"tukanglawan"

"tukanglawan"


Apakah Sekali Lagi Kerajaan Pulau Pinang Akan Dituduh Anti Islam Kerana Isu Ini?.

Posted: 10 Oct 2012 11:03 AM PDT

Gara- gara tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) mahu kerja-kerja pembinaan sebuah tandas di atas tanah kubur di Masjid Jamek Kota Aur, Penaga di sini dihentikan sementara bagi membolehkan pihaknya merujuk kes itu kepada Jabatan Mufti Negeri. kerajaan Pulau Pinang mungkin akan dituduh sekali lagi sebagai Anti islam oleh pencacai umno.
   

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata JHEAIPP menerima aduan rasmi daripada anak kariah berhubung perkara itu pada Khamis lepas dan pegawainya telah membuat tinjauan untuk melihat projek berkenaan.
  
"Pada 5 Oktober lepas, JHEAIPP juga telah bertemu dengan anak-anak kariah masjid berkenaan dan dari maklum balas yang kita terima, mereka tidak bersetuju dengan projek berkenaan diteruskan.

"Sama ada projek ini akan diteruskan atau diberhentikan ia bergantung kepada keputusan dan nasihat daripada Jabatan Mufti dalam kadar segera,
" katanya dalam satu kenyataan di Kepala Batas hari ini.
  
Sebuah akhbar hari ini melaporkan penjelasan imam Masjid Jamek Kota Aur, Mohd Saidi Omar berhubung pembinaan tandas di atas tapak kubur di perkarangan masjid berkenaan yang mendapat rungutan penduduk setempat.
  
Beliau dilaporkan berkata pihaknya hanya akan menghentikan pembinaan itu jika mendapat arahan pejabat mufti negeri dan jika tiada, kerja-kerja pembinaan tandas itu akan tetap diteruskan.

Sementara itu, Pengerusi Kariah masjid berkenaan Datuk Ismail Omar berkata sepatutnya penduduk yang tidak berpuas hati dengan pembinaan tandas berkenaan berjumpa dengannya atau pihak pentadbir masjid terlebih dahulu untuk mendapat penerangan.
  
"Sebelum ini, kita telah buat perbincangan dan memberi penjelasan kepada penduduk kampung dan tiada sebarang bantahan, tiba-tiba ada pula yang masih tidak berpuas hati," katanya.

Baiklah, kita serahkan perkara ni pada yang benar-benar arif, "tukanglawan" tak pandai tentang hukum nei, tapi setahu "tukanglawan" kita ditegah memijak kubur yang didalamnya tersimpan jasad yang telah dikebumikan dengan sengaja, kerana itu isu tandas ini perlu diberi perhatian oleh mufti yang arif dalam selok belok ini.

Jangan sampai nanti ada pulak orang umno kata kerajaan Pulau pinang Anti Islam pulak, kerana isu pembinaan tandas di atas tanah perkuburan.... kah..kah..kah 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Digelar "Pengkhianat" Kerana Bocor Maklumat Penyelewengan?

Posted: 09 Oct 2012 11:00 PM PDT

Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada.

Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. 

Ini satu penghinaan. Ini juga boleh disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melabel ahli kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan mereka.

Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang membocorkan maklumat penyelewengan kepada perbagai pihak, malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar penyelewengan dalam negara.

Namun adakah mereka yang membocorkan maklumat penyelewengan ini wajar digelar tali barut? Seharusnya mereka digelar 'hero rakyat'. Contohnya pegawai kastam yang membekalkan fail kemasukan cincin RM24.45 juta (yang telah dibongkarkan sebahagianya) dan banyak lagi barang mewah berkaitan Rosmah (yang fail-fail ini masih tersimpan), adakah ia wajar dilabel tali barut?.

Pegawai Kerajaan itu sendiri tidak tahan melihat bagaimana pemimpin negara yang kononnya bersifat 'wasatiyah' namun sangat membazir bermewah ketika majoriti rakyat sangat susah. Ini sesuai dengan amanah mereka menjaga negara.

Menuduh 'pembongkar maklumat penyelewengan' menerima habuan ialah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Pegawai kerajaan yang mendedah maklumat penyelewengan ialah antara mereka yang sedar dan insaf betapa negara ini perlu diselamatkan. Mana mungkin mereka juga punya sikap seperti koruptor yang dibongkar mereka? Usaha melebel mereka menerima habuan hanyalah usaha menyelamat regim yang dibongkar penyelewengan mereka.

Pegawai Kerajaan yang tampil membekal maklumat penyelewengan ini bukan sahaja mereka yang berani menyalur maklumat malah SAMM sendiri pernah menerima sampul surat dokumen membongkar penyelewengan dengan wang tunai RM500.00 . 

Menurut pembekal maklumat tersebut gunakan wang tersebut untuk duit minyak dan sebagainya untuk membongkar penyelewengan dan menyelamatkan kepentingan rakyat dari diselewengkan.

Dalam isu pembelian kapal selam contohnya SAMM yakin mana mungkin pegawai kerajaan semuanya diam apabila ia melibatkan pembaziran wang rakyat bukan itu saja lebih serius ia melibatkan penjualan maklumat ketenteraan negara kepada pihak asing.

Jangan terkejut dalam perbagai agensi kerajaan sudah ramai pegawai tinggi yang sudah sedar dan mula tampil ke depan. Ini juga hasil dari kesedaran bahawa perubahan tampuk pemerintahan mungkin terjadi. Hanya wujud segelintir pegawai yang masih bersungguh – sungguh mempertahankan korupsi dan penyelewengan yang wujud di atas kepentingan tertentu.

Kepada semua pegawai kerajaan SAMM menyeru, bangkit dan tampillah dengan berani. Sama ada terang – terang atau menyembunyi identiti bersama dengan gelombang rakyat membongkar penyelewengan dan menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa jasad kerajaan itu yang sebenarnya perlu diselamatkan, bukan parti politik atau individu tertentu.
Mempertahankan kerajaan ialah mempertahankan kepentingan rakyat dan negara tercinta. 

Di depan kamu ada pilihan jelas ikut jalan yang rutin melindungi semua aktiviti memusnahkan negara atau buat jalan sendiri seterusnya menyelamatkan negara dan akan dikenang dalam sejarah anak cucu sebagai hero rakyat yang sebenar.

Badrul Hisham Shaharin @ CheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ada Usaha Tutup Penglibatan Najib Dalam Skandal Scorpene

Posted: 09 Oct 2012 09:00 PM PDT

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin percaya, dakwaan mengatakan tiada perbicaraan di Perancis bertujuan untuk menutup penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

"Kalau betul dakwaan pendakwa Perancis itu, kenapa Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April lalu didakwa melibatkan skandal Scorpene.

"Atas kapasiti apa beliau ke sana, sedangkan kerajaan ada kumpulan peguam sendiri. Ini yang menambahkan kemusykilan," katanya ketika dihubungi.

Pendakwa Perancis, Yves Charpenel mendakwa tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis seperti dihebohkan media, tetapi memberitahu semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Shamsul menyifatkan kenyataan itu mengelirukan, malah gagal meyakinkan rakyat bahawa Najib tidak terlibat dalam skandal itu.
"Kes yang dikendalikan peguam Suaram di Perancis menuntut penjelasan berhubung penglibatan Najib, kalau beliau tidak terlibat kenapa William Bourdon dihantar pulang, sedangkan kedatangan beliau hanya untuk memberi taklimat. "Kenapa Najib takut sangat? Najib patut beri peluang kepada Bourdan sekurang-kurangnya untuk buktikan beliau tidak terlibat," ujarnya lagi.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Nasharuddin Mat Isa Betul-Betul Mahu Keluar PAS

Posted: 09 Oct 2012 07:00 PM PDT

Bekas timbalan presiden PAS, si Nasharuddin mat isa yang beberapa ketika dulu tersiar gambarnya bersama najib di sebuah negara arab buat kenyataan-kenyataan yang menggambarkan dia lebih senang bersama umno.

nasharuddin yang diketahui antara bekas pemimpin pas yang berusaha menjayakan penggabungan antara PAS dan umno  bagi mewujudkan kerajaan perpaduan semalam mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengambarkan dia seperti sangat mahu sangat disingkir dari PAS.

Sila lihat beberapa isu yang dimainkan oleh nasharuddin dibawah.


 


Isu kenduri Mega Melaka.


Bukankah dalam isu diatas, jika benar nasharuddin mahu bersifat adil dia seharusnya menasihati ketua menteri Melaka itu supaya tidak terlalu membazir, bukankah agama islam menganjurkan kesederhanaan atau "wasatiah" yang sering dilaung-laungkan oleh najib?.

Penganjuran ma
jlis seperti ini yang dibuat besar-besaran dikuatiri akan menimbulkan perasaan riak, apatah lagi majlis perkahwinan tersebut di iktiraf sebagai yang terbesar, mungkinkah majlis sebesar itu dibuat untuk sengaja mendapat "pengiktirafan" dari Malaysia Book of Record.?

Dan seperkara yang kita juga perlu ingat majlis ini dicemari kontrovesi, apakah pegawai awam terlibat dalam perkahwinan anak ketua menteri ini, jika ia, apakah balasan yang dijanjikan kepada pegawai awam itu?

Tetapi kerana nasharud
din sudah mula cenderung pada umno, dia mahu menggambarkan perkahwinan besar-besaran itu OK,





 

Isu Kerjasama Islam dan bukan islam dalam pakatan.


Apa motif Nasharuddin bercakap begitu, benarkah Islam tidak pernah menang tanpa dibantu orang bukan islam, nasharuddin sendiri tidak berani mengakui kenyataan itu keluar dari mulutnya, tetapi nasharuddin berkata ianya jawapan dari pertanyaannya terhadap seorang pemimpin PAS lain.

Nasharuddin tidak berani menyatakan siapa pemimpin itu, mungkinkah pemimpin itu ialah hassan ali. yang hari ini terdesak mahu perjuangkan melayu selepas kecewa tidak menjadi menteri besar selangor?

Nasharuddin jangan main isu agama dan kaum disini untuk menjejaskan keharmonian yang terjalin antara islam dan bukan islam dalam Pakatan Rakyat.




Isu Doa negara Kristian.


Nasharuddin mengguna ulang strategi yang dipakai oleh umno bertahun lamanya, isu agama, kaum dan raja adalah isu-isu yang digunakan bila pilihanraya sangat hampir.

Nasharuddin cuba menimbulkan syakwasangka antara satu sama lain, juga menimbulkan dan ketakutan khasnya kepada orang melayu yang sangat sensetif dalam hal agama ini.

Benar memang ada satu perhimpunan besar-besar di sarawak bersempena hari Malaysia kalau tak silap "tukanglawan", tapi tiada bukti doa seperti yang diperkatakan itu dibuat.

Siapa sahaja boleh menuduh tanpa bukti, namun kita pula jangan mudah tertipu dengan cakap-cakap "batu api " yang boleh menimbulkan perbalahan besar.

Rata-rata kawan "tukanglawan" yang bukan beragama islam akur dengan ketetapan agama rasmi negara ini adalah agama islam, jadi hentikan mainan kotor seperti ini.

nasharuddin cuba mengulang skrip "gereja besar bukit jalil" menuduh pakatan terlibat padahal setelah dibongkar nyata ia kerja bn.


Nasharuddin yang mahu mengikut jejak langkah hassan ali ini sukar mahu keluar dari PAS kerana sudah ber"bai ah" tetapi akan guna pelbagai cara untuk dipecat, jadi "tukanglawan" sarankan supaya dia tidak dipecat, simpan sahaja sampai nasharuddin ini beku dan diam dengan sendirinya.

Kali ini, "tukanglawan" lihat nasharuddin benar-benar berusaha untuk keluar dari PAS.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment