"tukanglawan" |
- Rafizi Sekali Lagi Dedah Pembongkaran Hebat.
- Gempar !!! Kamera AES Ambil Gambar Kereta Polis Ditangkap
- Akhirnya Khir Toyo Minta Maaf, Umno Kene Teruk Kali Ini
- Naikkan Harga Rokok,Kerajaan Kaut Untung Dari Ketagihan Rakyat
- Belum Lahir, Tapi Layak Mengundi, Bukti Jelas SPR Tak Buat Kerja
Rafizi Sekali Lagi Dedah Pembongkaran Hebat. Posted: 23 Oct 2012 03:20 PM PDT Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN semalam mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya. Rafizi berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal. Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan. "Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)yang diperuntukkan," kata Rafizi. Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. "Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini," katanya. "Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat," kata Rafizi. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Gempar !!! Kamera AES Ambil Gambar Kereta Polis Ditangkap Posted: 23 Oct 2012 05:08 AM PDT Sana sini sekarang sudah ada kamera AES, pantang laju sikit maka saku anda akan bocor, sistem ni bukan kira anda ada kecemasan ke apa ke, janji boleh saman. Tak kiralah anda tengah sesak ke, gaji tak masuk lagi ke, tengah pokai ke memang takde tolak ansur dah.. pandai kan KERAjaan nak kikis duit kita lepas ramai yang ambik BR1M walaupun ada yang tak dapat. Sendiri fikir la, kalau kita senyap je bermaharajalela la syarikat tu kaut untung, diorang tak peduli pun korang, janji masyuk syarikat boleh untung, owner kaya raya.... Alasanya "untuk mengurangkan kemalangan", sedangkan kita tahu faktor sebenar pemasangannya adalah untuk "kikis duit rakyat" tapi sebab kita ni rakyat kelas bawahan , jangan banyak cakap terima je la... kita bukan anak pak menteri yang kaya raya. Kalau kita anak pak menteri pandu kereta mewah keluar masuk disko, apalah sangat setakat saman AES 4-5-6-7 -8 kali sebulan, boleh sattle, silapx2 tengok no plat syarikat yg dok pasang AES pun tak berani nak saman. Syabas rakyat malaysia, anda dah pilih kerajaan yang betul, memang mengutamakan rakyat, duit dalam poket rakyat tu sangat penting, perlu didahulukan, rakyat dibahalolkan pun takpe. Senyum, jangan sedih, jom layan video bawah nei . Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Akhirnya Khir Toyo Minta Maaf, Umno Kene Teruk Kali Ini Posted: 23 Oct 2012 12:00 AM PDT Reputasi umno hancur dikerjakan khir toyo, semua gara-gara tindakan bekas menteri selangor dari umno yang terpalit skandal banglo mewah itu minta maaf kerana memfitnah Exco Kerajaan Negeri Selangor Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu Khir toyo dalam satu artikel yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008 memfitnah Ronnie Liu itu kononnya menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong. Khir toyo yang masih bebas walaupun sudah dibicarakan atas skandal banglo itu hari ini terpaksa ke mahkamah untuk membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia. Rosak reputasi umno hari ini, sah segala yang dicanangkan mereka termasuk di media massa dan melalui blogger mereka selama ini hanya fitnah. Khir toyo minta maaf secara terbuka, kerana jika perbicaraan dijalankan ia akan jadi lebih panas, dan jika perbicaraan dijalankan besar kemungkinan khir bukan setakat hilang maruah, malah mungkin akan hilang wang. Maka khir sudah tidak peduli pada umno lagi, permohonan maaf terbuka ini satu tamparan buat umno, hari ini umno kene teruk sekali, jelas bekas menteri besar umno ini fitnah Ronnie liu untuk jatuhkan imej pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Naikkan Harga Rokok,Kerajaan Kaut Untung Dari Ketagihan Rakyat Posted: 22 Oct 2012 11:00 PM PDT Bila KERAjaan beri BR1M rakyat akan gembira sekejap, pencacai akan cium tangan pemimpin umno sampai melekat air liur, tanda bersyukur, malah ada yang mati-mati anggap pemimpin umno ni lah yang menentukan hidup mati mereka. Bodohnya la rakyat ni bila ingat itu duit pemimpin umno, itu duit yang keluar dari poket rosmah, padahal itu bukan wang najib, bukan jugak wang noh omar, itu duit rakyat yang kita memang berhak dapat, bijaknya pemimpin putar alam bn ni ialah ambil dan duit kita dan kemudia kata dia yang bagi.. yang bodoh akan percasya bulatx2 tanpa fikir. Padahnya lepas itu semua benda akan naik, minyak naik.. bila minyak naik semua barang ikut naik, gula pun naik harga, semua kuih jadi tawar, air kedai mamak pun naik harga, kerajaan pulak kononnya menasihati rakyat, "hendaklah kita menjaga kesihatan".. sekali lagi si bodoh setuju kata-kata pak menteri yang isteri obesiti kerana lebih makan gula tu. Terbaru harga rokok naik 20 sen, maka bertepuk tangan la semua, konon kerajaan ni benar mahu kurangkan perokok, itu semua bohong, cuba tanya pada penghisap rokok, berapa harga sekalipun mereka akan beli.Kerana naiknya harga rokok di "wayangkan" dengan alasan kesihatan, maka cerita sebenar duit cukai rokok ini buat KERAjaan kaya tak pulak orang tahu, kerajaan untung banyak dari cukai hasil tembakau, dan cukai arak. "Menaikkan (harga) rokok dengan niat meraih keuntungan daripada perokok tegar bermakna kerajaan menjadikan golongan ini sebagai mangsa. "Golongan ini sepatutnya dibimbing supaya meninggalkan tabiat merokok, bukan dijadikan mangsa untuk meraih keuntungan," tegas Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.berkata, "Kerajaan tidak ikhlas untuk menurunkan tabiat merokok. Sebaliknya, niat utama adalah meraih keuntungan dengan menekan golongan perokok tegar." "Ia ibarat pengedar dadah yang menasihatkan orang lain supaya jangan menagih dadah, tetapi dalam masa sama membekalkan dadah kepada penagih," sinisnya. Apakah itu benar?, jika anda penghisap rokok anda sendiri tahu apakah dengan kenaikkan harga rokok anda akan berhenti beli rokok. jika anda bukan perokok, tanya sahaja sahabat anda yang merupakan penghisap rokok. Kita yang tertipu, kerana akan nampak bodoh bila bising pasal kenaikkan harga rokok ini, maka lebih ramai yang sanggup diperbodohkan oleh KERAjaan yang bijak mengenakan rakyat untuk tampung kantung kewangan negara yang makin parah nei. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Belum Lahir, Tapi Layak Mengundi, Bukti Jelas SPR Tak Buat Kerja Posted: 22 Oct 2012 09:42 PM PDT Ahli Parlimen Permatang Pauh memberitahu, daripada maklumatyang diperolehi melalui audit berkomputer ke atas data SPR oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya pada 25 Mac lalu mendapati berlaku pelbagai kepincangan. Jelas Anwar, kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir. H'ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950. Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010. Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559, Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari. "Belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Kita rujuk kepada senarai SPR. Mereka ini (SPR) banyak bercakap. Sila betulkan dahulu. "Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan," tegas Ketua Umum KEADILAN itu. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment