"tukanglawan"

"tukanglawan"


Adnan Yaakob Kepanasan, Gabungan Desak Letak Jawatan.

Posted: 21 Oct 2012 03:20 PM PDT

Gabungan TUKAR MB Pahang (TUKAR) mendesak Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob yang seringkali berhujah kasar dan menghina orang ramai untuk meletak jawatan.

 Dalam himpunan aman yang dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) di depan Wisma Sri Pahang pada dua hari yang lepas, pertuturan Adnan Yaakob yang kasar bukan sahaja menghina kumpulam Orang Asal di Malaysia, malahan tidak menghormati rakyat di seluruh Malaysia.


Dalam perjumpaan dengan Orang Asal pada pagi tersebut, Adnan Yaakob mencabar salah seorang orang asal yang mempertikaikan sama ada beliau dapat menyelesaikan Isu Orang Asal untuk keluar bergaduh. "Nak baik boleh, nak keras boleh. Kalau nak keras mari keluar dua-dua."

Disamping bertindak kasar dengan rakyat Pahang, Adnan Yaakob juga mengeluarkan ayat-ayat kasar yang menghina seperti "awak ingat kawan ini peram telur ke?", "Bangang" dan "Bodoh".

Yang paling melampau ialah ayat "awak ingat dapat anak seorang cucuk sekalikah? BODOH!" yang jelas menghina kaum wanita.

Kami merasa kecewa dan kesal dengan sikap Adnan Yaakob yang tidak mengendah tentang permasalahan yang menimpa rakyat di negeri Pahang, tetapi menghina rakyat yang datang dari jauh untuk berjumpa dengannya.

"Dengan kebiadapan dan kelakuannya, Adnan Yaakob memang tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Negeri Pahang. Dia bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah menjatuhkan maruah rakyat negeri Pahang yang diwakilinya."

Sebelum ini, Adnan Yaakob memang terkenal dengan kekasarannya dengan memarahi wartawan "Bodoh" serta mengeluarkan hujah "mati jahanam" di sidang Dewan Undangan Negeri Pahang.

Gabungan Tukar dengan keras sekali menolak Menteri Besar sebegini untuk menjadi wakil rakyat negeri Pahang dan menyeru Adnan Yaakob untuk meletak jawatan.

"Adnan Yaakob bukan sahaja perlu meminta maaf atas hujah-hujahnya, malah harus meletak jawatan."

Gabungan Tukar turut menyeru NGO dan pertubuhan wanita di seluruh Malaysia bangkit untuk mempertahankan maruah golongan wanita dan orang asal di samping menolak Adnan Yaakob daripada menjadi Menteri Besar Negeri Pahang.

Lee Chean Chung
Penyelaras
Gabungan Tukar MB Pahang


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment