Liang Lahad....

Liang Lahad....


INI YANG BN MAHU ELAKKAN DARI BERLAKU - RAKYAT DAPAT JIMAT RM930 SEBULAN!!!

Posted: 21 Oct 2012 05:21 AM PDT

Sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat dan mentadbir negara ramai dikalangan rakyat negara ini akan mendapat faedah yang jauh lebih baik dari apa yang kita dapat sekarang..

Penjimatan sebanyak RM930 sebulan menanti rakyat marhaen hasil dari perancangan pengurangan kos hidup oleh pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk mentadbir Malaysia.

Jumlah penjimatan sebanyak RM930 sebulan ini adalah merujuk kepada sebuah
keluarga yang -
  • mempunyai 5 orang ahli keluarga
  • hanya suami yang bekerja sebagai seorang guru
  • mempunyai sebuah rumah yang berharga RM250 ribu ke bawah
  • masih membayar pinjaman PTPTN
  • tinggal di Lembah Klang dan 
  • pulang ke kampung di Alor Setar,Kedah sebanyak 4 kali setahun.


Pakatan Rakyat menawarkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang ni,takkan kita nak tolak dan tidak mahu mencuba..?

Janganlah disebabkan kita hari-hari makan ikan bilis goreng dan kuah singgam kita jadi tak berani nak makan nasi briyani lauk kambing panggang pulak....

Inilah sebabnya BN sangat takut sekiranya rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia..

BN takut rakyat akan terima banyak kebajikan dari kerajaan Pakatan Rakyat sekaligus membuka mata rakyat bahawa dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat lebih memberi manafaat kepada rakyat bawahan berbanding BN yang hanya menguntungkan kroni-kroni BN sahaja..

Bagi diri aku sendiri secara peribadi pula.
jika petrol turun sekitar 40 - 50 sen seliter pun dah sangat melegakan aku....


 

DI KALA PEMIMPIN NEGARA BERBELANJA MEWAH,MASIH ADA SI IBU YANG TERPAKSA MENCATU MAKANAN ANAKNYA.

Posted: 20 Oct 2012 09:57 PM PDT

Kita tidak sangka di dalam Malaysia ini masih ada ibu yang terpaksa mencatu makanan anak-anaknya..
lantaran kesusahan setelah kematian suami,pendapatan si ibu yang juga seorang yang kurang upaya,(OKU) tidak cukup untuk menyara anaknya..
sehingga permintaan anak-anak untuk merasa makanan ayam goreng terpaksa ditolak dengan alasan yang diberikan kepada anak-anak, "kita tidak ada duit"....

Makanan paling mewah bagi mereka kini hanyalah mee segera dan bubur nasi....


Apabila anak-anaknya bertanyakan kenapa mereka tidak seperti kanak-kanak yang lain dapat pergi ke sekolah si ibu hanya mampu menjawab "Kita orang susah,".


Tidak sangka...
apabila kita terbaca berita ada pemimpin berbelanja besar untuk majlis perkahwinan anaknya sehingga mencecah ratusan ribu..
apabila kita terbaca ada pemimpin yang berbelanja ratusan ribu hanya untuk nombor pendaftaran kereta..
apabila kita terbaca ada pemimpin yang berbelanja ratusan ribu ringgit hanya untuk majlis perkahwinan anaknya...
apabila kita terbaca isteri seorang pemimpin ada koleksi berdozen beg tangan yang setiap satunya berharga ratusan ribu..
kita tidak sangka bahawa masih ada rakyat negara ini yang terpaksa mencatu makanan anak-anaknya...

Kita juga tidak sangka masih ada ibu yang tidak mampu untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah lantaran kemiskinannya...

Pemimpin kita memiliki kemewahan melimpah ruah,wang berjuta-juta tetapi masih ada rakyat jelata yang hanya mampu mengimpikan umtukm makan ayam goreng!!

KEMPEN ANTI HUDUD SANGAT BERJAYA,KINI ORANG CINA TAKUTKAN HUDUD - CHUA SOI LEK

Posted: 20 Oct 2012 06:23 PM PDT

Aku tak tahulah Chua Soi Lek ni dikategorikan sebagai kafir zimmi atau kafir harbi...
sebab tindakan dia lebih kepada kafir harbi..
dia bukan sahaja menghina hukum-hukum Islam,malah dia menentang dengan keras perlaksanaan hukum Islam dan bukan setakat itu sahaja..

Chua Soi Lek melalui MCA menjalankan "kempen anti hudud" dan dengan berbangga beliau mendakwa kempen mereka itu sangat berjaya dan kini berjaya menakut-nakutkan orang Cina terhadap hudud.



Semalam Pemuda MCA telah pun meluluskan resolusi yang membantah keras hukum hudud dan menyokong pentadbiran sekular kini yang memisahkan agama dari politik...
baca sini [Pemuda MCA luluskan resolusi bantah hukum Allah]

Apakah kita sebagai ummat Islam masih boleh memilih penggabungan politik yang terdapat MCA di dalamnya..?

Tidakkah sepatutnya sudah menjadi "wajib" bagi kita menolak MCA dan BN kerana mereka menentang hukum Allah malah menghinanya?

Mereka menakut-nakutkan orang Cina seolah-olah orang Cina nanti akan dihukum dengan hukum hudud,sedangkan Tuan Guru Nik Aziz sudah pun memberikan jaminan bahawa hukum hudud tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam..

Kalau tidak percayakan kata-kata pemimpin PAS bahawa yang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.. maka baca artikel ini yang memaparkan Fathul Bari Mat Jahaya (Ustaz UMNO) sendiri yang mengakui hukum hudud tidak dilaksanakan ke atas bukan Islam.
[hukum hudud tidak dikenakan kepada bukan Islam - ustaz UMNO]


GAMBAR BANNER "TAK NAK NAJIB" DI STADIUM ADALAH GAMBAR EDIT!!!

Posted: 20 Oct 2012 12:11 PM PDT

Kat FB ramai orang yang tengah sebarkan gambar ni...
tapi malangnya..
gambar ini telah di edit..
 


Lihat sini..


Kita tak suka bila UMNO buat fitnah dan edit gambar..
kita pula jangan ikut cara UMNO pulak...

Mana-mana yang dah share tu..
deletekan je lah..

Tak payah lah kita ikut cara UMNO tu...


KELAKAR -BILA UMNO YANG SUDAH BIASA MENIPU,INILAH JADINYA.

Posted: 20 Oct 2012 11:46 AM PDT

Ini memang kelakar seram nih...
apabila seorang admin page yang membodek (tahap gaban) UMNO telah mengupdatekan statusnya dari Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia ATM vs Kelantan...

Beliau mendengarkan riuh rendahnya trompet ATM di Bukit Jalil...
sedangkan perlawanan yang sebenar diadakan di Stadium Shah Alam... hehehe..




Aku share ni pun bukannya apa-apa... sajer jer..
bila baca benda ni rasa kelakar pulak...

Tergelak besar masa mula-mula baca tadi..
jadi perkara yang boleh membuatkan kita gelak ni, elok kita share dengan orang lain supaya sama-sama kita dapat gelak secara berjemaah.... hehehe...

Tapi untuk berlaku adil..
aku paparkan juga apa jawapan si admin UMNO ni tentang status dia tu...


Kah..kah...kah...
sekadar hiburan...
lain kali hati-hati kalau nak status update jika tak berada di tempat yang dimaksudkan...
kah..kah...kah..

No comments:

Post a Comment