Liang Lahad....

Liang Lahad....


RUMAH BEKAS AMAH RAIS YATIM BERNILAI RM100K - MEMORANDUM KE KEMENTERIAN RAIS YATIM ESOK!!!!

Posted: 18 Oct 2012 11:27 AM PDT

Bagaimana seorang amah boleh membina rumah yang bernilai RM100K pun aku tak tahu...
tapi itulah kisahnya yang berlaku kepada seorang amah yang agak kontroversi ni..
namanya Robengah... pernah kerja dengan Rais Yatim...

 

Ada lambang Jingga 13 di letakkan digambar berkenaan adalah untuk memberitahu bahawa Jingga 13 pernah sampai ke rumah berkenaan....

Dan gambar ini dirakamkan sendiri oleh sahabat-sahabat dalam Jingga 13...
banyak gambar-gambar lain...
tapi sebagai "geli-geli" bagi gambar ni dulu ler..

Dan ada juga sebabnya kenapa Jingga 13 mempertikaikan sumber dan nilai rumah  Robengah (bekas amah Rais Yatim) yang dikatakan bernilai RM100K tu..
bukan dengki... bukan jeles...
semuanya ada sebab...

Dan sebab-sebab ini secara perlahan-lahan akan terbongkar..
masa tu Rais Yatim elok lah jadi penulis lirik secara sepenuh masa untuk lagu "janji dicapati".

Maka esok,Jingga 13 akan serah memorandum mendesak Rais Yatim untuk menjelaskan sumber kewangan pembinaan rumah Robengah ni...
sidang media khas juga turut akan diadakan...


Baca info bawah ni...

MEMORANDUM KPD DSU DR RAIS YATIM : JINGGA 13 DESAK JELASKAN SUMBER KEMEWAHAN ROBENGAH DI BANJANEGARA,INDONESIA BIAYAI RUMAH DIANGGAR RM100 RIBU.


Tarikh : 19 Okt ,
Masa : 2.45ptg (selepas solat jumaat),
Tempat : Kem. Penerangan, Komunikasi&Kebudayaan,Kompleks Sultan Abdul Samad,Jln Raja,KL

Terima kasih .

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13



"PENDIDIK" DESAK KEMENTERIAN PELAJARAN HENTIKAN TEKANAN KE ATAS WARGA PENDIDIK!!!

Posted: 18 Oct 2012 08:54 AM PDT

 

KUALA LUMPUR, 18 OKT : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mengemukakan satu memorandum mendesak Kementerian Pelajaran menghentikan segala bentuk tindakan tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman kepada warga pendidik.

Presidennya, Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, dalam masa dua minggu pihaknya menerima tidak kurang daripada
100 aduan berhubung tekanan yang dikenakan terhadap guru.

Bercakap pada satu sidang media di lobi Parlimen, NGO Pendidik mendesak Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengembalikan semula semua hak guru teraniaya selain menghentikan diskriminasi warga guru dengan melabel satu kelompok sebagai Umno-BN dan satu lagi kelompok bukan Umno-BN.

Lantaran itu juga, mereka turut mendesak pembentukan satu jawatankuasa bebas di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan kes-kes penganiayaan terhadap guru.

"Antara bentuk tindakan yang dikenakan adalah dibuang kerja kerana tidak tahan menurut arahan dengan kerap berpindah dan tidak munasabah.

"Selain itu, guru dipindahkan jauh dari kediaman dan keluarga atas tekanan politik malahan disyaki aktif berpolitik serta cenderung kepada pembangkang," katanya yang juga bekas calon PAS pada Pilihan Raya Kecil Dun Tenang pada tahun 2011.

Dalam memorandum yang diterima oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud selaku wakil Pakatan Rakyat turut dilampirkan beberapa nama guru yang menjadi mangsa penganiayaan Kementerian Pelajaran termasuk suami Cikgu Mala, Maarof Abdul Mutalib.

Beliau ditukarkan dari SMK Tenang Stesen, Segamat Ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi yang menyaksikan jarak ulang-alik lebih 500KM.

Selain itu, beliau turut berhadapan hukuman berganda iaitu amaran, tindakan tata tertib, dipotong gaji tujuh hari bekerja serta dinafikan bonus tahun 2011, kesan daripada penglibatan isterinya dalam medan politik.

Selangorku

PERBANDINGAN ORANG YANG TAHU NAJIS MUGHALLAZAH DAN YANG TIDAK TAHU.

Posted: 18 Oct 2012 08:24 AM PDT

Orang yang tinggi ilmu agamanya sentiasa ada kitab-kitab di sisi mereka..
sentiasa ada kitab untuk di baca dan dirujuk..

Dan sudah tentulah orang-orang yang tinggi ilmu agamanya tahu apa kelas-kelas najis menurut Islam..
dan sudah tentulah mereka yang sebegini sangat-sangat tahu apa itu najis mughallazah..



Berbanding dengan orang yang kurang ilmu agamanya...
hanya mementingkan hal-hal dunia dalam kehidupan mereka sehingga mereka terlupa atau kurang masa untuk menelaah kitab-kitab agama...
 

Jika membaca pun hanya bahan yang berkisar tentang urusan duniawi...

Dan orang yang sebegini,belum tentu mereka tahu apa itu kelas-kelas najis menurut Islam...

sekiranya ditanya tentang najis mughallazah..
belum tentu mereka dapat menjawabnya..

1.2 JUTA AKAN TERJEJAS JIKA HUDUD DILAKSANAKAN KATA SAHABAT UMNO.

Posted: 18 Oct 2012 12:53 AM PDT

Presiden MCA ni tidak kafir harbi walaupun dia menentang hukum hudud...
walaupun dia selalu mempersendakan Islam..

walaupun dia selalu menggambarkan hukum Islam itu sebagai zalim,
dan perlaksanaan hukum-hukum Islam akan membawa Malaysia ke zaman gelap dan terkebelakang dari arus semasa...

Chua Soi Lek ini tidak boleh dianggap kafir harbi kerana dia masih dianggap suci dan dia juga diiktiraf oleh ustaz-ustaz UMNO..
ini boleh dilihat apabila ustaz-ustaz pro UMNO langsung tidak pernah menegur sebarang kenyataan Chua Soi Lek yang menghina Islam...

Maka Chua Soi Lek secara bebas dan berterusan menghina Islam dan terus memberikan gambaran yang salah tentang hudud....

Mungkin kerana Chua Soi Lek menganggap kenyataan dan pandangan beliau sebagai betul kerana tidak pernah ada ustaz-ustaz UMNO yang menyanggah pandangan beliau...

Yang menyanggah hanyalah PAS..
dan bila PAS yang membantah,keseluruhan ahli UMNO akan berdiri teguh di belakang Chua Soi Lek...

Terbaru..
dalam usaha menggambarkan keburukan hukum Islam di mata dunia,Chua Soi Lek mengeluarkan satu kenyataan baru bahawa jika hudud dilaksanakan 1.2 juta rakyat Malaysia akan sengsara kerana ketiadaan pekerjaan....

Kenyataan beliau itu hanya disandarkan kepada satu SMS dari individu yang tidak dikenali yang mengatakan tentang keburukan-keburukan hukum hudud...

Soi Lek: Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

chua soi lek video blog on hudud 01Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaa di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.

LIM GUAN ENG JAWAB FITNAH UTUSAN DAN UMNO!!!!

Posted: 17 Oct 2012 10:18 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Pulau Pinang hari ini mengutuk tindakan Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia kerana memfitnah apabila mempersoalkan mengapa Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sebanyak RM33.6 juta tidak digunakan untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu miik, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan
pulau.

Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang," katanya dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut Lim, Umno dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman bila mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sebanyak RM33.6 juta untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu milik. 

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58 peratus kepada RM33.6 juta.

"Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu dan Bumiputera. 

"Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumiputera dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik. 

"Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri," kata Lim.

Setiausaha Agung DAP itu memberitahu, sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah berjaya membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 unit.

"Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan Umno bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumiputera.

"Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. 

"Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk  membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta," katanya.

Tambah Lim, fitnah jahat Utusan dan Umno terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik. 

"Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah unit! 

"Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seunit – mustahil dilakukan.
"Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik. 

"Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata. Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas," katanya.

Lim mengatakan, 330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan. 

"Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.

"Selepas proses pengambilan tanah siap, geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984. Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada  rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah. Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.

"Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment