"tukanglawan"

"tukanglawan"


Amaran Untuk Kerajaan Dari Suaram.

Posted: 17 Oct 2012 09:28 PM PDT

Kerajaan Umno BN diingatkan supaya tidak menyekat kemasukan dua peguam Perancis – William Bourdon dan Joseph Breham yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

 Pegawai Eksekutif NGO hak asasi itu, Cynthia Gabriel berkata, kerajaan tiada sebab berbuat demikian kerana mereka berhak berjumpa anak guamnya di mana-mana negara termasuk Malaysia.

"Suaram adalah anak guam kepada Bourdon dan Breham. Mereka seharusnya bebas untuk bertemu dengan kami di sini," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH), semalam.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, kedua-dua peguam itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.

Mereka telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang Parlimen berakhir, November ini.
Awal Oktober lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia.

Cynthia berkata, kehadiran Bourdon dan Breham penting bagi menjelaskan perkara sebenar berikutan timbulnya pelbagai laporan oleh media kawalan Umno BN berhubung perbicaraan tersebut.

"Ekoran pelbagai laporan yang timbul mengenai isu Scorpene di Perancis, orang yang paling layak untuk bercakap mengenainya adalah peguam kami," tegas Cynthia.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hakim Ditahan Miliki Estacy Ketika Adakan Pesta Narkotik.

Posted: 17 Oct 2012 07:00 PM PDT

Seorang hakim mahkamah daerah di Indonesia telah ditangkap sepasukan pegawai Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia kerana memiliki dadah jenis pil ecstacy ketika sedang berpesta narkotik dalam sebuah karaoke di sebuah hotel di Jakarta pada hari Selasa.
  
Media tempatan memetik pegawai BNN sebagai berkata bahawa hakim lelaki itu didapati memiliki sejumlah pil ecstacy dan sebuah alat menghisap dadah semasa dia ditangkap.
  
Turut dirampas daripada mereka ialah dadah jenis syabu.
  
Satu laporan menyebut pengakuan hakim itu kepada pihak berkuasa bahawa beliau membelanjakan Rp11 juta untuk membeli dadah dan mengadakan pesta narkotik di tempat hiburan itu semalam.
  
BNN dilaporkan telah sekian lama menyiasat hakim itu selepas mendapat maklumat mengenai penglibatannya dalam kegiatan dadah.
  
Turut ditangkap bersama beliau semalam ialah dua rakannya serta empat wanita penghibur yang menemani mereka dalam karaoke itu.

Hakim itu juga pernah dilaporkan terlibat dalam kes gangguan terhadap wanita sebelum ini.

- Bernama -
 
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Potong RM10 Gaji Menteri Kerana Salah Guna Kuasa?

Posted: 17 Oct 2012 05:00 PM PDT

Seorang ahli Parlimen telah memfailkan usul untuk memotong RM10 gaji Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri kerana didakwa telah menyalahguna kuasa dengan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua berkata beliau memfailkan usul tersebut hari ini kerana mendakwa Ismail telah menggunakan jawatannya untuk agenda politik BN dalam menyiasat akaun Suara Inisiatif.

"Sebaliknya, beliau gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lima syarikat yang berkaitan dengan Umno yang tidak mengemukakan akaun mereka, ada yang sejak tahun 2007.

"Syarikat-syarikat ini dan pengarah mereka, termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan
," kata Pua.

Katanya, YGP Holdings Sdn Bhd, di mana Khairy dan Abdul Rahman  adalah pengarahnya, tidak memfailkan akaun teraudit sejak 31 Disember 2006, tetapi tiada tindakan diambil terhadapnya.

Ia juga mendedahkan bahawa National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), rakan kongsi dalam syarikat penerbangan murah terbaru negara, Malindo Airways, tidak mengemukakan akaun teraudit sejak tahun 2007.

Di samping itu, beberapa syarikat yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, yang dimiliki ahli keluarga bekas menteri, Datuk  Shahrizat Abdul Jalil, belum lagi mengemukakan laporan tahunan mereka sejak 30 Jun 2007.

Pua berkata, keputusan beliau memfailkan usul tersebut dijustifikasikan lagi oleh laporan ketua audit negara mengenai kegagalan SSM mengambil tindakan terhadap pengarah-pengarah syarikat yang berhutang bayaran kompaun lebih setengah juta ringgit.

Walaupun sejumlah besar kompaun belum dibayar, tetapi para pengarah berkenaan masih didapati
aktif mendaftarkan syarikat baru, tanpa apa-apa halangan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment