"tukanglawan"

"tukanglawan"


Skandal Balak, Menteri Besar Negeri Sembilan Berbohong?

Posted: 29 Oct 2012 03:00 PM PDT

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kata Keadilan ada bukti Menteri Besar Negeri Sembilan,  Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah hutan simpan di negeri itu.

Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.

"Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat,"
"Di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, sebahagian besar balak habis (ditebang)…bukit sudah botak," katanya sambil menegaskan akan mengemuka bukti dari masa ke semasa" katanya..

KEADILAN Selasa lalu mendedahkan mengenai pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Mohammad membabitkan 487.3 hektar hutan yang diwarta sebagai hutan simpan sejak 1918.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ostaz Umno Sokong Soi Lek. Rupanya umno Dan mca Itu Serupa.

Posted: 29 Oct 2012 07:00 AM PDT

Dah tak mampu dah nak keluar dari kemarahan dan kecaman rakyat terhadap kenyataan biadap soi lek, hassan ali pernah cuba menyamakan mca dengan DAP, ini bertujuan menutup kesalahan umno yang gagal menasihati mca supaya menghentikan penghinaan terhadap islam.

Tersebar pula satu video temuramah dengan ostaz umno yang pandai bercakap ini, ostaz umno yang juga CEO intistut latihan umno (ilmu) ini sekali lagi menyamakan kenyataan soi lek dengan karpal sing.

Rupanya ostaz umno ini masih mahu menutup kesalahan umno yang gagal menasihati presiden parti mca itu untuk tarik balik kenyataan biadapnya, menggunakan kenyataan karpal sing yang diucapkan lama dulu tidak boleh disamakan dengan kenyataan soi lek baru-baru ini.

Dalam isu hudud, pakatan rakyat telah duduk semeja untuk merungkai kemelut berkenaan, manakala dalam kes soi lek, si biadap itu seingat "tukanglawan" dari pilihanraya DUN tenang rancak menghina-hina islam.

umno tidak pernah duduk semeja dengan mca untuk selesaikan isu hudud ini, bagi mereka perjuangan bangsa lebih utama dari Agama, malah kita tidak harus lupa kenapa umno jadi begitu, kerana bekas pemimpin besar mereka yang bukan melayu itu juga sanggup menghina islam.

malah lebih hebat, pemimpin hebat mereka bukan setakat hina hukum hudud dan janggut nabi yang merupakan sunnah, malah menghina Al-Quran sendiri, dengan berkata ianya perlu disemak untuk sesuai dengan zaman.


Jadi, DAP tidaklah sama dengan mca, malah mca dan umno itu sama sahaja. 

Boleh tak kalau kota mintak ostaz muda yag pandai bercakap ini tidak ulas sedikit isu si tua nyanyok hina islam, mau tahu juga bagaimana ostaz ini kan berbelit-belit mempertahankan tua nyanyok itu nanti.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Banner Paling Epik Tahun Ini.

Posted: 29 Oct 2012 05:14 AM PDT

Cuba lihat banner dibawah, 


Apa yang korang fikirkan.. kah..kah..kah..



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

PKR Ada BAS, DAP Guna Traller, umno Pakai Apa?

Posted: 29 Oct 2012 05:00 AM PDT

Bagi memudahkan para pemimpin  turun berjumpa dengan rakyat, PKR menggunakan Bas yang diubahsuai dalam kembara yang dipanggil Jelajah Merdeka Rakyat. 

Semua sudah tahu semenjak bas ini mula-mula diserang di kelantan tempoh hari , ia sekali jadi jadi sasaran gerombolan puak umno, bas ini telah beberapa kali "cedera" dibaling cat merah, sejak itu bas ini sangat popular sekali.

Bas ini kemudian disusuli dengan traller yang boleh diubahsuai menjadi pentas.


 Kerana sangat effective, DAP juga menggunakan cara yang hampir sama bila menggunakan traller yang juga boleh diubah menjadi pentas, ini sangat memudahkan, kerana semua
 kelengkapan sudah sedia ada.



Persoalanya apakah umno akan juga menggunakan cara yang sama untuk mendekati rakyat, tapi umno harus sedar, sambutan yang hebat dari rakyat bukan sebab bas atau traller ini, tapi kerana pemimpin itu sendiri, mereka sudah muak dengan umno, sekalipun umno guna kapal selam untuk turn bertemu rakyat sambutan belum tentu sama seperti yang pemimpin Pakatan Rakyat terima.


Tak apalah, sekurang-kurangnya jika kalah nanti , umno boleh bermula dengan lori 3 tan, mungkin boleh juga dijadikan pentas bergerak, sesuai untuk ceramah yang akan dihadiri oleh 40-50 orang penyokong kuat umno.











Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tukar Kerajaan, Selamatkan Ekonomi Malaysia.

Posted: 29 Oct 2012 03:00 AM PDT

Berdasarkan pengalaman kerajaan Turki, bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof yakin situasi genting ekonomi Malaysia boleh diselamatkan asalkan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah.

Sebelum Parti Keadilan & Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih kerajaan pada 2002, katanya, negara itu menanggung hutang hingga 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Ia menyebabkan Turki mengalami keruntuhan mata wang pada 2000-2001," katanya pada kenyataan media, hari ini.
 
Selepas Parti ARK mengambil alih kerajaan pada 2002 dengan dipimpin Recep Tayyip Erdogan, beliau berkata, Turki mencatat pertumbuhan luar biasa pada kadar purata 6.8 peratus antara 2002–2008.

"Pada 2011, Turki mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia pada kadar 8.49 peratus daripada KDNK yang dianggap sebagai keajaiban.

Sedangkan, beliau berkata, negara sekelilingnya seperti Greece, Sepanyol dan Itali berdepan krisis kewangan dan ekonomi.

"Rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan demi masa depan yang gemilang seperti yang rakyat Turki alami sekarang," katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Seolah-Olah Restui Hinaan Soi Lek Terhadap Hudud

Posted: 29 Oct 2012 01:00 AM PDT

Kenyataan Chua Soi Lek tentang Hudud adalah satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam.



Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadap dan telah menyinggung perasaan umat Islam.

Penghinaan tersebut dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak dan ini juga bermaksud menghina beliau sebagai PM dan tetamu khas konvensyen mereka tempoh hari.

Lebih parah lagi, kenyataan Chua Soi Lek tersebut seolah-olah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib Razak.

Kebisuan total Datuk Seri Najib Razak tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah. Satu tindakan yang amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.

ANWAR IBRAHIM


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM ?

Posted: 28 Oct 2012 11:32 PM PDT

Terima kasih saya ucapkan kepada respon kepada isu Persidangan Khas PERKASA di Universiti Teknologi MARA yang diadakan 21 Oktober yang lalu.

Pelbagai respon yang saya lihat, ada yang positif dan ada yang negatif. Ia bagus buat saya kerana apabila saya menulis sesuatu maka saya bersedia untuk dikritik. Dan itulah erti kebebasan bersuara dan berekspresi.

Kita masih belum mendapat respon daripada Naib Canselor UiTM berkenaan dengan kebenaran mengadakan persidangan di Dewan Agong Tunku Canselor. Justeru, saya ada beberapa lagi persoalan yang harus dijawab bagi pihak beliau.

Saya begitu musykil dengan kewujudan Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM yang bergiat aktif di dalam kampus. Saya sedia maklum bahawa sebagai 'universiti melayu', perlu bagi UiTM untuk melahirkan lebih ramai pejuang bagi membela nasib orang melayu. Tetapi, adakah ini bertepatan dengan integriti universiti sebagai pusat melahirkan insan tetapi dalam masa yang sama berpura-pura dan 'cakap tak serupa bikin.'

Saya ungkit semua apa yang pernah dikatakan oleh Naib Canselor dahulu bahawa universiti mesti bebas, universiti tidak boleh dipengaruhi oleh politik luar kerana boleh memecah-belahkan masyarakat Melayu. Justeru, bukan semua mahasiswa di UiTM ini mendokong perjuangan PERKASA. Ada juga yang ingin bersama dengan persatuan lain. Tetapi, kenapa pihak pentadbir hanya membenarkan badan yang lembut dengan kerajaan seperti PERKASA untuk bergerak sedangkan gerakan lain diharamkan dan dicantas ?

SIAPA YANG MEMBIAYAI DAN MEMBENARKAN PENUBUHAN KELAB MAHASISWA PERKASA INI ?




Kini, Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dalam proses untuk menambah keahlian. Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa masalah dengan PERKASA. Saya cuma terkilan kerana tindakan ini tidak bertepatan dengan apa yang pernah disuarakan oleh Naib Canselor dahulu. Dimana letaknya integriti beliau sebagai ahli akademik ? Selain itu, saya juga terkilan dengan isi ucapan yang diluahkan ketika Persidengan PERKASA yang lepas yang lebih kepada retorik , menghina dan memecah-belahkan rakyat Malaysia sendiri. Kalau benar mahu menyatukan semua orang Melayu, adakah perlu bagi mereka untuk menghina orang Melayu yang tidak sefahaman politik dengan mereka ?



Lelaki di atas adalah Presiden Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dan kini ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau kini sedang belajar di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM. Saya begitu kagum dengan mahasiswa ini kerana mempunyai semangat yang tinggi hendak memperjuangkan melayu. Tetapi, mengapa perkara yang tidak 'enak' ini didiamkan sahaja ? Mahasiswa katanya perlu bebas dari cengkaman parti politik.



Jika benar orang melayu ingin ke depan. Buang saja politik lama yang sentimen itu. Sudah tiba masa kita berfikiran dengan lebih terbuka bagi masa depan bangsa yang lebih gemilang.

Saya kecewa.

Mohon NC UiTM Respon.

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Panas!! 4 Ahli DAP Kerana Mahu Dijadikan Tebusan Kerana Kamera.

Posted: 28 Oct 2012 11:00 PM PDT

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

"Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

"Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi.

Katanya,  beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

"Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

"Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.

"4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

DBKL Sudah Phobia Dengan Khemah, Bertindak Kejam Pada Penjaja Kecil

Posted: 28 Oct 2012 09:00 PM PDT


Kira-kira 100 peniaga bersama orang ramai berhimpun di Jalan Tun Sambanthan bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah dan jualan bazar Deepavali di Brickfields.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, 40 penguatkuasa DBKL gagal merampas kira-kira 30 khemah yang dipasang di sepanjang kaki lima kedai di Jalan Tun Sambanthan.

Peniaga dan orang ramai yang marah tindakan itu melaungkan 'DBKL balik', 'Kami bayar cukai' dan '1Malaysia? apa ini!?

Kekecohan hampir tercetus, namun kehadiran kira-kira 20 anggota Polis beruniform dan preman berjaya mengawal keadaan.

Peniaga kemudiannya hanya diberi jaminan lisan oleh DBKL bahawa khemah bazar mereka tidak akan dirampas sehingga Isnin depan.

Seorang peniaga yang ditemui, Nel, 40, berkata, permohonan untuk bazar Deepavali di Jalan Tun Sambanthan bagi tahun ini dibuat kepada DBKL sejak 24 Ogos lalu.

"DBKL tak beri respon. Kemudian kami terpaksa adu pada Perdana Menteri dan Menteri Wilayah (Persekutuan & Kesejahteraan Bandar) Raja Nong Chik, dan timbalannya, M Saravanan.
"Malangnya semua tak layan aduan kami. Sedangkan kami dah ikut semua prosedur. Tolonglah.. Raya Deepavali tinggal dua minggu sahaja lagi," katanya.

Peniaga turut memaklumkan, rampasan dibuat hanya berdasarkan arahan khidmat pesanan ringkas (sms), tanpa sebarang notis.

Seorang pengunjung, Leonard Nathan, 42, berkata tindakan DBKL merampas khemah dan barang jualan pada awal pagi, kurang dua minggu sebelum sambutan Deepavali adalah 'kejam'.

"Ini kejam. Bazar ini dah ada sejak tahun 2004. Kenapa tahun ini tak boleh berniaga? Mereka ini semua peniaga kecil. Jangan aniaya mereka.

"Kalau kerajaan kata rakyat didahulukan, janji ditepati, adakah ini tindakan kerajaan? Kerajaan kena ingat. Pilihan raya tak lama lagi," kata Leonard.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL, Mohd Irwan Abdullah, ketika ditemui Keadilandaily enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh beritahu. Tak boleh tunjuk dokumen," kata Irwan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar, Lembah Kelang Dan Pulau Pinang Paling Banyak Kamera AES

Posted: 28 Oct 2012 07:00 PM PDT

Sedar tak kita, lokasi paling banyak sekali kamera AES asdalah di Lembah Kelang, (KL,Selangor ) dan Pulau Pinang. 

Cuba lihat gambar dibawah.


Gambar dibawah menunjukkan lokasi kamera AES dipasang bagi negeri Pulau Pinang.




Lokasi pemasangan kamera AES di Lembah Kelang.



Persoalannya, apakah sebab Kamera Perangkap had laju dipasang dengan sangat banyak di Pulau Pinang Dan lembah Kelang, apakah kerana trafik dikawasan ini sangat tinggi atau memang sengaja letak banyak kamera AES di Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat membalas dendam kerana kekalahan umno di negeri-negeri tersebut.

Fikir-fikirkan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Koleksi Gambar Jelajah Merdeka Rakyat Selangor Semalam.

Posted: 28 Oct 2012 05:00 PM PDT

"tukanglawan" kongsikan beberapa keping gambar program Jelajah Merdeka Rakyat Selangor Semalam.

Antara pemimpin yang sama turut serta dalam program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor ialah Dato' Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali & beberapa orang pemimpin lain.

Bermula seawal jam
  9.30 pagi – program itu bermula di Pekan Sungai Besi sebelum ke Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang, Sungai Besar , Sabak Bernam sebelum ke Felda Sungai Tengi Selatan.

Program diteruksan dengan jelajah ke Hulu Selangor, tazkirah dan solat berjamaah di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum ke Pekan Rasa dan seterusnya ke Pusat bandar Baru Batang kali, Hulu Selangor untuk Ceramah Perdana.
 
 
 
 
 
 
 
 
 




 
 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment