Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,si Ahmad Maslan yang menyalahkan Pakatan Rakyat apabila saham Felda merudum dan berada dalam keadaan tidak menentu... Inilah cara UMNO.. bila dinasihat,tak mahu dengar.. bila dah teruk,PR pula disalahkan.. | ||
VIDEO CERAMAH USTAZ UMNO YANG MENYURUH RAKYAT PALESTIN KELUAR DARI BUMI PALESTIN!!! Posted: 30 Nov 2012 12:40 AM PST Sedih rasa hati bila mendengar ceramah Ustaz Idris Sulaiman ini.. beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulama Muda UMNO.. hati sedih dan kesian melihat kebodohan insan yang digelar Ustaz dan Ulama' UMNO ini.. Dalam ceramah,beliau menegaskan antaranya..
bagaimanakah perasaan ibu yang kehilangan sorang suami.. bagaimanakah perasaan ibu yang terpaksa melihat 3 orang anak kecilnya maut ditembak pengganas yahudi.. Bagaimanakah perasaan mereka sekiranya mereka mendengar kata-kata dari Ustaz muda UMNO ini yang mengatakan tiada jihad di bumi Palestin... Sedangkan di dalam sejarah Islam sendiri melalui kisah perang Badar,313 tentera muslimin menentang hampir 1,000 tentera kafir.. itu sudah lebih dari dua kali ganda... Bahkan di dalam Al Quran sendiri,di dalam Surah Al Anfal (ayat 65) mengatakan.. "Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti." Korang lihatlah sendiri video ceramah Ustaz UMNO ni... ntah apa-apa ntah... Aku uploadkan sebelum video ini "cuba dihilangkan" | ||
KERAJAAN BN LARANG JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI KERJASAMA DENGAN SELANGOR!!! Posted: 29 Nov 2012 10:50 PM PST Kita ni tak sama dengan negara-negara lain.. kita ni ibarat satu negara yang asing yang amat ketinggalan dalam mengamalkan politik matang.. Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO mengamalkan politik sempit sehinggakan banyak jabatan-jabatan tidak dibenarkan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat.. BN dan UMNO seharusnya tahu yang mana satu kerjasama politik dan yang mana satu perkhidmatan untuk rakyat yang telah diamanahkan.. Ini dapat dilihat dalam kes Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhubungan rasmi bersama Kerajaan Selangor walaupun Kerajaan Selangor bermaksud mahu menyelesaikan isu pewartaan tanah Orang Asal di negeri ini. Sehinggakan jika memerlukan satu mesyuarat pun tak boleh diadakan di pejabat kerajaan negeri mahupun di pejabat JAKOA sendiri.. kena adakan mesyuarat di luar,ditempat lain.. Dan sekiranya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) patuh kepada arahan politik sempit BN ini,maka yang ruginya adalah Orang Asal itu sendiri.. Pusat Larang Kerjasama Dengan Selangor Bagi Selesaikan Masalah Orang Asal.SHAH ALAM, 29 NOV : Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) didakwa tidak dibenarkan untuk mengadakan perhubungan rasmi bersama Kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu pewartaan tanah Orang Asal di negeri ini.Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mendakwa, arahan larangan kepada pihak Jakoa itu telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Ekoran itu katanya, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil pendekatan dengan mengadakan mesyuarat di luar pejabat untuk menyelesaikan sebarang masalah berbangkit berkenaan Orang Asal. Bagaimanapun, jelasnya, pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Daerah dan Tanah serta jabatan-jabatan negeri lain. "Saya rasa sedikit tersinggung kerana Kerajaan Negeri Selangor memang tiada perhubungan secara langsung dengan Jakoa. "Apabila saya panggil Pengarah Jakoa Selangor dua tahun lalu untuk adakan mesyuarat berhubung isu pewartaan tanah orang asal, mesyuarat itu tidak diadakan di Pejabat SUK atau Pejabat Jakoa, tetapi diadakan di luar. "Ini kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan pejabat saya. "Walaubagaimanapun di peringkat daerah, Jakoa dan Pejabat Tanah mempunyai hubungan yang lebih baik. Saya harap pihak Jakoa lebih profesional. "Saya tiada niat untuk mengutuk sesiapa, kita hanya mahu bekerjasama secara baik. Kita mahu selesaikan isu pewartaan tanah orang asal sahaja," katanya semasa menjawab pertanyaan Lee Kim Sin (PKR-Kajang) berhubung isu penempatan orang asal di negeri ini. Namun, menurut Elizabeth, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Tanah dan Daerah asalkan segala isu dapat diselesaikan dengan baik. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment