Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Siti Aishah, Sidang Media Dedah Dokumen Libatkan Najib Razak Dalam Kes Scorpene Akan Di Buat Oleh Dua Peguam NGO Suaram Di Singapura!

Posted: 23 Oct 2012 10:25 PM PDT


KUANTAN, 24 Okt - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, apabila dua peguam NGO SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dari Perancis akan mengadakan satu sidang media khas di Singapura dalam masa terdekat ini. Katanya, peguam terbabit akan mendedahkan beberapa dokumen penting berkaitan dengan penyelewengan dalam skandal yang semakin panas dan mendapat perhatian rakyat Malaysia seantero dunia itu. Demikian ditegaskan oleh Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail (foto), dalam ceramahnya di Indera Mahkota  dekat sini malam tadi. Menurut beliau, terdapat bukti-bukti yang cukup kukuh untuk mengaitkan nama Najib dalam kes ini terutamanya apabila ia melibatkan tragedi pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shaariibuu. "Rakyat masih ingat, dalam kes pembunuhan Altantunya dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang bernama Azilah Hadri (Ketua Inspektor)  dan Koperal Sirul Azhar Umar mengaku telah diarahkan menembak wanita terbabit. Mereka membawa Altantunya ke satu kawasan sunyi di pinggir Kuala Lumpur sebelum membunuhnya. Selepas enam tahun berlalu  kedua bekas pengawal peribadi  Najib kini masih hidup sementara menunggu rayuan mereka terhadap hukuman mati di penjara Sungai Buloh. Sungguh pun ramai rakyat Malaysia percaya mereka berdua yang memetik picu pistol, persoalan yang masih berlegar siapa yang arahkan membunuh dan mengupah mereka?. Dalam pengakuannya di mahkamah Sirul mendakwa telah menembak Alantunya di pipi .. kemudian bila melihat tangannya bergerak-gerak (masih hidup) dia tembak pula di perut.. kemudian dibogelkan dan pakaiannya diletakkan dalam plastik hitam ... Mayat Altantunya kemudian diletakkan bom (C4) satu dihujung kaki, satu diperut dan satu dikepala kemudian diletupkkan hingga berkecai.. Tergamak mereka lakukan perbuatan sekejam itu kepada Altantunya yang berkali-kali mendakwa dia mengandung sebelum mereka membunuhnya.. Soalnya siapa yang arahkan kedua-dua anggota polis terbabit membunuh Altantunya?. Selepas enam tahun masih lagi tiada siasatan terhadap orang yang mengarahkan pembunuhan ngeri ini ...", kata Siti Aishah. 
Dalam ceramah yang turut dihadiri oleh Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) itu Aishah turut menegaskan Najib terlalu takut dengan kes ini maka itu beliau mengarahkan tekanan dibuat ke atas SUARAM. "Syarikat George Kent yang kontroversi apabila diberikan projek LRT Ampang bernilai RM1 bilion itu sebenarnya juga terlibat dengan skandal Scorpene. Najib terhutang dengan syarikat itu ketika awal-awal perjanjian jual beli dibuat... sebab itu beliau terpaksa bagi kontrak LRT kepada syarikat terbabit. Bayangkan syarikat yang hanya pakar membuat meter paip boleh diberikan kontrak bina jalan (LRT) bernilai bilion ringgit. Semua ini terpaksa dilakukan untuk tutup mulut dan balasan jasanya kepada Najib", kata Siti Aishah.
Aishah turut mengingatkan rakyat agar tidak terus ditipu lagi oleh sebuah kerajaan dan pemimpin yang rasuah seperti yang diamalkan oleh UMNO sekarang. "Kita tunggu sapina terhadap Najib, Razak Baginda dan Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) yang mungkin terlibat secara langsung dalam kes ini (Scorpene). Najib bakal ditahan jika beliau tidak hadir ke mahkamah Perancis. Jangan risau .. mahkamah boleh gunakan Interpol (International Police) untuk cari Najib di Putrajaya dan bawanya ke Perancis. Begitu juga Zahid Hamidi yang bagi banyak alasan kononnya tiada wang untuk ke sana.. kita boleh kumpul RM1 seorang untuk membiayai perjalanan Zahid Hamidi ke Perancis. Kita pakat hantar dia macam hantar rombongan haji ..... Ada bukti Najib telah tandatangan satu dokumen yang dipercayai bukti penting dalam kes ini .. ada nama RAZAK pada dokumen itu. Siapa lagi kalau bukan Najib?.. sebab di luar negara nama bapa dok depan nama anak dok belakang. Takkan Razak Baginda.. sebab nama Razak dok belakang... Najib tidak dapat lari lagi dari berhadapan dengan kes ini. Seluruh dunia sedang melihatnya sekarang. Sebab itu dia takut nak bubar parlimen untuk adakan pilihanraya. Dia boleh guna mahkamah untuk rayu kes Anwar (liwat), guna polis untuk menakut-nakutkan rakyat dan sebagainya... tapi dia perlu ingat rakyat punyai kuasa untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang telah jelas menipu dan menyelewengkan wang rakyat", kata Siti Aishah lagi. 

 
[Selain daripada isu Scorpene, Siti Aishah  turut mengulas isu berkaitan NFC, Bajet 2013, Isu Air di Selangor, Hina Islam, Isu Pilihanraya, Isu Rafizi dan banyak lagi. Orang ramai begitu kusyuk mendengar penjelasan beliau dan tidak berganjak dari tempat masing-masing sehinggalah program selesai. Dianggarkan sekitar 500 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir dalam ceramah yang dibuat di rumah bekas Ketua UMNO yang menyertai PKR itu. Pada majlis itu juga perasmian markas PKR ranting Indera Mahkota I juga turut diadakan dimana simboliknya Siti Aisyah menyerahkan bahan gerak kerja pilihanraya kepada Ketua Ranting iaitu Saudara Hassanuddin (foto). Secara kasarnya dapat dilihat sokongan rakyat terhadap ceramah-ceramah kini semakin menggalakkan. Malah ada dikalangan mereka yang selama ini menyokong pembangkang secara bersembunyi juga sudah berani menonjolkan diri masing-masing. Diakhir program Dato' Fauzi turut memaklumkan beliau akan cuba untuk mendapatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan program ceramah dan bertemu rakyat di Indera Mahkota dalam masa terdekat ini].

Posted: 23 Oct 2012 11:57 AM PDT


No comments:

Post a Comment